• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Basri)

TALKING POINT SEMPENA

PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI

8 OGOS 2018

DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH PUTRA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Rakan-rakan saya, Timbalan – timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah Aza Wajalla untuk berkumpul di pagi yang berbahagia ini dalam Progam Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti.

2. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini, saya berharap agar pada pagi yang indah lagi permai ini, semua warga UniMAP sihat, cergas dan cerdas dalam menjalankan tugas masing-masing.

(2)

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Basri)

Hadirin hadirat sekalian, INFO PSIKOLOGI

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

3. Hari ini kita akan berkongsi Info Psikologi yang disediakan oleh iKOM yang bertajuk Jadilah Pendengar Yang Baik. Menjadi pendengar yang baik merupakan salah satu tabiat yang dapat mengukuhkan hubungan sesama manusia. Namun adakala kekurangan kemahiran dan ilmu sebagai pendengar, akan menyebabkan berlakunya salah faham dan mengeruhkan lagi keadaan.

4. Misalnya, ada sabahat kita yang sedang mengalami masalah peribadi atau tekanan, dan ketika itu hanya kita sahaja yang dipercayai sebagai tempat meluahkan perasaan. Maka seharusnya sebagai sahabat yang baik, kita sentiasa menjadi pendengar setia.

5. Justeru, sebagai panduan kita semua disenaraikan beberapa tips untuk menjadi pendengar berkesan:

Mendengar dengan fikiran terbuka

Sebagai pendengar yang baik, kita perlu lebih banyak mendengar berbanding bercakap. Penting untuk kita menjaga kontak mata agar kita sentiasa fokus kepada apa yang ingin disampaikan. Ingat! Jangan terlalu mudah membuat kesimpulan di awal perbualan.

Hindari dari membandingkan kisah mereka dengan diri kita

Kadangkala keterujaan membantu menyebabkan kita memberikan pendapat yang salah. Perlu diingatkan bahawa situasi kita dengan orang lain adalah tidak sama. Justeru, berhati-hati dalam memberikan cadangan.

(3)

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Basri)

Sabar dalam mendengar

Lumrah manusia sentiasa inginkan sesuatu dengan cepat. Namun begitu sebagai seorang pendengar yang baik kita perlu sentiasa bersabar. Usah terlalu tergesa-gesa untuk memberikan repons terhadap apa yang ingin diceritakan. Kadangkala, orang yang meluahkan hanya sekadar ingin melepaskan apa yang terbuku dihati sahaja.

Tunjukkan kepedulian yang tinggi

Dalam hal ini, gerak bahasa badan (body language) amat penting bagi menunjukkan bahawa kita sangat prihatin terhadap sahabat kita.

sentiasa menunjukkan minat, rasa simpati, atau empati dengan apa yang disampaikan.

Menyimpan rahsia dengan baik

Di saat kita dipilih sebagai pendengar, ia menunjukkan bahawa kita merupakan sahabat yang boleh dipercayai. Usah khianati kepercayaan yang telah diberikan kepada kita. Sebaliknya berilah sokongan moral dan emosi agar mereka rasa dihargai.

6. Semoga tips-tips diatas dapat dijadikan panduan untuk kita semua agar sentiasa menjadi pendengar yang baik. Semoga hubungan kita sesama manusia akan dapat dieratkan.

(4)

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Basri)

Hadirin sekalian,

PROGRAM YANG AKAN BERLANGSUNG Warga UniMAP yang saya kasihi ,

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UniMAP KE KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM)2018

7. Untuk makluman semua, UniMAP bakal menghantar penyertaan pada SUKUM 2018 yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Pahang pada 10 hingga 18 Ogos 2018. Misi kita pada kali ini ialah untuk terus mengekalkan gelaran juara untuk 11 kali berturut-turut seperti edisi tahun lalu.

8. Saya difahamkan persiapan setiap pasukan telah bermula sejak sebulan yang lalu dan pada SUKUM kali ini, kita bersedia menyahut cabaran dengan menetapkan sasaran 29 emas, 12 Perak dan 7 Gangsa melalui 17 acara yang kita sertai.

9. Kontinjen UniMAP dengan kekuatan 206 atlet dan pegawai akan diketuai Pengarah Pusat Sukan UniMAP, Tuan Hj Suhizaz Sudin. Pergerakan dijangka bermula pada 9 Ogos 2018 malam bagi fasa 1 manakala fasa 2 bergerak pada 11 Ogos 2018.

10. Di kesempatan ini, pihak UniMAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja iaitu Cuckoo Perlis, Kelab Kakitangan UniMAP dan juga kepada para mentor yang telah dilantik. Ada antara mereka bersama-sama pasukan setiap kali latihan dan membantu dari segi persiapan pasukan.

11. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga pasukan UniMAP berjaya meraih kejayaan berganda pada tahun ini sekaligus menjadi juara SUKUM untuk 11 kali berturut-turut. Saya pasti anda semua atlit UniMAP telah bersedia mental dan fizikal untuk memikul cabaran UniMAP pada kejohanan kali ini. Berusahalah sebaik mungkin untuk mengubah warna

(5)

Info Kesihatan (Puan Adlina) – Bahagian Media UKK (Basri)

kilauan pingat dari perak ke emas. Saya percaya, dengan usaha yang jitu dan semangat berpasukan yang tinggi, anda mampu merealisasikan impian anda dan UniMAP keseluruhannya.

Hadirin hadirat sekalian, PENUTUP

12. Saya rasa cukup sahaja sampai di sini ini. Semoga perkongsian pada hari ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 10 JANUARI 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

Warga UniMAP yang saya kasihi PROGRAM TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PENYERAHAN SURAT PERSETUJUAN KEPADA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS UNTUK MEMBEKAL PERKHIDMATAN KAJIAN PASARAN ELECTRIC TWO-

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 18 APRIL 2018 DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH

Info Kesihatan Puan Adlina - Bahagian Media UKK – AidaOthman PROGRAM TELAH BERLANGSUNG Warga UniMAP yang saya kasihi 15.. Pada 22 April lepas telah berlangsung Majlis Sambutan

Info Kesihatan – Bahagian Media UKK AidaOthman PROGRAM TELAH BERLANGSUNG Warga UniMAP yang saya kasihi PERLIS 4.0 & MALAM KILAUAN CAHAYA 11.. Petang Rabu lepas iaitu pada 25

Seperti yang telah dilaporkan di muka akhbar, seramai 10 pelajar Universiti Malaysia Perlis UniMAP di isolasi selama 7 hari mulai 26 Julai 2018 kerana mengalami gejala penyakit seperti

Turut mencemar duli berangkat hadir Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Canselor UniMAP dan Raja

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini, saya berharap agar pada pagi yang indah lagi permai ini, semua warga UniMAP sihat, cergas dan cerdas dalam