• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Y. Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Bin Hussin Naib Canselor UniMAP Sempena Majlis Perasmian Program Pendedahan Industri (IndEx 2007)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Y. Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Bin Hussin Naib Canselor UniMAP Sempena Majlis Perasmian Program Pendedahan Industri (IndEx 2007)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

Y. BHG. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN BIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIMAP

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENDEDAHAN INDUSTRI (IndEx 2007) Di DEWAN KAPITOL PADA 14 MEI 2007

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha pengerusi majlis,

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Naib Canselor UniMAP(Akademik & Antarabangsa)

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Penyelidikan & Inovasi)

Yang Berusaha Prof. Madya Mohd. Shuid Salleh, Pengarah Pusat Kerjasama Industri (CIC)

Pegawai – pegawai utama UniMAP

Dekan – dekan & ketua – ketua jabatan UniMAP Pensyarah – pensyarah, kakitangan pentadbiran

Warga kerja dan para pelajar UniMAP yang dikasihi sekalian.

1

(2)

Terlebih dahulu marilah kita bersama – sama menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi dalam suasana yang penuh bermakna ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa program pendedahan industri (IndEx 2007) pada kali ini kerana telah bertungkus lumus berganding bahu, bekerja sama merancang kerja dan seterusnya melangsungkan upacara program ini walaupun sentiasa dihambat dengan pelbagai program yang perlu dilaksanakan dari masa ke semasa.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sepertimana yang kita ketahui, tahun ini merupakan tahun ke-5 Pusat Kerjasama Industri (CIC) menganjurkan Program Pendedahan Industri (IndEx) di UniMAP. Semua pelajar – pelajar tahun 1 di UniMAP akan didedahkan dengan suasana alam industri, seperti tahun – tahun yang lepas. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar unimap untuk mendapat maklumat dan gambaran awal mengenai alam industri.

Selain daripada itu juga saya amat berharap hasil daripada program ini dapat mencapai salah satu objektif iaitu dapat memenuhi syarat dan garis panduan yang ditentukan oleh ”Board Of Engineers Malaysia”

yang berkaitan dengan lawatan ke industri dan juga program yang melibatkan penceramah daripada pakar industri.

Hadirin dan pelajar yang dihormati,

2

(3)

Adalah menjadi harapan saya bahawa graduan – graduan UniMAP tidak sahaja diperkenalkan kepada teori – teori kejuruteraan malah adalah penting diterapkan dan diperlengkapkan dengan pengetahuan yang segar dan pengalaman ’sebenar’ yang boleh diperolehi daripada program ini. Saya mengharapkan pelajar – pelajar menggunakan kesempatan menimba pengetahuan daripada ceramah – ceramah dan forum serta lawatan yang akan diadakan ke industri. Ini adalah kerana para penceramah yang dijemput merupakan pakar – pakar daripada industri yang terdiri daripada Avago, Intel, Antcorp, Silterra, Acm, C-Rad Technologies dan juga Cima.

Program IndEx seperti ini hanya di adakan di UniMAP sahaja dan tidak dilakukan di mana – mana universiti yang lain. Ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan unimap amat mengambil berat tentang pengurusan akademik pelajarnya. Program ini merupakan salah satu usaha UniMAP dalam mempertingkatkan mutu graduan yang lebih berkualiti serta berkemahiran tinggi. Saya berharap pelajar – pelajar akan dapat mengambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti diri dan mendalami bidang kejuruteraan ini.

Saya percaya melalui pendedahan industri, pelajar – pelajar tahun satu akan dapat mempertingkatkan kefahamannya dan mendalami kursus yang diceburi pada masa akan datang. Semoga program ini mampu menyuntik semangat para pelajar semua untuk menjadi pelajar kejuruteraan yang cemerlang dan jurutera yang berkemahiran tinggi suatu hari nanti.

Akhir sekali, saya mendoakan agar pelajar – pelajar yang berada di dalam dewan ini akan dapat menjalani program pendedahan industri dengan jayanya. Harapan saya semoga semua pelajar akan menjadi

3

(4)

seorang graduan yang cemerlang dan mampu menjadi jurutera yang dikagumi kelak.

Dengan ini, dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim saya merasmikan Program Pendedahan Industri (IndEx) 2007.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

4

Referensi

Dokumen terkait

Dalam Istiadat Konvokesyen Keempat ini juga UniMAP bersyukur kehadrat Allah dan amat sukacita menganugerahkan ijazah kepada 1,012 orang graduan yang terdiri daripada seorang

Justeru, saya amat mengharapkan agar warga UniMAP mengambil peluang yang hanya hadir setahun sekali ini, untuk menyempurnakan ibadat masing-masing dengan seikhlas hati dan pada masa

Saya yakin, tuan-tuan dan puan- puan yang hadir pada hari ini bersetuju bahawa penagihan dadah adalah sesuatu yang sangat ditakuti dan ingin dijauhi, tetapi hari ini saya ingin tanya,

Hadirin dan hadirat sekalian, Meskipun kami di UniMAP mengambil masa yang agak lama untuk membuat kunjungan balas iaitu lebih kurang 4 bulan tetapi dalam tempoh tersebut telah ada

3 Hadhirin dan hadhirat sekalian, Bersempena dengan Tema Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun ini iaitu, Keselamatan Di Jalan Raya, saya merasakan aktiviti Safety

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pusat Kokurikulum UniMAP kerana sudi mengadakan majlis ini bagi meraikan anugerah-anugerah yang diterima oleh

Hadirin dan pelajar yang dihormati, Seperti yang kita maklum tahun ini merupakan tahun ke-4 Pusat Kerjasama Industri menganjurkan Program Pendedahan Industri IndEx di KUKUM.. Tujuan

Sebelum meneruskan ucapan, sukacita saya, bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada