• Tidak ada hasil yang ditemukan

UiTM wujud Pusat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UiTM wujud Pusat"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UiTM wujud Pusat

Atta­ur­Rahman

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

[email protected] K Shah Alam

Universiti Teknologi MARA (UiTM) muncul universiti pertama di negara ini mewujudkan pusat kecemerlangan penyelidikan membabitkan produk hasil alam semula jadi termasuk untuk tujuan perubatan.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata pusat yang ter­

letak di kampus Puncak Alam itu akan dinamakan Pusat Atta­ur­Rahman, bersempena dengan tokoh perubatan Islam yang banyak menggunakan bahan semula jadi.

"Pusat ini bakal menjadi platform buat penyelidik, ahli akademik dan saintis meng­

kaji juzuk­juzuk kimia dari­

pada alam semula jadi untuk membangunkan teknologi serta menghasilkan produk,"

katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai dua perjanjian bagi membentuk sebuah konsortium dengan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta agensi berkaitan bagi perkongsian sumber bahan semula jadi

dan membentuk kerjasama penyelidikan dengan beberapa universiti Pakistan.

Keijasama

Konsortium itu membabitkan (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Kerjasama penyelidikan dengan IPT Pakistan pula membabitkan Pusat Kajian Sains Kimia dan Biologi Anta­

rabangsa (ICCBS), Universiti Sains dan Teknologi Pakistan

(NUST) dan Universiti Islam Bahawalpur (IUB).

Bersempena dengan majlis memeterai perjanjian itu, UiTM turut menganjurkan Persidangan Produk Semula Jadi Antarabangsa (INCP) membabitkan penyertaan dari 20 negara peserta.

Prof Sahol Hamid

berkata, persidangan itu menjadi platform buat penyelidik dan

ahli sains memben­

tangkan penemuan

serta membincangkan teknologi terbaru ber­

kaitan aspek pemba­

ngunan sains kajian produk semula jadi.

"Selain meneroka idea baharu, persidangan itu juga membolehkan peserta mewujudkan rangkaian serta perhubungan bagi meraih manfaat bersama­sama dalam

bidang ini," katanya.

Manfaat sampingan Sementara itu, Presiden Per­

satuan Sumber Semulajadi Malaysia (MNPS), Prof Dr Ibrahim Jantan, berkata penu­

buhan konsortium itu juga membolehkan perkongsian sumber bahan semula jadi antara institusi terbabit bagi membolehkan penyelidikan dijalankan.

"Konsortium ini juga membolehkan anggota mem­

bincangkan aspek kewujudan ubat­ubat perubatan palsu atau tidak berkualiti yang berselindung di sebalik nama ubat tradisional yang banyak di pasaran," katanya.

Headline UiTM wujud Pusat Atta ur Rahman MediaTitle Berita Harian

Date 07 Mar 2013 Color Full Color

Section Supplement Circulation 192,982

Page No V3 Readership 1,521,000

Language Malay ArticleSize 290 cm²

Journalist Oleh Nurul Fhatihah Zakinan AdValue RM 9,818

Frequency Daily PR Value RM 29,454

(2)

Majlis MoU INCP 2013, di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Headline UiTM wujud Pusat Atta ur Rahman MediaTitle Berita Harian

Date 07 Mar 2013 Color Full Color

Section Supplement Circulation 192,982

Page No V3 Readership 1,521,000

Language Malay ArticleSize 290 cm²

Journalist Oleh Nurul Fhatihah Zakinan AdValue RM 9,818

Frequency Daily PR Value RM 29,454

Referensi

Dokumen terkait

Head of Centre of Studies for Park & Amenity Management Faculty of Architecture, Planning and Surveying Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam,..

Asmaa’ Mohd Arshad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Atini Alias Kolej Universiti Islam Melaka Azhar Abdul Rahman

Program usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu program kerjasama akademik antara UiTM dan kolej swasta di mana program akademik UiTM sama ada sijil atau

Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian,

Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian, Pengurusan

Shahril Anuar Bahari Position : Senior Lecturer Address : Bio-Composite Technology Program, Faculty of Applied Sciences, Universiti Teknologi MARA UiTM, 40450 Shah Alam, Selangor

Sc Hons Chemistry UKM, Malaysia 1993 Diploma in industrial Chemistry UiTM Malaysia 1986 CAREER HISTORY SENIOR LECTURER – Universiti Teknologi Mara UiTM Since 2007 until present

https://news.uitm.edu.my/ UiTM News Hub https://news.uitm.edu.my/ O icial News Hub for Universiti Teknologi MARA  https://www.facebook.com/uitmrasmi/  https://twitter.com/uitmo