Salah satu inisiatif pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS untuk memberikan pendedahan awal berkaitan program peringkat ijazah sarjana muda dengan mengadakan lawatan ke fakulti-fakulti yang terdapat di UMS.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) menjadi fakulti pertama yang dilawati oleh pelajar Asasi Sains kohot ke 10 sesi 2019/2020.Kehadiran para pelajar ini sangat dialu- alukan oleh fakulti perubatan. Penerangan tentang program yang ditawarkan di FPSK disampaikan oleh Dr. Yeap Boon Tat, pakar anesthetic merangkap timbalan dekan Hal Ehwal Pelajar
& Alumni FPSK. Menurut beliau pelajar hendaklah peka terhadap syarat dan kelayakan jurusan perubatan sekiranya pelajar berminat menyambung pelajaran di dalam bidang perubatan. Di samping itu, beliau turut berkongsi sedikit pengalaman berkenaan cara permohonan dan proses permohonan pelajar, termasuklah perkongsian berkenaan sesi temuduga, sebelum seseorang pelajar disahkan layak menerima tawaran program perubatan disini. Selepas sesi perkongsian, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar untuk sesi lawatan ke perpustakaan dan muzium perubatan FPSK. Sesi lawatan ini turut dibantu oleh seorang pelajar tahun 3, Cik Jorianah, yang juga merupakan alumni kohot ke-7 pelajar asasi UMS.
Diharapkan agar program lawatan sebegini mampu memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada pelajar asasi yang bakal meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.