• Tidak ada hasil yang ditemukan

UN IV E R S ITI MALAYSIA SA R A W A K UN IM AS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UN IV E R S ITI MALAYSIA SA R A W A K UN IM AS"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENENTU PERUBAHAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DUNIA (KAJIAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA

SYARIKAT)

Anisah Binti Zakariya

Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian (Ekonomi Industri)

2015

N U E IV

R S IT I MA LA YSIA

S A R A A W K U N I M AS

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

Faculty of Economics and Business

(2)

PENENTU PERUBAHAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DUNIA (KAJIAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA SYARIKAT)

ANISAH BINTI ZAKARIYA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

(Ekonomi Industri)

Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

(3)

- - - -

/

UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK

Grade: _ _ __

Please tick ( I)

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the Student's Declaration:

I, ANISAII BINTI ZAKARNA, 29604, FACULTY OF ECONOMICS AND BUSINESS, hereby declare that the work entitled, "PENENTU PERUBAlIAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DUNIA (KAnAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA SY ARIKAT)" is my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

ANISAH BINTI ZAKARNA (29604)

Supervisor's Declaration:

I, AP.DR EVAN LAU POH HOCK hereby certify that the work entitled, "PENENTU PERUBAlIAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DONIA (KAJIAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA SYARIKAT)" was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY OF ECONOMICS AND BUSINESS as a partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF ECONOMICS WITH HONOURS (INDUSTRIAL ECONOMICS), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.

Received for examination by: AP. DR EVAN LAU POH HOCK Date:

(4)

I declare that ProjectJThesis is classified as (please tick [ /

1):

D

CONFIDENTIAL (Contains confidential infomlation under the Official Secret Act 1972)*

I IRESTRICTED (Contains restricted infomlation as specified by the organization where research was

~one)*

[ JOPEN ACCESS

Validation ofProjectffhesis

I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Projectrrhesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNlMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic lnformation Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic lnformation Services has the lawful right to make copies of the ProjectfIhesis for academic exchange between Higher Learning lnstitute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this ProjectlThesis once it becomes the sole property of UNJMAS .

This ProjectlThesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except WIth UNIMAS permiSSIOn

Student's signature:

- - CQ1J-'-\,I' '''---- - - -

Supervisor's SI r

Faculty ~Bu1!r18SS Umve1>iti Malaysia Saraw3k

Current Address:

5993 C, Kampung Che Jab Binjai Rendah, 21400 Marang, Terengganu.

Notes: If the Proj ectlThesis is CONFIDENflAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic lnformation Services

1

-

(5)

Pengesahan Pelajar

Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk

“PENENTU PERUBAHAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DUNIA (KAJIAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA SYARIKAT)”

ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian, dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya.

_____________________ __________________________

(Tarikh Serahan) Anisah Binti Zakariya 29604

(6)

ABSTRAK

PENENTU PERUBAHAN TINGKAT HARGA MINYAK MENTAH DUNIA (KAJIAN DI MALAYSIA, ARAB SAUDI DAN AMERIKA SYARIKAT)

Oleh

Anisah Binti Zakariya

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pembolehubah yang memberi impak terhadap perubahan tingkat harga minyak mentah dunia bermula pada tahun 1961 sehingga tahun 2013. Berdasarkan kajian terdahulu, terdapat tiga penentu kepada perubahan tingkat harga minyak dunia iaitu;inflasi, keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan perbelanjaan negara. Kesemua penentu ini dianalisis menggunakan ujian punca unit seperti Imbuhan Dickey dan Fuller (ADF), ujian Philips-Perron (PP), serta ujian Kwiatkowski, Philips, Schmidt dan Shin (KPSS). Selain itu, pendekatan Johansen dan Juselius, Model Pembetulan Ralat Vektor (VECM) dan ujian penyebab Granger turut digunakan dalam kajian bagi mendapat keputusan yang telus. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan serta pegun antara pembolehubah dan kesemua pembolehubah ini mempunyai satu kopengamiran vektor (r=1) yang wujud bagi negara Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Keputusan yang diperolehi akan memperjelaskan arah hubungan jangka panjang serta jangka pendek pembolehubah.

(7)

ABSTRACT

DETERMINANT OF LEVEL PRICE CHANGES OF WORLD CRUDE OIL ( CASE STUDY IN MALAYSIA, SAUDI ARABIA AND UNITED STATES)

By

Anisah Binti Zakariya

This study was conducted to identify the variable that give the impact to level price changes of world crude oil from year 1961 until year 2013. Based on the previous studies, there are three factors that exchange the level price on world crude oil; inflation, Gross Domestic Product, and government expenditure. All factors had been analyze using unit root test such as Augmented Dickey Fuller (ADF), Philips-Perron test (PP), and Kwiatkowski, Philips, Schmidt and Shin test (KPSS). Besides that, Johansen and Juselius cointegration test approach, Vector Error Correction Model (VECM), and Granger Causality test also be used in this study to get the result. The result shows there were a stationary and significant relationship between variables and all the variable had one cointegration vector (r=1 ) that exists in Saudi Arabia and United States of America. All the decision that achieved will clarify the long-term and short-term trend of relationship among the variable.

(8)

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad S.A.W., dapat saya menyiapkan tugasan Projek Tahun Akhir ini dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih juga disisipkan buat penyelia saya di atas curahan idea dan sumbangan tenaga yang diberi sepanjang bergelar penyelia kepada saya. Tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menjalankan kajian ini tidak mungkin akan dilupakan.

Dengan rasa rendah diri juga, jutaan terima kasih diucapkan buat keluarga tersayang, teman rapat serta rakan-rakan seperjuangan yang tanpa lelah memberikan sumbangan moral berupa kata-kata semangat dan juga doa yang tidak lekang dibibir.

Kerahan keringat, kritikan bernas dan pengorbanan kalian, tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit.

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di atas jasa dan sumbangan yang diberikan serta kerjasama yang ditonjolkan sepanjang kajian ini dijalankan. Jasa kalian tidak akan pernah terhapus di sanubari. Terima kasih sekali lagi buat semua yang terus menyokong dan mendoakan saya tanpa mengharapakan balasan.

(9)

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.1.1 Jenis-Jenis Minyak Bumi 6 1.1.2 Definisi Pembolehubah 7 1.2 Latar Belakang Kajian 8 1.2.1 Malaysia 8 1.2.2 Arab Saudi 9 1.2.3 Amerika Syarikat 10

1.3 Permasalahan Kajian 12

1.4 Objektif Kajian 14

1.4.1 Objektif Umum 14

1.4.2 Objektif Khusus 14

1.5 Kepentingan Kajian 15

1.6 Skop Kajian 16

(10)

BAB 2 : ULASAN KARYA

2.1 Pengenalan 17

2.2 Hubungan Antara Inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 18

Dan Perbelanjaan Negara Terhadap Perubahan Tingkat Harga Minyak Mentah Dunia 2.2.1 Inflasi Dan Perubahan Tingkat Harga Minyak Dunia 18

2.2.2 KDNK Dan Perubahan Tingkat Harga Minyak Dunia 23

2.2.3 Perbelanjaan Negara dan Perubahan Tingkat Harga Minyak 30

Dunia 2.3 Kesimpulan 35

BAB 3 : METODOLOGI 3.1 Pengenalan 36

3.2 Kerangka Konsep 37

3.3 Model Empirikal Kajian 38

3.4 Reka Bentuk Kajian 40

3.4.1 Penerangan Data 40

3.4.2 Analisis Data 40

3.5 Kaedah Ekonometrik 41

3.5.1 Ujian Punca Unit 41

3.5.1.1 Imbuhan Dickey Fuller (ADF) 41

3.5.1.2 Ujian Philips-Perron (PP) 43

3.5.1.3 Ujian Kwiatkowski, Philips, Schmidt dan Shin 43

(KPSS)

(11)

3.5.2 Ujian Kopengamiran Johansen dan Juselius 44 3.5.3 Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) 46 3.5.4 Ujian Penyebab Granger 47

BAB 4 : KEPUTUSAN UJIAN EMPIRIKAL DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Keputusan Ujian Punca Unit 51

4.3 Keputusan Ujian Kopengamiran Johansen dan Juselius 56

4.4 Keputusan Ujian Penyebab Granger 59

BAB 5 : KESIMPULAN DAN IMPLIKASI POLISI

5.1 Pengenalan 67

5.2 Kesimpulan 68

5.3 Implikasi Polisi 70

5.4 Kekangan dan Cadangan Kajian 71

RUJUKAN 73

(12)

x

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 : Jumlah Import dan Eksport Minyak Mentah Mengikut Negara 5

