• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)KHAS GARIS PANDUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)KHAS GARIS PANDUAN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN

GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP)KHAS

UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

(2)

2

BAHAGIAN I

DANA RANGSANGAN

Mesyuarat Pengurusan Unversiti pada 5 Julai 2011 telah meluluskan peruntukan Dana

Rangsangan bagi membolehkan penyelidikan diteruskan dengan membiayai sebahagian daripada projek penyelidikan (LRGS, FRGS dan ERGS) yang tidak diperakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

1.0 OBJEKTIF

• Untuk meneruskan aktiviti penyelidikan bagi penjanaan ilmu yang berterusan dan bagi mengelakkan situasi ketandusan ilmu akibat penyusutan dana KPT.

• Ulntuk membolehkan penyelidik membaiki kelemahan proposal penyelidikan berdasarkan komen daripada penilai sebelum memajukan semua bagi fasa 2 FRGS dan LRGS.

• Untuk membolehkan penyelidik mengetuai projek penyelidikan bagi memenuhi keperluan KPI universiti penyelidikan.

• Untuk meningkatkan semula motivasi pensyarah bagi menjalankan penyelidikan.

1.2 TUJUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN KHAS (GUP KHAS)

1.2.1 Memantapkan bidang terserlah di UKM

Penyelidikan mestilah ditumpukan kepada Nic Penyelidikan yang telah dikenalpasti supaya bidang tersebut terus dapat dikembangkan sebagai teras utama penyelidikan yang mencirikan UKM sebagai sebuah universiti berintensifkan penyelidikan.

1.2.2 Memantapkan penyelidikan berkumpulan di bawah kelompok-kelompok

GUP bertujuan untuk memperkasakan kumpulan-kumpulan penyelidikan yang wujud di UKM. Kumpulan-kumpulan ini dikelompokkan kepada 35 kelompok penyelidikan di UKM, setiap

(3)

3 satunya mempunyai persamaan fokus dan tema.

Penyelidikan yang dilakukan mestilah sentiasa mengambilkira gabungan kerjasama ahli-ahli dari disiplin-disiplin lain yang memenuhi Key Performance Indicator (KPI) Universiti Penyelidikan.

1.2.3 Memantapkan rangkaian penyelidikan

Penyelidikan yang luas hendaklah diwujudkan supaya perkongsian maklumat, sumber dan peralatan penyelidikan dapat ditingkatkan dan dioptimumkan bukan sahaja secara dalaman, tetapi juga dengan universiti-universiti lain dari dalam dan luar Negara.

1.2.4 Penjanaan sumber tenaga kritikal

Penyelidikan mestilah menghasilkan golongan pakar dan kakitangan yang mempunyai kemahiran khusus bagi memastikan penyelidikan dalam bidang berkenaan dapat diteruskan dari segi kesinambungannya.

1.3 NIC PENYELIDIKAN UKM

1.3.1 Mulai tahun 2008, UKM telah membuat semakan semula terhadap Nic Penyelidikan dan Nic Penyelidikan yang telah dipersetujui adalah:

i. Cabaran Membina Negara Bangsa ii. Pembangunan Lestari Wilayah iii. Tenaga Keterbaharuan

iv. Teknologi Kesihatan dan Perubatan v. Perubahan Iklim

vi. Nanoteknologi dan Bahan Termaju

vii. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi viii ICT:Informatik Isian

(4)

4 1.4 KELAYAKAN DAN KRITERIA PEMILIHAN

• kertas permohonan penyelidikan FRGS yang tidak diperakukan oleh Jawatankuasa Penilai KPT ( iaitu 346 daripada 427) dinilai semula di peringkat Jawatankuasa Penyelidikan fakulti/institut/pusat dengan memberi keutamaan kepada penyelidik yang tidak menerima geran lain atau tidak mengetuai sebarang projek penyelidikan

