• Tidak ada hasil yang ditemukan

sebagai pusat ekopelancongan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "sebagai pusat ekopelancongan"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

FRIM komersialkan hutan Pasoh

sebagai pusat ekopelancongan

Oleh Suzalina Halid suzalina@bharian com my

INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM komited untuk mengkomersialkan stesen penyelidi kannya di Pasoh sebagai pusat eko pelancongan dalam masa terdekat bagi menarik lebih ramai orang awam me ngunjunginya

Sehingga kini tapak hutan simpan berkenaan yang terletak kira kira la pan kilometer dari Simpang Pertang itu masih belum dikunjungi orang ra mai secara komersial

Proses menaikkan taraf stesen pe nyelidikan berkenaan sebagai pusat ekopelancongan disifatkan penting ke rana ia boleh mendidik pengunjung mengenai kepentingan alam semula jadi

Pegawai Penyelidikan Kanan FRIM Wan Mohd Shukri Wan Ahmad ber kata statusnya sebagai hutan dara yang masih belum diteroka memberi kelebihan selain menyimpan khaza nah alam yang terdiri daripada 733 pokok pelbagai spesis serta lebih 75 spesies burung

Justeru tidak mustahil kami mam pu menjadikan Pasoh sebagai satu da ripada pusat ekopelancongan yang mendapat perhatian

pengunjung serta pelancong selain di Kepong

Bagaimanapun fokus untuk meng komersialkan stesen ini adaiah dengan menggalakkan lawa tan daripada seko lah kerana kami ti dak boleh membe narkan sehingga seribu pengunjung dalam satu masa berikutan keadaan hutan yang hanya

mampu menam

pung kira kira 30 orang saja pada satu masa katanya

Bukan sekadar retorik namun ka tanya usaha untuk mencapai misi itu diteruskan dengan kerjasama syarikat korporat HSBC Bank Malaysia Bhd bagi menganjurkan program lawatan daripada pelajar sekolah ke tapak hu tan berkeluasan 2 450 hektar ini

Beliau berkata program berkenaan yang menyasarkan pelajar dari seko

lah berhampiran sudah dimulakan pada akhir Julai lalu untuk sesi per tama malah sesi berikutnya akan di teruskan pada September depan

Bagi sesi pertama kita menerima kunjungan daripada 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 dan menerusi lawatan terbabit kami ber pendapat pengetahuan mereka menge nai kepentingan dan kepelbagaian je nis pokok dapat ditingkatkan

Pada masa yang sama kami juga giat menganjurkan beberapa program bersama Kementerian Pelancongan dan Jabatan Hutan Malaysia bagi menghebahkan kepada masyarakat berkenaan kelebihan Pasoh katanya

Bagi mencapai hasrat untuk dinaik taraf sebagai pusat ekopelancongan Wan Mohd Shukri berkata lokasi ter babit harus mencapai tahap 100 pe ratus sebagai hutan penyelidikan su paya usaha menuju ke arah itu dapat direalisasikan dengan mudah

Justeru katanya FRIM sedang ber usaha mendapatkan taraf Tapak Wa risan Semula Jadi oleh Jabatan Wa risan Negara di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebu dayaän bagi memudahkan Pasoh men dapat dana daripada kerajaan untuk meningkatkan kemudahan dan logis tik di situ

Selain itu katanya Pasoh juga cen derung untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi berkaitan terutama nya dari luar negara bermula seawal 1991 lalu secara berterusan untuk me nemui jawapan menerusi beberapa perkara berkaitan penanda aras pe ngurusan lestari hutan tropika serta interaksi haiwan dan tumbuhan di hutan terganggu atau tidak tergang

gu

Hasil kerjasama lebih sedekad itu katanya sebanyak 200jurnal dan buku berjaya diterbitkan antaranya berta juk Pasoh Ecology ofa Lowland Rain

Forest in Southeast Asia juga pening katan kemudahan infrastruktur ter masuklah pembinaan Menara Alumi nium Iklim setinggi 52 meter dan la luan kanopi sepanjang 475 meter

dengan kos RM500 000 pada 2005

Malah sejak 2003 hingga tahun lalu FRIM Pasoh juga me nandatangani Memo randum Persefahaman

Moü bersama Natio nal Institute for Envi

ronmental Studios NIES dari Jepun yang membabitkan empat universiti serta Kemen terian Pelajaran Jepun Centre of Tropical Fo rest Science CTFS dan Smithsonian Tropical Research Institute STRI dari Amerika Syarikat bagi tujuan pe nyelidikan bertaraf an tarabangsa

Melalui MoU itu 12 projek di bawah lima kategori dapat dilaksanakan membabitkan penyelidikan terhadap perubahan karbon biodiversiti pe ngurusan kawasan tadahan air kajian sosioekonomi rangkaian serta pang kalan data

Kerjasama melalui MoU berkenaan juga meliputi pembabitan daripada Institut Pengajian Tinggi IPT tem patan antaranya Universiti Teknologi Malaysia UTM dan Universiti Putra Malaysia UPM bagi memperkasakan lagi penyelidikan itu

Kajian kita yang terbaru melalui kerjasama terbabit adaiah penyelidi kan sama ada fenomena pemanasan global dan perubahan iklim memberi kesan kepada tumbesaran pokok di hutan namun kami masih belum me nemui jawapan berikutan ia sedang dijalankan katanya

Wan Mohd Shukri berkata dengan perkembangan kemajuan penyelidikan di Pasoh itu ia sekali gus memberi hikmah kepada penduduk setempat apabila peluang pekerjaan terbuka luas dengan tawaran sebagai pembantu pe nyelidikan secara kontrak di situ

Headline FRIM komersialkan hutan Pasoh sebagai pusat ekopelancongan

Date 09 Aug 2011 Language Malay

MediaTitle Berita Harian Page No 26,27

Section Nasional Article Size 320 cm

2

Journalist N/A Color Black/white

Frequency Daily ADValue 9,063

Circ / Read 192,982 / 1,521,000 PRValue 27,189

Referensi

Dokumen terkait

Beliau berkata, dengan kelulusan yang diperoleh 4 Ogos lalu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dapat menjana pendapatan sendiri melalui pengkomersilan produk penyelidikan

FRIM­FITEC anjur seminal reka bentuk Derabot INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dan Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA FITEC akan menganjurkan Simposium Reka Bentuk

ticketpro.com.my INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara akan menganjurkan Pertandingan Melukis Alam Sekitar 2014 yang bertajuk FRIM:

FRIM, IDB terima anugerah antarabangsa INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM menerima Anugerah Sains dan Teknologi, manakala Bank Pembangunan Islam IDB 2012 sebagai institxisi

Kanger, FRIM jalin usaha sama bangunkan industri buluh Malaysia KUALA LUMPUR: Kanger International Bhd dan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia FRIM akan menjalin usaha sama bagi

Cawangan Perpustakaan Bahagian Perkhidmatan Teknikal Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM Kepong 52109 Selangor Darul Ehsan Tel : 03-6279 7503

Melalui Kajian Rantaian Nilai Industri Herba Terpilih di Semenanjung Malaysia yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia FRIM, pertemuan secara individu mahupun

Frim bantu tubuh sistem pangkalan data ekologi INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia Frim telah membantu Kasetsart Universiti KU di Bangkok, Thailand, baru­baru ini untuk