• Tidak ada hasil yang ditemukan

View of Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "View of Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1552

Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli

(Communal Land Titles as the Alternative to Owning Land among Indigenous Communities)

Nurul Amira Abdul Wahab1 , Azima Abdul Manaf2*

1Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: [email protected]

2Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: [email protected]

CORRESPONDING AUTHOR (*):

Azima Abdul Manaf ([email protected]) KATA KUNCI:

Hak milik Tanah Komunal Orang Asli KEYWORDS:

Communal Land Indigenous Peoples Ownership

CITATION:

Nurul Amira Abdul Wahab & Azima Abdul Manaf. (2022). Tanah Komunal Alternatif Memiliki Tanah dalam Komuniti Orang Asli.

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001552.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1552

ABSTRAK

Tanah sebagai satu sumber terpenting memberi kesejahteraan komuniti orang Asli dalam kehidupan seharian. Sejauhmana tanah masyarakat orang Asli boleh dilindungi? Kajian ini mengenal pasti domain tanah komunal yang diperlukan dalam mengintegrasikan pemberimilikan tanah secara komunal. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data kualitatif melalui pendekatan in-depth interview bersama tiga (3) orang informan yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran tanah serta isu tanah orang Asli. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan konsensus dan kesepakatan pakar dalam mengintegrasikan pemilikan tanah melalui kaedah geran komunal. Dapatan sorotan literatur mendapati terdapat lima (5) domain tanah komunal iaitu identiti, sosial, governan, kesejahteraan komuniti, dan hak asasi orang Asli. In-depth interview dengan informan mendapati tanah komunal sangat perlu bagi menjamin social conventions, dan daya tahan sosial (social resilience) masyarakat orang Asli terhadap tanah. Di samping melindungi fleksibiliti komuniti terhadap perubahan sosial yang berlaku ke atas tanah. Implikasi daripada kajian ini boleh membantu pihak agensi untuk membangunkan model hak milik tanah bergeran komunal yang komprehensif bagi masyarakat orang Asli agar hak orang Asli terhadap tanah boleh dilindungi.

ABSTRACT

Land, as one of the most important resources, provides the Orang Asli community's everyday well-being. To what extent may land belonging to the Orang Asli be protected? This research highlights the communal land domains that are required for communal land ownership integration. This research uses qualitative data collection methods such as in- depth interviews with three (3) experts in the fields of land

(2)

administration and indigenous land concerns. This method is utilized to establish expert consensus and agreement in integrating land ownership through the communal grant technique. The literature reviews revealed that there are five (5) domains that must be included in communal land ownership: identity, social, governance, community well- being, and indigenous rights. In-depth interviews with informants revealed that communal land is important for maintaining social conventions, and Indigenous people's social resilience to the land. In addition to defending society’s flexibility against social changes that occur on the land. The findings of this research would contribute the agency in developing a comprehensive model of community land ownership for Indigenous communities so that Indigenous people’s land rights are protected.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada diharapkan penemuan kajian ini boleh membantu pihak agensi untuk membangunkan model hak milik tanah bergeran komunal yang komprehensif bagi masyarakat orang Asli. Dapatan kajian boleh dibentangkan di Parlimen bagi tujuan penggubalan terhadap Akta dan pewartaan pemilikan tanah rizab orang Asli yang sedia ada.

1. Pengenalan

Isu pengiktirafan tanah ataupun “land titling” telah menjadi suatu fokus utama secara meluas dibincangkan bukan sahaja di peringkat lokal tetapi global terutamanya di negara- negara yang membangun (Muchechetere & Kurwakumire, 2020). Tumpuan ini wujud kerana kebanyakan wilayah tanah orang Asal dibiarkan tanpa satu dokumen pemilikan atau diiktiraf secara legal. Tidak menghairankan pentingnya dokumentasi dalam isu-isu pemilikan tanah pada dasarnya. Oleh yang demikian, jelas pemilik-pemilik tanah menginginkan geran mahupun sijl pemilikan dianggap sebagai satu rujukan dan bukti yang kukuh kepada mereka (Aksu & Iban, 2019).

Pengakuan tanah adat Orang Asli melalui jaminan pemilikan sememangnya diperuntukkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai menghormati hak dan kepentingan golongan peribumi ini (BERNAMA, 2020). Walau bagaimanapun, ada juga segelintir pihak kerajaan negeri masih tidak menyokong usaha pengiktirafan tersebut kerana kepentingan peribadi ke atas tanah adat untuk meraih keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pembalakan. Impak pencerobohan untuk tujuan pembangunan sangat jelas terlihat akan menjejaskan sebahagian tanah dan kawasan rayau mereka sekali gus kehilangan mata pencarian untuk kelangsungan hidup (Harakah Daily, 2020). Justeru, tidak menghairankan bahawa suku mereka sangat menghargai dan memelihara biodiversiti di lingkungan tanah adat. Bagi mereka, kehilangan tanah leluhur mereka akan menghilangkan identiti mereka. Dengan adanya usaha pewartaan pasti dapat melindungi nilai dan kepentingan tanah daripada terus dikuasai dan dicerobohi oleh pemaju-pemaju yang tidak beretika (Sinar Harian, 2021). Oleh itu, pemilikan tanah adat Orang Asli ini perlu ditekankan dari segi governan dan undang-undang. Antaranya termasuklah mengatasi segala isu-isu hak memiliki tanah dengan peruntukan-peruntukan yang lebih kukuh dan jelas (Utusan Borneo, 2018).

Artikel ini memperlihatkan pemilikan tanah melalui geran tanah komunal adalah rasional bagi melindungi hak tanah orang Asli. Geran tanah merupakan salah satu resolusi segera

(3)

dan usaha terbaik yang bertujuan untuk membantu masyarakat orang Asli terangkum sebagai penduduk luar bandar memiliki dan mengendalikan tanah adat mereka (Berita Harian, 2018). Resolusi ini diharapkan supaya tanah adat, atau tanah komuniti yang diperuntukkan oleh kerajaan terus dapat diwarisi dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh komuniti. Bagi melindungi kepentingan tanah masyarakat orang Asli, pengeluaran geran tanah komunal atau disebut sebagai “pemilikan secara berkelompok”

misalnya yang diperkenalkan di negeri Sabah pada tahun 2010 dilihat masih relevan (Berita Harian, 2018). Hal ini kerana geran sebegini dapat mempertahankan masyarakat orang Asli dari sebarang kegiatan pengusiran dan seterusnya menjamin akses penggunaan ke atas tanah (Gebreamanuel & Mekebo, 2018). Situasi ini sering kali terjadi apabila wujudnya isu seperti perbezaan pandangan dan pemahaman mengenai pemilikan tanah rizab orang Asli telah mengakibatkan mereka merasa bimbang seterusnya mendorong tercetusnya sesuatu konflik atau pertikaian.

2. Sorotan Literatur

Aspek sekuriti atau keselamatan dalam hak memiliki tanah adat Orang Asli kian menjadi satu keperluan mustahak untuk memperoleh pegangan ke atas tanah mereka (Melepia &

Ariffin, 2018). Keperluan ini memberi penekanan yang kuat kepada governan terutamanya dalam proses membuat keputusan untuk mengekalkan dan mempertahankan pemilikan melalui peruntukan-peruntukan yang lebih jelas. Adanya peruntukan undang-undang seterusnya memberi jaminan pengiktirafan secara formal untuk memiliki tanah adat beserta kepentingannya. secara Melalui governan tersebut, masyarakat Orang Asli dapat bergerak secara bebas untuk menjalani kegiatan ekonomi, sosial dan budaya peribumi.

Hak memiliki semula tanah dalam kalangan masyarakat orang Asal atau Asli lazimnya dapat diteliti menerusi undang-undang (Blatman-Thomas, 2019). Hak milik ini dikaitkan dengan hubungan antara orang Asal dan tanah dari segi sejarah adatnya. Selain itu, Bhandar (2018) berpendapat bahawa pemilikan yang jelas memberi kelebihan kepada pemilik tanah terutamanya dalam keselamatan dan kuasa sosial terhadap aset tanah yang diduduki. Begitu juga menjanjikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan yang baik kepada masyarakat orang Asal.

Bertepatan dengan keperluan pengakuan atau pengiktirafan secara legal terutamanya ke atas hak kolektif Orang Asli adalah bertujuan untuk melindungi tanah adat seperti tanah komunal (Nuar & Lunkapis, 2019; Lunkapis, 2013). Tanah komunal yang diduduki ini misalnya seperti kawasan pertanian, tadahan air serta wilayah hutan. Sehubungan itu, isu- isu mengenai hak-hak memiliki tanah sangat tertumpu kepada aspek survival dan mata pencarian masyarakat Orang Asli (Nuar & Lunkapis, 2019; Lunkapis, 2013). Tidak menghairankan bahawa hak memiliki tanah penting bagi masyarakat Orang Asli supaya mereka kekal bertahan dalam apa jua keadaan hidup.

Oleh yang demikian, tanah komunal dilihat dari perspektif governan atau peruntukan- peruntukan yang memberi peluang kepada individu atau kelompok masyarakat untuk menjadi pemilik yang sah ke atas tanah (Mudombi-Rusinamhodzi & Thiel, 2020). Hak milik di tanah komunal ini dijelaskan mempunyai pengaruh atau manfaat yang penting untuk pengurusan tanah dan sumber daya di lingkungannya. Oleh yang demikian, pengkaji membincangkan bahawa perlunya penglibatan komuniti terutamanya dalam proses pembuatan keputusan mengenai tanah komuniti atau komunal mereka.

(4)

Tanah komunal juga dirujuk sebagai suatu kelas harta yang legal berorientasikan kumpulan masyarakat dan mendapat perlindungan dari peruntukan-peruntukan yang sedia ada (Wily, 2018). Tanah komunal ini jelas penekanan kepada hak kolektif berdasarkan struktur sosial masyarakat yang semakin diterima dalam konteks hubungan dengan tanah dan norma-norma. Masyarakat orang Asli sememangnya berhak mengambil bahagian dalam proses pembuatan keputusan untuk melindungi kepentingan- kepentingan tanah adat mereka (Wily, 2018).

Orang Asli dikaitkan dengan persepsi iaitu sebagai “penjaga alam semulajadi”. Tanah seperti tanah komunal telah menjadi satu tempat bergantung dan memastikan kemapanan wilayah dijaga dengan teratur (Tubbeh & Zimmerer, 2019). Oleh hal demikian, masyarakat orang Asli berdepan dengan cabaran untuk kekal melindungi dan memiliki tanah untuk memperoleh hak-hak dan kepentingan dari lingkungannya. Dengan melindungi tanah suku peribumi ini dapat menjaga budaya dan keselamatan dalam mata pencarian serta mendapatkan hak yang diiktiraf. Keperluan tanah komunal beserta lingkungannya didapati sangat berkait dengan usaha pemuliharaan, mengekstrak sumber dan pengiktirafan budaya dalam kalangan masyarakat orang Asli.

Tanah komunal yang diiktiraf memberi jaminan hak pemilikan yang kuat kepada masyarakat (Wittayapak & Baird, 2018). Bagi pemilik tanah, memiliki hak yang utuh dapat mencapai aset tanah yang tangible penting untuk material dan ekonomi komuniti orang Asli.

3. Metod Kajian

Artikel ini adalah berdasarkan tinjauan kepustakaan atau literatur yang meneliti persoalan sejauh mana tanah masyarakat orang Asli boleh dilindungi bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka? Bagi menjawab persoalan, objektif artikel ini adalah bertujuan untuk memberi penelitian mendalam mengenai keperluan domain tanah komunal untuk diintegrasikan dalam pemberimilikan tanah secara komunal. Selain itu, temu bual secara mendalam dengan beberapa pakar tentang hak orang Asli yang terlibat telah dijalankan untuk mendapatkan informasi dengan lebih terperinci mengenai isu pemberimilikan tanah komunal dalam kalangan masyarakat orang Asli. Dapatan temu bual melibatkan tiga (3) orang informan orang Asli telah diperoleh. Tujuan temu bual dibuat adalah untuk memperoleh maklumat yang lebih mendalam berkaitan motif keperluan tanah komunal diintegrasikan dalam pemilikan tanah mereka. Perbincangan berdasarkan tema-tema tertentu telah dikenal pasti bagi menyokong cadangan pemberimilikan tanah secara komunal.

4. Hasil Kajian

4.1. Definisi Konsep/Konstruk 4.1.1. Tanah Komunal

Tanah komunal sangat dikait dengan peruntukan-peruntukan undang-undang yang memberi keistimewaan kepada masyarakat orang Asli untuk menjadi pemilik sah tanah adat (Mudombi-Rusinamhodzi & Thiel, 2020). Peruntukan ini menjelaskan masyarakat orang Asli memiliki peluang dan ruang untuk menentukan hal ehwal seperti membuat keputusan berkaitan tanah mereka.

(5)

Tanah komunal merujuk kawasan dan wilayah tanah diakui hak milik peribumi secara warisan (Hanida et al., 2020). Di negara luar seperti Indonesia misalnya, tanah komunal dapat diklasifikasikan kepada tiga (3) jenis iaitu “nagari, clan & sub-clan”. Pengaturan tanah komunal ini adalah berorientasikan adat atau tradisional serta berfungsi menyediakan sumber modal dan ekonomi kepada masyarakat peribumi. Oleh hal demikian, keperluan governan seperti dasar-dasar sangat penting untuk mengekalkan keberadaan dan kewujudan tanah tersebut.

4.1.2. Geran Tanah Komunal

Geran komunal adalah pemberian dokumen atau geran yang memberi pengiktirafan atau pengakuan wilayah tanah sebagai tanah peribumi (Anthias, 2021). Geran ini dianggap sebagai satu tanda bahawa masyarakat adat memperoleh pengiktirafan sah oleh Kerajaan.

Seterusnya, geran ini dirujuk mempunyai dasar-dasar yang telus yang mengekalkan hak tanah peribumi terus diakui, disahkan, dan dipertahankan daripada pencerobohan oleh sektor asing (Anthias, 2021). Keadaan ini memberi peluang kepada masyarakat orang Asli memperoleh akses kepada tanah dan sumber daya di lingkungan suku mereka.

Hak milik tanah secara geran komunal adalah tanah milik secara atau disebut sebagai tanah komuniti yang bersifat kolektif (Washburn, 2020). Hak milik ini lazimnya melibatkan pegawai-pegawai terpilih yang mewakili masyarakat orang Asli berperanan untuk mengawal penggunaan tanah. Geran tanah komunal ini merangkumi perjuangan masyarakat orang Asli untuk mendapatkan hak milik tanah yang diiktiraf supaya mereka dapat mengguna tanah dengan baik.

Selain itu, geran tanah secara komunal ini juga adalah bertujuan supaya pemilik tanah dapat mengekalkan hak miliknya terutamanya dari aspek sosial, ekonomi, dan politik (Howitt, 2020). Usaha mengekalkan tanah ni sememangnya dianggap mempunyai naratif kepada sesuatu pembangunan yang dijalankan. Situasi ini menjelaskan keperluan memiliki tanah sangat penting dalam konteks aspek governan (seperti perlembagaan dan perundangan), budaya, keadilan sosial serta politik.

4.1.3. Integrasi

Integrasi pula merupakan perubahan secara berterusan yang mana anggota masyarakat sangat mempertahankan nilai-nilai yang ada pada mereka (Retno et al., 2019). Perubahan ini menekankan penyatuan aspek-aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial, budaya atau politik. Oleh itu, integrasi dapat mencapai segala keperluan-keperluan hidup dan perbezaan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini disokong oleh Mustanir dan Razak (2017) menyatakan bahawa penyatuan menerusi proses integrasi ini dianggap sangat penting kerana dapat memenuhi segala aspek kehidupan dan mengatasi perbezaan yang ada di lingkungan mereka.

Justeru, integrasi merujuk satu usaha atau proses sosial dalam kalangan masyarakat dalam melindungi dan mempertahankan hak milik dan kepentingan-kepentingan mereka (Fatia & Thaher, 2018). Usaha ini kemudiannya membentuk satu penyesuaian, kerjasama, koordinasi serta asimilasi berdasarkan aspek-aspek sosial, ekonomi dan budaya, seterusnya membentuk pola kehidupan yang utuh

(6)

4.1.4. Hak Milik Tanah

Secara umumnya, konsep hak milik tanah juga sering kali dibincangkan oleh pengkaji- pengkaji di beberapa buah negara, seperti dalam Jadual 1 di bawah. Konsep ini seterusnya melihat keperluan domain tanah komunal yang bersesuaian untuk diintegrasikan dalam pemberimilikan tanah secara komunal.

Jadual 1: Hak Milik Tanah

Negara Perincian Rujukan

Eropah Hak penggunaan atau kawalan yang mana pemilik tanah memegang semua hak ke atas tanah dan bebas sepenuhnya membuat keputusan tentang penggunaannya.

Stankovics et al., (2020)

Kanada

Hak milik dikait dengan persejarahan yang mana perluasan kuasa penjajah membawa kepada satu perjanjian tuntutan tanah yang komprehensif dari segi akses dan penggunaannya.

Chaplier (2018)

Afrika

Sistem penguasaan tanah adat atau secara tradisional yang hak milik dipunyai oleh kelompok masyarakat atau ahli keluarga memberi perlindungan berdasarkan undang- undang.

Bae (2021)

Suatu proses di mana individu atau kelompok manusia memegang tanah atau sumber berasaskan tanah seperti pokok, mineral dan sebagainya.

Vanderpuye et al.

(2020) Satu pegangan tanah atau bagaimana tanah dipegang dan

ditentukan oleh individu mahupun kumpulan masyarakat yang penekanan diberi kepada adat

Antonio & Griffith- Charles, (2019) Indonesia Hak yang status dimiliki secara kolektif oleh kelompok

masyarakat atau suku, serta penggunaannya berdasarkan

kesepakatan informal antara pemilik tanah Surtiari et al. (2020) Malaysia Hak yang status dimiliki secara kolektif oleh kelompok

masyarakat atau suku, serta penggunaannya berdasarkan kesepakatan informal antara pemilik tanah

Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)

5. Dapatan Kajian

Dalam subtopik ini, artikel ini mengadaptasi satu alternatif kerangka untuk membincangkan domain-domain tanah komunal yang bersesuaian untuk diintegrasikan dalam pemberimilikan tanah secara komunal. Artikel ini memberi fokus mendalam antara lima domain tanah komunal didapati melalui pengkaji-pengkaji lepas seperti Antonio dan Griffith-Charles (2019), Oniki et al. (2020), FAO (2002), Mango et al. (2017), USAID (2013), Gebreamanuel dan Mekebo (2018), Hilaire et al. (2019), Langford et al. (2021), Ekers et al.

(2020), Oniki et al. (2020), Claessens et al. (2021) dan Nicholas (2021). Antaranya adalah identiti orang Asli, sosial, governan, kesejahteraan komuniti dan hak asasi orang Asli yang diperlukan untuk menambahbaikkan pemilikan tanah yang lebih jelas. Justifikasinya dibincangkan seperti di dalam Rajah 1 di bawah:

(7)

Rajah 1. Domain Tanah Komunal Diintegrasikan ke dalam Pemilikan Tanah orang Asli

Sumber: Diadaptasi daripada kajian Antonio dan Griffith-Charles (2019), Oniki et al.

(2020), FAO (2002), Mango et al. (2017), USAID (2013), Gebreamanuel dan Mekebo (2018), Hilaire et al. (2019), Langford et al. (2021), Ekers et al. (2020), Claessens et al.

(2021) dan Nicholas (2021) 5.1. D1: Identiti orang Asli

5.1.1. Tanah sebagai aset “tangible”

Tanah ibarat “rumah” atau tempat tinggal kepada orang Asli. Bagi suku peribumi ini, tanah dianggap sebagai aset yang ketara atau disebut “tangible” (Antonio & Griffith-Charles, 2019). Situasi ini memperkuatkan identiti orang Asli bahawa mereka mempunyai hubungan tersangat rapat dengan tanah terutamanya menerusi aspek rohani, budaya mahupun spiritual. Tanah dapat menyokong dan menampung mata pencarian mereka serta menyimpan pelbagai budaya dan sejarah (cerita atau pengalaman hidup). Jelas menunjukkan bahawa tanah seperti tanah komunal adalah aset yang sangat bernilai yang memberi jaminan pegangan ke atas hak milik yang kuat.

5.1.2. Melindungi dan mempertahankan tanah

Melalui tanah komunal, masyarakat orang Asli dapat mengagihkan dan membahagikan tanah kepada ahli-ahli komuniti yang lain kerana hak kolektif dipunyai oleh mereka (Goodwin, 2020). Dengan itu membuatkan mereka sangat bergantung hidup ke atas tanah adat. Tradisi, budaya dan cara hidup demikian membolehkan masyarakat orang Asli untuk bertahan hidup (sustain) dalam semua aspek (Bowie, 2021). Keinginan peribumi ini untuk memiliki tanah dan kekal bertahan dan berkembang maju seperti etnik yang lain.

Domain Tanah Komunal

Identiti orang Asli Tanah sebagai aset

tangible Melindungi &

mempertahakan hak tanah

Governan & Undang- undang tanah Dasar pentadbiran tanah

Undang-undang tanah

Kesejahteraan Komuniti Ketersediaan &

aksesibiliti kepada tanah Pemuliharaan biodiversiti (ekologi) Sosial

Identiti komuniti Social conventions

Hak Asasi orang Asli Tanah leluhur

Pemerkasaan Budaya Keadilan sosial

(8)

Oleh itu, makna tanah komunal bagi pengkaji Turisno et al. (2021) dijelaskan adalah tidak boleh dipindahkan (non-transferable). Situasi ini membincangkan bahawa pemilik tanah masih perlu mendapatkan kebenaran daripada ketua suku orang Asli ataupun Batin untuk memindahkan apa-apa tanah walaupun tanah tersebut diperuntukkan di atas nama individu oleh ahli masyarakat. Namun begitu kajian kes di Indonesia, tanah komunal dibincangkan boleh memberi pemilik tanah satu bukti identiti hak milik tanah yang sah berdasarkan undang-undang negara. Peruntukan undang-undang dianggap sebagai mekanisme untuk mendaftarkan tanah adat orang Asli melalui sistem dan institusi yang bersesuaian dengan undang-undang tanah yang sedia ada.

5.2. D2: Sosial

5.2.1. Identiti komuniti

Hubungan antara masyarakat peribumi dan tanah dianggap penting kerana menyediakan akses kepada sistem kepercayaan, identiti, pengetahuan serta amalan penghidupan (Ford et al., 2020). Hubungan ini menjelaskan orang Asli berkongsi ‘intra-generasi budaya’

membawa keperluan mengiktiraf mereka sebagai penduduk yang sah, sepertimana berdasarkan UNDRIP. Tambahan pula, hubungan yang kuat ni berkait dengan interaksi interpersonal, pengalaman hidup, spiritual serta sejarah yang memberi impak kepada kehidupan orang Asli. Solidariti dan kepercayaan menghasilkan tindakan kolektif terhadap memiliki tanah adat.

Orang Asli dan tanah memang tidak dapat dipisahkan. Hubungan ini sangat bergantungan antara satu sama lain khususnya dalam aspek identiti sosial dan “belonging” tertumpu kepada ekonomi, budaya dan spiritual (Karigawa, 2018). Hak untuk mengawal dan mengguna tanah lazimnya diberikan kepada individu atau ahli keluarga dalam komuniti (Karigawa 2018). Melalui adat, pemberimilikan tanah secara komunal dapat mempertahankan suku-suku orang Asli dalam arus pemodenan ekonomi. Sehubungan itu, pemilikan tanah komunal menekankan aspek memiliki, mengurus, mengawal dan mengguna serta mengatasi segala kekangan ataupun obligasi yang timbul dalam kelompok masyarakat (Karigawa, 2018).

5.2.2. Social conventions

Keperluan pemberimilikan tanah secara komunal membincangkan hak milik secara bersama di atas tanah orang peribumi orang Asli. Masyarakat orang Asli boleh mengatur dan menentukan hubungan antara peraturan-peraturan manusia dan tanah supaya melindungi hak-hak terhadap tanah daripada dicerobohi oleh pihak asing (Raharjo, 2020).

Dengan adanya tanah secara bersama ini, masyarakat dapat mengguna dan mengoptimumkan tanah adat mereka bukan sahaja untuk tujuan produktiviti ekonomi malah pemuliharaan sumber semula jadi.

Oleh yang demikian, tanah komunal yang dimiliki seterusnya dapat diiktiraf melalui undang-undang yang sedia ada memperkukuh ikatan orang Asli dengan tanah yang diamalkan secara turun-temurun (Champagne, 2017). Situasi ini menjelaskan keperluan masyarakat Orang asli mengurus tanah adat secara kolektif dan mengekalkan mata pencarian untuk kelangsungan generasi mereka akan datang.

