• Tidak ada hasil yang ditemukan

282 TAHAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURSUS BERSEMUKA PROGRAM NPQEL SECARA DALAM TALIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "282 TAHAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURSUS BERSEMUKA PROGRAM NPQEL SECARA DALAM TALIAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURSUS BERSEMUKA PROGRAM NPQEL SECARA DALAM TALIAN

Norhiza Mohd Salleh1 Paridon bin Sahid2 Siti Suhaini bt Zaharin3

Shahrul bin Sulaiman4 Rashidah bt Mohd Said5 Nor Zanariah binti Talib6 Noraisah bt Mohd Yusof7

1,2,3,4,5Pusat Pembangunan dan Pengurusan Teknologi, Institut Aminuddin Baki (KPM), Malaysia (E-mail:

[email protected])

6Pusat Pembangunan Komuniti, Institut Aminuddin Baki (KPM), Malaysia

7Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki (KPM) Malaysia

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian dengan memberi fokus kepada persepsi peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 Tahun 2020 terhadap kesesuaian pelaksanaan, kepuasan peserta terhadap kursus bersemuka secara dalam talian, serta cadangan penambahbaikan ke atas pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian tinjauan. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 22 item soalan tertutup menggunakan pengukuran skala likert dan satu item soalan terbuka. Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item soal selidik adalah 0.91. Jumlah sampel dalam kajian ini ialah seramai 595 orang responden yang dipilih secara rawak berstrata berkadaran. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 di mana statistik diskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan manakala bagi analisis data inferensi Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian adalah pada tahap tinggi namun begitu kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian pula adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Kajian ini juga menghasilkan beberapa cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian.

Kata kunci: Kursus bersemuka, Program NPQEL, kesesuaian, kepuasan

Abstract: Abstract: This study aims is to identify the suitability of the implementation of NPQEL face to face which is held online by focusing on the perceptions of NPQEL participants of intake 1 and 2 2020 on the suitability of implementation, participants' satisfaction with face to face online courses, as well as suggestions for improvement on face to face implementation of NPQEL course that is held online. This study uses a survey study design approach. A set of questionnaires was used as a research instrument containing 22 items of closed -ended questions using Likert scale measurement and one item of open -ended questions. The Cronbach’s Alpha value for the entire questionnaire item was 0.91. The total sample in this study is a total of 595 respondents who were randomly selected stratified proportionally. Data were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 26.0 where descriptive statistics namely percentage, mean and standard deviation were used while for inferential data analysis t-test was used to test the hypothesis. The findings of the study show that the level of effectiveness of the implementation of online face to face NQPEL course is at a high level but

(2)

the suitability of the implementation of online face to face NQPEL course is at a moderately high level.

The findings of the study also showed that there was no significant difference between participants' satisfaction based on the intake group on the implementation of online face to face NQPEL course. The study also produced some suggestions for improvement to improve the effectiveness of the implementation of online face to face NQPEL course.

Keywords: Face to face courses, NPQEL Program, suitability, satisfaction

__________________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) merupakan latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan yang diberikan oleh IAB kepada bakal pemimpin sekolah untuk meningkatkan kompetensi mereka sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Selaras dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkembangan inovasi dalam sistem digital, anjakan paradigma ke arah era maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran amat perlu dipertingkatkan. Menyedari bahawa fokus utama penggunaan teknologi pendidikan adalah untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka transformasi pelaksanaan NPQEL kepada pembelajaran atas talian dilihat sebagai sebagai satu keperluan.

Justeru, Modul e-NPQEL yang menyediakan pra kursus secara dalam talian dirancang dan direka bentuk untuk membolehkan peserta kursus NPQEL meneroka secara self-directed learning bagi mendapatkan pengetahuan asas berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum hadir mengikuti kursus secara bersemuka di kampus Institut Aminuddin Baki pada fasa berikutnya. e-NPQEL adalah Portal e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki yang menyediakan pra kursus dalam talian untuk para peserta kursus NPQEL.

Matlamat utama kursus e-NPQEL adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum para peserta mengikuti kursus secara bersemuka di Institut Aminuddin Baki.

