• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

GERAN PENYELIDIKAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH – MENYOKONG PENYELIDIK MUDA TEMPATAN DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SAINTIFIK

KUALA LUMPUR, 6 September 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai agensi peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara sentiasa memberi galakan kepada saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha ini penting selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 untuk menjadi negara berteknologi tinggi berasaskan inovasi tempatan.

Justeru itu, dana merupakan satu aspek penting dalam ekosistem R&D negara. Selain peruntukan kerajaan, MOSTI juga mengawal selia Geran Penyelidikan Dr Ranjeet Bhagwan Singh. Geran ini kekal menjadi komitmen MOSTI bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menyokong penyelidik muda tempatan setiap tahun dalam bidang perubatan dan saintifik.

Geran penyelidikan yang diuruskan menerusi Akaun Amanah Tabung Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh sejak tahun 1997 ini telah diberikan kepada 26 penyelidik muda dengan jumlah dana sebanyak RM632,265.00.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Dr. K.

Nagulendran dalam ucapannya mewakili Yang Berhormat Menteri MOSTI, Dato’ Sri Dr. Adham Baba pada Majlis Pengumuman Penerima Geran Penyelidikan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh 2022 berkata, “Mendiang telah mewasiatkan keseluruhan hartanya dianggarkan berjumlah RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan berkenaan setiap tahun sehingga kini. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang individu dengan visi jauh ke hadapan, melihat kepentingan konsep filantropi bagi menyokong penyelidik muda tempatan tanpa mengira bangsa dan agama.”

Dr. K. Nagulendran kemudiannya mengumumkan Penerima Geran Penyelidikan Dr.

Ranjeet Bhagwan Singh 2022 iaitu Profesor Madya Dr. Tan Jun Jie daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau menerima geran penyelidikan berjumlah RM50,000 menerusi penyelidikan bertajuk ‘Preclinical Assessment of Human Induced Pluripotent Stem Cell-derived Pre-epicardial Cell/Cardiomyocyte Theraphy in Acute Myocardial Infarcted Rat Hearts’ yang bertujuan untuk mencipta sel jantung dari sel stem untuk merawat serangan jantung.

(2)

2

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Presiden Akademi Sains Malaysia, Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Puan Hazami Habib.

Mendiang Dr. Ranjeet adalah seorang saintis penyelidikan perubatan tanah air terkemuka dan telah memberikan sumbangan tidak ternilai dalam bidang perubatan dan saintifik, khususnya bagi pembangunan makmal diagnostik di Malaysia.

Mendiang telah mewujudkan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh Medical Research Endownment Fund sejak tahun 1982 dengan menyumbang dana awal berjumlah RM50,000. Mendiang kemudiannya telah mewasiatkan keseluruhan hartanya dianggarkan berjumlah RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan berkenaan setiap tahun sehingga kini yang diuruskan oleh MOSTI dan ASM menerusi Akaun Amanah Tabung Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh.

#TAMAT#

Dikeluarkan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 6 September 2022

Referensi

Dokumen terkait

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA SETUJU KERAJAAN MERATIFIKASI TRITI- TRITI ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA DEMI KEPENTINGAN NEGARA

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MOSTI MEMPELAWA KERJASAMA ANTARABANGSA BAGI MENJAYAKAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN PLANET NEGARA VIENNA, 25 September 2022

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MINGGU SAINS NEGARA KELUARGA MALAYSIA 2022 BERMULA “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” KUALA LUMPUR, 1 April 2022 –

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MOSTI MENYEDIAKAN SOKONGAN PEMBIAYAAN BAGI MENGGALAKKAN PENYELIDIKAN SERTA APLIKASI TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI SOLAR JOHOR

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI BAJET 2023: MELONJAKKAN PERANAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI STI KE ARAH PENGUKUHAN EKONOMI DAN DAYA SAING NEGARA

1 SIARAN MEDIA KEMBARA STIE MOSTI PERKASA BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Program Kembara Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi STIE antara usaha MOSTI memartabatkan

MNIG disasarkan untuk menjadi pelantar terbaik ke arah penglibatan lebih banyak industri terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS dan pemain ekosistem inovasi tempatan dalam

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PERSIDANGAN AGUNG IAEA KE-66 DI VIENNA, AUSTRIA MALAYSIA DAN IAEA MENANDATANGANI PRACTICAL ARRANGEMENT UNTUK