(9)

5.3. D3: Governan dan undang-undang 5.3.1. Dasar Pentadbiran Tanah

Masyarakat Orang Asli sangat memerlukan peruntukan dasar pentadbiran yang jelas dalam mengurus tanah komunal dan dapat persetujuan daripada pihak kerajaan (Oniki et al., 2020). Peruntukan-peruntukan tersebut memberi jaminan hak milik memastikan masyarakat orang Asli berupaya mengekalkan, ini mempertahankan ataupun memelihara aset tanah mereka dengan sebaik mungkin. Keadaan menggambarkan bahawa undang- undang sangat penting dalam menentukan dan bertindak ke atas hak masyarakat untuk memiliki tanah. Seterusnya membuat aspek governan dalam isu-isu memiliki tanah sememangnya diperlukan oleh masyarakat orang Asli. Aspek ini merangkumi bagaimana tanah komunal beserta sumber-sumber semula jadi di lingkungannya dapat diguna, diurus dan dimanfaatkan dengan baik (Suhardiman & Scurrah, 2021).

Aspek budaya, tradisi, sistem kepercayaan dan rohani orang Asli sememangnya perlu dilindungi terutamanya dari segi undang-undang. Masyarakat orang Asli sangat menginginkan hak tanah mereka diiktiraf supaya dapat mengelakkan tanah dan sumber- sumber semula jadi di kawasan mereka dieksploitasi oleh pemaju (Karalekas, 2020).

Seterusnya penting untuk mengurangkan risiko dan impak negatif yang lain. Oleh itu, usaha pihak kerajaan untuk mengiktiraf hak-hak orang Asli atau Asal ini seperti hak memiliki dan mengguna tanah komunal supaya dapat mengembalikan tanah kepada pemilik-pemiliknya (Karalekas, 2020; Daes, 2001).

5.3.2. Undang-Undang

Governan dalam konteks tanah komunal memainkan fungsi penting terutamanya dalam negosiasi untuk memiliki dan mendapatkan tanah (Claessens et al., 2021). Aspek governan ini memberi penekanan kepada polisi dan peruntukan-peruntukan undang-undang yang memberi pengiktirafan dan pengakuan kepada tanah kolektif masyarakat (Claessens et al., 2021). Ini menjelaskan keperluan tanah komunal dapat dilihat dari segi produktiviti ekonomi, resolusi konflik dan kemapanan ekologikal.

Sehubungan itu, undang-undang sememangnya penting memberi jaminan hak untuk memulihara tanah adat dan juga mempertahankan orang Asli dari semua aspek kehidupan (Correia, 2018). Bagi Orang Asli, dengan adanya undang-undang mereka boleh memperjuangkan hak-hak keadilan sosial dan politik komuniti mereka. Perlunya hak-hak orang Asli seperti hak terhadap tanah mereka diiktiraf supaya mereka merasa dilindungi dari segi perundangan negara. Hak secara komunal sangat menitikberatkan aspek obligasi dan kuasa terhadap undang-undang untuk mengawal pemilikan tanah orang Asal.

Sehubungan itu, tanah komunal dapat memastikan penggunaan, pemilikan, pendaftaran serta paling penting penyelesaian terhadap konflik hak orang Asli dapat dilindungi secara menyeluruh (Bowie, 2021). Bagi mengatasi isu-isu berkaitan pengiktirafan terhadap hak tanah orang Asli, pentingnya memberi fokus kepada pelaksanaan dasar-dasar tanah berorientasikan aspek pemerkasaan dan pembangunan lestari demi kelangsungan kesejahteraan hidup suku tersebut.

Perlembagaan dan peruntukan undang-undang bertulis penting untuk mengiktiraf dan melindungi tanah orang Asal (Subramaniam & Nicholas, 2018). Peruntukan ini memberi penekanan kepada pemulihan dan usaha pengembalian kawasan tradisional kepada komuniti orang Asal. Namun begitu, kuasa untuk hak tanah tersebut dikembalikan

(10)

diperuntukkan di bawah eksekutif dan badan perundangan kerajaan dikatakan melalui proses kehakiman yang lambat, mahal dan tidak sesuai dengan situasi perundangan. Hak orang Asli untuk menghormati tanah, wilayah dan sumber mereka sememangnya telah diakui dalam undang-undang antarabangsa.

Selain itu, aspek undang-undang juga diberi penekanan penting untuk mendapatkan hak- hak orang Asal yang diiktiraf (Gómez Isa, 2019). Hak-hak tersebut antaranya termasuklah hak mengatasi daripada isu-isu seperti penaklukan, perampasan, asimilasi budaya atau sebagainya. Hal ini kerana misalnya di negara-negara luar, kebanyakan hak orang Asal terhadap tanah, wilayah dan sumber asli berterusan kian terancam. Keadaan ini telah menyebabkan tempat tinggal yang diduduki akan terjejas seterusnya mengganggu kelangsungan hidup orang Asal.

Oleh yang demikian, prinsip governan yang baik dilihat membawa satu perubahan kepada komuniti orang Asli khususnya menitikberatkan aspek sosial, ekonomi, politik, ekologi dan juga spiritual (Nicholas, 2021). Prinsip ini menghujahkan hak pemilikan secara bersama bermaksud kebergantungan antara manusia dan persekitaran semula jadi seperti dalam pengeluaran, ekologi, ekonomi dan aspek kehidupan yang lain.

5.4. D4: Kesejahteraan Komuniti

5.4.1. Ketersediaan dan aksesibiliti kepada tanah

Keperluan memiliki tanah khususnya tanah komunal dapat diberi penelitian melalui usaha memulihara tanah yang ditentukan oleh ciri-ciri individu, sosial dan struktur geografi orang Asli (Oniki et al., 2020; Pender & Gebremedhin, 2008). Norma sosial dalam kehidupan masyarakat orang Asli sangat dipengaruhi oleh sifat-sifat unik tanah komunal dan ketersediaan kepada sumber tersebut. Oleh itu identiti orang Asli yang tersendiri menjadikan mereka bersifat exogenous (Oniki et al., 2020).

Bagi melindungi tanah adat, masyarakat orang Asli sangat menitikberatkan aspek geografi dan ekologi yang penting bagi sejarah, budaya dan livelihood (Nicholas, 2021). Masyarakat orang Asli mengambil inisiatif untuk mengenal pasti sempadan-sempadan tanah dalam wilayah dan kawasan orang Asli supaya mengelakkan sebarang kegiatan pencerobohan atau pembalakan yang terjadi. Dengan adanya usaha ini, orang Asli dapat memahami hak- hak mereka terhadap tanah yang diduduki sejak beratus tahun, seterusnya terus memperjuangkan pemilikan penuh ke atas tanah tersebut. Oleh itu, ekosistem masyarakat orang Asli dapat dipelihara sebaik mungkin.

5.4.2. Pemuliharaan Biodiversiti (ekologi)

Hak terhadap tanah adat dan sumber semula jadi dalam kawasan adat dan tanah leluhur mereka. Komuniti mempunyai hak termasuklah hak individu untuk mengguna tanah komunal (Dhiaulhaq & McCarthy, 2020). Tanah sebagai sumber yang perlu dipelihara bagi memastikan kesejahteraan komuniti dan keharmonian kepada generasi yang akan datang.

Sehubungan itu, keperluan melindungi hak terhadap tanah menjadi salah satu isu diberi fokus secara meluas antaranya termasuklah menjamin ekonomi, keamanan dan pemuliharaan biodiversiti atau persekitaran semula jadi (Rakotonarivo et al., 2018; UN- Habitat, 2018). Oleh kerana itu, artikel ini juga perlu mengambil kira hak-hak asasi orang Asal atau Asli dalam integrasi pemberimilikan tanah secara komunal.

(11)

5.5. D5: Hak Asasi orang Asli 5.5.1. Hak terhadap tanah leluhur

Hubungan yang kuat antara orang Asli dan tanah leluhur mereka menyebabkan suku peribumi ini sering kali berkongsi identiti penting untuk hak kolektif yang diamalkan (Hond et al., 2019). Hak ke atas tanah leluhur dikaitkan dengan pengetahuan, kepercayaan adat dan hubungan sosial sangat perlu bagi mereka untuk mengekalkan kelangsungan hidup terutamanya pemilikan tanah adat. Oleh hal demikian, tanah dianggap sebagai satu medium pemerkasaan kerana tanah dan suku mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan.

5.5.2.Hak Pemerkasaan

Oleh kerana tanah adalah sebahagian daripada orang Asli, Nicholas (2021) berpendapat bahawa hak penentuan nasib diri (self-determination) seperti dibincangkan oleh UNDRIP adalah prinsip utama perlu dilihat. Hak ini menjelaskan bahawa masyarakat orang Asal atau Asli boleh menentukan apa-apa yang mereka rasa terbaik untuk tanah dan suku masyarakat mereka. Semua penentuan ini sangat penting untuk menjamin kemajuan dan kelangsungan hidup mereka di atas tanah adat diduduki (Nicholas, 2021).

5.5.3. Hak ke atas budaya

Hak di atas tanah leluhur ini sangat berkait dengan spiritual orang Asli berasaskan peraturan dan adat tertentu supaya boleh mempertahankan keharmonian komunitinya (Nicholas, 2021). Misalnya, aspek menghormati golongan orang Asli yang lebih tua yang telah hidup lebih lama dan berpengalaman tentang segala hal ehwal orang Asli termasuklah tanah adat. Adat dalam konteks hak ini memastikan masyarakat orang Asli boleh bertahan secara mampan atau “viable”.

5.5.4. Hak ke atas keadilan sosial

Sehubungan itu, masyarakat Orang Asli perlu memiliki hak untuk self-determination terhadap tanah leluhur mereka (Groh, 2018). Bagi suku tersebut, hak untuk dilindungi secara legal terutamanya hak terhadap tanah sangat diingini bagi memelihara budaya dan persekitaran wilayah adat yang didiami sejak turun-temurun. Namun begitu, sehingga ini hak terhadap tanah ini mengambil masa yang lama untuk diiktiraf telah menyebabkan hak pemilikan masih lagi kurang dilindungi secara menyeluruh oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Oleh itu, keperluan tanah komunal juga dihujahkan dalam konteks hak asasi orang Asli seperti keperluan terhadap tanah leluhur, pemerkasaan, keadilan sosial dan budaya.

6. Perbincangan

Pada keseluruhannya, data yang dikumpulkan menunjukkan pakar-pakar bersetuju dengan domain-domain seperti identiti, sosial, governan, kesejahteraan komuniti dan hak asasi orang Asal atau Asli sangat penting dan perlu dalam pemberimilikan tanah secara komunal. Hasil temu bual yang mendalam menunjukkan bahawa masyarakat orang Asli adalah sangat bergantung terhadap aspek-aspek tanah berikut bagi melindungi dan mendapatkan hak pemilikan yang jelas. Tanah komunal merupakan sumber yang paling penting yang perlu diterapkan dalam pemilikan tanah masyarakat orang Asli.

(12)

Berdasarkan pendapat informan P1, identiti Orang Asli menganggap tanah orang Asli (atau tanah saka) atau disebut sebuah “nagari” merangkumi pelbagai benda. Bagi orang Asli, tanah ini bukan sahaja penting untuk sosial dan ekonomi tetapi perlu mengambil kira biodiversiti, kesucian atau spiritual mereka. Keadaan ini menjelaskan kawasan orang Asli mempunyai pelbagai zon dan setiapnya merangkumi kegunaan yang tertentu. Sesetengah kawasan boleh diterokai oleh individu, separuhnya tidak boleh diterokai atau separuh lagi hanya untuk kegunaan komuniti seperti tapak perkuburan, bercucuk tanam dan sebagainya. Semua situasi ini menunjukkan bahawa tanah orang Asli ini merupakan tanah nenek-moyang dari turun-temurun pastinya mempunyai sejarah dan pengetahuannya yang tersendiri. Tambahan pula, golongan orang asli tua selalunya paling dihormati kerana banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai benda-benda adat telah tersimpan dalam diri mereka. Oleh yang demikian, jika tanah adat mereka diambil untuk tujuan pembangunan atau mengalami sesuatu konflik, masyarakat orang Asli tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan-keadaan sebegitu terutamanya perubahan sosial.

Seterusnya menyebabkan tanah yang dianggap sebagai identiti orang Asli mungkin terjejas dan memecahbelahkan akar masyarakat komuniti.

Melihat dari segi sosial, tanah menjamin penggunaan tanah orang Asli secara eksklusif mahupun kolektif (adat). Bagi orang Asli, tanah adalah sebahagian identiti sosial mereka.

Begitu juga governan dan peruntukan undang-undang, adalah faktor terpenting perlu diberi penekanan bagi pengintegrasian pemberimilikan tanah secara komunal. Hal ehwal terutamanya hak terhadap tanah sememangnya penting dan perlu mengikut prosedur undang-undang negara yang betul. Jika mengikut Kanun Tanah Negara 1965, mana-mana individu yang memperoleh geran tanah pasti terjamin dalam hak tanah yang diduduki dan hak mereka tidak akan terhapus. Namun begitu, kebanyakan kawasan tanah orang Asli hingga kini masih tidak mempunyai geran. Sekalipun ada cuma geran individu sahaja diperuntukkan oleh Kerajaan. Oleh yang demikian, tanah rizab dianggap sebagai hak milik yang paling kukuh bagi masyarakat orang Asli. Tetapi, di bawah Akta Orang Asli, perlindungan ke atas tanah Rizab Orang Asli boleh dibatalkan dengan mudah oleh pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Seterusnya, tanah komunal dibincangkan mementingkan usaha memelihara dan memulihara tanah atau kawasan hijau orang Asli dapat dilakukan. Sumbangan masyarakat orang Asli dikatakan kepada negara dalam konteks pemuliharaan biodiversiti dan alam sekitar. Hal ini kerana suku orang Asli sangat banyak mengguna malah bergantung pada sumber-sumber semula jadi yang diperoleh dari kawasan hutan untuk kegunaan seharian mereka.

Namun jika melihat dari segi keperluan terhadap hak asasi orang Asal atau Asli itu sendiri, Informan P1 menyatakan bahawa terdapat tiga (3) prinsip hak yang paling penting.

Antaranya adalah (i) hak untuk hidup (right to life), (ii) hak izin berdasarkan makluman awal, bebas dan telus, dan (iii) hak penentuan diri (self-determination). Dalam konteks ini, masyarakat orang Asli perlu menentukan apa-apa keinginan yang mereka rasa sesuai dengan hidup mereka bukan sahaja aspek pembangunan tetapi tanah yang diduduki. Bagi suku orang Asli, biar mereka sahaja menentukan jenis pembangunan yang bagaimana mereka inginkan. Malah, kawasan hutan dianggap bernilai bagi masyarakat orang Asli penting dan memiliki roh dan spiritual yang patut dihormati secara adat. Sehubungan itu, tanah memberi hak kepada masyarakat orang Asli untuk menikmati segala faedah daripada sumber tersebut. Antaranya termasuklah hak untuk terlibat dan membuat keputusan tentang kehidupan dan tanah mereka.

(13)

Dapatan kajian ini turut disokong oleh informan P2 turut menghujahkan tanah merupakan maruah (dignity) bagi setiap suku komuniti mereka. Oleh kerana itu, wilayah adat orang Asli dikatakan mempunyai sistem kepercayaan, nilai pegangan, pentadbiran, undang- undang, budaya dan pantang-larang yang tersendiri yang perlu dihormati oleh setiap komuniti persekitaran. Mengikut adat asal orang asli, tanah secara bersama pada dasarnya tidak mewujudkan konflik sama ada antara ahli orang Asli, komuniti lain mahupun dengan agensi Kerajaan. Bagi suku Semai di Perak, tanah merupakan kepunyaan komuniti yang tiada sesiapa boleh memajak atau memohon geran sesuka hati kepada pihak lain.

“..wilayah adat itu adalah dignity (maruah) orang Asli..setiap satu-satu komuniti terutama identiti, kepercayaan, adat budaya..wilayah bagi orang Asli adalah nagari, wilayah untuk cari makan, tempat ubat-ubatan dia, masjid dia juga sebab dia ada juga satu-satu bahagian atau kawasan merupakan kawasan dia percaya ada keramat nenek moyang mereka dulu ada memanggil semasa kesusahan, supermarket, hospital dia dan sebagainya..mereka tahu lokasi dia dimana..sumber dia dimana..” (P2)

“..Antara kami orang Asli tidak pernah gaduh atau konflik...dengan komuniti lain, persepsi orang luar atau orang moden tanah sesiapa boleh mohon, Bagi kerajaan atau penjajah, mereka punya konsep mereka punya hak untuk memohon tanah kat mana dia suka, apabila konsep ini berlaku, of course tanah orang Asli senang dieksploitasi..sebab orang jumpa pejabat tanah atau daerah tengok map kebanyakan tanah orang adalah tanah kerajaan, kosong, tengok map lagi dia bagi kepada sesiapa yang ada duit..itu menjadi ancaman kepada orang Asli..itu kita tak tahu, orang yang eksploitasi itu orang yang merasa dia ada kuasa, siapa ada duit dia berhak punya..” (P2)

Tanah komunal ini juga dijelaskan oleh Informan P2 sememangnya boleh memperkukuhkan ikatan solidariti dan menjamin hubungan kekeluargaan antara ahli orang Asli. Bagi orang Asli, ikatan mereka sangat kuat. Mereka sentiasa menganggap orang Asli sebagai sebuah komuniti, atau keluarga yang saling bantu-membantu secara sukarela seperti acara perkahwinan atau kematian. Oleh kerana itu, orang Asli menduduki kawasan adat dan mereka sangat kenal dengan sempadan-sempadan nenek-moyang mereka.