Namun begitu, berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 dalam jangka masa panjang bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ia terkesan di seluruh dunia, Malaysia turut tidak terkecuali, pelaksanaan kursus NPQEL ambilan satu (1) dan dua (2) tahun 2020 turut menerima impaknya di mana pelaksanaan latihan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi Ambilan 1 Tahun 2020 terpaksa ditangguhkan selepas para peserta selesai sesi pra kursus dalam talian iaitu e-NPQEL. Penangguhan ini bermula pada 17 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID- 19, kaedah pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan. Pandemik Covid-19 telah mendidik rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma baharu. Oleh itu, ini menyebabkan kesemua yang terlibat dalam sistem pendidikan termasuk guru , pelajar serta pensyarah perlu melakukan penyesuaian diri dengan situasi baru Pandemik Covid-19 ini .

Justeru itu, akibat daripada Pandemik ini telah memaksa IAB membuat pengubahsuaian terhadap kaedah penyampaian latihan, penyesuaian terus dibuat berdasarkan keperluan serta fenomena semasa dimana IAB memohon agar pelaksanaan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 tahun 2020 yang telah melepasi pra kursus diadakan sepenuhnya secara dalam talian di semua kampus IAB mulai pada 22 Jun 2020 sehingga 10 November 2020 bagi

(3)

ambilan 1 Tahun 2020 dan mulai pada 3 Ogos 2020 sehingga April 2021 bagi ambilan 2 tahun 2020. Maka bertitik tolak dari sini bermula lah pelaksanaan penyampaian latihan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 diadakan dalam talian sepenuhnya sama ada melalui platform googlemeet, Google Classroom, youtube, streamlive dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan situasi semasa Pandemik Covid yang kian meruncing telah memberi gambaran akan keperluan yang kian mendesak ke arah pelaksanaan kursus dan latihan IAB untuk terus dilaksanakan secara dalam talian sama secara moderated atau pun non moderated, maka kajian untuk mengenal pasti sejauhmana penerimaan peserta terhadap kursus bersemuka yang diadakan secara dalam talian daripada persepsi peserta NPQEL ambilan 1 dan 2 tahun 2020 ini adalah relevan agar tidak menjejaskan kualiti latihan.

2. Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur ini bertujuan memberikan satu kerangka teori dan asas empirikal untuk kajian kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan oleh IAB secara dalam talian untuk pemimpin sekolah ekoran daripada Pandemik Covid-19 ini. Program NPQEL merupakan latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan yang diberikan oleh IAB kepada bakal pemimpin sekolah untuk meningkatkan kompetensi mereka sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah.

Pembelajaran Secara dalam Talian

Abad 21 merupakan era digital di mana pengaplikasian teknologi maklumat amat signifikan melangkau segala aspek kehidupan termasuklah dalam bidang pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) iaitu yang dikenali sebagai pembelajaran secara dalam talian seolah-olah kian menjadi satu kemestian dalam interaksi bagi tujuan pembelajaran, penyampaian isi kandungan, pemudahcaraan, konsultasi dan sebagainya. Kini ia dilihat sebagai alternatif yang memudahkan, berkesan (Ismail dan Lokman Hakim, 2011; Zahiah dan Abdul Razaq, 2010) serta sangat relevan dengan kepesatan teknologi serta situasi vuca semasa yang melanda dunia.

Pembelajaran kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian membolehkan peserta dan pengajar selaku pengguna utama sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System-LMS) membuat perancangan, menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran seterusnya melaksanakan penilaian. Platform ini dilihat memberi banyak kelebihan kerana walaupun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) disebabkan pandemik covid 19, pensyarah dan peserta masih boleh terus saling berkomunikasi serta berinteraksi untuk meneruskan sesi latihan. Pensyarah tetap boleh menyampaikan sesi pengajaran dan peserta juga boleh mengakses bahan-bahan kursus serta membuat pembentangan yang diperlukan. Ini adalah kerana pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian dilaksanakan di atas pelantar Moodle dan juga melalui sumber terbuka sama ada melalui platform googlemeet, Google Classroom, youtube, streamlive dan sebagainya.

Kajian oleh Amirudin Mohd Salim et al (2016), mendapati bahawa responden menerima secara positif pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran di mana tahap kesedaran, penerimaan dan impak e-pembelajaran

(4)

dalam kalangan pensyarah dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Kajian Kung Siew Min, Fadhilah dan Wan Hussain (2012) mendapati, pelajar menunjukkan minat yang tinggi serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran secara dalam talian. Ini kerana kebanyakan LMS dibina di atas pelantar sumber terbuka seperti Moodle (Cole dan Foster, 2008). Min et al (2012) telah menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan LMS dalam pembelajaran mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap pembelajaran secara dalam talian dan mereka secara aktif menggunakan LMS untuk memuat turun bahan-bahan kursus dan berkomunikasi dengan pengajar mereka.

