• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Perkemas SOP Kemasukan Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Perkemas SOP Kemasukan Pelajar"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UniMAP Perkemas SOP Kemasukan Pelajar

OLEH: SUHANA ABD MUTALIB

ARAU,1 FEB – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memperkemas semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelajar ke universiti itu susulan pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam.

Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, pihaknya melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa telah menyediakan garis panduan lengkap kemasukan pelajar secara berperingkat yang akan bermula 22 Mac ini.

Menurut beliau, garis panduan tersebut bagaimanapun akan disesuaikan semula dengan enam kategori pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus bermula 1 Mac seperti yang diumumkan oleh KPT semalam.

Jelasnya, dalam situasi pandemik yang semakin merucing ini, apa sahaja keputusan yang dilaksanakan adalah bagi memastikan keselamatan pelajar sepenuhnya terutama selepas negeri Perlis turut mencatatkan status zon merah kini.

“Pemakluman khusus berhubung kemasukan pelajar ke UniMAP akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima kata putus status pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negeri ini yang dijadualkan berakhir 4 Februari ini.

“Secara keseluruhannya, kami menyambut baik keputusan ini dan sentiasa akan memberikan kerjasama erat demi memastikan kebajikan pelajar terpelihara,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan KPT semalam yang membenarkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid membabitkan enam kategori pelajar di dalam kampus manakala pelajar-pelajar lain akan meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian di lokasi masing-masing.

Enam kategori pelajar yang dibenarkan kembali ke asrama adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas; pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian dan pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus.

Turut dibenarkan mengikuti pengajian hibrid di kampus ialah, semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, pelajar Berkeperluan Khas (OKU);

dan pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET), antarabangsa serta badan profesional.

(2)

Referensi

Dokumen terkait

4.1 Pada akhir Tingkatan 5, pelajar Aliran Teknikal dan Vokasional akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015 di

1. Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan penuh kepada mahasiswa/mahasiswi UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bantuan

pelbagai program sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Para pelajar didedahkan kepada elemen-elemen keusahawanan yang penting untuk menjayakan sesuatu

Semua pelajar senior Politeknik Sultan Idris Shah yang layak meneruskan pengajian adalah DIWAJIBKAN untuk menjelaskan Yuran Pengajian dan Yuran Asrama ( sekiranya

Meluluskan pemberian diskaun yuran pelajaran sebanyak 15% kepada Alumni UPSI yang menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah Pengurangan yuran pengajian

Meluluskan pemberian diskaun yuran pelajaran sebanyak 15% kepada Alumni UPSI yang menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah Pengurangan yuran pengajian sebanyak

(1) Jika mana-mana ahli sesuatu Pihak Berkuasa, atau mana- mana siswazah Universiti, atau mana-mana orang yang telah diberikan ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik