• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Aini)

TALKING POINT SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI

11 JULAI 2018

DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH PUTRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Rakan-rakan saya, Timbalan – timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah Aza Wajalla untuk berkumpul di pagi yang berbahagia ini untuk mendengar amanat dan berkongsi maklumat terkini mengenai perjalanan universiti dalam Progam Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti.

2. Terima kasih diucapkan kepada semua warga UniMAP yang memberikan komitmen dengan menghadirkan diri ke program kita ini.

(2)

2

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Aini)

Hadirin hadirat sekalian, INFO KESIHATAN

GINGIVITIS

3. Pada minggu ini, saya akan berkongsi Info Kesihatan berkenaan Gingivitis.

Mungkin frasa ini jarang sekali kita dengar. Ia adalah penyakit di dalam rongga mulut yang kerap dihidapi orang dewasa.

4. Berdasarkan Survey Kesihatan Mulut Kebangsaan tahun 2010, hanya 27.4%

orang dewasa datang ke klinik pergigian untuk melakukan pemeriksaan gigi pada tahun semasa.Alasan yang paling kerap untuk tidak datang melakukan pemeriksaan gigi adalah “tiada masalah gigi” (67.7%) dan

“terlalu sibuk” (9.3%), sementara 32.9% orang dewasa berfikir bahawa kunjungan ke klinik gigi adalah suatu “pengalaman yang menakutkan”.

5. Gingivitis adalah keradangan yang terjadi pada gusi disebabkan oleh jangkitan bakteria di dalam rongga mulut yang menyebabkan

pembengkakan jaringan gusi di sekitar gigi. Tanda-tanda keradangan gusi seperti gusi berwarna merah terang atau agak keunguan, gusi mudah berdarah masa memberus gigi atau menggunakan benang gigi, nafas berbau dan gusi bengkak.

6. Gingivitis boleh dirawat melalui rawatan scaling atau dikenali sebagai cuci gigi, root planning untuk menghaluskan permukaan akar gigi daripada calculus sehingga sisa makanan tidak mudah melekat dan curettage.

7. Gingivitis boleh dicegah dengan menggosok gigi secara teratur, sekurang- kurangnya 2x sehari (pagi dan malam sebelum tidur), gunakan dental floss untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah gigi, gunakan ubat kumur antiseptik, tidak merokok, minum air kosong selepas

makan,kurangkan makanan dan minuman berkadar gula tinggi dan lakukan pemeriksaan gigi 2x setahun. Peralatan kesihatan pergigian seperti ini juga boleh diperolehi di Pusat Kesihatan UniMAP dengan harga berpatutan.

(3)

3

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Aini)

Hadirin sekalian,

PROGRAM BAKAL BERLANGSUNG Warga UniMAP yang saya kasihi ,

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PENGANTARABANGSAAN : KESUKARELAAN &

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT/UNIVERSITI INTERNATIONAL VOLUNTEERISM & CORPORATE RESPONSIBILITY (iVCORE)

8. Untuk makluman semua, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) melalui Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (POTENSI) UniMAP akan mengadakan Projek Pengantarabangsaan : Kesukarelaan &

Tanggungjawab Sosial Korporat (iVCORE) di Cana, Thailand pada 12 hingga 15 Julai ini membabitkan 50 peserta. Malah ini adalah penganjuran pertama kali program USR ini melibatkan peringkat antarabangsa iaitu Thailand.

9. Difahamkan delegasi berkenaan akan turut menjalankan projek USR di Sekolah Santiwit Chana di negara jiran itu. Sekolah itu merupakan sekolah persendirian yang dibangunkan dengan menempatkan 200 anak-anak yatim Muslim lingkungan usia tiga hingga 18 tahun dari tiga wilayah Thailand dengan kemudahan asrama mereka serba daif.

10. Justeru, Projek USR ini turut mengalu-alukan sumbangan dari warga UniMAP dan pelbagai pihak selewat-lewatnya hari ini jam 5.00 petang untuk pihak POTENSI dapat membeli peralatan bagi memberi keselesaan kepada kanak-kanak itu menginap di asrama sekolah berkenaan seperti kipas dinding, tilam kanak-kanak, tikar getah dan baldi. Justeru sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan terutama dari segi wang ringgit boleh menghubungi POTENSI yang diketuai YM Raja Shah Erman.

(4)

4

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Aini)

11. Canselor UniMAP yang juga Raja Muda Perlis ,Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin ibni Tuanku Syed Sirajuddin berkenan melancarkan program berkenaan pada petang ini di PPK Pembuatan.

Didoakan semoga program murni ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

insyaALLAH.

Hadirin sekalian,

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA SEMPENA KEJOHANAN MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)

12. Pada Jumaat ini turut diadakan Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kejohanan Karnival Sukan MASUM di Kolej Kediaman PFI2. Untuk pengetahuan semua, sebanyak empat acara disertai kontinjen UniMAP bagi karnival MASUM Fasa Satu iaitu Taekwando (Lelaki &Wanita), Bola Keranjang (L&W), Bola Baling (L) dan Silat (L&W) manakala bagi Fasa Dua, dua acara akan disertai UniMAP iaitu Bola Tampar (L&W) dan Karate Do (L&W).

13. Malah UniMAP menetapkan sasaran pingat dengan DUA emas, LIMA perak dan ENAM gangsa. Semoga kita berjaya mencapai sasaran pingat ini dan membawa pulang kejayaan. Selamat Maju Jaya kontinjen UniMAP!

Warga UniMAP yang dikasihi,

PENUTUP

14. Saya rasa cukup sahaja sampai di sini ini. Semoga perkongsian pada hari ini memberikan manfaat kepada kita semua. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Info Psikologi Puan Wan Saniah - Bahagian Media UKK – AidaOthman 2 Sentiasa memberikan senyuman Sentiasa mulakan hari anda dengan memberikan senyuman kepada semua orang yang kita

 Tips yang Ketiga ialah ‘take five’… pergilah bersiar-bersiar & menikmati keindahan alam ciptaan tuhan… Kita pasti akan bersyukur Apabila kita berada dalam keadaan tertekan,

Warga UniMAP yang saya kasihi PROGRAM TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PENYERAHAN SURAT PERSETUJUAN KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UNTUK MEMBEKAL PERKHIDMATAN KAJIAN PASARAN ELECTRIC TWO-

Seperti yang telah dilaporkan di muka akhbar, seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP di isolasi selama 7 hari mulai 26 Julai 2018 kerana mengalami gejala penyakit seperti

1 – Bahagian Media UKK aini TALKING POINT PROGRAM SENAM RIA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI SEMPENA MSK SIDANG AKADEMIK 2018/2019 PENGAMBILAN IJAZAH 31 OGOS 2018

Turut mencemar duli berangkat hadir Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Raja

Harapan saya semoga tips-tips ini akan dapat dijadikan panduan untuk kita semua agar sentiasa kekal positif dalam kehidupan yang kita lalui... Info Kesihatan Puan Adlina – Bahagian

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini, saya berharap agar pada pagi yang indah lagi permai ini, semua warga UniMAP sihat, cergas dan cerdas dalam