Sokongan Organisasi dan rekabentuk pengajaran secara dalam talian

Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam pelaksanaan pengajaran secara dalam talian. Halangan institusi berkenaan dengan kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap pengajaran secara dalam talian (ASTD &

Masie, 2001; Garland, 1993; Campeau & Higgins, 1995; Schilke, 2001) dan kualiti bagi bahan pengajaran (Garland, 1993; Oblinger, Barone & Hawkins, 2001; Schilke, 2001) akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran secara dalam talian.

Dapatan kajian oleh Pollard & Hillage (2001) mendapati bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan faktor persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses pembelajaran di mana pembelajaran secara dalam talian memerlukan persekitaran yang kondusif bagi menyokong keberkesanan pengajaran secara dalam talian.

Menurut fahaman konstruktivisme, pelajar membina makna untuk pengalaman baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada (Glasersfeld, 1989, Johassen, 1991). Peranan guru adalah sebagai fasilitator pembelajaran iaitu menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberi motivasi kepada murid untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan baharu. Pembelajaran murid tidak hanya terhad kepada interaksi bersemuka dengan guru. Pelajar mempunyai kebebasan berkomunikasi dengan guru atau sesiapa sahaja tanpa berjumpa secara bersemuka atau dengan lain perkataan pembelajaran secara dalam talian.

Pembelajaran secara atas talian semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ICT. Sementelahan itu juga, kemajuan ICT juga telah mengenengahkan teknologi alternatif seperti laman sosial, blog dan sebagainya. Laman sosial seperti muka buku pada awalnya digunakan hanya untuk perkongsian maklumat secara santai atau tak formal. Kini, teknologi tersebut telah digunakan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran (Wan-Ishak, et al., 2015). Perihal ini telah dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa penyelidik seperti Harris (2012) dan Loving & Ochoa (2010). Selaras dengan anjakan paradigma ke arah era maklumat dalam bidang pengajaran, peningkatan keupayaan pembelajaran secara atas talian amat perlu dipertingkatkan (Watson, 2007). Sehubungan itu, banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kursus secara atas talian, baik dari segi rekabentuk, kebolehgunaan, kepuasan penggunaan dan sebagainya.

(5)

Kajian yang dijalankan oleh Mohamad Idham Md Razak , (2020) mendapati bahawa faktor-faktor seperti Standard kualiti, kawalan persekitaran, faktor kualiti sistem , faktor penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi,dan sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran secara dalam talian merupakan faktor-faktor yang perlu diambilkira bagi memastikan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian.

3. Metodologi Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan data-data kuantitatif yang dipungut melalui soal selidik berbentuk soalan terbuka dan tertutup.

Populasi dan Persampelan Kajian

Dalam memilih sejumlah responden kajian yang sesuai, prosedur pensampelan yang betul merupakan langkah penting yang perlu dilakukan secara sistematik (Neuman, 2012).

Pengkaji telah melaksanakan pensampelan berkebarangkalian (probability sampling) melalui pemilihan sampel secara rawak berstrata berkadaran (proportionate stratified random sampling) kerana populasi kajian yang tidak seragam bagi setiap ambilan peserta NPQEL dengan memenuhi prosedur sebagaimana yang dicadangkan oleh Haque (2010) dan Van Dalen, Abdul Fatah dan Mohd. Majid (1993).

Berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), seramai 278 orang peserta NPQEL ambilan 1 dan 2 telah dipilih sebagai sampel kajian memandangkan populasi keseluruhannya adalah seramai 997 orang peserta yang terdiri daripada peserta ambilan 1 ialah seramai 528 orang dan ambilan 2 ialah seramai 469 orang. Namun begitu sebanyak 595 borang soal selidik iaitu 50% lebih daripada bilangan sampel sebenar telah diedarkan bagi mengelakkan risiko jumlah bilangan borang soal selidik yang tidak mencukupi untuk proses analisa data.

Instrumen kajian

Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat yang diberikan. Soal selidik kajian ini diadaptasi daripada Anna Grohmann and Simone Kauffeld, (2013) bagi dimensi kepuasan, pengetahuan dan aplikasi dalam amalan manakala bagi dimensi pelaksanaan kursus dan kandungan kursus adalah ubahsuai daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam beberapa jurnal yang lepas iaitu Norazilawati (2015), Nor Hasnida (2015), Zul Azwal (2017) dan Lee Phaik Gaik et.al, (2019).

