• Tidak ada hasil yang ditemukan

'PPSPM tak duduk diam'

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "'PPSPM tak duduk diam'"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

‘PPSPM tak duduk diam’

By

Farah Suhaidah Othman Thursday, 24 June 2021

BANDARAYA MELAKA 23 Jun – Meskipun berdepan cabaran menanggung kos akibat tidak dibenarkan beroperasi, namun Perbadanan Pembangunan

Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) komited untuk mengaktifkan kembali Melaka River Cruise (MRC) dengan rangkaian produk baharu yang lebih menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata, mercu tanda pelancongan di Sungai Melaka itu terpaksa beroperasi selama enam bulan tahun lalu dan sebulan pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bantuan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial serta daripada kerajaan negeri sedikit sebanyak membantu keperluan perbadanan itu untuk terus bernafas.

KETUA Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin.

(2)

“Dalam tempoh sama (tidak dibenarkan beroperasi), kita juga sedang menyediakan perancangan dari segi pemulihan yang sepatutnya

dilaksanakan tahun ini, namun ia menghadapi kekangan berikutan kes

COVID meningkat secara mendadak hingga memaksa sektor pelancongan di negeri ini ditutup sementara.

“Walau bagaimanapun, kita sudah merangka program ke arah pemulihan dan penambahbaikan serta mewujudkan produk baharu supaya apabila sektor pelancongan dibuka semula yang kemungkinan besar pada penghujung tahun ini, sekurang-kurangnya kita sudah ada persiapan awal ke arah itu.

“Dari segi operasi, MRC bersiap sedia untuk meneruskan operasi apabila pandemik telah pulih secara berperingkat,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

MELAKA River Cruise

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tidak dibenarkan beroperasi, pihaknya menyediakan program baharu bagi Melaka River Cruise sama ada menampilkan produk baharu mahupun kaedah pemasaran yang lebih besar selain penambahbaikan dari segi fasiliti tarikan pelancongan itu.

“Selain produk MRC akan beroperasi seperti biasa, kita menyediakan ‘Bot Pit- Stop’, yang dipanggil sebagai ‘one ticket’ iaitu produk yang menawarkan perkhidmatan bot dengan harga tiket RM40 sehari bagi membolehkan pelancong ke 14 lokasi jeti dalam fasa satu mengikut permintaan masing- masing.

“Produk kedua dinamakan sebagai ‘Bot Loncat-Loncat’, yang berfungsi seperti teksi iaitu sekiranya pelancong mahu ke destinasi yang diinginkan,

(3)

tambang yang perlu dibayar menggunakan kad tambah nilai adalah mengikut jarak perjalanan.

“Bagi kedua-dua bot ini, lokasi perjalanan terhad pada fasa satu iaitu di 14 lokasi jeti manakala fasa kedua kita sudah ada enam dan enam lagi dijangka akan disiapkan atau ditambah baik secara berperingkat,” katanya.

Mengulas lanjut, Murad berkata produk baharu seterusnya dikenali sebagai

‘Love Boat’ atau ‘Bot Cinta’, berkonsep lebih privasi bagi membolehkan

pasangan suami isteri atau kekasih atau rakan untuk meraikan hari istimewa seperi hari jadi atau makan malam dan sebagainya.

“Kita menyediakan pelbagai kemudahan sebagaimana permintaan pelancong seperti hiburan ‘busking’, sistem karaoke dan makan malam dalam bot

berkenaan, bagaimanapun harga masih belum ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pihaknya sedang merancang

pelbagai projek yang dijangka memberikan imej baharu kepada Melaka River Cruise.

Katanya, perancangan itu akan diumumkan kepada rakyat selepas mendapat kelulusan kerajaan negeri.

“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu sedang dalam perancangan menyiapkan kertas kerja namun gambarannya, ia membabitkan proses memberi ‘nafas semula’ di kawasan sepanjang Sungai Melaka sekali gus menghasilkan produk baharu yang mampu menjadi tarikan pelancong,”

katanya.

Referensi

Dokumen terkait

Therefore, to see the factors that influence the quality of local government financial reports, the researcher intends to research the Influence of Human Resource Competence,

Yahya Algamal, "Performance of ridge estimator in inverse Gaussian regression model," Communications in Statistics - Theory and Methods, vol.. Kennard, "Ridge regression: Biased