• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prestasi Perdagangan Luar Bagi Bulan Januari 2020 - MITI

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "Prestasi Perdagangan Luar Bagi Bulan Januari 2020 - MITI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN JANUARI 2020 #

Ministry of International Trade and Industry Malaysia

Lebihan Dagangan Bernilai RM12 bilion, Nilai Tertinggi bagi Januari Dalam Tempoh 9 Tahun

Malaysia telah mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM12 bilion pada bulan Januari 2020, 4.2% lebih tinggi berbanding Januari 2019. Lebihan dagangan ini adalah lebihan dagangan tertinggi bagi bulan Januari sejak Januari 2011 dan merupakan lebihan dagangan yang ke-267 bulan berturut-turut.

Eksport berjumlah RM84.08 bilion, menyusut secara marginal sebanyak 1.5%

berbanding Januari 2019. Import turun 2.4% kepada RM72.08 bilion.

Jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM156.17 bilion, 2% lebih rendah berbanding Januari 2019. Penurunan perdagangan telah dicatatkan dengan China, Thailand, Hong Kong SAR, Viet Nam dan Taiwan, manakala peningkatan perdagangan direkodkan dengan Amerika Syarikat (AS), Australia, Republik Korea (ROK) dan Indonesia.

(2)

2

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing menurun 2.6%, 2.7%, 2.4% dan 4%.

Prestasi Eksport Sektor Utama

Eksport Barangan Perkilangan Mencatatkan Pertumbuhan 1.1%

Pada bulan Januari 2020, eksport barangan perkilangan mencatatkan kenaikan 1.1%

kepada RM71 bilion dan merangkumi 84.4% daripada jumlah eksport Malaysia.

Penyumbang utama kepada peningkatan eksport adalah keluaran petroleum yang meningkat 45.8%, barangan besi dan keluli (↑43%), keluaran getah (↑10.7%), diikuti oleh jentera, kelengkapan dan peralatan (↑5.7%).

Eksport hasil galian merekodkan penurunan 20.1% kepada RM7.15 bilion dan merangkumi 8.5% daripada jumlah eksport Malaysia. Pengurangan eksport disebabkan terutamanya oleh penyusutan eksport gas asli cecair (LNG), kesan daripada Nilai Unit Purata (AUV) dan kuantiti yang lebih rendah.

Eksport keluaran pertanian mencatatkan pengurangan 4.2% kepada RM5.39 bilion dan menyumbang 6.4% kepada jumlah eksport. Penurunan eksport adalah disebabkan terutamanya oleh pengurangan eksport kayu gergaji dan kumai. Eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, walau bagaimanapun merekodkan kenaikan marginal sebanyak 0.5%.

Barangan eksport utama pada Januari 2020:

Barangan elekrik dan elektronik (E&E) bernilai RM32.41 bilion dan merangkumi 38.6% daripada jumlah eksport, menurun 5.5% berbanding Januari 2019;

Keluaran petroleum, RM6.71 bilion, 8% daripada jumlah eksport, naik 45.8%;

Kimia dan bahan kimia, RM4.25 bilion, 5.1% daripada jumlah eksport, berkurang 17.7%;

LNG, RM3.99 bilion, 4.7% daripada jumlah eksport, menyusut 22.8%; dan

(3)

3

Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, RM3.74 bilion, 4.4% daripada jumlah eksport, meningkat 0.5%.

Berbanding Disember 2019, eksport hasil galian naik 0.1%, manakala barangan perkilangan dan keluaran pertanian masing-masing berkurang 2.6% dan 6.2%.

Prestasi Perdagangan dengan Pasaran Utama

ASEAN – Eksport ke Singapura Kembali Meningkat Setelah 2 bulan Berturut- turut Mencatatkan Penurunan

Perdagangan dengan ASEAN pada Januari 2020 yang merangkumi 25.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia menyusut 4.6% kepada RM40.03 bilion berbanding Januari 2019. Eksport ke ASEAN berkurang 4.1% kepada RM23.95 bilion, disebabkan terutamanya oleh penurunan eksport barangan E&E, petroleum mentah, LNG serta kimia dan bahan kimia. Namun begitu, peningkatan eksport dapat dilihat bagi keluaran petroleum, barangan besi dan keluli, kelengkapan pengangkutan serta tekstil, pakaian dan kasut.

Pecahan eksport ke negara ASEAN:

 Singapura RM12.27 bilion, meningkat 0.9%

 Thailand RM4.52 bilion, ↓19.8%

 Indonesia RM2.69 bilion, ↑10.8%

 Viet Nam RM2.32 bilion, ↓16.7%

 Filipina RM1.48 bilion, ↑7.8%

 Myanmar RM322.6 juta, ↑35.7%

 Brunei RM188.0 juta, ↓2.6%

 Kemboja RM160.6 juta, ↑7.4%

 Lao PDR RM5.6 juta, ↑96.0%

Eksport ke beberapa pasaran utama dalam ASEAN yang merekodkan peningkatan ketara adalah Indonesia, yang berkembang 10.8% berikutan kenaikan eksport keluaran petroleum, Singapura (↑0.9%, keluaran petroleum) dan Filipina (↑7.8%, barangan besi dan keluli). Eksport ke Singapura turut mencatatkan pertumbuhan

(4)

4

tahun ke tahun yang positif setelah mencatatkan penurunan selama 2 bulan berturut- turut.

Import dari ASEAN menyusut 5.4% kepada RM16.08 bilion. Pengurangan import direkodkan bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta kimia dan bahan kimia, manakala peningkatan import dicatatkan bagi keluaran petroleum, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta LNG.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing- masing menurun 2%, 1.2% dan 3.1%.

China – Eksport Barangan Perkilangan dan Keluaran Pertanian Meningkat

Pada Januari 2020, perdagangan dengan China yang merangkumi 16.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan penurunan 8.7% tahun ke tahun kepada RM26.4 bilion. Eksport merosot 5.7% kepada RM10.4 bilion, berikutan pengurangan eksport LNG, bijih logam dan serpihan logam, kimia dan bahan kimia serta barangan E&E. Namun begitu, eksport barangan perkilangan naik 5.4% terutamanya bagi barangan besi dan keluli, barangan perkilangan logam serta barangan optik dan saintifik. Eksport keluaran pertanian turut meningkat sebanyak 1%, didorong oleh peningkatan eksport makanan laut segar, disejuk atau beku, getah asli, minyak sayuran serta kayu balak.

Import dari China menurun 10.6% kepada RM16 bilion. Pengurangan import direkodkan bagi keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan besi dan keluli, manakala peningkatan import dicatatkan bagi barangan kayu, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta barangan perkilangan plastik.

Berbanding Disember 2019, import naik 0.3%, manakala perdagangan dan eksport masing-masing menyusut 10.9 % dan 23.9%.

(5)

5

Perdagangan dengan AS – Pertumbuhan Positif Sejak Mac 2019

Jumlah perdagangan dengan AS mencatatkan pertumbuhan 16% tahun ke tahun kepada RM15.41 bilion dan merangkumi 9.9% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Ini merupakan 11 bulan berturut-turut jumlah perdagangan Malaysia dengan AS merekodkan peningkatan. Eksport ke AS naik 9.5% kepada RM8.71 bilion, didorong oleh eksport yang lebih tinggi bagi barangan perkilangan yang meningkat sebanyak 10.9%. Eksport barangan perkilangan merangkumi 97.3% atau RM8.47 bilion daripada jumlah eksport Malaysia ke AS. Perkembangan eksport telah dicatatkan bagi barangan E&E, barangan kayu, barangan perkilangan logam, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan galian bukan logam.

Import dari AS berkembang 25.6% kepada RM6.7 bilion, didorong oleh peningkatan import petroleum mentah, kelengkapan pengangkutan, barangan perkilangan logam, kimia dan bahan kimia serta bijih logam dan serpihan logam.

Berbanding Disember 2019, perdagangan dan import masing-masing meningkat 3.7%

dan 16.1%, manakala eksport menurun 4.2%.

Eksport ke EU Meningkat Bulan ke Bulan

Perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) berkurang 6.7% tahun ke tahun kepada RM14.26 bilion atau 9.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia. Eksport ke EU merosot 7.4% kepada RM8.09 bilion pada Januari 2020. Dari segi barangan, pengurangan eksport direkodkan terutamanya bagi barangan E&E, barangan perkilangan logam, kelengkapan pengangkutan serta barangan besi dan keluli. Pada masa yang sama, peningkatan eksport dapat dilihat bagi keluaran petroleum, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah serta jentera, kelengkapan dan peralatan.

Di antara 10 pasaran utama EU yang merangkumi 91.1% daripada jumlah eksport Malaysia ke EU, eksport ke 3 negara mencatatkan peningkatan iaitu United Kingdom (↑16.7%), Hungary (↑20.8%) dan Poland (↑1.8%).

