• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM MATRIKULASI MASIH RELEVAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PROGRAM MATRIKULASI MASIH RELEVAN"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

8/22/2019 UMS - PROGRAM MATRIKULASI MASIH RELEVAN: NC UMS

https://www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7885-program-matrikulasi-masih-relevan-nc-ums?tmpl=component&print=1&layout=default&page= 1/2

PROGRAM MATRIKULASI MASIH RELEVAN: NC UMS

Terakhir dikemaskini: Jumaat, 24 Mei 2019 10:53 | Cetak | Jumlah paparan: 241

KHAMIS, 23 MEI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menegaskan bahawa Program Matrikulasi masih relevan dan terbukti telah berjaya meningkatkan bilangan pelajar bumiputera melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di universiti awam khususnya dalam bidang sains,

teknologi dan perubatan.

Katanya, ia diwujudkan dengan objektif asas sebagai laluan alternatif khas bagi pelajar bumiputera untuk memasuki universiti selain kemasukan melalui kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), sijil Diploma atau lain-lain kelayakan yang setara.

“Dalam konteks negeri Sabah, Program Matrikulasi adalah penting dan relevan sebagai laluan alternatif pelajar

bumiputera dari pelbagai etnik (termasuk yang berdarah campuran atau “sino”) mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di universiti, termasuklah di UMS.

“Sebagai makluman, setiap sesi akademik, UMS menerima kemasukkan sejumlah pelajar lulusan program Matrikulasi dari seluruh negara.

“Di negeri ini, pelajar adalah dari pelbagai daerah, termasuk dari luar bandar, dan bagi sesi kemasukan akademik 2018/2019, sekitar 21% pelajar tahun pertama UMS ialah dari program Matrikulasi berbanding 58% dari STPM,” ujar Prof. Datuk Dr. D Kamarudin.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini berhubung keputusan Mesyuarat Kabinet Jemaah Menteri yang mengekalkan kuota 90 peratus untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera sebagai pelaksanaan bagi kemasukan ke Program Matrikulasi.

Menurut Prof. Datuk Dr. D Kamarudin, satu perkara yang wajar diketahui dan difahami oleh semua pihak ialah setelah pelajar memasuki universiti, mulai tahun pertama pengajian sehinggalah tamat pengajian, semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk menunjukkan kemampuan masing-masing sebagai pelajar prasiswazah.

Dengan erti kata lain ujarnya, semuanya adalah setara dan tidak ada kelebihan pelajar lulusan Matrikulasi berbanding lulusan STPM mahupun Diploma ketika berada di universiti.

“Justeru, selari dengan objektif asas dan kejayaan serta sumbangannya selama ini, Program Matrikulasi perlu diteruskan merujuk kepada dasar yang telah ditetapkan.

“Kesangsian tentang program ini sewajarnya dihentikan demi menjaga keharmonian negara kita.

“Kita perlu beri tumpuan untuk memberi pengalaman serta pengetahuan yang holistik kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat di universiti ke arah menghasilkan graduan yang future-ready di zaman Industri 4.0,”

jelas Prof. Datuk Dr. D Kamarudin lagi.

Untuk rekod, keputusan Jemaah Menteri mengekalkan kuota 90:10 bagi pelaksanaan program Matrikulasi baru- baru ini telah menimbulkan kesangsian daripada beberapa pihak yang tampil mempersoalkan kerelevanan

Tweet

Kongsi0 Syorkan0 Kongsi Share

(2)

8/22/2019 UMS - PROGRAM MATRIKULASI MASIH RELEVAN: NC UMS

https://www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7885-program-matrikulasi-masih-relevan-nc-ums?tmpl=component&print=1&layout=default&page= 2/2

program itu selain wujudnya tanggapan bahawa kemerosotan graduan universiti adalah akibat daripada ramainya pelajar lulusan Matrikulasi memasuki universiti.

Referensi

Dokumen terkait

Differences in Anxiety Reduction Between the Intervention Group and the Control Group Table 4 Differences in Respondents' Anxiety Reduction in the Intervention Group and the Control

The sixth hypothesis testing is related to the effect of sustainability report on the environmental performance aspect of the company's performance carried out in the SEM- PLS can be