• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KONSEP LEGO (NEGERI PERAK 2015)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "KERTAS KERJA KONSEP LEGO (NEGERI PERAK 2015)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN

KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH

1. Pengenalan

Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam sekolah rendah. Kanak-kanak juga secara semula jadinya mempunyai sifat ingin tahu dan sentiasa bermotivasi untuk belajar perkara baru pada setiap masa. Aktiviti yang paling bersesuaian dan digemari kanak-kanak ialah belajar melalui bermain. Melalui permainan, kanak-kanak membina asas untuk pembelajaran masa depan apabila mereka menyelesaikan masalah, memahami diri dan orang lain serta persekitaran mereka.

Aktiviti ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan perasaan, mencungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui gerakan bersepadu di dalam kumpulan. Pendedahan aktiviti dalam pertandingan ini juga dapat membantu kanak-kanak meningkatkan ilmu pengetahuan.

2. Objektif

2.1 Mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak .

2.2 Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang tanggungjawab bekerjasama dalam kumpulan.

2.3 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti masing-masing.

2.4 Memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai pengalaman sebelum melangkah ke Tahun Satu.

2.5 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan.

2.6 Memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti mereka kepada masyarakat .

(2)

3.1 Penilaian kepada guru-guru hasil pengajaran mereka diterjemahkan melalui persembahan dan kepantasan berbahasa murid-murid mereka.

3.2 Membentuk sikap beretika, berakhlak mulia, berkeyakinan dan berdisiplin.

3.3 Pendedahan aktiviti-aktiviti kokurikulum Prasekolah kepada masyarakat.

4. Syarat Penyertaan 4.1 Penyertaan

4.1.2 Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang murid.

4.1.2 Setiap pasukan akan diiringi oleh 1 orang guru / PPM. 4.1.3 Jantina peserta adalah bebas.

4.1.4 Aktiviti akan dijalankan dalam bentuk kumpulan secara serentak dalam satu masa yang ditetapkan oleh penganjur.

4.1.5 Set lego akan disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian.

4.2 Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Kreativiti LEGO Prasekolah

4.2.1 Pertandingan:

- Peserta akan bekerjasama membina 1 model mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dalam 2 sesi.

- Sesi 1 akan berlangsung selama 30 minit dan sesi kedua akan berlangsung selama 20 minit.

- Sesi 1 (30 minit)

o Wisel akan dibunyikan sekali menandakan pertandingan bermula.

o Wisel akan dibunyikan sekali pada minit ke-20.

o Wisel dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat.

- Sesi 2 (20 minit)

o Wisel akan dibunyikan sekali menandakan pertandingan bermula.

o Wisel akan dibunyikan sekali pada minit ke-15.

o Wisel dibunyikan dua kali menandakan masa telah tamat.

- Selepas sesi 1 peserta akan diberi masa selama 5 minit untuk persediaan bagi sesi kedua.

- Setiap kumpulan akan menceritakan tentang hasil ciptaan masing-masing.

(3)

5. Skema Permarkahan

Skema pemarkahan adalah seperti berikut :

5.1 Kreativiti - 50%

5.2 Kerjasama - 25% 100%

5.3 Persembahan - 25%

6. PENUTUP

Pertandingan Kreativiti Lego Prasekolah ini akan menjadi program prasekolah pada masa hadapan dan mampu meningkatkan kreativiti murid.

BORANG PEMARKAHAN

(4)

TARIKH : ________________________ HARI : ________________________ TEMPAT : ________________________ SESI : 1 / 2

BIL. KREATIVITI (50%)

KERJASAMA (25%)

PERSEMBAHAN (25%)

JUMLAH (100%)

TANDATANGAN HAKIM :

………..

( NAMA HAKIM )

BORANG KEPUTUSAN

PERTANDINGAN KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK.

(5)

TEMPAT : ________________________

BIL. PESERTA MARKAH KESELURUHAN KEDUDUKAN

SESI 1 SESI 2 JUMLAH

T/TANGAN KETUA HAKIM

Referensi

Dokumen terkait