Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2
CLOUDDESK : PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
1Khadijah Chamili, Thuraiya Udah @ Budah, Mohd Hatta Md Hassan GOAL-ITQAN
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
E-Mel: [email protected], [email protected], [email protected] Tel: 06-798 6076
ABSTRAK
Pendidikan merupakan komponen terpenting dalam membentuk kecemerlangan sesebuah negara. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-PT) 2015-2025 yang inginkan transformasi dalam pendidikan, ICT memainkan peranannya tersendiri. Adaptasi budaya ‘Bring Your Own Device’ (BYOD), Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ‘flip classroom’ dan ‘student centered learning’ menjadi kayuukur kepada sesebuah Universiti sejauh mana perkembangan dan keupayaan Universiti dalam memenuhi keperluan semasa pelajar. Peruntukan bajet yang semakin meruncing menjadi persoalan pokok dalam memastikan operasi dan perkhidmatan ICT dapat terus diberikan kepada pelajar dengan keperluan teknikal yang semakin mencabar. Makmal komputer merupakan aset terbesar bagi menyokong teras Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sesebuah Universiti. Perkakasan komputer yang usang, kos penyelenggaraan yang tinggi dan perolehan perisian yang khusus bagi setiap Fakulti memerlukan pengurusan makmal yang lebih sistematik dan kos efektif . Mulai tahun 2014, pihak GOAL-ITQAN telah memulakan perjalanan alternatifnya dalam menguruskan makmal komputer yang lebih kos efektif melalui teknologi Clouddesk. Teknologi ini menjanjikan Total Cost of Ownership (TCO) yang rendah dengan memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer dan pelaksanaan spesifikasi teknikal yang minima.
Kata kunci: Pengurusan makmal komputer, Virtual Desktop Infrastructure (VDI), Clouddesk
1.0 PENDAHULUAN
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Sektor Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) 2015-2025 yang merangkumi 10 lonjakan bagi memantapkan sistem pendidikan tinggi negara pada 7 April 2015. Antara tiga lonjakan yang dinyatakan adalah : sistem tersohor di peringkat global, pembelajaran dalam talian secara global dan transformasi sistem pendidikan tinggi. Adalah menjadi tanggungjawab Universiti menzahirkan apa yang telah di dokumentasi bagi mencapai hasrat Kementeriandalam usaha membentuk kecemerlangan negara. Selaras dengan Pelan Pembangunan
1Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar PRAGMATIS USIM 2.0, anjuran PRAGMATIS USIM, Bandar Baru Nilai, MALAYSIA:14 & 15 Mac 2017.
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 Pendidikan Malaysia (PPPM) 2016-2025 yang inginkan transformasi dalam pendidikan, ICT memainkan
peranannya tersendiri. Adaptasi budaya ‘Bring Your Own Device’ (BYOD), Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ‘flip classroom’ dan ‘student centered learning’ menjadi kayuukur kepada sesebuah Universiti sejauh mana perkembangan dan keupayaan Universiti dalam memenuhi keperluan semasa pelajar. Konsep pembelajaran ‘blended learning’ ataupun kaedah percampuran pembelajaran antara konvensional dan secara maya (online) (3) telah pun mula diadaptasi di seluruh Universiti Awam dan Swasta di Malaysia bagi menyokong pendekatan pedagogi terbaru IPT iaitu Massive Open Online Courses (MOOC).
Rajah 1 : 10 Lonajakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025
Melalui pelaksanaan ‘blended learning’ ini, 70% konsep pembelajaran secara pertemuan antara mahasiswa dan pensyarah masih perlu dijalankan selain pembelajaran secara maya sebanyak 30%. Ini membuktikan keperluan pengukuhan infrastruktur asas ICT masih perlu disediakan selain merupakan komitmen Universiti terhadap kesamaan hak capaian mahasiswa terhadap infrastruktur asas ini seperti makmal komputer, internet dan WiFI. Makmal komputer merupakan aset terbesar bagi menyokong teras Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sesebuah Universiti. Kesediaan fizikal makmal komputer yang dilengkapkan dengan perkakasan dan perisian pengajaran yang ‘up-to-date’ membantu mempersiapkan mahasiswa agar terus relevan dan memenuhi
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2
Pun begitu, adalah menjadi cabaran terbesar kepada pembekal ICT di peringkat Universiti, memastikan kesemua makmal komputer yang disediakan, berada di dalam kondisi terbaik apatah lagi melibatkan teknologi dan sumber kewangan yang mencukupi. Perkakasan komputer yang usang, kos penyelenggaraan yang tinggi dan keperluan perolehan perisian yang khusus bagi setiap Fakulti memerlukan pengurusan makmal yang lebih sistematik dan kos efektif .
Pada tahun 2014, pihak GOAL-ITQAN telah memulakan perjalanan alternatifnya dalam menguruskan makmal komputer yang lebih kos efektif melalui teknologi Clouddesk. Teknologi ini menjanjikan Total Cost of Ownership (TCO) yang rendah dengan memanjangkan jangka hayat sesebuah komputer dan pelaksanaan spesifikasi teknikal yang minima.
