• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sebab-sebab tingkah laku mencederakan diri dalam kalangan remaja di bandar Kota Kinabalu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Sebab-sebab tingkah laku mencederakan diri dalam kalangan remaja di bandar Kota Kinabalu"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Sebab-sebab tingkah laku mencederakan diri dalam kalangan remaja di bandar Kota Kinabalu

ABSTRACT

Tingkah laku mencederakan diri merupakan masalah utama yang menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Namun begitu, isu tingkah laku mencederakan diri merupakan isu yang sangat jarang diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab mencederakan diri terhadap 720 orang remaja yang terlibat dalam tingkah laku mencederakan diri di Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Alat kajian soal selidik Self- Hurt Assessment digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati bahawa sebab utama remaja mencederakan diri adalah “untuk merasa rileks” (intrapersonal). Sebanyak 22.5% (162) orang remaja yang menyatakan mereka selalu melakukan perbuatan

mencederakan diri kerana ingin merasa rileks. Sebab yang kedua adalah “supaya ibu bapa boleh memahami saya,” (interpersonal) iaitu sebanyak 17.9% (129) orang remaja

menyatakan mereka mencederakan diri kerana menginginkan ibu bapa memahami mereka.

Manakala sebab mencederakan diri yang ketiga pula ada dua, iaitu “untuk membuat sesuatu semasa bersendirian dan “untuk mencontohi orang yang disanjung tinggi.” Kedua-dua item ini adalah faktor interpersonal, masing-masing terdiri daripada 12.5% dengan jumlah responden seramai 90 orang. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada agensi-agensi yang memberi perkhidmatan kepada remaja. Agensi-agensi ini boleh menyediakan program yang membimbing remaja cara menyalurkan emosi dengan baik kerana remaja hari ini adalah tonggak negara pada masa hadapan.

Referensi

Dokumen terkait

Bertitik tolak daripada perbincangan di atas, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan poligraf dalam kajian tingkah laku agresif dalama kalangan penghuni sekolah tunas

Dalam kajian ini, Teori Tingkah Laku Terancang digunakan untuk mengenal pasti faktor-faktor sikap, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku dan identiti diri yang

Berdasarkan tinjauan Iiteratur penyelidik telah mengenal pasti pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah

Sebagai ibu bapa dan guru, aspek unconscious perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkah laku remaja kerana remaja tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati bahawa tingkah laku pengurusan kewangan peribadi Pelajar Perakaunan, Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu adalah positif

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Kajian ini mengkaji tentang pengaruh kemahiran kesediaan kerja, efikasi kendiri, tingkah laku keusahawanan dan eksplorasi kerjaya dalam kalangan

Corak Tingkah Laku Pembangunan Potensi Diri Belia dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Malaysia Yasmin Yaccob1, Mohd Ibrani Shahrimin Adam Assim1 1 Jabatan Sains

ABSTRAK HUBUNGAN 01 ANTARA KESULITAN EKONOMI, KUALITI PERKAHWINAN, TINGKAH LAKU KEIBUBAPAAN IBU oENGAN STRES REMAJA iii Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di