• Tidak ada hasil yang ditemukan

teks ucapan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "teks ucapan"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA

KEJOHANAN TENIS MONTHLY MEDAL UniMAP 2009 19 APRIL 2009

DI KOMPLEKS TENIS PERLIS

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Y.Bhg. Tuan Haji Abd Haris Ishak (Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Perlis)

Y.Bhg. En. Azahari Ramli (Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis)

Y.Bhg. Ir. Ahmad Reza Ghulam Rasool (Presiden Persatuan Tenis Perlis)

Ketua-ketua Jabatan UniMAP, Wakil-wakil media, para peserta Kejohanan Kejohanan Tenis Monthly Medal UniMAP 2009 seterusnya warga kerja dan para mahasiswa UniMAP yang dikasihi sekalian

(2)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin inayahnya dapat kita semua berkumpul bersama- sama pada petang ini untuk menjayakan Kejohanan Tenis Monthly Medal UniMAP 2009 ini.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pusat Sukan UniMAP dan Persatuan Tenis Perlis yang bertungkus lumus memastikan kelangsungan kejohanan tenis yang berlangsung selama dua hari. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai.

Sesungguhnya, saya amat menyokong penuh penganjuran program seperti ini, kerana ia bukan sahaja mampu melahirkan badan yang sihat dan cergas, tetapi dapat pemain-pemain tenis yang kreatif, mahir berfikir, berkualiti tinggi serta dapat mewakili UniMAP dan Malaysia suatu masa nanti.

Selain itu juga, kejohanan seperti ini berfungsi sebagai salah satu program permbangunan dalam melahirkan bakat-bakat baru kepada industri tenis negara yang kekurangan generasi pelapes.

Ia turut membantu UniMAP untuk mengenalpasti pemain- pemain yang berpotensi di kalangan pelajar dan staf untuk

(3)

mewakili UniMAP pada mana-mana kejohanan sukan di peringkat negeri atau nasional.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya tidak melihat pengajuran kejohanan ini sebagai sekadar

”melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya, saya mengharapkan melalui kejohanan seperti ini, kita mampu mencari pengganti kepada pemain-pemain kebangsaan seperti Andy Cheng, Rosli Kasim, Ahmad Munir Che Mohamed, Alfie Wong dan ramai lagi.

Mungkin ada dikalangan anda semua tidak menyedari, Pengarah Pusat Sukan UniMAP sendiri iaitu En Afizal Abu Othman merupakan bekas pemain kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara.

Justeru, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh individu seperti ini dibazirkan begitu sahaja.

Besarlah harapan saya agar, UniMAP – sebuah universiti yang berteraskan kejuruteraan mampu untuk melahirkan bakat baru dalam sukan tenis yangmampu mengharumkan nama negara. Insya Allah.

(4)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya difahamkan, lebih 150 penyertaan diterima bagi kejohanan pada kali pertama ini, yang melibatkan enam kategori. Jumlah peneyertaan yang menggalakkan ini membuktikan, penganjuran sukan seumpama ini diterima dan ditunggu-tunggu oleh masyarakat Perlis.

Sebagai sebuah negeri yang kecil dengan bilangan penduduk yang tidak begitu ramai, acara-acara seumpama ini mampu menjadi wadah untuk masyarakat Perlis berhibur sambil beriadah bersama rakan taulan dan ahli keluarga.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada petang ini, sukalah saya mengingatkan semua peserta agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan saya amat berharap agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Kepada pasukan yang mungkin tewas, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Cuba lagi di masa akan datang. Dengan lafaz bismillahirmanirrahim, saya dengan ini merasmikan majlis Penutupan Kejohanan Tenis Monthly Medal UniMAP 2009.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas

Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Para peserta dari Majlis Perwakilan

1 TITAH UCAPAN RAJA MUDA PERLIS DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN WOODBALL PIALA TUANKU CANSELOR UniMAP 2018 PTCU BERTEMPAT DI

Jutaan terima kasih saya titipkan buat Persatuan Bola Sepak Malaysia diatas kesudian bekerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi penganjuran Kursus Pengadil dan Penilai

Hari Ram Ramayya Pengerusi Pemuda MIC Perlis Timbalan-timbalan Naib Canselor UniMAP Pegawai- pegawai Utama UniMAP Ketua-ketua jabatan, Dekan-Dekan Wakil-wakil dari Universiti

NAIB CANSELOR AKADEMIK & ANTARABANGSA UniMAP SEMPENA “MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA INDUSTRI” 17 DISEMBER 2014 HOTEL PUTRA PALACE, KANGAR, PERLIS Assalamualaikum warahmatullahi

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP i-ENVEX 2018 15 APRIL 2018 DI DEWAN ILMU, UniMAP PAUH PUTRA JAM 10 PAGI

DR.REZUWAN KAMARUDDIN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK DAN ANTARABANGSA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PROGRAM PESTA KEBUDAYAAN UniMAP 2 NOVEMBER 2018 DI DEWAN