Soal selidik yang dibina ini terdiri daripada soalan tertutup dan soalan terbuka . Soalan terbuka terdiri daripada satu soalan iaitu soalan berkenaan cadangan penambahbaikan manakala soalan tertutup pula terdiri daripada 22 item soalan soal selidik yang terdiri daripada gabungan dimensi input, proses dan reaksi yang mempunyai lima konstruk iaitu konstruk pelaksanaan kursus, kandungan kursus, kepuasan, pengetahuan dan aplikasi amalan yang dibahagi kepada lima bahagian. Skala soal selidik ini adalah berdasarkan pilihan jawapan yang terdiri daripada skala likert 5 poin. Setiap poin diberi markah sama ada Sangat Tidak Setuju

(6)

(STS)= 1, Tidak setuju (TS)= 2, Kurang Setuju (KS)= 3, Setuju (S)= 4 dan Sangat Setuju (SS)=

5.

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik telah diperoleh daripada dua orang panel pakar iaitu dua orang pensyarah kanan dalam bidang Teknologi Pendidikan dari Institut Aminuddin Baki , Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehpercayaan soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 31 orang peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 tahun 2020 yang dipilih secara rawak dari cawangan IAB lain.

Nilai kebolehpercayaan pekali Cronbach’s Alpha bagi konstruk pelaksanaan kursus adalah tinggi dan kuat iaitu α= 0.94, bagi dimensi kesesuaian kandungan kursus adalah α=

0.97. Manakala nilai pekali Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item soal selidik adalah α=

0.91. Ini jelas menunjukkan bahawa nilai ini memberi maksud instrumen soal selidik yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dengan tahap konsistensi yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan yang sebenar.

Kaedah Pengumpulan dan Analisis Data

Data kajian ini dikumpul melalui soal selidik yang ditadbirkan dalam kalangan peserta NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 Tahun 2020 yang terpilih sebagai sampel mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu seramai 595 orang peserta NPQEL . Soal selidik ini ditadbir secara dalam talian dengan menggunakan menggunakan alamat url yang diberikan melalui aplikasi Google Forms.

Data mentah yang diperolehi daripada soalan tertutup dan soalan terbuka dianalisis mengikut susunan persoalan- persoalan kajian, Data daripada soalan tertutup dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0.

Penganalisisan data daripada soalan tertutup dilakukan dengan menggunakan statistik diskriptif untuk menentukan min, Sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Dalam mengenal pasti tahap keberkesanan dan kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian ini , pengkaji menggunakan skor min dan menyatakan interpretasi min setiap item yang dikaji dengan menggunakan jadual interpretasi skor min yang dikemukan oleh Nunnally dan Bernstein (1994). Jadual interpretasi skor min adalah seperti jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Min Tafsiran Data

1.00 hingga 2.00 Rendah

2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 hingga 5.00 Tinggi

Sumber : Nunnaly dan Bernstein (1994)

Data yang dikumpul melalui soalan terbuka yang terdiri daripada satu soalan iaitu soalan berkenaan cadangan penambahbaikan dianalisis mengikut pendekatan Creswell (1998),

(7)

iaitu: mengumpul data, mengurus data, membaca dan mereflek data. Seterusnya data daripada soalan terbuka ini diklasifikasikan mengikut tema atau kategori yang telah ditemukan. Bagi mengintepretasikan data daripada soalan terbuka ini, data cadangan penambahbaikan daripada peserta kursus telah dikategori mengikut tema dan dipersembahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus.

4. Dapatan Kajian

Analisis Soalan Kajian 1

Apakah tahap keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19?

Jadual 2 memaparkan analisis bagi pemboleh ubah keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Secara keseluruhannya tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19 adalah tinggi (M = 4.27, SP = .55). Dapatan ini ditunjukkan dengan nilai min bagi item kandungan kursus, kepuasan peserta kursus, pengetahuan peserta kursus dan aplikasi amalan peserta kursus yang masing-masing berada pada tahap min yang tinggi iaitu (M = 4.23, SP = .65), (M = 4.18, SP = .67), (M = 4.58, SP = .59) dan (M = 4.45, SP = .61). Namun begitu, item pelaksanaan kursus menunjukkan nilai min pada tahap sederhana tinggi (M = 3.92, SP = .70). Ini bermaksud, walaupun secara keseluruhan tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian adalah tinggi, namun begitu aspek pelaksanaan kursus masih berada pada tahap sederhana tinggi sahaja.