Pada Tahun 2013

Jadual 2.1 : Ringkasan ulasan karya Inflasi dan Perubahan Tingkat Harga 22

Minyak

Jadual 2.2 : Ringkasan ulasan karya KDNK dan Perubahan Tingkat Harga 27 Minyak

Jadual 2.3: Ringkasan ulasan karya Perbelanjaan Negara dan Perubahan 33 Tingkat Harga Minyak Dunia

Jadual 4.1: Keputusan Ujian Punca Unit bagi negara Malaysia 51 Jadual 4.2: Keputusan Ujian Punca Unit bagi negara Arab Saudi 53 Jadual 4.3: Keputusan Ujian Punca Unit bagi negara Amerika Syarikat 55 Jadual 4.4: Keputusan Ujian Kopengamiran Johansen dan Juselius bagi 56

negara Malaysia

Jadual 4.5: Keputusan Ujian Kopengamiran Johansen dan Juselius bagi 57 negara Arab Saudi

Jadual 4.6: Keputusan Ujian Kopengamiran Johansen dan Juselius bagi 58 negara Amerika Syarikat

(13)

xi

Jadual 4.7: Keputusan Ujian Penyebab Granger dalam VAR bagi Malaysia 60 Jadual 4.8: Keputusan Ujian Penyebab Granger dalam VECM bagi Arab Saudi 61 Jadual 4.9: Keputusan Ujian Penyebab Granger dalam VECM bagi Amerika 64

Syarikat

(14)

xii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1: Pengeluaran dan Penggunaan Minyak Dunia dari Tahun 2000 3 hingga 2013

Rajah 1.2: Penggunaan dan Pengeluaran Minyak Mengikut Klasifikasi Benua 4 Pada Tahun 2013

Rajah 3.1: Hubungan antara Pembolehubah Bersandar dengan Pembolehubah 37 Tidak Bersandar

Rajah 4.1: Arah Penyebab Jangka Pendek bagi Malaysia 61 Rajah 4.2: Arah Penyebab Jangka Pendek bagi Arab Saudi 63 Rajah 4.3: Arah Penyebab Jangka Panjang bagi Arab Saudi 63 Rajah 4.4: Arah Penyebab Jangka Pendek bagi Amerika Syarikat 65 Rajah 4.5: Arah Penyebab Jangka Panjang bagi Amerika Syarikat 66

(15)

1 BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Minyak mentah adalah cairan hitam pekat dan kental yang merupakan satu sumber semulajadi yang tidak mempunyai barang pengganti terdekat. Dalam meniti era globalisasi ini, minyak mentah memainkan peranan penting dalam kehidupan umat manusia kerana arus permodenan membawa kepada bergitu banyak aspek yang memerlukan minyak sebagai bahan utama. Walaubagaimanapun, terdapat satu kesatuan yang melibatkan 12 buah negara yang dikenali sebagai Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak Bumi (OPEC) untuk mengawal harga minyak dunia1. Penggunaan minyak mentah seluruh dunia adalah sekitar 76 juta tong setiap hari dan OPEC telah menyediakan minyak sehingga mencapai 60 peratus minyak dan mewakili sebanyak 55 peratus eksport minyak dalam perdagangan antarabangsa (Swadimath, Anilkumar, &

Joshi, 2013).

Namun hal yang demikian, berlaku peningkatan harga minyak mentah di dunia seiring dengan peningkatan permintaan terhadap sumber asli ini. Harga minyak dunia senantiasa berubah mengikut arus perubahan dunia. Sebagai rujukan, ketika berlakunya Revolusi Iran pada akhir 70-an, harga minyak telah mengalami peningkatan harga yang

1 12 negara- negara kesatuan OPEC ialah Iran, Iraq, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Emirat Arab Bersatu, Libya, Algeria, Nigeria, Angola, Venezuela, dan Ecuador.

