PROGRAM DOKTOR PENDIDIKAN TINGGI (DPT/EDD)
1) Apakah Program Doktor Pendidikan Tinggi
- Program Kedoktoran yang ditawarkan secara bersama Fakulti Pendidikan. Ianya merangkumi gabungan kursus-kursus dan pelajar perlu menjalankan penyelidikan dibawah penyeliaan tenaga pengajar yang berpengalaman.
2) Bagaimana hendak memohon mengikuti program?
- Program ini boleh di mohon melalui http://guest.ukm.my yang ditawarkan oleh Akademik UKM pada setiap semester.
3) Bolehkah saya dapatkan nama modul-modul?
- Blok 1- Pendidikan Tinggi Asas (4 kredit) - Blok 2- Pendidikan Tinggi Lanjutan (4 kredit)
- Blok 3- Pendidikan Tinggi Profesionalisme (4 kredit) - Blok 4- Pemantapan Pendidikan Tinggi (22 kredit) - Blok 5- Kajian Tindakan (6 kredit)
- Blok 6- Penyelidikan Kedoktoran (40 kredit)
4) Berapakah jumlah hari kursus?
- 85 hari
5) Berapakah keseluruhan yuran pengajian untuk melengkapakan Program Doktor Pendidikan Tinggi bagi peserta luar UKM?
- RM 36,385.00.
6) Berapakah jumlah yuran untuk setiap kursus?
- RM400.00 per kursus
7) Apakah jangkamasa bagi program ini?
- Program ini dijalankan secara sepenuh masa selama 3-6 tahun - Program ini dijalankan secara separuh masa 4 hingga 7 tahun
8) Apakah syarat-syarat kemasukan bagi Kursus Program Doktor Penyelidikan Tinggi yang dianjurkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia?
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan 5 tahun pengalaman bekerja dalam institut pengajian tinggi. atau
- Ijazah Sarjana dari mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan bekerja dalam institusi pengajian tinggi. atau
- Ijazah Sarjana Pendidikan dari mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
9) Saya gred U36 tetapi saya turut mengajar, adakah saya layak memohon program ini?
- Layak jika memenuhi syarat seperti perkara (9) di atas.
10) Saya bukan kakitangan UKM, bagaimana saya ingin memohon program ini?
- Program ini boleh dimohon dengan melayari laman sesawang http://guest.ukm.my
11) Saya kakitangan UKM, adakah saya perlu memohon cuti belajar jika ingin menyertai program ini?
- Sepenuh masa – Mendapatkan kebenaran bertulis daripada bahagian Sumber Manusia.
- Separuh masa – Mendapatkan kebenaran bertulis daripada bahagian Sumber Manusia.
12) Adakah saya perlu kebenaran dari ketua jika ingin menyertai program ini?
- Perlu mendapatkan kebenaran mengikuti program melalui laman sesawang
http://guest.ukm.my
- Perlu mendapatkan kebenaran mengikuti kursus melalui laman sesawang www.ukm.my/espel
13) Adakah dengan mengambil program ini saya layak naik pangkat?
- Kenaikan Pangkat adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh UKM mengikut skim perkhidmatan masing-masing.
14) Apakah kelebihan yang saya perolehi dengan menyertai program ini?
- Program yang fleksibel.
- Ia sebahagian daripada program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang boleh meningkatkan pengetahuan anda tentang amalan terkini bidang pendidikan.
- Peserta akan dianugerahi Ijazah Doktor Pendidikan Tinggi yang diiktiraf.
15) Saya telah menghadiri kursus yang ditawarkan sebelum ini bagi mendapatkan mata CPD tetapi kini saya ingin menyertai program ini, adakah kursus sebelum ini boleh diambilkira?
- Kursus yang telah diambil bagi mata CPD tidak dikira sebagai kredit untuk program ini.
16) Saya tidak membuat tugasan bagi kursus yang saya hadiri sebelum ini, adakah saya perlu menghadiri kursus lagi atau hanya melakukan tugasan jika saya menyertai program ini?
- Bagi peserta Program Doktor Pendidikan Tinggi, tugasan yang tidak dihantar menyebabkan kursus diberi status GAGAL maka peserta perlu mengulang kursus sepenuhnya.