• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMULIHAN HUTAN PAYA GAMBUT YANG TEROSOT*

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PEMULIHAN HUTAN PAYA GAMBUT YANG TEROSOT*"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PEMULIHAN HUTAN PAYA GAMBUT YANG TEROSOT*

Dr Ismail Hj. Parlan

Ketua Cawangan Pengurusan & Silvikultur Hutan Paya, Program Hutan Asli, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Emel: ismailp@frim.gov.my

*kertas kerja adalah seperti makalah yang bertajuk’Rawat Hutan Paya Untuk Cepat Pulih’ yang telah diterbitkan oleh Dewan Kosmik, DBP pada Julai 2011.

Pengenalan

Hutan paya gambut adalah merupakan salah satu jenis hutan tanah bencah yang penting, selain hutan paya laut. Hutan jenis ini adalah merupakan suatu ekosistem hutan yang berasaskan air yang mana kawasan hutan akan dibanjiri pada masa-masa tertentu. Uniknya adalah ia mempunyai warna air yang merah kehitaman yang mampu disimpan semasa musim hujan dan dilepaskan secara perlahan-lahan pada musim kering. Walaubagaimanapun, sesetengah kawasan hutan paya gambut telah rosak akibat dari kebakaran hutan, pencerobohan untuk tujuan pertanian, pengusahasilan yang tidak sistematik dan lain-lain.

Hasil daripada beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), telah didapati terdapat banyak kawasan hutan paya gambut di Semenanjung Malaysia memerlukan pemulihan dengan kaedah tanaman terutamanya di Negeri Selangor dan Pahang yang merupakan negeri utama yang mempunyai hutan paya gambut. Aktiviti penanaman ini adalah perlu bagi mempercepatkan proses pemulihannya di samping dapat menambahkan dirian spesies komersial di kawasan tersebut. Jika sekiranya kawasan tersebut dibiarkan ia akan menjadikannya tidak produktif dan ada kalanya menyebabkannya mudah untuk terbakar. Di samping akan menjejaskan peranan utama hutan paya gambut sebagai pembekal sumber air secara berterusan, penyimpan stok karbon (CO2) bagi pengawalan iklim dan pengawalan banjir.

Berdasarkan kajian FRIM, banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan kerja-kerja pemulihan ini seperti kaedah tanaman yang bersesuaian, bekalan bahan tanaman yang bermutu dan berterusan, musim/waktu yang betul semasa tanaman dijalankan, rawatan dan penjagaan kawasan selepas aktiviti tanaman.

Aktiviti rawatan

Aktiviti rawatan yang paling utama ialah dengan membuat penanaman di kawasan yang telah dikenalpasti. Pada kebiasaannya, kawasan hutan yang telah rosak tersebut tidak mempunyai dirian pokok ibu yang mecukupi. Malahan, pokok-pokok yang tinggal adalah bersaiz kecil dan belum cukup matang, di tambah lagi jika ianya hanya terdiri daripada spesies tidak komersial. Pokok ibu berperanan sebagai sumber biji benih bagi anak-anak pokok baru.

Tanpa pokok ibu maka sukar sesuatu kawasan tersebut untuk ditumbuhi semula dengan spesies asal kawasan tersebut.

Oleh itu, rawatan yang lazim digunakan ialah dengan menjalankan aktiviti penanaman atau istilahnya ialah tanaman mengaya (enrichment planting). Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti rutin yang dijalankan oleh pihak Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM),

Bahan-bahan tanaman yang telah dihasilkan untuk tanaman di lapangan

Raised planting materials ready for the field planting

(2)

2

penanaman ini, spesies-spesies utama kayu-kayan yang komersial akan digunakan. Spesies- spesies ini dikenalpasti berdasarkan rekod spesies asal yang terdapat kawasan berkenaan.

Aktiviti dimulakan dengan pengutipan biji benih dan/atau anak liar dari kawasan hutan yang kaya dengan sesuatu spesies berkenaan untuk dibawa ke tapak semaian.

Walaubagaimanapun, pengutipan biji benih samada di bawah pokok atau dengan kaedah memanjat pokok yang mempunyai buah yang telah matang adalah lebih menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diuruskan berbanding kutipan anak liar. Anak liar akan digunakan jika biji benih sesuatu spesies itu amat sukar untuk diperolehi. Di sini maklumat fenologi iaitu bila sesuatu spesies itu berbunga dan berbuah matang adalah penting bagi memudahkan perancangan kerja-kerja pengutipan di lapangan.

