• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PROGRAM JOM BACA 10 MINIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "TEKS UCAPAN ALU-ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PROGRAM JOM BACA 10 MINIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2021"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2021

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berbahagia,

Professor Dr. Rasid Mail

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Professor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Professor Madya Dr. Raman Noordin

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni)

Encik Luqman Ridha Anwar Pendaftar Universiti Malaysia Sabah

Puan Zallifah Shadan

Bendahari Universiti Malaysia Sabah

Encik Awang Suhaizam bin Bungso

Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah

Yang Berusaha,

Tuan Haji Zawawi Haji Tiyunin

Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Sabah

Yang Dihormati, Dekan-dekan

Ketua-ketua Jabatan

(2)

2 | P a g e Pensyarah-pensyarah

Kakitangan Universiti Malaysia Sabah Para Pelajar yang dikasihi

Para Tetamu Jemputan Hadirin dan hadirat sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Perpustakaan kerana sudi menjemput saya di Program Jom Baca 10 Minit, Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2021 ini. Syabas dan tahniah kepada Jabatan Perpustakaan kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya jua dapat kita sama- sama menyempurnakan majlis ini bagi peringkat Universiti Malaysia Sabah.

Demi memastikan hala tuju pendidikan negara mempunyai garis ukur yang jelas, Kementerian Pendidikan Malaysia mensasarkan supaya menjadikan Malaysia sebagai negara membaca yang mana untuk mencapai menjelang tahun 2030. Selaras dengan saranan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk menjadikan Malaysia negara membaca pada tahun 2030 dan Dekad Membaca Kebangsaan, Program Jom Baca 10 Minit merupakan salah satu daripada kegiatan utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dengan slogan #MalaysiaMembaca.

Program seumpama ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya dengan maklumat. Ianya juga bertujuan untuk mendorong warga kampus Universiti Malaysia Sabah khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membaca, dimulai dengan langkah awal hanya selama 10 minit sebagai tanda komitmen kita kepada semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seterusnya menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan cinta kepada ilmu.

Seharusnya usaha ini diangkat sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan perlu dijadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran rakyat supaya cinta kepada buku agar dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya membaca dan meningkatkan ilmu itu sendiri.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit” yang mula diadakan pada tahun 2014 bermatlamat agar masyarakat Malaysia sebati dengan budaya membaca, seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup kita.

(3)

3 | P a g e Perpustakaan sebagai Jabatan yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan di Universiti Malaysia Sabah dan juga selaku Urusetia Program Jom Baca 10 Minit peringkat Kebangsaan yang akan diadakan serentak di seluruh Malaysia bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 11.10 pagi.

Semua warga Universiti Malaysia Sabah digalakkan untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk memastikan kita boleh membaca apa-apa juga bahan bacaan selama 10 minit.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dalam menjadi Jabatan yang berperanan penting untuk membudayakan cintai ilmu dan juga mencintai membaca ini dalam kehidupan seharian. Juga kepada hadirin dan hadirat sekalian di atas kesudian meluangkan masa untuk turut kita memenuhi Program Jom Baca 10 Minit Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2021. Syabas dan tahniah kepada pihak jawatankuasa pelaksana yang telah berusaha dan bertungkus lumus untuk memastikan perlaksanaan program ini terlaksana dengan jayanya.

Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wasaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Jom membaca

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak: Audit sisa pepejal telah dijalankan di kolej kediaman dalam kampus, Universiti Malaysia Sabah bagi mengetahui jumlah sisa pepejal yang dibuang oleh seorang mahasiswa

Dalam hubungan tersebut, UMP amat mengalu-alukan program pada hari ini yang diterajui oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama

Berdasarkan jadual 5, responden setuju dan sangat setuju (84 dan 56) dengan pernyataan “tidak mengetahui kewujudan” stesen radio kampus milik Universiti Malaysia Sabah

Sebelum kita melihat dengan teliti perancangan untuk tahun 2008, eloklah kita mengimbas kembali pencapaian UMP sepanjang tahun 2007. Pada 1 Februari 2007, Universiti Malaysia

Dengan wujudnya cabang pentadbiran yang khusus untuk melihat aspek OSH, dan adanya para penyelidik dan ahli akademik dalam bidang ini di UMP, maka Universiti

Akhirnya, tanggungjawab tugas dan rumahtangga akan terbengkalai dan menjurus kepada kegagalan Sehubungan itu, sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 ini, saya berharap agar semua ahli

SIKAP DAN TABL\ T MEMBACA DI KALANGAl~ PELAJAR KDPK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Na'imah Yusoff Amran Ahmed2 ' Rosy Talinl ISekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial 2Sekolah Sains &

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM CINTA ILMU SEMPENA HARI BUKU & HAK CIPTA SEDUNIA AUDITORIUM, PUSAT KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, 27 APRIL 2017 TEKS UCAPAN