Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyr ighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Petugas media harap vaksinasi disegerakan
PUTRAJAYA: Kelab Media Putrajaya (KMP) berharap Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan kerajaan dapat menyegerakan pemberian vaksin kepada petugas media.
Dalam kenyataan media hari ini, KMP berkata, vaksinasi segera itu bagi membolehkan petugas media terus berbakti menyalurkan maklumat serta membawa agenda kerajaan untuk negara mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini.
Kenyataan itu menyebut, sebelum ini petugas media diberi pengharapan apabila pada sidang media CITF pada 28 April lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei.
"Walaupun tidak dimaklumkan tarikh pemberian vaksin, sudah tentu ia membawa kelegaan kepada petugas media, terutama apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyr ighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
sudah memasuki fasa kedua, sedangkan kami yang turut digelar 'petugas barisan hadapan' masih tidak menerima suntikan.
"Kebanyakan petugas media yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini sememangnya berharap menjadi antara yang terawal menerima vaksin COVID-19," katanya.
KMP menjelaskan, petugas media bagaimanapun hampa kerana selepas Mei berakhir, tiada sebarang khabar berita mengenai tarikh pemberian vaksin kepada petugas media.
"Lebih membimbangkan, ketika PICK masih berada dalam fasa kedua, pelbagai program dan aktiviti menteri dan kementerian yang perlu dihadiri termasuk secara fizikal. Jika tidak kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tidak mustahil banyak aktiviti diatur sepanjang Syawal.
"Petugas media sekali lagi dijanjikan dengan pemberian vaksin pada bulan ini, namun tiada sebarang jaminan diberikan," kata kelab berkenaan.
KMP menjelaskan, petugas media diminta melaporkan usaha kerajaan serta peraturan yang dilaksanakan serta menggalakkan rakyat mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 bagi mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.
"Justeru, adalah malang sekiranya petugas media yang terpaksa mengetepikan keselamatan diri ketika bertugas di lapangan, terus menerus terpaksa menunggu dan merayu untuk diberikan vaksinasi yang sudah dijanjikan.
"Perlu diingat dalam kalangan kami, ada yang sudah berkeluarga dan tinggal bersama-sama ahli keluarga. Berbanding kebanyakan sektor, kami terpaksa keluar untuk bertugas di lapangan terutama membabitkan jurugambar dan jurukamera.
"Sekiranya ada dalam kalangan kami dijangkiti, bukan sekadar satu pejabat terpaksa dikuarantin, malah rakan sejawat dari organisasi lain juga mungkin terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19 serta dikuarantin seperti berlaku dalam kalangan petugas media di sini, Johor Bahru dan beberapa tempat lagi sebelum ini," katanya.
Berikutan itu, katanya, KMP sangat berharap agar CITF dan kerajaan serius dalam memberikan pelalian kepada petugas media.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyr ighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.