Di tapak semaian, biji benih akan disemai dan dijaga dengan rapi dari segi bekalan air, litupan teduhan, pembajaan dan kawalan serangga perosak agar mendapat kadar kemandirian dan kualiti bahan tanaman yang tinggi. Pertumbuhan dan kemandirian anak benih tersebut akan direkodkan secara berkala. Mereka akan ditempatkan di tapak semaian sehingga ketinggian yang bersesuai untuk ditanam di lapangan. Umur bahan tanaman yang sesuai ditanam di lapangan biasanya melebihi enam bulan dengan ketinggian lebih dari 0.5 m.

Semakin besar saiz sesuatu anak benih adalah lebih baik tetapi masalah yang timbul ialah proses pengendalian bahan tanaman yang lebih sukar kerana ia bersaiz besar dan berat.

Benih-benih tanaman akan dipilih dengan mengambil yang saiz yang sebaya, sihat dan mempunyai kualiti memuaskan.

Sebelum dibawa ke lapangan, bahan-bahan tanaman tersebut akan melalui proses pengerasan (hardening) yang mana pada masa ini bekalan air dan litupan teduhan dikurangkan secara beransur-ansur. Ia bertujuan untuk mengurangkan ‘gejala terkejut’ (planting shock) bahan- bahan tanaman tersebut bila ditanam di lapangan kerana kawasan penanaman biasanya adalah mempunyai bekalan air minimum serta litupan teduhan yang rendah (terdedah pada cahaya matahari).

Di lapangan, aktiviti penanaman akan dilakukan pada awal pagi (lebih kurang 7.00 sehingga 11.00 pagi) dengan pengendalian bahan-bahan tanaman dijalankan secara berhari-hati (termasuk proses pemunggahan dan pengangkutan). Ini bagi memastikan bahan-bahan tanaman berada dalam keadaan baik, tidak rosak dan kurang tertekan (stress). Hasil dari kajian, cara pengendalian yang betul dan keadaan bahan tanaman yang baik akan memberi kadar kemandiarn dan pertumbuhan bahan tanaman yang lebih baik.

Sebelum tanaman dijalankan, aktiviti penyediaan kawasan dibuat dengan lebih awal. Sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti yang dipanggil ‘plot’ akan disediakan dengan membuat sempadan kawasan berkenaan. Lubang tanaman akan disediakan pada jarak 3 x 3 m (3 m pada barisan dan 3 m antara barisan) atau 3 x 10 m dan sebagainya bergantung kepada keadaan kawasan hutan dan objektif penanaman tersebut. Kawasan yang lapang seperti kawasan bekas terbakar akan mempunyai jarak tanaman yang lebih kecil seperti 3 x 3 m kerana pada umumnya tiada pokok yang terdapat di situ. Di sini kaedah tanaman terbuka (open planting) digunapakai. Manakala kawasan belukar atau yang telah dibalak lebih sesuai untuk menggunakan jarak tanaman yang lebih besar dengan kaedah tanaman barisan (line planting). Di sesetengah kawasan paya gambut, busut perlu dibuat kerana kawasan tersebut sentiasa digenangi air. Busut ini dibuat dengan menggunakan kayu reja atau tunggul kayu bagi menampung tanah gambut bagi meninggikan lubang tanaman.

(3)

Setelah plot disediakan, bahan-bahan tanaman akan ditanam pada lubang-lubang yang telah disediakan. Tanah gambut berhampiran digunakan untuk menutup lubang tanaman setelah bahan tanaman dimasukkan. Bahan tanaman yang telah ditanam ini dipanggil sebagai anak pokok. Setelah selesai semua kerja penanaman, aktiviti seterusnya ialah rawatan kepada anak pokok yang ditanam. Anak pokok perlu dirawat dari segi rumput-rumpai dengan membuang rumpai berkenaan dan membuka naungan jika ada secara berkala (2-3 bulan sekali) sehingga umur anak pokok melebihi tiga tahun ataupun setelah ketinggian anak pokok melebihi rumput-rumpai/resam yang ada di barisan tanaman berkenaan. Apabila ia mencapai ketinggian yang tersebut, pada kebiasaanya ia akan dapat terus hidup dan tumbuh. Selain dari itu, penjagaan secara berterusan dari segi pemantauan keselamatan kawasan dari pencerobohan dan kebakaran perlu dijalankan dari masa ke semasa.