Jadual 2: Tahap Keberkesanan Pelaksanaan Kursus

Aspek Min Sisihan piawai Tahap

Pelaksanaan kursus 3.92 0.70 Sederhana tinggi

Kandungan kursus 4.23 0.65 Tinggi

Kepuasan peserta kursus 4.18 0.67 Tinggi

Pengetahuan peserta kursus 4.58 0.59 Tinggi

Aplikasi amalan peserta kursus 4.45 0.61 Tinggi

Keseluruhan 4.27 0.55 Tinggi

Analisis Soalan Kajian 2

Apakah reaksi peserta mengenai kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian semasa pandemik Covid-19?

Jadual 3 menunjukkan analisis bagi pemboleh ubah kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Nilai min bagi item 2 dan 3 berada pada tahap tinggi iaitu (M = 4.06, SP = .75) dan (M = 4.00, SP = .80), manakala item 1, 4 dan 5 berada pada tahap sederhana tinggi iaitu item 1 dan 4 masing-masing (M = 3.85, SP = .83) dan item 5 (M = 3.86, SP = .84). Item yang mendapat skor tertinggi ialah item 2 (M = 4.06, SP

= .75) yang menunjukkan bahawa penggunaan sumber atau bahan rujukan latihan sangat

(8)

berkesan dan sesuai. Manakala item 1 dan 4 bagi pemboleh ubah ini mendapat skor terendah namun nilainya masih dalam julat sederhana tingi (M = 3.85, SP = .83). Ini membawa maksud bahawa kesesuaian aktiviti kursus bersemuka NPQEL, kemudahan prasarana kursus secara dalam talian dan kemudahan sokongan teknikal yang disediakan adalah pada tahap sederhana tinggi sahaja. Nilai min keseluruhan adalah (M = 3.92, SP = .70) iaitu dapat dirumuskan bahawa kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa pandemik Covid-19 berada pada tahap yang sederhana tinggi .

Jadual 3: Tahap Kesesuaian Pelaksanaan Kursus

Aspek Min Sisihan

piawai Tahap Aktiviti kursus bersemuka NPQEL secara dalam

talian sangat sesuai 3.85 0.83 Sederhana tinggi

Penggunaan sumber atau bahan rujukan latihan

sangat sesuai 4.06 0.75 Tinggi

Penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai

platform pembelajaran sangat sesuai 4.00 0.80 Tinggi Kemudahan prasarana kursus secara dalam talian

yang disediakan mencukupi 3.85 0.83 Sederhana tinggi

Kemudahan sokongan teknikal yang disediakan

mencukupi 3.86 0.84 Sederhana tinggi

Keseluruhan 3.92 0.70 Sederhana tinggi

Analisis Soalan Kajian 3

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian berdasarkan kumpulan ambilan peserta?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian

Hipotesis nul 1 diuji dengan menggunakan kaedah Ujian-t. Berdasarkan kepada Jadual 4.11, keputusan kajian mendapati bahawa skor min kumpulan Ambilan 2 ialah M = 4.22, SP = 0.68, iaitu tinggi sedikit sahaja daripada skor min kumpulan Ambilan 1 (M = 4.13, SP = 0.65).

Perbezaan ini adalah tidak signifikan memandangkan nilai t = -1.643 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis nul ini diterima, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan (pada aras keyakinan α = 0.05) antara kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian berdasarkan kumpulan ambilan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan peserta NPQEL iaitu Ambilan 1 dan 2 menunjukkan skor min kepuasan yang tinggi terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian.

Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Kepuasan Peserta Terhadap Kursus Bersemuka NPQEL Secara Dalam Talian Berdasarkan Kumpulan Ambilan

Kump ambilan N Mean Std.

Deviation

t-value Sig.

Kump Ambilan 1 234 4.1250 .64947 -1.643 .101

(9)

Kepuasan peserta

kursus Kump Ambilan 2 361 4.2175 .68350

p > .05

Analisis Soalan Kajian 4

Apakah cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian daripada peserta kursus?

Cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian yang diterima daripada peserta kursus telah dianalisis dengan memberi tema. Dapatan kajian daripada cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh peserta kursus berfokus kepada empat aspek utama, iaitu: aspek pengurusan yang terdiri daripada pengurusan strategi dan pengurusan pentadbiran; aspek prasarana infrastruktur dan infostruktur; aspek kompetensi pensyarah meliputi aspek kaedah dan penyampaian pensyarah termasuk penekanan kepada aspek andragogi dalam penyampaian pensyarah dan akhir sekali adalah aspek motivasi dan sokongan kepada peserta.