Walau bagaimanapun, dalam Akta 134, orang Asli hanya diberi hak sementara sahaja yang melangkaui Rizab Melayu tetapi boleh dibatalkan dan diberi kepada orang Asli. Tambahan pula, Informan P2 menyatakan setakat ini kerajaan masih tidak mengiktiraf apa-apa hak kepada orang Asli untuk menjadi tuan tanah telah menyebabkan tanah mereka senang untuk diterokai. Kemudian jelas orang Asli sangat memperjuangkan hak terhadap tanah.

Oleh sebab itu menurut P2 dari segi dasar pentadbiran jika tanah komunal diguna pakai menjelaskan kurang menjamin hak tanah orang Asli secara menyeluruh. Orang Asli dikatakan tidak dilibatkan secara bersama dalam apa-apa keputusan Kerajaan buat berhubung tanah. Namun bagi orang Asli mereka adalah tuan tanah. Sekalipun Kerajaan tidak mengakui, mereka tetap mengiktiraf orang asli sebagai tuan tanah dan apa-apa proses perbincangan harus melibatkan komuniti dari awal lagi. Selain itu, kerajaan dikatakan tidak berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tanah orang Asli tetapi lebih ke arah memaksa komuniti supaya setuju dengan keputusan dan pendapat yang telah mereka tetapkan. Jaminan keselamatan terhadap hak tanah juga tidak dijaga dengan baik.

Sehingga kini tiada resolusi yang tetap terhadap isu-isu tanah adat dicapai dan mereka terus menerus buat perbincangan dengan SUHAKAM mencari penyelesaian melalui syor-

(14)

syor yang telah dibuat. Bagi orang Asli, mereka hanya ingin duduk di tanah mereka tanpa adanya gangguan. Jika terpaksa berpindah kerana sesuatu pembangunan, ianya sangat bertentangan dengan pegangan, budaya dan amalan atau cara hidup orang Asli. Ini kerana mereka tidak suka berpindah randah. Oleh itu, pergantungan kepada tanah bagi setiap suku etnik pada dasarnya adalah sama, mereka bergantung pada alam sekitar, tanah, atau semangat (spiritual).

Begitu juga tanah komunal atau tanah secara bersama ini informan P2 bersetuju bahawa dapat menjamin kawasan ekologi, atau persekitaran orang Asli. Peribumi orang Asli menganggap mereka mempunyai sistem dimana sumber-sumber semula jadi yang terdapat di lingkungan mereka tidak akan pernah habis. Mereka juga sememangnya sangat memelihara tanah dan wilayah adat yang diduduki. Tetapi bagi suku tersebut, yang akan menjejaskan ekologi kampung mereka adalah pembangunan yang dibuat. Antaranya seperti kegiatan pembalakan, pembinaan empangan, dan perlombongan. Malah, istilah tanah komunal bagi mereka adalah tanah asal mereka dari zaman nenek-moyang lagi dan bukannya tanah baru yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada orang Asli untuk menduduki secara bersama.

Sehubungan itu, petikan di bawah menjelaskan bahawa kerajaan diharapkan agar membuat pindaan untuk menukar status “tenant at will” kepada tuan tanah. Dalam Akta 134 itu sendiri harus menegaskan setiap penempatan orang Asli yang mereka telah duduki secara turun temurun harus diakui dan diiktiraf sebagai tanah orang Asli atau kawasan orang Asli. Hal ini kerana akta yang telah dibuat pada zaman komunis untuk melindungi orang Asli dan supaya penjajah senang untuk mengawal peribumi dikatakan kurang melindungi orang Asli sepenuhnya. Oleh itu, aspek undang-undang diberi perhatian teliti dalam keperluan pemberimilikan tanah komunal orang Asli.

“..Akta 134 sudah lapok..memang ada bahagian yang boleh dipakai tetapi banyak bahagian atau seksyen hendak disimpan perlu dipinda..contohnya, orang asli dalam akta 134 tidak boleh menentukan mereka sebagai orang asli hanya Menteri dan Pesuruhjaya..orang Asli juga harus ikut perlembagaan yang mana orang Asli punya hak terhadap tanah perlu dihormati, sepertimana diberi tetapi dia juga merujuk akta 134..akta ini dikatakan tidak selaras atau sekata dengan akta perhilitan, akta perhutanan ia tetap ada percanggahan..” (P3)

Manakala, menurut informan P3 menyatakan masyarakat orang Asli sangat mementingkan adat. Adat dilihat sebagai satu sistem kepercayaan dan cara hidup yang dapat mengatur tindak tanduk orang Asli termasuklah pantang-larang setiap suku. Identiti orang Asli dikatakan pada dasarnya sangat bergantung pada kerja-kerja lapangan dan laporan etnografi, yang mana hasil laporan tersebut telah mewujudkan kelompok orang Asli. Bagi pakar orang Asli, keperluan pemberimilikan tanah secara komunal bergantung sejauh mana pengiktirafan Kerajaan terhadap hak-hak orang Asli.

Justeru dalam peruntukan Akta 134 memang memberi orang Asli hak-hak untuk menduduki tanah untuk bercucuk tanah dan sebagainya dan itu pada dasarnya sudah cukup selesa bagi suku mereka (Informan P3). Namun begitu, wujudnya konflik apabila Kerajaan tidak mengiktiraf kependudukan asal tanah orang Asli dan kepincangan sistem kerajaan yang dikatakan tidak lengkap. Situasi ini menjelaskan terdapat kekurangan dari segi cara kerja pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dan apabila berlakunya pemberimilikan kepada syarikat-syarikat seperti FELDA atau FELCRA bukan untuk tujuan

(15)

pembangunan orang Asli menambahkan lagi masalah tersebut. Perkara ini bertambah serius apabila Kerajaan dianggap tidak bersungguh-sungguh untuk mengiktiraf kependudukan orang Asli. Mahupun melibatkan mereka dalam proses pembuatan keputusan berhubung hak tanah. Sedangkan di peringkat ahli majlis daerah mereka tidak diletakkan sebagai perwakilan orang Asli untuk meneliti apa-apa perancangan pembangunan. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa Orang Asli selalu diketepikan dan tidak mempunyai hak untuk bersuara atau mengeluarkan pendapat (Informan P3). Oleh yang demikian, Kerajaan dikatakan tidak menitikberatkan kepentingan orang Asli dan tidak cuba memahami situasi dan isu-isu yang dihadapi oleh suku kaum mereka. Misalnya, Kerajaan bersetuju untuk merizabkan kawasan orang Asli seluas 3607 hektar tetapi dengan syarat pihak JAKOA perlu membuat ukuran halus pada peta dan pelan cadangan tersebut (Informan P3). Tidak menghairankan bagi orang Asli Kerajaan dilihat tidak serius menyelesaikan isu-isu tanah dan mengiktiraf kependudukan komuniti.

Tambah informan P3, tanah komunal seterusnya perlu mementingkan aspek hak-hak komuniti atau peribumi orang Asli. Hak untuk perbincangan dan perundingan di antara kerajaan dan orang Asli perlu dibuat menjadi keperluan terpenting pemberimilikan tanah secara geran komunal atau geran komuniti. Kerajaan mahupun pihak agensi juga mestilah menghormati pemilikan tanah secara adat dan berkongsi hasil tanah dengan orang Asli itu sendiri. Oleh sebab itu, sistem tanah komunal sangat menitikberatkan usaha menjaga alam sekitar dan biodiversiti dalam kalangan masyarakat orang Asli. Hal ini kerana apabila sesuatu kawasan digazet sebagai tanah komunal maka masyarakat orang Asli pasti mempunyai dan dapat mengenal pasti sempadan-sempadan kawasan yang sah supaya dapat mengelakkan sebarang pencerobohan pihak luar. Seterusnya melindungi tanah dan kawasan orang Asli secara lebih berkesan dan lestari.

Daripada perbincangan ini dapat merumuskan bahawa tanah komunal merupakan satu sumber yang menyumbang kepada faktor-faktor kesejahteraan komuniti orang Asli dalam kehidupan seharian seperti tanah penting dari segi identiti komuniti, sosial, governan atau undang-undang, pemuliharaan biodiversiti mahupun hak asasi orang Asli. Aspek keperluan tanah ini dihujahkan sememangnya perlu dan saling berkait antara satu sama lain. Tanah adalah sumber untuk diterokai dan bukannya untuk dieksploitasi lazimnya dapat mewujudkan emosi dan konflik yang boleh diselesaikan secara komunal. Semua aspek ini penting bagi menjamin daya tahan sosial (social resilience) orang Asli seterusnya mempertahankan fleksibiliti komuniti terhadap sebarang adaptasi terutamanya perubahan sosial yang berlaku di kawasan adat. Jelas menunjukkan bahawa jaminan pemilikan tanah adat orang Asli yang jelas menjadi faktor terpenting kepada kemajuan dan kelangsungan hidup masyarakat orang Asli

7. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapatan daripada pengkaji-pengkaji lepas sama ada peringkat antarabangsa mahupun lokal, tiada peruntukan-peruntukan yang lebih jelas dan tepat terutamanya dilihat dari aspek governan berhubung pemilikan tanah orang Asli. Situasi ini seterusnya menyebabkan masyarakat orang Asli atau disebut peribumi ini sering kali berdepan dengan banyak kekangan, masalah atau kesulitan untuk melindungi tanah adat mereka. Berdasarkan dapatan kajian kepustakaan terdapat (5) domain tanah komunal yang bersesuaian untuk diintegrasikan dalam pemberimilikan tanah secara geran komunal. Antaranya ialah identiti orang Asli, sosial, governan dan undang-undang tanah, pemuliharaan biodiversiti dan hak asasi orang Asli. Melalui perbincangan dan temu bual yang mendalam dengan beberapa orang informan, menunjukkan bahawa masyarakat

(16)

Orang Asli sememangnya berbangga dengan cara hidup, adat dan kebudayaan yang mereka amalkan. Masyarakat Orang Asli turut mahukan pihak berkuasa untuk mengambil inisiatif dalam mengiktiraf hak-hak terhadap tanah agar ianya tidak hilang ditelan arus pemodenan zaman. Kebimbangan mereka terhadap kehilangan tanah dan wilayah orang Asli berpunca daripada mereka sangat risau generasi akan datang tidak dapat mewarisi tanah yang diduduki secara turun temurun. Tambahan pula, orang Asli sangat menghormati akan tanah adat. Oleh hal demikian, keresahan dan kebimbangan peribumi terutamanya tentang isu-isu pengiktirafan tanah dan sekuriti dalam hak milik jelas memerlukan pandangan dan konsensus pakar yang lebih rasional. Masalah ini diperlukan bagi mencapai satu resolusi kepada pemilikan. Penelitian bersifat kolektif berhubung isu dan permasalahan dalam pemilikan tanah peribumi ini akan dinilai dalam konteks yang lebih objektif dan sistematik melalui prosedur konsensus pakar (Ridhuan et al., 2020).

Segala maklumat dan informasi yang dikehendaki dapat diberikan dan disampaikan oleh mereka.

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih kepada responden yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini menerima tajaan atau bantuan kewangan Geran Universiti Penyelidikan (GUP-2020-057)

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests)

Para penulis tidak mempunyai konflik kepentingan dalam menjalankan kajian dan penerbitan ini.

Rujukan

Aksu, O., & Iban, M. C. (2019). Considerations on the land management system approach in Turkey by the experiences of a case study. Survey review, 51(364), 87-96

Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). cetakan semula yang pertama (1997); cetakan semula yang kedua (2000). Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia.

Anthias, P. (2021). Rethinking territory and property in indigenous land claims. Geoforum, 119, 268-278

Antonio, W., & Griffith-Charles, C. (2019). Achieving land development benefits on customary/communal land. Land Use Policy, 83(July 2018), 124–133.

https://doi.org/10.1016/j.landusepol.2019.02.005

Bae, Y. J. (2021). Analyzing the changes of the meaning of customary land in the context of land grabbing in Malawi. Land, 10(8), 836

Berita Harian. (2018). Kaji status tanah rizab Melayu, Orang Asli.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/10/483628/kaji-status-tanah- rizab-melayu-orang-asli

BERNAMA. (2020). Isu tanah adat resolusi utama orang Asli.https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1806665

(17)

Bhandar, B. (2018). Colonial lives of property. In Colonial Lives of Property. Duke University Press

Blatman-Thomas, N. (2019). Reciprocal Repossession: Property as Land in Urban Australia. Antipode, 51(5), 1395–1415. https://doi.org/10.1111/anti.12570

Bowie, R. (2021). Reconciliation and Indigenous resurgence in the Ontario Far North and Mushkegowuk Cree land use planning processes. Environment and Planning C:

Politics and Space, 39(4), 722–739. https://doi.org/10.1177/2399654420957658 Champagne, D. (2017) Is Keeping Communal Land Possible? For indigenous land is

essential

Chaplier, M. (2018). Property as sharing: A reflection on the nature of land ownership among the Cree of eeyou istchee after the “‘paix des braves.’” Anthropologica, 60(1), 61–75. https://doi.org/10.3138/anth.60.1.t08

Claessens, K., Bisoka, A. N., & Ansoms, A. (2021). Rethinking Communal Land Governance in the Great Lakes Region of Central Africa. Progress in Development Studies, 21(2), 144–160. https://doi.org/10.1177/14649934211006553

Correia, J. E. (2018). Indigenous rights at a crossroads: Territorial struggles, the Inter- American Court of Human Rights, and legal geographies of liminality. Geoforum, 97, 73-83

Daes, M. E. I. A. (2001). Prevention of discrimination and protection of indigenous peoples and minorities. Indigenous peoples and their relationship to land (Final working paper E/CN. 4/Sub. 2/2001/21)

Dhiaulhaq, A., & McCarthy, J. F. (2020). Indigenous Rights and Agrarian Justice Framings in Forest Land Conflicts in Indonesia. Asia Pacific Journal of Anthropology, 21(1), 34–

54. https://doi.org/10.1080/14442213.2019.1670243

Ekers, M., Brauen, G., Lin, T., & Goudarzi, S. (2020). The coloniality of private forest lands:

Harvesting levels, land grants, and neoliberalism on Vancouver Island. Canadian Geographer. https://doi.org/10.1111/cag.12643

FAO. (2002). Tenure and Rural Development. (M. Cox, Ed.) United Nations (3rd ed.). Rome, Italy: Rural Development Division Land

Fatia, D., & Thaher, A. (2018). Proses Integrasi Sosial dalam Masyarakat Multikultural (Studi pada Masyarakat yang Berdomisili di Kota Langsa). Jurnal Ilmiah Mahasiswa Fakultas Ilmu Sosial & Ilmu Politik, 3(1)

Ford, J. D., King, N., Galappaththi, E. K., Pearce, T., McDowell, G., & Harper, S. L. (2020). The Resilience of Indigenous Peoples to Environmental Change. One Earth, 2(6), 532–

543. https://doi.org/10.1016/j.oneear.2020.05.014

Gebreamanuel, D. B., & Mekebo, G. D. (2018). Res Nullius vs. Res Communis in Matters of Communal Lands of Smallholder Farmers in Ethiopia. Mizan Law Review, 12(1), 99.

https://doi.org/10.4314/mlr.v12i1.4

Gómez Isa, F. (2019). The UNDRIP: an increasingly robust legal parameter. International

Journal of Human Rights, 23(1–2), 7–21.

https://doi.org/10.1080/13642987.2019.1568994

Goodwin, G. (2021). Fictitious commodification and agrarian change: Indigenous peoples and land markets in Highland Ecuador. Journal of Agrarian Change, 21(1), 3–24.

https://doi.org/10.1111/joac.12368

Groh, A. (2018). The Legal Framework of Research in Indigenous Contexts. In Research Methods in Indigenous Contexts (pp. 49-91). Springer, Cham

Hanida, R. P., Rozi, F., & Irawan, B. (2020, March). Policy Advocacy Strategy for Protecting the Existence of Communal Land Ownership in Investment Activities.

In International Conference on Public Administration, Policy and Governance (ICPAPG 2019) (pp. 318-322). Atlantis Press

(18)

Harakah Daily (2018).Hanya Orang Asli PH tuntut tanah adat.

https://harakahdaily.net/index.php/2018/08/02/hanya-orang-asli-ph-tuntut- tanah-adat/

Hilaire, T., Hanifah, M., & Ardiyanto, S. Y. (2019). Legal protection for communal land to prevent land conflicts in both West Sumatra and Riau Provinces. Journal of Legal, Ethical and Regulatory Issues, 22(2), 2019

Hond, R., Ratima, M., & Edwards, W. (2019). The role of Māori community gardens in health promotion: a land-based community development response by Tangata Whenua, people of their land. Global Health Promotion, 26(3_suppl), 44–53.

https://doi.org/10.1177/1757975919831603

Howitt, R. (2020). Land Rights. In International Encyclopedia of Human Geography (Second Edi, Vol. 8). Elsevier. https://doi.org/10.1016/b978-0-08-102295- 5.10477-9

Karalekas, D. (2020). Navigating Terra Nullius: The Ababda and the Case for Indigenous Land Rights inBir Tawil. Global Journal of Economics and Finance; Vol. 4 No. 2.