• kertas permohonan penyelidikan ERGS yang tidak diperakukan oleh Jawatankuasa Penilai KPT (iaitu 446 termasuk 3 KIV daripada 510) dinilai semula di peringkat Jawatankuasa Penyelidikan fakulti/institut/pusat sebagai projek Geran Universiti Penyelidikan Khas

1.5 PERUNTUKAN (RM 8.9 JUTA) a) Gugusan Sains dan Teknologi

1) RM30 Ribu bagi setiap satu projek membiayai projek (92 daripada 183 projek FRGS)

2) RM30 Ribu bagi setiap satu projek membiayai projek (155 daripada 312 projek ERGS)

b) Gugusan Sains Sosial

1) RM10 ribu bagi setiap satu projek (82 daripada 163 projek FRGS) 2) RM10 Ribu bagi setiap satu projek (67 daripada 134 projek

c) Pelantikan Seorang Pembantu Penyelidik bagi setiap geran yang diluluskan.

(5)

5 d) Membiayai 50% daripada permohonan yang tidak diperakukan oleh KPT bagi projek

FRGS dan ERGS termasuk seorang Pembantu Penyelidik. Maklumat terperinci seperti jadual di bawah.

Gugusan Bil. Projek

/Peruntukan Jumlah (RM)

FRGS

Sains & Teknologi 92 x 30 Ribu RM2,760,000

Sains Sosial 82 x 10 Ribu RM820,000

ERGS

Sains & Teknologi 155 x 30 Ribu RM4,650,000

Sains Sosial 67 x 10 Ribu RM670,000

396 RA 396 X RM1,600

X 12 bulan

RM7,603,200

(Dibiayai dari Dana Modal Insan Berpusat)

Jumlah Keseluruhan RM8,900,000

1.6 SKOP BELANJAWAN

Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan bagi tujuan Penyelidikan,Pengumpulan data dan Kerja lapangan.Perjalanan untuk tujuan menghadiri persidangan tidak dibenarkan ), Vote 22000 (Pengangkutan Barang), Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain) dan Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis)

(6)

6

BAHAGIAN II PEMANTAUAN

PRESTASI PROJEK

2.1 LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

2.1.1 Laporan kemajuan projek dan laporan kewangan perlu disediakan pada setiap enam bulan sekali menggunakan Borang Laporan Kemajuan

2.1.2 CRIM akan mengeluarkan surat pemakluman kepada ketua kumpulan mengenai penghantaran Laporan Kemajuan Penyelidikan, sebulan sebelum tarikh laporan kemajuan tersebut perlu dihantar.

2.1.3 Laporan kemajuan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan keputusan/rumusan penilaian akan dimaklumkan kepada ketua kumpulan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.

2.2 LAPORAN AKHIR

i. Laporan tamat penyelidikan perlu disediakan dalam tempoh 3 bulan selepas projek tamat, menggunakan Borang Laporan Tamat Penyelidikan

ii. CRIM akan mengeluarkan surat pemakluman kepada ketua kumpulan mengenai penghantaran Laporan Tamat Penyelidikan dalam tempoh sebulan

sebelum projek tamat.

(7)

7 iii. Laporan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Penilaian dan

keputusan/rumusan penilaian akan dimaklumkan kepada ketua kumpulan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilaian.

Referensi

Dokumen terkait

Bengkel Penetapan Tadbir Urus I-CoE Universiti Malaysia Pahang 4 April 2014 (Jumaat) Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Universiti Malaysia Pahang. Kali Ke-86

Bagi menangani masalah ini Fakulti boleh mencadangkan Penyelia Bersama/Ahli Jawatankuasa Penyeliaan untuk dilantik sebagai Penyelia Utama/ Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan

6.3 Sumber pembiayaan bagi imbuhan penerbitan ini adalah dari dana penyelidikan (sumber dalaman/UTHM) di bawah RMC atau lain- lain sumber yang diluluskan oleh