2.0 CLOUDDESK
Cloudesk merupakan teknologi terkini yang berevolusi berasaskan konsep virtual desktop infrastructure (VDI) di mana perisian mahupun desktop PC di jadikan dalam bentuk imej dan ditempatkan di dalam pelayan (server), kemudian dicapai oleh pengguna melalui PC/tablet. Rujuk Rajah 2 – Arkitektur Clouddesk.
Rajah 2 : Arkitektur Clouddesk
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 Clouddesk merupakan produk VDI yang dibangunkan oleh syarikat tempatan iaitu Syarikat Clouddesk
Tehnology Sdn Bhd yang mempunyai pasukan R&D yang kuat dan mampu menyaingi produk tersohor seperti VM Horizon di peringkat dunia.
Clouddesk mempunyai beberapa produk iaitu VDesk, VApps, VDI, VMaps, VDash dan VDaas. Layari https://www.clouddesk.io/ untuk maklumat lanjut.
VDesk merupakan kaedah di mana imej dekstop komputer di letakkan secara berpusat di satu pelayan (server) dengan keupayaan beroperasi secara ‘offline’ mod. Konsep ini sesuai digunakan untuk pengurusan makmal komputer di mana pengurusan secara berpusat (switch on/ switch off PC), konsep pengimejan perisian dan software deploy in bulk serta PC clean with no antivirus.
VApps merupakan kaedah di mana aplikasi atau perisian di virtual dan diletakkan secara berpusat di satu pelayan (server) dan dicapai oleh mana-mana pengguna melalui mana-mana peranti seperti android, IOS dan windows.
3.0 PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
3.1 Releven Makmal KomputerMakmal komputer merupakan aset terpenting dan terbesar di dalam mana-mana institusi pendidikan sebagai medium dalam mempersiapkan pelajar menghadapi ala industri. Makmal komputer terus dilihat relevan kepada pelajar walaupun konsep Bring Your OwnDevice (BYOD) telah giat diperkata dan diperkenal di institusi pendidikan sebagaimana kajian yang telah dibuat oleh (Martijn B.W. Kobus, Piet Rietveld, Jos N. van ommeren). Kesediaan kewangan sesetengah pelajar dalam memperoleh notebook termasuklah kos perolehan perisian teknikal bagi tujuan penyediaan kerja kursus bagi pelajar-pelajar tempatan masih di tahap rendah. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah kajian yang dibuat oleh (Martijn B.W. Kobus, Piet Rietveld, Jos N. van ommeren) menunjukkan kadar pemilikan peranti mobil ditahap 0.98 di kalangan pelajar.
Pengurusan makmal komputer menjuruskan kepada pengurusan operasi, penyelenggaraan komputer, dan
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 pengiktirafan program. Ini termasuklah menyediakan jumlah komputer yang mencukupi dan berfungsi
lengkap dengan perisian yang menyokong program akademik yang dilaksanakan oleh sesebuah Fakulti.
Di Malaysia, keperluan makmal komputer masih relevan di mana blended learning dengan pertemuan bersemuka 70% masih perlu dipatuhi. Ini termasuklah pertemuan di makmal komputer mahupun kehadiran di dewan kuliah atau tutorial.
3.2 Pemilihan Clouddesk
Setakat ini, USIM mempunyai sekitar 1,600 unit komputer di makmal komputer umum mahupun khusus yang disediakan di 12 Fakulti bagi memenuhi keperluan akademik pelajar. Ini melibatkan 9 Juruteknik Komputer FT19 dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 yang membantu menguruskan makmal komputer di Fakulti.
Sekitar tahun 2010-2013, kedudukan komputer di makmal komputer Fakulti sangat kritikal di mana komputer yang diperoleh tahun 2002 masih digunapakai di Fakulti akibat kekurangan peruntukan perolehan. Melihatkan keadaan ini dan menjangkakan kedudukan kewangan ICT pada masa hadapan , pihak GOAL-ITQAN (dahulu dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat) ketika itu mula meninjau teknologi di pasaran bagi membantu Universiti dalam menyediakan infrastruktur asas pengajaran yang kondusif dan kos efektif.
Pihak GOAL-ITQAN telah menjalankan kajian teknikal melalui konsep ‘Proof of Concept’ (POC) ke atas 3 produk ‘Virtual Desktop Infrastucture’ (VDI) sekitar tahun 2014 iaitu VM Horizon, Clouddesk (sebelum ini dikenali sebagai Serverpark) dan Phantosys. Perbandingan antara 3 produk ini adalah seperti Rajah 3 di bawah .