(6)

6

Import dari EU menyusut 5.9% kepada RM6.17 bilion. Pengurangan import direkodkan bagi kelengkapan pengangkutan, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik, manakala peningkatan import dicatatkan bagi barangan E&E, barangan galian bukan logam serta barangan perkilangan logam.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport ke EU meningkat sebanyak 5.8%, manakala perdagangan dan import masing-masing menurun 1.2% dan 9%.

Jepun – Eksport Keluaran Pertanian Mencatatkan Pertumbuhan Dua Digit

Pada Januari 2020, perdagangan dengan Jepun yang mewakili 7.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia merekodkan penurunan 2.7% tahun ke tahun kepada RM11.2 bilion. Eksport ke Jepun menyusut 1.6% kepada RM6.56 bilion, disebabkan terutamanya oleh eksport yang lebih rendah bagi barangan kayu, LNG, kimia dan bahan kimia serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Namun begitu, eksport yang lebih tinggi dicatatkan bagi barangan perkilangan logam, barangan E&E dan keluaran petroleum. Eksport keluaran pertanian turut mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 20.5% kepada RM241.6 juta, didorong oleh peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit yang mana telah mengimbangi penurunan dalam sektor-sektor utama yang lain.

Import dari Jepun mencatatkan penurunan 4.4% kepada RM4.63 bilion. Pengurangan import direkodkan bagi kelengkapan pengangkutan, kimia dan bahan kimia serta barangan perkilangan logam, manakala peningkatan import dicatatkan bagi keluaran petroleum, barangan optik dan saintifik serta jentera, kelengkapan dan peralatan.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport naik 23.7%, manakala perdagangan dan import masing-masing berkurang 2.9% dan 25.6%.

Rakan Dagang FTA – Eksport ke Australia Meningkat Selepas Mencatatkan Penurunan 8 Bulan Berturut-turut

Pada Januari 2020, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang merangkumi 66.1% daripada jumlah perdagangan Malaysia telah

(7)

7

menurun 4% kepada RM103.29 bilion. Eksport ke negara rakan dagang FTA bernilai RM56.96 bilion, menyusut sebanyak 3.6% dan import berkurang 4.6% kepada RM46.33 bilion.

Kenaikan eksport telah direkodkan ke Indonesia, Australia, India, Singapura, Filipina, ROK, Turki, Myanmar, Pakistan, Kemboja dan Lao PDR. Secara kolektif, negara- negara ini menyumbang 47.5% kepada jumlah eksport Malaysia ke negara rakan dagang FTA.

Eksport ke Australia meningkat 7.8% kepada RM2.43 bilion, disokong oleh kenaikan eksport petroleum mentah, India (↑5.8% kepada RM3.12 bilion, keluaran petroleum), ROK (↑2.9% kepada RM3.41 bilion, barangan E&E) dan Turki (↑15.3% kepada RM679.1 juta, barangan perkilangan logam).

Berbanding Disember 2019, perdagangan, eksport dan import masing-masing menurun 3.2%, 3.5% dan 2.9%.

Pasaran Lain yang Mencatatkan Peningkatan Eksport

Pada Januari 2020, antara pasaran lain yang mencatatkan peningkatan eksport ketara adalah Switzerland, Arab Saudi dan Bangladesh. Eksport ke Switzerland merekodkan pertumbuhan kukuh sebanyak 248.3% tahun ke tahun kepada RM429.5 juta, didorong terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi bagi bijih logam dan serpihan logam. Eksport ke Arab Saudi berkembang 83.2% kepada RM491.2 juta, disumbangkan oleh peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit dan eksport ke Bangladesh (↑35.4% kepada RM697.6 juta, keluaran petroleum).

Prestasi Import

Import pada bulan Januari 2020 berkurang 2.4% kepada RM72.08 bilion berbanding RM73.89 bilion pada Januari 2019. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 73.5% daripada jumlah keseluruhan import adalah:

(8)

8

Barang pengantara, berjumlah RM38.86 bilion atau 53.9% daripada jumlah import, naik 3.7%, hasil peningkatan import bahan api dan pelincir, khususnya minyak dan bahan api;

Barang modal, bernilai RM7.65 bilion atau 10.6% daripada jumlah import, turun 15%, terutamanya berikutan penurunan import barang modal (kecuali kelengkapan pengangkutan) khasnya bagi alat ganti bagi jentera dan peralatan mekanikal; dan

Barang penggunaan, berjumlah RM6.45 bilion atau 9% daripada jumlah import, berkurang 1%, disebabkan pengurangan import bahan separa tahan lama (semi-durables), terutamanya pakaian dan aksesori.