(16)

2

mendadak sehingga melebihi angka $100 USD setong. Hal ini membuktikan bahawa keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil boleh meningkatkan harga minyak mentah dunia. Namun hal yang demikian, pada masa kini, harga minyak mentah telah melebihi

$100 USD setong pada tahun 2013 lantaran permintaan yang tinggi terhadap sumber ini (BP Statistical Review of World Energy June, 2014).

(17)

3

Rajah 1.1: Pengeluaran dan Penggunaan Minyak Dunia dari Tahun 2000 hingga 2013

Sumber : BP Statistical Review of World Energy June 2014

Rajah 1.1 menunjukkan pengeluaran dan penggunaan minyak dunia pada tahun 2000 hingga 2013. Berlaku peningkatan penggunaan minyak dunia yang berterusan dari tahun 2000 sehingga tahun 2007 tetapi menurun sedikit pada tahun 2008 dan 2009 tetapi kembali meningkat pada tahun seterusnya. Manakala,bagi jumlah pengeluaran minyak pula yang pada asalnya meningkat dari tahun 2000 sehingga 2007 tetapi bermula dari tahun 2008, pengeluaran minyak dunia mula menurun sedikit tetapi kembali meningkat pada tahun 2010. Dapat dilihat pada tahun 2007, 2009 sehingga tahun 2013, berlakunya kekurangan kerana penggunaan minyak melebihi pengeluaran minyak kerana permintaan minyak yang tinggi. Pengeluaran minyak mentah berkurang adalah kerana salah satu anggota OPEC telah menjadi pengimport minyak (Hamilton, 2009). .Untuk menampung segala kekurangan ini, pasaran dunia akan meningkatkan harga minyak bagi mengekalkan kestabilan jumlah hasil mereka.

3200 3300 3400 3500 3600 3700 3800 3900 4000 4100 4200 4300

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013

Tong Sehari/ Juta

Tahun

Pengeluaran Penggunaan

(18)

4

Rajah 1.2 : Penggunaan dan Pengeluaran Minyak Mengikut Klasifikasi Benua Pada Tahun 2013

Sumber : BP Statistical Review of World Energy June 2014

Rajah 1.2 menunjukkan penggunaan dan pengeluaran minyak mengikut klasifikasi benua pada tahun 2013.Timur Tengah telah mencatatkan pengeluaran minyak tertinggi pada tahun tersebut dengan catatan melebihi 25000 ribu tong sehari mengalahkan Amerika Tengah dan Selatan yang hanya mencapai takat pengeluaran lebih kurang 5000 ribu tong sehari. Manakala, Asia Pasifik mencatatkan penggunaan minyak tertinggi dengan catatan sebanyak 30470 ribu tong sehari. Manakala, bagi Amerika Syarikat, telah berlaku kekurangan minyak kerana penggunaan minyak melebihi pengeluaran minyak. Selain itu, di benua Eropah dan Eurasia, penggunaan minyak mencatatkan angka 18645 ribu tong sehari berbanding takat pengeluaran minyak yang sekadar berada di angka 17226 ribu tong sehari. Afrika merupakan benua yang mencatatkan penggunaan minyak paling sedikit di dunia iaitu sekadar 3624 ribu tong sehari tetapi menghasilkan pengeluaran sebanyak 8818 ribu tong sehari.

0 5000 10000 15000 20000 25000 30000 35000

Amerika Syarikat

Amerika Tengah

dan Selatan

Eropah dan Eurasia

Timur Tengah

Afrika Asia Pasifik

Tong/Sehari (Ribu)

Klasifikasi Benua

Pengeluaran Penggunaan

(19)

5

Jadual 1.1 : Jumlah Import dan Eksport Minyak Mentah Mengikut Negara Pada Tahun 2013

Import ( Ribu Tong Sehari ) Eksport (Ribu Tong Sehari)