Research Institute for Progression of Knowledge

Karigawa, M. L. (2018). Eroding Fabrics of Communal Land Ownership in Papua New Guinea. International Journal of Environment, Agriculture and Biotechnology, 3(4), 1353–1364. https://doi.org/10.22161/ijeab/3.4.29

Langford, A., Lawrence, G., & Smith, K. (2021). Financialization for development? Asset making on indigenous land in remote Northern Australia. Development and Change, 52(3), 574-597

Lunkapis, G. J. (2013). Confusion over land rights and development opportunities through communal titles in Sabah, Malaysia. Asia Pacific Viewpoint, 54(2), 198-205

Mango, N., Makate, C., Tamene, L., Mponela, P., & Ndengu, G. (2017). Awareness and adoption of land, soil and water conservation practices in the Chinyanja Triangle, Southern Africa. International Soil and Water Conservation Research, 5(2), 122–129.

https://doi.org/10.1016/j.iswcr.2017.04.003

Melepia, R. & Ariffin, S., (2018). The Laws of Land Grabs in Asia Pacific. Friends of the Earth Asia Pacific

Mustanir, A., & Razak, M. R. R. (2017). Nilai Sosial Budaya Pada Partisipasi Masyarakat Etnik Towani Tolotang Dalam Musyawarah Rencana Pembangunan. Prosiding Konferensi Nasional Ke-6 Asosiasi Program Pascasarjana Perguruan Tinggi Muhammadiyah Aisyiyah (APPPTMA), 1-7

Muchechetere, P., & Kurwakumire, E. Towards a Land Titling Framework for Improving Rural Livelihoods

Mudombi-Rusinamhodzi, G., & Thiel, A. (2020). Property rights and the conservation of forests in communal areas in Zimbabwe. Forest Policy and Economics, 121(August), 102315. https://doi.org/10.1016/j.forpol.2020.102315 Nicholas, C. (2021).

Looking back, looking forward Orang Asli self-governance and democracy. Asia Indigenous Peoples Pact & Center for Orang Asli Concerns

Nicholas, C. (2021). Looking back, looking forward Orang Asli self-governance and democracy. Asia Indigenous Peoples Pact & Center for Orang Asli Concerns

Nuar, E., & Lunkapis, G. J. (2019). Customary land and the indigenous people of Sabah: a case study of Sinumagang-Tinuman Toki. In IOP Conference Series: Earth and Environmental Science (Vol. 286, No. 1, p. 012039). IOP Publishing

Oniki, S., Berhe, M., & Takenaka, K. (2020). Efficiency impact of the communal land distribution program in Northern Ethiopia. Sustainability (Switzerland), 12(11), 1–

14. https://doi.org/10.3390/su12114436

(19)

Pender, J., & Gebremedhin, B. (2008). Determinants of agricultural and land management practices and impacts on crop production and household income in the highlands of Tigray, Ethiopia. Journal of African Economies, 17(3), 395-450

Rakotonarivo, O.S., Bredahl, J., Poudyal, M., Rasoamanana, A., Hockley, N. (2018).

Estimating welfare impacts where property rights are contested: methodological and policy implications. Land Use Policy 70, 71–83.

https://doi.org/10.1016/j.landusepol.2017.09.051

Retno Putri, P., M Fadhil Nurdin, N., Muhammad Fedryansyah, F., & Junaidi, J. (2019).

Realitas Dinamika Integrasi Sosial Etnis Jawa dan Lampung di daerah Pardasuka Kabupaten Pringsewu. Realitas Dinamika Integrasi Sosial Etnis Jawa dan Lampung di Daerah Pardasuka Kabupaten Pringsewu, 11(2), 201-212

Raharjo, W. W. (2020). Program Sertifikasi Dan Kepemilikan Komunal (Studi Konsep Program Sertifikasi Tanah Terhadap Eksistensi Kepemilikan Tanah Komunal Masyarakat Adat Tengger, Probolinggo, Jawa Timur) (Doctoral dissertation, Universitas Muhammadiyah Surakarta)

Sinar Harian. (2021). 41 tanah orang asli Selangor sudah diwartakan https://www.sinarharian.com.my/article/129523/EDISI/41-tanah-orang-asli Selangor-sudah-diwartakan

Ridhuan, M., Jamil, M., Siraj, S., & Yusof, F. (2020). Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi Terhadap Keperluan Elemen Keusahawanan Bagi Pensyarah Kejuruteraan Politeknik Malaysia.

5(1), 135–150

Stankovics, P., Montanarella, L., Kassai, P., Tóth, G., & Tóth, Z. (2020). The interrelations of land ownership, soil protection and privileges of capital in the aspect of land take.

Land Use Policy, 99(July). https://doi.org/10.1016/j.landusepol.2020.105071 Subramaniam, Y., & Nicholas, C. (2018). The courts and the restitution of indigenous

territories in Malaysia. Erasmus L. Rev., 11, 67

Suhardiman, D., & Scurrah, N. (2021). Institutional bricolage and the (Re)shaping of communal land tenure arrangements: Two contrasting cases in upland and lowland Northeastern Laos. World Development, 147, 105630.

https://doi.org/10.1016/j.worlddev.2021.105630

Surtiari, G. A. K., Romdiati, H., Katherina, L. K., Kusumaningrum, D., & Prasojo, A. P. S.

(2020). Memahami kualitas sumber daya manusia OAP berdasarkan pendekatan people-centered: Studi di Kabupaten Tambrauw dan Sorong. Masyarakat Indonesia, 46(1), 1-14

Tubbeh, R. M., & Zimmerer, K. S. (2019). Unraveling the Ethnoterritorial Fix in the Peruvian Amazon: Indigenous Livelihoods and Resource Management after Communal Land Titling (1980s-2016). Journal of Latin American Geography, 18(2), 33–59. https://doi.org/10.1353/lag.2019.0033

Turisno, B. E., Dewi, I. G. A. G. S., & Mahmudah, S. (2021). The Legal Impact of Communal Land Registration for The Indigenous People of Lombok West Nusa Tenggara.

In ICILS 2020: Proceedings of the 3rd International Conference on Indonesian Legal Studies, ICILS 2020, July 1st 2020, Semarang, Indonesia (p. 65). European Alliance for Innovation

UN-Habitat (2018). Global Experiences in Land Readjustment, Urban Legal Case Studies.

http://unhabitat.org.ir/wp-content/uploads/2015/09/Urban-Legal-Case-Studies- Vol-7.pdf

Utusan Borneo. (2018). Pengukuran tanah kampung tradisi akan berterusan.

https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/04/pengukuran-tanah-kampung- tradisi-akan-berterusan

USAID. (2013). Land Tenure and Property Rights Framework. 3(September), 67.

(20)

Vanderpuye, I. N., Darkwah, S. A., & Živělová, I. (2020). The System of Land Ownership and Its Effect on Agricultural Production: The Case of Ghana. Journal of Agricultural Science, 12(5)

Washburn, K. (2020). A Study of Indigenous Land Rights in the Caribbean Coast of Nicaragua

Wittayapak, C., & Baird, I. G. (2018). Communal land titling dilemmas in northern Thailand: From community forestry to beneficial yet risky and uncertain options. Land Use Policy, 71, 320-328

Wily, L. A. (2018). Collective land ownership in the 21st century: Overview of global trends. Land, 7(2). https://doi.org/10.3390/land7020068

Wittayapak, C., & Baird, I. G. (2018). Communal land titling dilemmas in northern Thailand: From community forestry to beneficial yet risky and uncertain options.

Land Use Policy, 71(June 2017), 320–328.

https://doi.org/10.1016/j.landusepol.2017.12.019

Referensi

Dokumen terkait

Health Notions, Volume 2 Number 1 January 2018 ISSN 2580-4936 107 | Publisher: Humanistic Network for Science and Technology http://heanoti.com/index.php/hn RESEARCH ARTICLE

The sense of rhythm of the Africans in their native dances is one of their chief attrac- tions, but when the African comes to church, perhaps just because he wants to leave all