Nota:

Perlu diambil perhatian bahawa dari segi konsep, angka eksport dan import dalam perangkaan perdagangan luar negeri adalah berbeza daripada apa yang terdapat dalam akaun barangan untuk perhitungan imbangan pembayaran. Penyusunan perangkaan perdagangan antarabangsa biasanya dibuat berdasarkan rekod kastam yang mencerminkan pergerakan barangan fizikal dari satu sempadan ke sempadan yang lain, dan mengikut garis panduan antarabangsa mengenai konsep- konsep dan definisi-definisi contohnya International Merchandise Trade Statistics: Concepts and Definitions 2010 (IMTS 2010) yang berbeza dengan prinsip-prinsip Sistem Akaun Negara (SNA) dan perhitungan Imbangan Pembayaran (BOP).

Dalam SNA, barangan didefinisikan sebagai “barangan fizikal yang ada permintaan dan di mana hak milik boleh dikenal pasti serta hak miliknya boleh dipindahkan dari satu institusi ke institusi lain melalui pasaran”.

Ini adalah keluaran awalan, keterangan terperinci akan diterbitkan dalam laporan “PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BULANAN” yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk kegunaan umum pada jam 1200, Rabu, 4 Mac 2020 dan boleh dimuat turun melalui eStatistik di portal Jabatan Perangkaan Malaysia (https://newss.statistics.gov.my/newss-ortalx/ep/epLogin.seam).

+ Siaran media ini boleh diakses daripada portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (http://www.miti.gov.my) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (http://www.matrade.gov.my).

Data bulan Januari 2020 adalah provisional dan tertakluk kepada semakan/pindaan dalam keluaran berikutnya.

Mulai bulan rujukan April 2018, pemilihan kod untuk eksport dan import bagi minyak sawit dan keluaran berasaskan minyak sawit telah dikaji semula serta dikemaskini untuk lebih mewakili barangan tersebut, dan ini telah menyebabkan sedikit perubahan pada data.

19 rakan dagang FTA terdiri daripada China, Singapura, Jepun, Thailand, Republik Korea, Indonesia, India, Australia, Viet Nam, Filipina, New Zealand, Turki, Pakistan, Myanmar, Kemboja, Brunei, Chile, Lao PDR dan Hong Kong SAR.

(9)

9

JADUAL 1: RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA

Tahun/

Tempoh Eksport Import

Imbangan Perdagangan

Jumlah Perdagangan (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)

2019p

Januari 85,399.9 73,885.7 11,514.2 159,285.5 Februari 66,599.5 55,543.1 11,056.4 122,142.5 Mac 84,063.2 69,678.9 14,384.2 153,742.1 April 85,155.0 74,345.6 10,809.4 159,500.6 Mei 84,138.2 75,062.7 9,075.5 159,201.0 Jun 76,143.2 65,631.0 10,512.2 141,774.2 Julai 87,958.4 73,682.5 14,275.9 161,640.9 Ogos 81,357.4 70,460.9 10,896.4 151,818.3 September 77,721.3 69,367.2 8,354.0 147,088.5 Oktober 90,594.0 73,268.2 17,325.8 163,862.1 November 80,872.3 74,261.3 6,610.9 155,133.6

Disember 86,374.9 73,880.2 12,494.8 160,255.1

2019 (Jan-Dis)p 986,377.1 849,067.3 137,309.8 1,835,444.4

2020p

Januari 84,082.3 72,083.7 11,998.6 156,166.0

Perubahan m-o-m(%) -2.7 -2.4 -4.0 -2.6

Perubahan y-o-y (%) -1.5 -2.4 4.2 -2.0

2018f 1,003,586.9 879,804.0 123,782.9 1,883,390.9 2019p 986,377.1 849,067.3 137,309.8 1,835,444.4

Perubahan (%) -1.7 -3.5 10.9 -2.5

Nota: Jumlah tidak semestinya terhasil disebabkan pembundaran.

(10)

10 JADUAL 2: BARANGAN UTAMA EKSPORT

Barangan

Januari 2020p

Disember 2019p

Januari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 84,082.3 86,374.9 85,399.9 -2.7 -1.5

Barangan E&E 32,413.9 31,050.2 34,290.3 4.4 -5.5

Keluaran Petroleum 6,712.0 6,998.0 4,605.0 -4.1 45.8

Kimia & Bahan Kimia 4,252.8 4,970.1 5,167.4 -14.4 -17.7

LNG 3,986.9 3,557.2 5,164.6 12.1 -22.8

Minyak Sawit & Keluaran Pertanian Berasaskan Minyak Sawit

3,738.9 3,970.4 3,719.3 -5.8 0.5

Jentera, Kelengkapan &

Peralatan

3,444.3 3,630.5 3,259.9 -5.1 5.7

Barangan Perkilangan Logam 3,094.0 3,165.6 3,181.6 -2.3 -2.8 Barangan Optik & Saintifik 3,073.7 3,634.1 3,068.6 -15.4 0.2

