• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KONSEP ACTION SONG (NEGERI PERAK 2015)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "KERTAS KERJA KONSEP ACTION SONG (NEGERI PERAK 2015)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KONSEP

NYANYIAN DAN GERAKAN (ACTION SONG)

1. PENGENALAN

1.1. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berteraskan penguasaan

kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1.2. Aktiviti yang melibatkan keseluruhan badan merangkumi audio

visual, muzik dan pergerakan kreatif.

2. OBJEKTIF

Penyertaan murid-murid prasekolah dalamNyanyian Dan Gerakan

bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

2.1.Mencungkil potensi murid-murid prasekolah dalam Nyanyian Dan Gerakan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

2.2. Mewujudkan kerjasama dan semangat setiakawan dalam kalangan murid prasekolah.

2.3. Meningkatkan kemahiran mendengar dan bergerak atau beraksi secara spontan mengikut lirik lagu.

2.4. Membolehkan murid meluahkan perasaan melalui pergerakan. 2.5. Meningkatkan keyakinan diri.

2.6. Mendorong murid meluahkan perasaan.

2.7. Melatih murid tentang kesedaran penggunaan ruang. 2.8. Mencungkil kreativiti murid.

2.9. Meningkatkan kemahiran lokomotor.

(2)

1. Penyertaan

1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid prasekolah yang berumur lingkungan lima dan enam tahun.

1.2 Bilangan peserta adalah 8 orang (Lelaki/Perempuan/kedua-duanya sekali).

1.3 Setiap pasukan akan diiringi oleh 1 orang guru dan 1 PPM.

2. Masa

2.1 Masa yang diperuntukkan ialah 8 - 10 minit.

2.2 Masa hanya akan dikira sebaik sahaja muzik dimainkan. 2.3 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambilkira dalam

masa persembahan.

2.4 Persediaan 3 minit dan kemas 2 minit.

3. Tatacara Persembahan

3.1 Sebarang pakaian dan props adalah dibenarkan dan ia adalah di bawah urusan masing-masing. Namun demikian props yang berlebihan tidak digalakkan kerana ia tidak menyumbang kepada markah.

3.2 Murid dikehendaki membuat pergerakan sambil menyanyi.

4. Skema Permarkahan

Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

4.1 Harmoni - 20%

4.2 Tempo / Rentak - 10%

4.3 Kreativiti dan Gerakan - 20% 100%

4.4 Sebutan - 20%

4.4 Persembahan - 20%

4.5 Pakaian dan Props - 10%

5 Keputusan Hakim

5.1 Keputusan hakim adalah muktamad

(3)

6.1 Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan ( akhir ).

6.2 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan lagu minus one dalam bentuk CD/USB untuk kegunaan semasa pertandingan dan salinan CD/USB tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pertandingan. Salinan lirik perlu diserahkan semasa pendaftran.

6.3 Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.

7. Cadangan Hakim

7.1 En. Mohd. Rofi bin Mohd. Aseh (SK Tambun, Ipoh) – Guru Muzik

7.2 Guru Muzik

(4)
(5)

8 Borang Pemarkahan

TARIKH : ________________________ HARI : ________________________ TEMPAT: ________________________

(6)

TARIKH : ________________________ HARI : ________________________ TEMPAT: ________________________

BIL. NAMA SEKOLAH/DAERAH MARKAH KESELURUHAN KEDUDUKAN

T/TANGAN KETUA HAKIM

(7)

10 PENUTUP

Referensi

Dokumen terkait