No. Item Clouddesk VM Horizon Phantosys
1. VDI Concept Need to supply normal hardware
Need to supply zero client monitor with no resource to client
Intelligent Desktop Virtualization
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2
with minimum resource to client
2. License Concurrent Concurrent Concurrent
3. RAM Required Both
(Client/Server)
Server Only Client
4. Harddisk Required
Yes No Yes
5. Work with existing device
Yes Yes Yes
6. OS Installation/
configuration
VDesk (image download at client site (first time user)- cache memory)
VApp (image access from server)
No OS / No
configuration at client site
Image need to be installed at client site (cache memory) -no image at server site
7. Hardware / Software Maintenance (eg : patches)
Need maintenance
Less maintenance Need maintenance
8. Virus Attack Less virus attack (reboot)
Less virus attack (no OS – zero client)
Less virus attack (reboot)
9. Support multiplatform
MAC, Android, IOS, Windows
MAC, Android, IOS, Windows
Windows only
10. Support Compatibility Issues
(e.g : SPSS v 14 not compatible
Support Support Support
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2
Rajah 3 : Perbandingan 3 produk VDI selepas ‘Proof of Concept’ (POC) dijalankan
Berdasarkan perbandingan teknikal yang telah dibuat seperti di Rajah 3, GOAL-ITQAN USIM telah memilih produk Clouddesk mengambilkira 3 perkara asas penting iaitu produk dibangunkan dan mempunyai pasukan R&D di Malaysia, kos perolehan mampu milik dan teknologi secara offline mode. 3 perkara pokok ini penting bagi memastikan teknologi yang dipilih dapat membantu Universiti terus kekal dan berdaya saing serta kurang terjejas dengan kedudukan ekonomi semasa.
3.3 Pengurusan Makmal Komputer melalui Clouddesk
Pada awal adaptasi Clouddesk di USIM pada penghujung tahun 2014, pihak GOAL-ITQAN hanya membuat perolehan pada skala kecil dengan 50 unit terawal yang digunakan pada kiosk Sistem Kehadiran Staf (myAKRAB). Selepas melihat kejayaan vDesk myAKRAB melalui pengurangan aduan terhadap kiosk myAKRAB – sila rujuk Rajah 4 di bawah, pihak GOAL-ITQAN telah membuat perolehan pada skala besar bagi penggunaan makmal komputer.
with Windows 7)
11. Support offline mode
Yes No Yes
12. Network Dependency
No Yes No
13. Server Dependency
Partial Full dependency
(100%)
Partially
14. Pricing Mid range Expensive Mid range
15. R&D / Support team
Malaysia USA Taiwan
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2
Rajah 4 : Pengurangan aduan kiosk MyAKRAB
Perolehan lesen Clouddesk sebanyak 500 lesen telah dibuat pada penghujung 2015 bagi tujuan keperluan makmal komputer di 5 Fakulti. Daripada 5 Fakulti ini, terdapat sebanyak 293 PC yang diperoleh tahun 2009 (selebihnya telah melalui proses penggantian pada tahun 2013-2014) dengan spesifikasi minima 2GB RAM dan 250GB HDD telah dipersetujui agar tempoh pemakaian komputer ini dilanjutkan kepada 10 tahun melalui perolehan lesen Clouddesk. Melalui kaedah ini, USIM telah menikmati penjimatan RM 644,600.00 di mana sebanyak 73% penjimatan telah dibuat untuk tempoh sehingga 2020. Sehingga kini, pihak GOAL-ITQAN masih lagi menjadikan kes 293 komputer ini sebagai case study Clouddesk USIM bagi melihat sejauh mana Clouddesk membantu USIM dalam proses pnjimatan dan membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di USIM. Sehingga kini, hanya 3 unit PC dilaporkan daripada 293 PC ini yang rosak dan memerlukan penggantian.
Selain penjimatan yang besar ini, pihak GOAL-ITQAN sedang menilai dalam menarik semula penempatan Juruteknik FT19 di Fakulti seramai 9 orang ini dan diserap semula penempatan di GOAL- ITQAN memandangkan kerja-kerja pengimejan perisian dan operasi pengurusan makmal komputer telah boleh dilakukan secara berpusat dan keperluan sepenuh masa Juruteknik di Fakulti sangat minima.
Bagaimanapun, keselamatan fizikal makmal komputer perlu dipertingkat dengan memastikan sistem CCTV, pemasangan gril pintu makmal dan login ke PC diselesaikan sebelum penempatan semula dibuat.
4.0 PENUTUP
2014 2015 2016
Complaint 13 7 4
0 2 4 6 8 10 12
14
Jumlah Aduan Sistem myAKRAB
No of
complain
t reduce
by years
Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 Secara kesimpulannya, Clouddesk dilihat sebagai satu langkah pengurusan makmal komputer yang kos
efektif yang perlu dilaksanakan di institusi pendidikan dalam memastikan kelestarian perkhidmatan operasi makmal komputer pada masa-masa akan datang terutamanya dalam keadaan ekonomi yang meruncing.
Rujukan :
1. https://www.clouddesk.io/vdesk
2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM-PT)
3. Kajian Model Blended Learning Dalam Kajian Terpilih : Satu Analisa Kandungan 4. Ownership versus on-campus use of mobile IT devices by University students