• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

YAYASAN INOVASI MALAYSIA ANJUR BENGKEL BOOTCAMP DI SK FELDA LINGGUI

Pendekatan didik hibur dalam pembelajaran beri kesan positif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

KOTA TINGGI, 31 OKTOBER 2022 – Dalam usaha untuk mendekatkan orang ramai terutamanya di kalangan komuniti luar bandar dengan bidang inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menganjurkan bengkel bootcamp menggunakan produk pembelajaran inovasi Kad ASK di SK Felda Linggui, Kota Tinggi, Johor.

Bootcamp ini merupakan salah satu aktiviti di bawah ‘Program YIM Bersama Masyarakat’ yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai inovasi sosial dan inovasi akar umbi melalui pengenalan inovasi Kad ASK yang dibangunkan oleh Puan Norhayati binti Daud.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, “Inovasi yang dibawakan oleh Kad ASK dapat membantu pelajar di peringkat sekolah rendah mempelajari kemahiran bahasa dalam masa yang pantas. Mereka juga dapat mengembangkan kemahiran dari peringkat asas perkataan sehingga mampu membina struktur ayat untuk menghasilkan sebuah cerita pendek secara kreatif.”

Tambahnya, “Elemen kreatif yang terdapat di dalam Kad ASK juga dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar kerana sifatnya yang mendidik sambil berhibur.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh, Kad ASK diperkenalkan di sekolah rendah kerana ia boleh dimainkan menggunakan dua versi iaitu Versi Pertama: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina; Versi Dua:

Bahada Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Jawi.

“Inovasi Kad ASK ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar oleh para guru untuk melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21), Taksonomi Bloom dan instrumen di dalam Penilaian Bilik Darjah,” ujar beliau.

Bengkel bootcamp ini telah telah diadakan selama dua hari bermula 30 Oktober 2022 dan melibatkan seramai 100 orang pelajar SK Felda Linggui.

(2)

Menerusi Bootcamp Kad ASK, pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu kosa kata, pembinaan ayat dan penulisan karangan. Kad ASK turut menerapkan elemen tiga elemen penting dalam pembentukan modal insan selari dengan hasrat kerajaan iaitu nilai murni, kemahiran dan pengetahuan.

#TAMAT#

Dikeluarkan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 31 OKTOBER 2022

Referensi

Dokumen terkait

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PENCARIAN TECHLYMPIANS MALAYSIA TECHLYMPICS 2022 PERINGKAT ZON MALAYSIA TIMUR SARAWAK BERMULA SIBU, 6 Oktober 2022 -

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MOSTI MEMPELAWA KERJASAMA ANTARABANGSA BAGI MENJAYAKAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN PLANET NEGARA VIENNA, 25 September 2022

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MINGGU SAINS NEGARA KELUARGA MALAYSIA 2022 BERMULA “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” KUALA LUMPUR, 1 April 2022 –

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MOSTI DAN ASM BANGUNKAN SISTEM PENGAWASAN STIE TREND WATCH BAGI MENAMBAHBAIK PERATUSAN PENYELIDIK DALAM SEKTOR INDUSTRI

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI GERAN PENYELIDIKAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH – MENYOKONG PENYELIDIK MUDA TEMPATAN DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SAINTIFIK

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PELAJAR MALAYSIA MERAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA INTERNATIONAL OLYMPIAD ON ASTRONOMY AND ASTROPHYSICS 2021 KUALA LUMPUR,

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA MERANGKUL DUA ANUGERAH PENCAPAIAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI NUKLEAR DI VIENNA, AUSTRIA VIENNA, 26 SEPTEMBER

1 SIARAN MEDIA KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA BERJAYA MELEPASI KESEMUA SASARAN BAGI PENYERTAAN DI EKSPO 2020 DUBAI PUTRAJAYA, 29 April 2022 – Penyertaan