Daripada empat aspek utama tersebut dapatan kajian menunjukkan bilangan cadangan yang tertinggi (41.50%) iaitu 247 orang peserta telah mencadangkan agar aspek pengurusan pentadbiran dan strategi meliputi aspek pentadbiran, pelaksanaan kursus secara dalam talian, bimbingan pensyarah kepada peserta dan pentaksiran kursus secara dalam talian merupakan aspek yang perlu diberi penambahbaikan. Manakala bilangan cadangan kedua tertinggi (26.25%) iaitu 157 orang peserta telah mengemukakan cadangan terhadap prasarana iaitu infrastruktur dan infostruktur yang yang terdapat di IAB seperti kelajuan talian internet, kemudahan wifi dan lain-lain lagi dipertingkatkan dan diberi penambahbaikan sejajar dengan peranannya sebagai pengupaya kursus secara dalam talian. Selain itu, 56 orang peserta (9.40%) juga mencadangkan keperluan untuk melihat semula pengurusan bahan untuk kursus secara dalam talian. Manakala seramai 18 orang peserta (3.00%) telah mencadangkan agar pihak IAB menguruskan permohonan pelepasan peserta daripada tugas hakiki kepada ketua jabatan mereka dalam tempoh mereka berkursus. Selain itu peserta turut mencadangkan agar pensyarah lebih kompeten dalam aspek teknikal, penyampaian dan kaedah kursus secara dalam talian sebagaimana yang diutarakan oleh 31 orang peserta (5.44%). Seramai 32 orang peserta (5.40%) pula memberikan cadangan supaya mengambil kira aspek andragogi dalam penyampaian kursus secara dalam talian. Selain itu, lima (5) orang peserta (0.80%) mencadangkan agar peserta kursus diberi motivasi dan sokongan ketika mengikuti kursus secara dalam talian.

Jadual 4 : Tema Daripada Cadangan Penambahbaikan Peserta Kursus

Bil Cadangan penambahbaikan daripada peserta kursus yang

telah dikategori mengikut tema Frekuensi Peratus (%) 1.

Pengurusan strategi meliputi aspek pentadbiran, pelaksanaan, bimbingan dan pentaksiran kursus secara dalam talian perlu ditambah baik

247 41.50

2. Pengurusan kandungan dan bahan perlu dilihat semula untuk

kursus secara dalam talian 56 9.40

(10)

3.

Pengurusan pentadbiran yang melibatkan pengurusan pelepasan peserta daripada tugas hakiki kepada ketua jabatan dalam tempoh berkursus daripada pihak IAB.

18 3.00

4. Prasarana dalam infrastruktur dan infostruktur sebagai

pengupaya kursus secara dalam talian perlu ditambah baik 157 26.25 5. Kompetensi Pensyarah meliputi aspek teknikal, penyampaian

dan kaedah kursus secara dalam talian 31 5.44

6. Aspek andragogi diambil kira dalam penyampaian kursus secara

dalam talian 32 5.40

7. Memberi motivasi dan sokongan kepada peserta dalam kursus

secara dalam talian 5 0.80

JUMLAH 546

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian tinjauan ini yang telah dijalankan ke atas peserta kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian adalah satu keperluan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan perlaksanaannya.

Reaksi yang positif daripada peserta kursus direkodkan di mana persepsi mereka menunjukkan nilai min yang tinggi terhadap keberkesanan kursus yang merangkumi aspek kandungan kursus, kepuasan terhadap kursus juga pengetahuan serta aplikasi amalan peserta yang diperoleh daripada kursus ketika menjalankan tugas. Secara keseluruhan tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian adalah tinggi, namun begitu aspek pelaksanaan kursus; persepsi peserta masih berada pada tahap sederhana tinggi sahaja.

Reaksi yang memberangsangkan juga diperoleh terhadap kesesuaian pelaksanaan kursus iaitu dengan nilai min yang tinggi dalam aspek penggunaan sumber rujukan latihan yang sesuai dan penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai Platform pembelajaran kursus. Ini menunjukkan bahawa peserta NPQEL dapat menerima dan beradaptasi dengan baik kaedah baru pelaksanaan NPQEL secara bersemuka dalam talian yang menggantikan kaedah sebelum ini iaitu bersemuka secara fizikal di kampus IAB. Namun begitu daripada aspek aktiviti kursus bersemuka yang diadakan secara dalam talian, kemudahan prasarana kursus dan kemudahan sokongan teknikal yang disediakan reaksi peserta kursus hanyalah menunjukkan tahap sederhana tinggi sahaja, di mana IAB perlu mengambil langkah yang drastik bagi mengatasi limitasi yang ada dengan meneruskan fungsinya sebagai pusat pembangunan kepimpinan pendidikan.

Persepsi kumpulan peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 tahun 2020 berkaitan keberkesanan kursus secara bersemuka dalam talian tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 menunjukkan skor min kepuasan yang tinggi terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Dapatan ini mengukuhkan penemuan bahawa kesemua peserta dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Peserta kursus telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dikategorikan kepada empat aspek utama iaitu berkaitan aspek pengurusan, prasarana (infrastruktur dan infostruktur), kompetensi penyampaian pensyarah serta aspek andragogi dan dorongan kepada peserta. Cadangan penambahbaikan mengenai aspek pengurusan

(11)

merangkumi aspek pentadbiran, strategi (pelaksanaan dan bimbingan), kandungan dan bahan telah disarankan agar diteliti semula kesesuaiannya untuk kursus secara dalam talian.

Memandangkan kursus NPQEL secara dalam talian ini adalah julung-julung kalinya diadakan dalam sejarah IAB, tentu terdapat pelbagai kekurangan dalam aspek pengurusan yang perlu diberi perhatian seterusnya dilakukan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pada masa akan datang.

Prasarana yang disediakan sama ada dari segi infrastruktur mahupun infostruktur perlulah seiring dengan keperluan semasa agar dapat menyokong proses pembelajaran secara maya yang telah menjadi alternatif penting ekoran penularan wabak Covid-19 yang belum nampak bayang noktahnya. Tidak memadai hanya dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan prasarana yang canggih sahaja, peserta mengharapkan agar pensyarah IAB sentiasa proaktif dan progresif memajukan diri dengan meningkatkan kompetensi meliputi aspek teknikal, penyampaian dan kaedah kursus secara dalam talian agar proses pengilmuan menjadi lebih bermakna. Para pensyarah juga perlu mengambilkira aspek andragogi yang sesuai dalam penyampaian kursus secara dalam talian, yang tentunya memerlukan kaedah yang berbeza berbanding pembelajaran secara bersemuka seperti yang lazimnya diamalkan.

Tambahan pula, peserta kursus NPQEL yang terdiri daripada golongan dewasa mempunyai tahap umur dan kemampuan yang berbeza- beza. Kepelbagaian ini perlu diraikan agar di akhir tempoh kursus, semua peserta dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagaimana yang sepatutnya. Motivasi, dorongan dan sokongan yang berterusan kepada peserta amat diperlukan untuk meningkatkan semangat dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan bermacam-macam tugasan sepanjang lebih kurang enam bulan mengikuti kursus NPQEL.

Selaras dengan peranan dan fungsi IAB sebagai pusat latihan dalam bidang kepimpinan pendidikan, saranan yang dikemukakan ini amat membantu ke arah menambah baik pelaksanaan kursus-kursus secara dalam talian pada masa akan datang bagi meningkatkan keberkesanannya. Bagi memastikan kursus berupa latihan yang diberi kepada pemimpn pendidikan membawa kepada perubahan tingkah laku peserta dalam menjalankan tugas di organisasi mereka, beberapa aspek utama perlu diberi perhatian. Antaranya ialah berkaitan pengurusan kursus, prasarana serta kompetensi dan peranan pensyarah IAB sendiri.

Memandangkan kajian ini melibatkan sampel daripada kalangan peserta kursus NPQEL sahaja dan hanya meninjau beberapa aspek yang menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan kursus secara dalam talian, maka dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua kursus dalam talian yang lain. Kajian lanjutan melibatkan aspek- aspek keberkesanan yang lain serta dalam seting yang berbeza wajar dijalankan agar lebih memberi makna kepada sistem pendidikan di negara kita.

Rujukan

Almaiah, M. A., Al-Khasawneh, A., & Althunibat, A. (2020). Exploring the critical challenges and factors influencing the E-learning system usage during COVID-19 pandemic.

Education and Information Technologies, 25, 5261-5280.

(12)

Amin Ilias. (2010). Pelaksanaan e-Pembelajaran menggunakan SPIN: Panduan amalan pengajaran & pembelajaran berkesan. City, 161-174.

Amiruddin Mohd Salim, Mohd Rakime Shaffai & Md Hidayat Abd. Jalil (2016), Kesedaran, Penerimaan,Keberkesanan Dan Hubungkaitnya Terhadap Perlaksanaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Merlimau.

Anna Grohmann and Simone Kauffeld, (2013), Evaluating training programs: development and correlates of the Questionnaire for Professional Training Evaluation, International Journal of Training and Development 17:2: Blackwell Publishing Ltd, doi:

10.1111/ijtd.12005

Brinkerhoff, R. O. (2005). The Success Case Method: A Strategic Evaluation Approach to Increasing the Value and Effect of Training. Advances in Developing Human Resources, 7(1), pp.86 – 101

Butola, L. K. (2021). E-learning-A New Trend of Learning in 21st Century During Covid-19 Pandemic. Indian Journal of Forensic Medicine & Toxicology, 15(1), 423.

Chan Y. F. (2003). Pendekatan Penilaian: Satu Tinjauan dari Aspek Kesesuaiannya dalam Penilaian Program Latihan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jld.13, Bil.

1, Jun.

Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information technology. MIS Quarterly, 13, 983–1003.

Hasnah Hussiin (2020). Kesan Covid-19 kepada Pelajar UMP : Satu Kajian Ringkas . Universiti Malaysia Pahang

Haque, M. (2010). Sampling methods in social research. Global Research Methodology, 1-6.

Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar, & Norziah Othman. (2017). E-Pembelajaran dalam kalangan pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi Selangor. Malaysian Online Journal of Education. Vol. 1, No. 1 (2017), 74-82.

Ismail Kailani, & Lokman Hakim Muhammed. (2011). Pembangunan bahan E-Pembelajaran berasaskan Moodle bagi tajuk Ratios, Rates and Proportions 11 Tingkatan Tiga. Journal of Educational Science and Mathematics, 1, 35-43.

Kirkpatrick, D.L Et Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating Training Programs: The four levels (3rd Ed). San Fransisco: Berret-Koehler.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Table for determining sample size from a given population. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kung Siew Min, Fadhilah Mat Yamin, & Wan Hussain Wan Ishak. (2012). Design, Purpose of Usage and the Impact of LMS on Student Learning: A Preliminary Findings. Proceedings of the 6th Knowledge Management International Conference 2012, 673-676.

Lee Phaik Gaik, Faridah Anum & Pushpavalli A.Rengasamey.(2019). Penilaian Guru Terhadap Perlaksanaan Program Latihan KBAT dan Kebekersanan Dalam Meningkatkan Kompetensi Guru. Jurnal Penyelidikan Tempawan Jilid XXXVI 2019, 114-127

Marican, S. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

McNamara T.F. (1996). Measuring Second Language Perfomance. London: longman

(13)

Mohamad Idham Md Razak . (2020) . COVID-19: Pembelajaran Atas Talian Suatu Keperluan Ke Arah Menuju MalaysiaMaju. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Neuman, W. L. (2012). Basics of social research: Qualitative and quantitative approaches.

USA: Pearson Education, Inc.

Nor Hasnida, C.M.G. 2015. An Evaluation of The Implementation of The School-Based Assessment System in Malaysia. University Of Southampton: Thesis PhD.

Norazilawati, A., Noraini, M.N., Rosnidar, M., Abdul Talib, M.H. & Wong, K.T. 2015.

Penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains.

Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 5(1): 89–102.

Nunally, J.C. (1978). Psycometric Theory. New York: Mc. Graw Hill Book Company

Premma, Ganason. (2020). Keberkesanan penggunaan aplikasi socrative terhadap pencapaian dan minat murid bagi mata pelajaran sains di sekolah rendah. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tidak diterbitkan.

Siti Nazilah Hamzah, Liyana Mat Rani, & Adirah Isa. (2020). Kajian penerimaan pelajar Politeknik Balik Pulau terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PDPDT). International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 407-414.

Somayeh, M., Dehghani, M., Mozaffari, F., Ghasemnegad, S. M., Hakimi, H., & Samaneh, B.

(2016). The effectiveness of E-learning in learning: A review of the literature.

International journal of medical research & health sciences,5(2), 86-91.

Stufflebeam. D.L. (2000). Lessons in Contracting for Evaluations. American Journal of Evaluation, 21, 293-314

Su Wan Jen & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore (2020). Keberkesanan Penggunaan Google Classroom dalam Pendidikan: Sorotan Literatur Bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 39-53.

Tyler, R. W. (1950). Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: University of Chicago Press

Van Dalen, D. P., Abdul Fatah Abd Malik, & Mohd. Majid Konting. (1993). Memahami penyelidikan pendidikan: satu pengenalan. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Vanderbilt University Amerika Syarikat. (2015), Sumber:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pembelajaran-atas-talian-suatu- keperluan-kearah-menuju-malaysia-maju-237496 )

Referensi

Dokumen terkait