• Tidak ada hasil yang ditemukan

PPAPP perkenal Perpustakaan Bergerak Hobi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PPAPP perkenal Perpustakaan Bergerak Hobi"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline PPAPP perkenal Perpustakaan Bergerak Hobi Language Malay

Media Title HB Section/Page No Mutakhir

Date 16 Mac 2021 Journalist Nur Izzati Mohamad

Source https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/6 84759/ppapp-perkenal-perpustakaan-bergerak- hobi-metrotv

Remarks Perpustakaan & Teknologi

PPAPP perkenal Perpustakaan Bergerak Hobi

Nur Izzati Mohamad [email protected]

Butterworth: Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) menyokong minat dan kegemaran masyarakat dengan memperkenalkan Perpustakaan Bergerak Hobi (MOBBY).

MOBBY adalah projek rintis yang diperkenalkan PBAPP dalam usaha memberi peluang kepada masyarakat berkongsi hobi dan minat masing-masing menggunakan platform yang disediakan.

Pengarah PPAPP Sharimah Salleh berkata, kebiasaannya masyarakat hanya didedahkan dengan perpustakaan bergerak yang menyediakan bahan bacaan buku semata-mata yang menyebabkan kebanyakannya sudah muak dan bosan.

Berikutan itu, katanya, pihaknya mahu memperkukuhkan perkhidmatan dengan melakukan transformasi perpustakaan konvensional kepada MOBBY yang bukan sahaja sekadar hobi tetapi turut berupaya membantu masyarakat untuk menjana pendapatan sampingan dengan memasarkan produk dihasilkan.

"Kewujudan perpustakaan itu bertujuan menyokong minat masyarakat untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan hobi atau kegemaran masing-masing di bawah satu pusat sehenti iaitu perpustakaan bergerak.

"Berbanding dengan aktiviti kelaziman sebuah perpustakaan iaitu membaca buku, MOBBY menawarkan pelbagai aktiviti lain kepada komuniti antaranya memasak, menggubah (bunga), menjahit, bertukang, menternak ikan laga serta mengumpul model kereta yang sentiasa mendapat sambutan daripada daripada masyarakat," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran MOBBY di sini, hari ini.

(2)

DR P Ramasamymerasmikan Perpustakaan Bergerak Hobi (MOBBY). FOTO Nur Izzati Mohamad Majlis pelancaran itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Pengerusi PPAPP Prof Dr P Ramasamy.

Menurutnya, perkhidmatan MOBBY terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tahap umur.

Sharimah berkata, perkhidmatan itu akan beroperasi di 18 lokasi dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan menggunakan sebuah bas sahaja untuk permulaan.

"Kami juga sedang menjalankan penyelidikan lanjut untuk mendapatkan pandangan komuniti mengenai perkhidmatan ini sebelum beberapa penambahbaikan dibuat selepas itu.

"Untuk jangka masa yang panjang pula, MOBBY mungkin mengadakan kolaborasi dengan agensi lain bagi memantap serta memperhebatkan lagi perkhidmatan ini," katanya.

Menurutnya, MOBBY juga tidak menggunakan kos yang tinggi kerana PPAPP hanya mengubah suai perpustakaan bergerak sedia ada dan menambah baik susun atur agar bersesuaian dengan konsep yang diinginkan.

Disiarkan pada: Mac 16, 2021 @ 7:18pm

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait

Headline 3 beregu campuran teruskan kemaraan Language Malay Media Tittle Harian Metro Section/Page No Sukan Date 03 Mac 2022 Journalist Aida Adilah Mat Source

Headline Cipta persekitaran sarat keindahan Language Malay Media Title Harian Metro Section/Page No Dekotaman Date 3/3/2018 Journalist Hartini Mohd Nawi Source