• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniMAP Semarakkan Malaysia Prihatin di Program Kayuhan Hari Malaysia 2020 bersama Canselor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UniMAP Semarakkan Malaysia Prihatin di Program Kayuhan Hari Malaysia 2020 bersama Canselor"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UniMAP Semarakkan

Malaysia Prihatin di Program Kayuhan Hari Malaysia 2020 Bersama Canselor

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PADANG BESAR, 20 September – Bagi menyemarakkan lagi semangat Sambutan Hari Malaysia, hampir 300 peserta melakukan cabaran Kayuhan Hari Malaysia 2020 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), hari ini.

Program yang mengangkat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu Malaysia Prihatin turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bercemar duli menyertai kayuhan itu.

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad berkata dengan membawa tema tersebut, program kayuhan ini bukan sekadar mengayuh basikal semata-mata tetapi turut diselitkan program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR).

“UniMAP berbesar hati memberi sumbangan panel solar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah (SMKRPMTF), Padang Besar yang bakal dimanfaatkan bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

“Selain sumbangan panel solar, UniMAP melalui Persatuan Isteri dan Kakitangan Wanita (PISKANITA) juga menganjurkan Fun Walk, pertandingan bola jaring persahabatan bersama guru sekolah itu bagi mengeratkan lagi hubungan di antara UniMAP dan komuniti setempat serta program USR Klinik Olahraga bersama Nazmizan Muhammad,” kata beliau ketika berucap di Majlis Penutup program berkenaan di Kampus UniCITI Alam, di sini.

Turut berkenaan berangkat hadir ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP, Raja Dato' Azwane Raja Ariff,

Penasihat Undang-undang Negeri Perlis Radhi Abas dan Pengerusi PISKANITA UniMAP, Fatimah Danial.

Tambah R Badlishah, sesuai dengan tema Malaysia Prihatin, UniMAP juga sentiasa komited dan prihatin dalam membantu kebajikan pelajar menerusi skim bantuan zakat sedia ada seperti penempatan kolej kediaman percuma, zakat, tabung amanah khas, foodbank dan sebagainya.

“Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan juga berpeluang melakukan kerja sambilan dan dibayar gaji serta berpeluang menjadi usahawan menerusi platform hire.me UniMAP.

“Malahan, bagi tahun 2020 sahaja, UniMAP telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 wang zakat untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dengan sasaran lebih 1200 pelajar,” katanya.

(2)

Selain program kayuhan itu, Majlis Penghuni Kolej Kediaman UniCITI juga berpeluang menyerlahkan bakat melukis mural sebagai simbolik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 di SMKRPMTF.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah agar perkara asas keselamatan

dititikberatkan dalam aktiviti menunggang basikal yang kini meningkat bilangan peminatnya sejak akhir-akhir ini.

”Adalah menjadi satu keperluan kepada kerajaan atau badan-badan yang

bertanggungjawab untuk menjalankan kempen keselamatan menunggang basikal di media massa bagi memberi kesedaran kepada penunggang basikal.

”Selain itu, pembinaan litar atau laluan basikal kepada penunggang basikal juga

membolehkan mereka meneruskan aktiviti ini dengan selamat selain polisi atau peraturan dikuatkuasakan kepada penunggang basikal perseorangan atau berkumpulan,” titah Baginda.

Referensi

Dokumen terkait

Unit Perhubungan Media Page 1 MEDIA STATEMENT 6 June 2016 Give Full Commitment to New UniMAP Vice Chancellor – Raja Muda Perlis ARAU, 6 June Bernama – Raja Muda Perlis Tuanku Syed

KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2016 UniMAP RAIH KEJAYAAN KAWAD HARI KEBANGSAAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT Kangar, 31 Ogos – Kontinjen Universiti Malaysia Perlis UniMAP menjuarai kawad

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA 20 November 2016 RAJA MUDA PERLIS BERKENAN BERSAMA RAKYAT DALAM KENDURI DI KAMPUNG PADANG BESAR--, Kenduri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin

1 | P a g e KENYATAAN MEDIA HIS ROYAL HIGHNESS OF PERLIS MEET UP WITH THE VILLAGERS PADANG BESAR- His Royal Highness Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail had a feast with the

Pada 1 September lalu kita telah menerima seramai 2,584 pelajar baharu bagi sesi akademik 2014/2015 yang berlangsung di Kampus Induk Pauh Putra dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed

PeJabat OYMM Tuanku Raja Perils Nalb Canselor UnlMAP sebagal Penaung YBhg Oatin Noridah Yangman Penaslhat A-HEART Yayasan Tuanku Syed Falzuddln Putra Jabatan Kebajlkan Masyarakat

"Ia selaras dengan matlamat YTF bertujuan untuk melahirkan generasi kepimpinan wanita muda yang cemerlang dengan visi global," katanya yang turut mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed

Pada malam ini kita sama-sama bertuah kerana kita dapat melaksanakan majlis makan malam ini yang diserikan lagi dengan keberangkatan DYTM Tuanku berdua bercemar duli untuk meraikan