Negara 2013 Negara 2013

US 7719 US 112

Kanada 554 Kanada 2655

Mexico 0.5 Mexico 1212

Eropah 503 Eropah 3039

Kesatuan Soviet 9313 Kesatuan Soviet 380

Timur Tengah 4 Timur Tengah 6027

Afrika Utara 216 Afrika Utara 17176

Afrika Barat 54 Afrika Barat 1712

Afrika Timur dan

Selatan 0.5

Afrika Timur dan

Selatan 4316

Australia 269 Australia 137

China 569 China 231

India 5675 India 19

Jepun 3825 Jepun 0.5

Singapura 3579 Singapura 13

Lain-lain negara Asia

Pasifik 892

Lain-lain negara Asia

Pasifik 2

JUMLAH 4547 JUMLAH 690

Sumber : BP Statistical Review of World Energy June 2014

Jadual 1.1 menunjukkan jumlah import dan eksport minyak mentah mengikut negara pada tahun 2013. Kesatuan Soviet merupakan satu persatuan yang telah mengimport sebanyak 9313 ribu tong minyak mentah sehari dan merupakan angkat import terbesar pada tahun 2013. Manakala, Amerika Syarikat (US) menduduki tangga kedua pengimport terbesar minyak mentah dengan anggaran import sebanyak 7719 ribu tong sehari dan meneksport minyak sebanyak 112 ribu tong setiap hari pada tahun yang sama. Afrika Timur dan Selatan serta Mexico mencatatkan bilangan import terendah iaitu sekadar 0.5 ribu tong setiap hari tetapi kedua-duanya mengeksport minyak sebanyak 4316 dan 1212 ribu tong setiap hari. Afrika Utara merupakan mencatatkan

(20)

6

bilangan eksport terbesar iaitu sebanyak 17176 ribu tong setiap hari manakala Jepun mengeskport minyak sekadar 0.5 ribu tong sehari pada tahun yang sama. Jepun merupakan negara pengeskport yang paling sedikit berbanding negara-negara lain.

1.1.1 Jenis-jenis minyak bumi

Minyak bumi merupakan bahan bakar berunsur cecair yang berasal dari cairan hitam pekat. Manakala, minyak yang belum diolah serta belum diproses pula dirujuk sebagai minyak mentah. Pada amnya, minyak mentah ini banyak diperolehi di dasar laut. Minyak mentah juga mempunyai berbezaan dari segi warna, bau, sifat, struktur molekul, dan kualiti.

Oleh hal yang demikian, minyak mentah telah diklasifikasikan dalam pelbagai jenis mengikut kandungan sulfur dan kepadatan minyak. Sekiranya graviti minyak melebihi 38 darjah, ianya akan tergolong dalam kalangan minyak ringan, dan sekiranya graviti minyak kurang dari 22 darjah, ianya dikategorikan sebagai minyak berat.

Sekiranya graviti minyak adalah diantara 22 dan 38 darjah, minyak ini akan dikelaskan sebagai minyak pertengahan. Dalam hal yang sama, kandungan sulfur juga adalah penentu bagi mengklasifikasikan jenis minyak. Sekiranya minyak mengandungi sulfur kurang daripada 0.5 peratus, ianya adalah minyak manis, manakala sekiranya melebihi daripada itu, ianya tergolong dalam minyak masam (American Petroleum Institute (‘API’)). Terdapat empat kelompok minyak mentah di dunia iaitu:

(21)

7 i. Brent Blend

ii. West Texas Intermediate (WTI) iii. Russian Export Blend

iv. Dubai Crude

1.1.2 Definisi

1.1.2.1 Inflasi

Inflasi boleh didefinisikan sebagai peningkatan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan manakala kadar inflasi merupakan penentu ukuran kestabilan harga umum. Inflasi sering kali dikaitkan dengan indeks harga pengguna (CPI). CPI merupakan pengukur tidak tetap perubahan semua tingkat harga (Siklos, 2000).

1.1.2.2 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Jabatan Perangkaan Malaysia mendefinisikan keluaran dalam negara kasar atau KDNK sebagai jumlah nilai keluaran oleh semua unit pengeluran bagi residen sesebuah negara dalam tempoh tertentu sebelum ditolak peruntukan untuk pengunaan modal tetap atau secara ringkasanya boleh dimaksudkan sebagai jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

(22)

8 1.1.2.3 Perbelanjaan Negara

Perbelanjaan negara boleh didefinisikan sebagai perbelanjaan oleh sektor kerajaan termasuklah kedua-dua pembelian barangan dan perkhidmatan akhir, atau keluaran dalam negeri kasar, serta bayaran pindahan. Perbelanjaan kerajaan ini sering digunakan oleh sektor kerajaan menjalankan tugas utama, seperti pertahanan negara dan pendidikan. Perbelanjaan ini dibiayai dengan satu kombinasi cukai dan meminjam.

1.2 Latar Belakang Kajian 1.2.1 Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di asia tenggara yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand dan bahagian kepulauan Borneo yang terletak di sempadan Indonesia dan Brunei. Kedua-dua bahagian ini terpisah melalui Laut China Selatan.

Seterusnya, negara yang berkeluasan 329,847 kilometer persegi ini juga mampu untuk menampung populasi penduduk sebanyak 30,073,353 orang. Malaysia juga merupakan negara yang terdiri daripada kepelbagaian etnik termasuklah melayu , cina, india, dan lain-lain. Agama Islam merupakan agama rasmi negara. Namun hal yang demikian, masih terdapat variasi agama lain seperti agama Buddha, Kristian, dan Hindu kerana Malaysia mengamalkan sistem bebas menganuti agama mengikut kepercayaan masing-masing.

(23)

9

Tambahan lagi, negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang bertindak sebagai pembahagian kuasa. Di samping itu, Malaysia juga kaya dengan hasil bumi seperti getah, kelapa sawit dan petroleum yang membolehkan negara ini menjalankan aktiviti pengeluaran minyak mentah sehingga mencapai 642,700 tong sehari pada tahun 2012 serta dapat mengeksport minyak mentah ke luar negara dianggarkan sebanyak 269,000 tong sehari . Malaysia juga mengimport minyak mentah daripada negara luar lebih kurang 160,500 tong sehari pada tahun yang sama.

1.2.2 Arab Saudi

Berlokasi di timur tengah dan bersempadan dengan Teluk Parsi dan Laut Merah, Arab Saudi merupakan negara kelahiran agama Islam yang juga merupakan salah satu tempat tersuci bagi umat yang menganuti agama Islam kerana kelebihan yang terdapat pada dua masjidnya. Terdapat lebih daripada 50 peratus iaitu lebih kurang 90 peratus suku bangsa di negara yang beriklim panas dan bergurun ini merupakan bangsa Arab dan selebihnya adalah suku kaum berbangsa Afrika Asia. Selain itu, negara yang mempunyai lebih kurang 27,345,986 orang penduduk dan memiliki keluasan sekitar 2,149,690 kilometer persegi. Sehubungan dengan itu, terdapat lebih daripada separuh populasi penduduk adalah beragama Islam.

(24)

10

Bukan itu sahaja, negara yang berada dibawah naungan Raja Abdallah bin Abd Al-Aziz Al Saud semenjak 1 Ogos 2005 ini menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pengantar yang juga merupakan bahasa rasmi negara dan menggunakan sistem monarki yang hanya diketuai oleh seorang raja sahaja. Berstatus sebagai negara pengeskport terbesar minyak mentah dunia, kerajaan Arab Saudi telah mengawal kesemua aktiviti utama ekonomi serta turut menjadi sebahagian daripada anggota Organisasi Negara- negara Pengeksport Minyak Bumi (OPEC).

Antara kegiatan industri yang dilaksanakan di negara timur tengah ini juga termasuklah pengeluaran minyak mentah, pernapisan petroleum, dan industri gas. Arab Saudi telah mengeluarkan minyak mentah sebanyak 11.73 juta tong sehari pada tahun 2012 manakala pada tahun sebelumnya iaitu tahun 2011, Arab Saudi telah mengeskport minyak mentah sekitar 6.88 juta tong sehari tanpa mengimport bekalan minyak mentah dari luar negara.

1.2.3 Amerika Syarikat

Terkenal dengan jolokan negara yang paling berkuasa di dunia dengan mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebanyak 49,800 dolar ($US), Amerika Syarikat atau USA merupakan negara pengeluar arang batu terbesar di dunia sehingga mencapai 27 peratus pengeluaran arang batu dunia.

Gambar

Rajah 1.1: Pengeluaran dan Penggunaan Minyak Dunia dari Tahun 2000 hingga 2013
Rajah 1.2 : Penggunaan dan Pengeluaran Minyak Mengikut Klasifikasi Benua Pada  Tahun 2013
Jadual 1.1 : Jumlah Import dan Eksport Minyak Mentah Mengikut Negara Pada Tahun  2013

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini diantaranya adalah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor predisposisi meliputi pendidikan, ekonomi, pengetahuan, kepercayaan, faktor pemungkin