• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Naib Canselor Sempena Program Senam Ria Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti Sempena MSK Sidang Akademik 2018/19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Naib Canselor Sempena Program Senam Ria Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti Sempena MSK Sidang Akademik 2018/19"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

– Bahagian Media UKK aini

TALKING POINT

PROGRAM SENAM RIA BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI SEMPENA MSK SIDANG AKADEMIK 2018/2019

(PENGAMBILAN IJAZAH) 31 OGOS 2018

DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH PUTRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP SALUTASI

Rakan-rakan saya, Timbalan – timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Sekretariat dan Pembantu Pelajar Minggu Suai Kenal (PPMS)

Seterusnya mahasiswa baharu Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azza Wajjala di atas izin dan limpah dariNya kita dapat bersua lagi sempena Minggu Suai Kenal yang bakal berakhir di Program Senam Ria Bersama Pengurusan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada pagi yang indah ini.

2. Terima kasih kepada anak-anak mahasiswa baharu yang sentiasa memberi komitmen penuh dalam program-program yang dirancang sepanjang MSK dan berharap selepas ini mahasiswa sekalian dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus di UniMAP.

(2)

2

– Bahagian Media UKK aini

3. Untuk makluman, program senamrobik merupakan program rutin setiap pagi Rabu bagi kakitangan UniMAP bersama pengurusan tertinggi di mana kami berkumpul dan melakukan aktiviti senam bersama-sama untuk menyihatkan badan di samping berkongsi perkembangan terkini universiti.

Namun pada pagi ini, senamria pula diadakan khusus bersama para pelajar dengan konsep yang sama iaitu untuk menyihatkan badan dan berkongsi maklumat berkaitan bersama-sama warga baharu UniMAP.

Anak-anak mahasiswa sekalian, SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA

4. Alhamdulillah tepat jam 12 tengah malam semalam kita berkesempatan meraikan ulang tahun Hari Kemerdekaan Negara ke-61 tahun bersama- sama. Namun, adakah kita semua pernah menyelami pengertian kemerdekaan yang dilaung-laungkan di segenap media sosial dan dada akhbar?

5. Sempena hari bersejarah ini, saya ingin melahirkan harapan yang amat tinggi kepada mahasiswa UniMAP agar walau dimana anda berada, janganlah kita sewenang-wenangnya menghancurkan perpaduan yang digabungkan sejak sebelum merdeka lagi ini atas sebab perbezaan ideologi politik.

6. Merdeka yang telah dikecapi sejak sekian lama ini telah memberikan impak yang cukup besar kepada keharmonian dan kebersamaan kita sesama kaum. Buktinya, kita berjaya menjejaki ke menara gading bersama rakan-rakan berbeza bangsa dan kaum tanpa sebarang pertelingkahan dan isu sekaligus menunjukkan negara kita berada dalam keadaan aman dan harmoni.

(3)

3

– Bahagian Media UKK aini

7. Sebagai warganegara yang merdeka dan negara yang berdaulat, marilah kita sama-sama menginsafi kelemahan diri sebagai pemenang amanah di bumi warisan ini. Demi sebuah perpaduan yang berkekalan, kita satukan titik persamaan, dan dekatkan jurang perbezaan. Insya Allah, Malaysia akan terus dirahmati dan dikurniakan nikmat kemakmuran sejagat.

Mahasiswa yang dikasihi sekalian, MENGHARGAI KOLEJ KEDIAMAN

8. Saya difahamkan selepas ini mahasiswa akan ditempatkan di kolej kediaman yang telah ditetapkan mengikut pusat pengajian masing-masing terutama bagi mereka yang mengikuti pengajian di kampus bandar Kangar.

9. Harapan saya walau di mana kolej kediaman anda berada nanti, marilah kita tanamkan sifat menjaga kebersihan dan kemudahan yang telah disediakan sebaiknya. Sehingga kini, UniMAP masih berusaha mengekalkan 100 peratus mahasiswa menginap di kolej kediaman.

10. Sehubungan itu, keadaan ini menyebabkan ibu bapa tidak perlu gusar mencari rumah sewa untuk anak-anak sebaliknya di UniMAP semuanya telah tersedia bersama kemudahan pengangkutan dari kolej kediaman ke pusat pengajian masing-masing. Malah di setiap kolej kediaman juga terdapat pelbagai kemudahan yang akan melancarkan urusan seharian mahasiswa sekalian.

(4)

4

– Bahagian Media UKK aini

Mahasiswa UniMAP yang dikasihi,

PENUTUP

11. Saya tidak bercadang untuk bercakap lebih panjang kerana sepanjang MSK, beberapa amanat dan pesanan telah saya titipkan untuk dijadikan panduan.

Semoga perkongsian pada hari ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 10 JANUARI 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 24 JANUARI 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

Oleh itu, kepada sesiapa yang masih lagi mengabaikan kesihatan diri masing-masing, marilah kita bersama-sama berikrar iaitu mulai saat dan ketika ini, kita akan mula memantau

 Tips yang Ketiga ialah ‘take five’… pergilah bersiar-bersiar & menikmati keindahan alam ciptaan tuhan… Kita pasti akan bersyukur Apabila kita berada dalam keadaan tertekan,

Warga UniMAP yang saya kasihi PROGRAM TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PENYERAHAN SURAT PERSETUJUAN KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UNTUK MEMBEKAL PERKHIDMATAN KAJIAN PASARAN ELECTRIC TWO-

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 11 APRIL 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

Seperti yang telah dilaporkan di muka akhbar, seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP di isolasi selama 7 hari mulai 26 Julai 2018 kerana mengalami gejala penyakit seperti

Justeru, sebagai panduan kita semua disenaraikan beberapa tips untuk menjadi pendengar berkesan:  Mendengar dengan fikiran terbuka Sebagai pendengar yang baik, kita perlu lebih