• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat membantu perniagaan terutama bagi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu, turut mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja bagi PSU 4.0.

Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1 Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.

Sejak PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.

Dengan pakej bantuan begitu besar, Pengarah Urusan Ferdaus Kalkausar Food, Mohd Ferdaus Kalkausar Kassim, berkata PSU menjadi talian hayat kepada perusahaan bakeri yang diusahakannya sejak 2017 untuk dapat bertahan dalam tempoh pandemik dan mengekalkan empat pekerja.

"Saya mengambil peluang untuk memanfaatkan PSU 1.0 hingga 3.0. Untuk PSU 4.0 juga saya akan pohon kerana perniagaan saya terjejas disebabkan pasaran utama saya adalah sekolah dan institusi pengajian awam serta swasta. Harapan saya agar

(2)

PSU diteruskan hingga perniagaan dapat beroperasi pada kapasiti penuh," katanya kepada BH, semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan yang juga Pemilik Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Norazam Ahamad, berkata PSU dapat mengurangkan impak kepada aliran tunai syarikat memandangkan upah adalah kos terbesar dan utama kepada perniagaan.

Katanya, subsidi upah yang ditawarkan kepada Wakil Jualan, Servis, Alat Ganti, Baikpulih & Sembur Cat Perodua miliknya itu dapat menampung satu perempat daripada kos upah bulanan 64 pekerjanya.

"Dengan PSU, kami mampu bayar gaji penuh kepada semua kakitangan, mampu mengekalkan 100 peratus kakitangan sedia ada dan terlatih serta kami mampu keluar daripada kejatuhan dengan cepat.

"Saya berpendapat PSU wajar diteruskan sehingga perniagaan mencapai kapasiti tertentu dari aspek operasi dan keuntungan," katanya.

Bagi Ketua Pegawai Operasi Fast Track Sdn Bhd, Mazlinda Mohideen Bathusha, PSU telah membantu majikan sepertinya menguruskan Institusi Pendidikan Swasta yang terkesan akibat COVID-19.

"Ia amat membantu dalam mengekalkan aliran tunai daripada aspek pembayaran overhead tetap, gaji kakitangan dan gaji guru serta tidak membuat pemberhentian pekerja. Seramai 12 daripada 16 pekerja kami mendapat manfaat PSU dan saya akan memohon PSU 4.0 apabila permohonan dibuka kelak.

"PSU memberi manfaat kepada kami sebagai majikan perusahaan pusat tuisyen agar dapat meneruskan operasi serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

(3)

"Program ini dapat membantu kewangan dan operasi syarikat bertahan lebih lama selain kami menggunakan pelbagai sumber untuk menambah pendapatan syarikat,"

katanya.

Mazlinda berkata, kesan sekatan pergerakan telah menjejaskan operasi perniagaannya, namun inisiatif kerajaan menerusi PSU membantu pusat tuisyen di Sungai Dua, Gelugor, Pulau Pinang dapat kekal beroperasi.

"Kami mendapat manfaat daripada bantuan kewangan yang diberikan. Dalam masa sama, kami telah mengenal pasti langkah yang sesuai terhadap operasi pusat tuisyen kami dalam menangani cabaran semasa berikutan pandemik," katanya.

Ketika pembentangan PEMULIH, Perdana Menteri menjelaskan bahawa untuk PSU 4.0, kerajaan menampung subsidi uoah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja untuk selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN. Selain itu, majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Sementara itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam kenyataan semalam menjelaskan, PSU 4.0 dijangka dapat dimanfaatkan 242,000 majikan, meliputi lebih daripada 2.5 juta pekerja di seluruh negara.

Majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021 dengan mengemukakan permohonan menerusi portal PRIHATIN di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my.

(4)

Sementara itu, kalangan pekerja dan majikan perusahaan mikro turut bersyukur dengan bantuan PSU 4.0 kerana majikan mereka dapat mempertahankan syarikat sekali gus nasib mereka sebagai pekerja dapat dibela dengan terus bekerja.

"Program Subsidi Upah (PSU) memang tidak dapat menampung sepenuhnya perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 tetapi sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan beban majikan demi kelangsungan hidup pekerja.

"Biarpun perniagaan susut 70 peratus sejak PKP, dengan adanya PSU saya dapat bertahan dengan empat pekerja sedia ada dan mereka gembira dapat gaji seperti biasa."

K Butheswaran, 32, khidmat penghantaran, ganti bateri kereta,

"Syukur kerana ada lagi Program Subsidi Upah. Ia adalah bantuan untuk kelangsungan hidup kami pekerja kerana dengan bantuan ini majikan dapat bertahan dan tidak buang pekerja.

"Bantuan menerusi pakej PEMULIH ini bertepatan dengan keadaan semasa apabila semua pihak termasuk majikan dan pekerja terjejas akibat pandemik COVID-19."

Mahdi Asri, 49, pengawal keselamatan,

"PSU 4.0 ini harus disambut baik kerana ia lebih terbuka luas dengan pekerja boleh menerima bantuan RM600 sebulan untuk tempoh empat bulan bebanding tiga bulan sebelumnya dan tiada had gaji RM4,000 berbanding sebelumnya.

"PSU 4.0 ada pengecualian Levi HRD Corp untuk tempoh dua bulan secara otomatik kepada majikan yang tidak beroperasi semasa PKP seterusnya tempoh lanjutan hingga 31 Disember 2021 bagi syarikat yang baru dirangkumi oleh perluasan Akta Perbadanan Sumber Manusia 2021 sekali gus menunjukkan PSU 4.0 adalah lebih mantap dan mesra rakyat."

Norazryna Abdul Rahman, usahawan

"Program subsidi upah (PSU) dapat meringankan beban kewangan bengkel yang masih dibuka, walaupun pelanggan tidak ramai selain saya juga masih perlu membayar gaji beberapa pekerja.

"Untuk memberi cuti kepada pekerja tidak sampai hati kerana mereka juga mempunyai tanggungan. Namun, saya berharap perniagaan dapat pulih kembali dan bengkel dapat beroperasi seperti biasa."

Pengusaha bengkel kenderaan, Mohamad Tarmizi Hashim, 52.

"Program subsidi upah (PSU) mampu membuatkan saya menarik nafas lega kerana saya banyak mengambil ibu tunggal dan surirumah bekerja menghasilkan kuih, walaupun gaji pekerja tidak tinggi, tetapi bantuan ini dapat meringankan beban perniagaan. Ketika ini hasil jualan kuih juga tidak seberapa, jadi bantuan ini akan diguna bagi membayar gaji pekerja sementara menunggu keadaan kembali pulih."

Pengusaha kuih tradisional, Norzakini Zainun, 43.

(5)

"Dengan adanya PSU, saya dapat menarik nafas lega dan rasa bersyukur sebab majikan dapat bertahan dan kami masih terima gaji dan dapat memenuhi komitmen kewangan bulanan.

"Pelaksanaan PKP membuatkan ramai yang kehilangan kerja. Mujur ada lagi PSU 4.0, saya berasa lega majikan akan dapat bertahan dan tak potong gaji kami."

Kakitangan syarikat swasta, Juvita Lim Nyuk Yun, 27.

Referensi

Dokumen terkait

Registration number KZN253 ANNUAL FINANCIAL STATEMENTS FOR THE YEAR ENDED 30 JUNE 2018 1.5 Standard interpretation Effective Date Impact GRAP 32 - Service Concession Arrangements:

VISION 2020 Brand Power Emergence into a great university with global power New Campus Establishment of a cultural- ecological hub of knowledge production that will lead the