Keluaran Getah 2,214.5 2,385.5 2,000.1 -7.2 10.7

Petroleum Mentah 2,194.4 2,494.6 2,463.2 -12.0 -10.9

JADUAL 3: PASARAN UTAMA EKSPORT

Pasaran

Januari 2020p

Disember 2019p

Januari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Eksport 84,082.3 86,374.9 85,399.9 -2.7 -1.5

Singapura 12,267.9 11,572.7 12,159.8 6.0 0.9

China 10,398.0 13,667.5 11,021.5 -23.9 -5.7

AS 8,707.7 9,086.2 7,953.6 -4.2 9.5

Jepun 6,561.6 5,304.7 6,665.1 23.7 -1.6

Hong Kong SAR 5,560.7 5,322.6 6,467.9 4.5 -14.0

Thailand 4,520.0 4,120.2 5,638.7 9.7 -19.8

ROK 3,410.4 3,247.7 3,312.9 5.0 2.9

India 3,117.3 2,707.5 2,947.1 15.1 5.8

Taiwan 2,954.6 3,338.9 2,842.9 -11.5 3.9

Indonesia 2,690.2 3,312.9 2,428.6 -18.8 10.8

(11)

11 JADUAL 4: BARANGAN UTAMA IMPORT

Barangan

Januari 2020p

Disember 2019p

Januari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 72,083.7 73,880.2 73,885.7 -2.4 -2.4

Barangan E&E 20,519.7 20,836.0 21,932.7 -1.5 -6.4

Keluaran Petroleum 6,511.9 6,745.4 5,538.6 -3.5 17.6

Kimia & Bahan Kimia 6,452.6 6,582.9 7,270.2 -2.0 -11.2 Jentera, Kelengkapan &

Peralatan

5,571.9 5,895.1 6,794.7 -5.5 -18.0 Barangan Perkilangan Logam 4,600.6 4,271.4 4,287.3 7.7 7.3

Petroleum Mentah 3,646.6 2,738.3 2,246.0 33.2 62.4

Kelengkapan Pengangkutan 2,645.4 3,347.8 3,313.1 -21.0 -20.2 Barangan Besi & Keluli 2,497.4 2,601.1 2,831.2 -4.0 -11.8 Barangan Optik & Saintifik 1,797.5 2,137.1 1,836.1 -15.9 -2.1 Barangan Makanan Diproses 1,749.1 1,774.2 1,916.7 -1.4 -8.7

JADUAL 5: SUMBER UTAMA IMPORT

Sumber

Januari 2020p

Disember 2019p

Januari 2019p

Perubahan m-o-m

Perubahan y-o-y

RM Juta RM Juta RM Juta % %

Jumlah Import 72,083.7 73,880.2 73,885.7 -2.4 -2.4

China 16,000.4 15,956.2 17,897.4 0.3 -10.6

Singapura 7,535.3 7,217.5 7,607.0 4.4 -0.9

AS 6,700.0 5,772.2 5,334.0 16.1 25.6

Taiwan 4,647.5 4,775.5 5,385.4 -2.7 -13.7

Jepun 4,634.0 6,230.6 4,845.5 -25.6 -4.4

ROK 3,485.4 3,054.0 3,074.6 14.1 13.4

Indonesia 3,196.9 3,430.0 3,103.9 -6.8 3.0

Thailand 2,870.6 3,498.2 3,743.4 -17.9 -23.3

Jerman 2,365.3 2,142.0 2,356.5 10.4 0.4

India 2,282.1 2,427.6 2,206.7 -6.0 3.4

Sumber : Jabatan Perangkaan, Malaysia Disediakan oleh: MATRADE

Nota:

p - data provisional f – data muktamad

(12)

12

CARTA 1: PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA BULANAN, 2014 - JANUARI 2020

Referensi

Dokumen terkait

Health Notions, Volume 5 Number 2 February 2021 ISSN 2580-4936 47 | Publisher: Humanistic Network for Science and Technology This study aims to test the anticoagulant activity of

4.1087 Ilmy Amiqoh Ilmu Administrasi Publik 4.1088 Dikhla Rif`A Ilmu Administrasi Publik 2.39 4.1089 Elfananda Istiqlalia Ilmu Administrasi Publik 4.1090 Hamida Condrowati Jayadi