Kos keseluruhan aktiviti penanaman ini adalah tinggi bergantung kepada keadaan kawasan, spesies yang digunakan, teknik tanaman dan objektif jangka panjang penanaman dijalankan (samada untuk komersial, pemulihan bio-kepelbagaian dan lain-lain). Kos penanaman termasuk penyediaan adalah dianggarkan melebihi RM2,000/ha tidak termasuk kos rawatan dan penjagaan kerana ia dilakukan secara berterusan. Secara umumnya, bagi tujuan komersial sesuatu anak pokok yang ditanam ini akan dibiarkan sehingga berumur 30 tahun atau setelah mempuyai saiz batang melebihi 50 cm sebelum ia boleh ditebang.

Penutup

Rawatan melalui aktiviti penanaman diperlukan bagi tujuan mempercepatkan proses pemulihan sesuatu kawasan hutan paya gambut. Namun begitu, aktiviti penanaman ini bergantung kepada keadaan dirian hutan, jenis kerosakan dan objektif aktiviti penanaman tersebut. Ia adalah kerana keadaan yang berbeza memerlukan kaedah pemulihan dan penanaman yang berbeza. Dengan adanya rawatan ini, dijangkakan sesuatu kawasan hutan itu dapat dipulihkan dengan lebih cepat bagi tujuan komersial mahupun untuk kesejahteraan alam sekitar.

(4)

4

Rajah 1. Kawasan hutan paya gambut utama di Semenanjung Malaysia iaitu di Selangor dan Pahang

HUTAN PAYA GAMBUT

(5)

Gambar 1 & 2. Tapak semaian dan bahan tanaman

Bahan-bahan tanaman yang telah dihasilkan untuk tanaman di lapangan Bahan-bahan tanaman yang telah dihasilkan untuk tanaman di lapangan

(6)

6 Gambar 3.

Gambar 4.

Tanaman di kawasan lapang (didominasi oleh paku-pakis) di Hutan Simpan Sungai Karang, Selangor

Tanaman di kawasan lapang (didominasi oleh paku-pakis) di Hutan Simpan Sungai Karang, Selangor

Tanaman percubaan di kawasan belukar di Hutan Simpan Sungai Karang, Selangor

Tanaman percubaan di kawasan belukar di Hutan Simpan Sungai Karang, Selangor

(7)

Gambar 5.

Gambar 6. Keadaan kawasan penanaman

Pokok-pokok yang ditanam di Hutan Simpan Raja Musa, Selangor Pokok-pokok yang ditanam di Hutan Simpan Raja Musa, Selangor

(8)

8

Gambar 7. Anak benih tanaman yang bersaiz melebihi 1 m tinggi

Gambar 8. Contoh tanaman terbuka di kawasan lalang

(9)

Gambar 9. Kaedah tanaman barisan

Gambar 10. Busut yang dibuat di kawasan yang sentiasa digenangi air

Gambar

Gambar 1 & 2. Tapak semaian dan bahan tanaman
Gambar 6. Keadaan kawasan penanaman
Gambar 7. Anak benih tanaman yang bersaiz melebihi 1 m tinggi
Gambar 10. Busut yang dibuat di kawasan yang sentiasa digenangi air

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian di atas, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah ada pengaruh penerapan good corporate governance yang diproksikan dengan komite audit,

Oleh karena itu, diperlukan kajian terhadap implementasi kedua inovasi untuk melihat interaksi timbal balik pada proyek konstruksi, memahami manfaat dan tantangan

Penelitian ini didasari pada penelitian sederhana mengenai Kota Impian berdasarkan Perspektif Masyarakat (Roihanah, 2013) yang kemudian ditindaklanjuti untuk melihat

Dengan hasil tersebut, maka hipotesis penelitian H1 yang menyatakan bahwa Intellectual Capital berpengaruh positif dan signifikan terhadap Kinerja Keuangan

2012 Direktorat Budidaya Aneka Kacang dan Umbi (dana Tugas Pembantuan/TP dan Dekon) melalui program pengelolaan.. Upaya yang telah dilakukan Direktorat Budidaya Aneka

Bukti  bahwa  yang  diuntungkan  dengan  sistem  MLM  adalah  Upline,  sedangkan  Downline  akan  selalu  dirugikan  adalah  bahwa 

Kedua, jika setiap state pada rantai Markov re-current dan mean waktu recurrence adalah terbatas, p j 's menjadi distribusi probabilitas yang tidak.. berubah dan dapat

Cocokan atas bukti pemotongan dan bukti surat setoran pajak dengan saldo di buku besar serta lakukan vouching Lakukan rekonsilisasi antara total objek dengan tarif pajaknya