• Tidak ada hasil yang ditemukan

(a) : Petikan Umum

Dalam dokumen LATIHAN RUMUSAN (Halaman 48-54)

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Berikan maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan berdasarkan petikan di atas.

[ 2 markah ii. Bagaimana disiplin sains dapat membantu memajukan sukan bola sepak negara?

[ 3 markah ] iii. Pada pendapat anda, mengapakah mutu sukan bola sepak negara kini semakin merosot ?

[ 4 markah]

RUMUSAN 38

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor siswazah menganggur dan kesannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini mendapati bahawa peratus pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. Sering kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan

di Malaysia mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat mereka lemah berbahasa Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26 peratus siswazah ini dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik, manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.

Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam menemu duga seseorang calon bagi sesuatu jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup membingungkan. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Inggeris malah tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.

Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT). Kegiatan kokurikulum merupakan pemangkin untuk siswazah meningkatkan motivasi selepas mereka tamat belajar.

Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset yang penting bagi seseorang siswazah apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting ialah perlunya berkomunikasi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan Siswazah Menganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid, Dewan Masyarakat,Julai 2005) Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas. [2 markah ] ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah?

[3 markah ] iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk mengatasi masalah ini?

[ 4 markah ] RUMUSAN 39

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang ciri-ciri membuat teguran yang baik dan faedah-faedah membuat teguran. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Salah satu budaya yang dimiliki oleh bangsa maju di dunia ialah budaya menegur. Budaya menegur bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan untuk memperbaik keadaan. Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu.

Apabila seseorang menegur, teguran tersebut mestilah bertujuan untuk menasihati orang. Teguran yang diberi semestinya tidak boleh menimbulkan perselisihan. Sekiranya teguran yang diberi itu mengakibatkan pergaduhan, maka sia-sialah tujuan teguran tersebut. Orang yang ditegur akan mengatakan bahawa orang yang menegurnya senghaja mencari fasal dengannya. Lazimnya tomahan ini berlaku

sekiranya orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran tersebut. Tidak berguna kalau orang yang menegur lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Oleh sebab itu orang yang menegur itu mestilah mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur.

Tidak berlaku proses tegur-menegur sekiranya pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul. Oleh itu teguran yang baik mestilah ada ciri-ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak yang ditegur. Amalan mengumpat tidak seharusnnya wujud dalam budaya menegur. Kalau sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat dan mengutuk, hal ini merupakan tanda-tanda bahawa amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat tersebut. Lazimnya keadaan ini akan menyaksikan pandangan kritis tetapi membina tidak digalakkan. Masyarakat ini akan menganggap pandangan begitu boleh menjejaskan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa.

Kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa juga bidang bergantung pada banyak faktor. Antaranya ialah faktor amalan menegur dalam budaya Melayu. Amalan ini sebenarnya sudah lama wujud dalam budaya Melayu. Amalan menegur dalam masyarakat Melayu semestinya dilakukan secara halus dan bertatatertib. Dengan kata lain teguran dalam kalangan masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kiasan dan sindiran, sehingga kesannya dapat meresap ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran. Seterusnya ketika membuat teguran sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ seharusnya dihindarkan. Teguran mestilah dibuat secara bersemuka antara yang menegur dan yang ditegur. Cara ini membolehkan penerima teguran dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Perbuatan menegur secara kasar dan biadab perlu dielakkan. Ini bukan bermakna orang yang menegur tidak berani atau lemah. Namun teguran secara berhemah akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Namun agak menyedihkan apabila akhir-akhir ini orang Melayu mengetahui terdapat banyak masalah yang boleh merosakkan masa depan bangsa mereka, tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu. Ini disebabkan oleh budaya menegur tidak lagi menjadi panduan bersama untuk memajukan bangsa mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Budaya Menegur”, oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April, 2005). Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Berikan maksud rangkai kata lazimnya tomahan ini dalam petikan di atas.

[2 markah] ii. Apakah yang akan berlaku skiranya amalan mengumpat dibenarkan dalam sesebuah masyarakat? [3 markah] iii. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya teguran dibuat secara

tidak berhemah?

[4 markah]

RUMUSAN 40

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah

mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang

rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan politik, namun dalam bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang

terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam

sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk merangka dasar , strategi dan tindakan untuk menanganinya. Antara tindakan jangka panjang kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini mampu menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu kesejahteraan penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai sektor dalam menangani isu sosial. Dasar strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja tetapi meliputi semua peringkat usia.

Selain daripada usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada, faktor hukuman juga seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Ini kerana hukuman yang lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan “berfikir dua kali” sebelum melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah peningkatan penduduk bandar yang berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka dasar pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya konsep bandar selamat. Apabila terlaksanannya konsep ini bandar akan bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa, bebas daripada kemusnahan dan malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral.

Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh yang demikian kerajaan perlu mengawal pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara ini, adalah diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara kerana kelompok yang terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya melaporkan kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial Negara, oleh Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari 2005) Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( i ) Jelaskan maksud lakaran suram yang terpahat dalam petikan tersebut.

[2 markah] ( ii ) Apakah kebaikan-kebaikan daripada pelaksanaan konsep bandar selamat?

[3 markah] ( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang sedia ada tidak berupaya

mengurangkan perlakuan jenayah dan gejala sosial di negara ini?

[4 markah] RUMUSAN 41

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah

mengatasi jenayah seks dan kesan jenayah tersebut kepada mangsa dan masyarakat.

Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap wanita tanpa mengira umur atau kedudukan perlu beranggapan bahawa mereka mungkin pada bila-bila masa sahaja akan menjadi mangsa jenayah seks. Tetapi jika tanggapan ini diambil kira, segala usaha dan pemikiran harus digembleng untuk mencari kaedah dan formula bagi menangani jenayah terkutuk ini.

Oleh sebab faktor-faktor yang mendorong perlakuan jenayah seks itu saling berkaitan, maka sebarang tindakan untuk menghapuskan salah satu daripada faktor-faktor tersebut perlu dicegah, sementara yang selebihnya diabaikan. Hal ini pastinya tidak akan menghasilkan impak yang diharap-harapkan. Tindakan undang-undang tanpa kompromi untuk membanteras pengedaran dan penjualan bahan-bahan lucah sememangnya wajar dialu-alukan dan disokong. Tetapi perlu diingat, tindakan ini tidak akan memberi impak jangka panjang yang berkesan sekiranya faktor-faktor lain yang mendorong kepada jenayah seks ini tidak tidak dibanteras sama. Memperuntukkan hukuman yang lebih berat dari segi undang-undang agar mereka yang ingin melakukan jenayah seks ini “berfikir dua kali” sebelum melakukannya, merupakan satu kaedah yang mesti diambil kira di samping mengurangkan had umur pengenaan hukuman kerana selama ini mereka yang berumur bawah18 tahun tertakluk kepada undang-undang juvana yang lebih ringan hukumannya.

Namun yang lebih baik ialah kesedaran untuk “ berfikir dua kali” itu adalah kesedaran yang datang dari dalam diri sendiri. Untuk itu pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan informal melalui aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu, sikap

keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu seks mesti dilakukan. Sudah sampai

masanya, perspektif yang lebih positif terhadap seks disebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Sehubungan itu, aspek pertama yang memerlukan kajian dan rumusan segera ialah kurikulum pendidikan seks sedia ada itu sendiri. Ini kerana, fungsi seks sebagai unsur kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga serta sebagai faktor yang meneruskan kelangsungan kehidupan bermoral memang kurang dibincangkan apatah lagi sebagai unsur yang mampu mencetuskan kegawatan sosial memang tidak diketengahkan.

Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya perlu menggembleng tenaga dan fikiran ke arah membasmi perlakuan jenayah seks ini. Langkah-langkah untuk memantau aktiviti remaja yang merupakan anak-anak atau jiran mereka merupakan sumbangan paling berharga ke arah pembasmian yang dimaksudkan. Para remaja itu sendiri pula, perlu memantapkan disiplin kendiri dan memantapkan harga diri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membanteras Jenayah Seks Dengan Bijaksana, oleh Ramlan Abd. Wahab, Dewan Masyarakat, September 2001) Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud keterbukaan tetapi terkawal dalam petikan tersebut.

[2 markah] ii Mengapakah kurikulum pendidikan seks sedia ada perlu dikaji dan dirumus

semula?

[3 markah] iii Pada pendapat anda, apah faktor-faktor jenayah seks di negara ini belum berjaya

dikurangkan?[4 markah] RUMUSAN 42

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada

pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru berkenaan sebagai cerewet. Golongan pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk belajar. Ini kerana dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika mengemukakan pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi pelajaran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran guru dengan cara bertanya atau mengemukakan pendapat.

Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan.

Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan. Namun demikian pergaulan dan berkawan mesti memberi manfaat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain itu pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi mental pula, setiap pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan sentiasa menenangkan fikiran semasa guru sedang mengajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi Akademik Pelajar, Fokus, Jun 2005) Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.

[2 markah] ii Apakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang

tajuk

yang akan diajar oleh guru?

[3 markah] iii Huraikan pendapat anda tentang ungkapan ”Minda yang cerdas berpunca daripada

tubuh yang sihat”[4 markah] RUMUSAN 43

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kita

perlu menguasai Bahasa Inggeris dan langkah-langkah menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan kepada penuturnya. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan peranannya dan kepentingannya. Menyedari hakikat bahawa banyak ilmu dan maklumat dapat diperolehi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dapat dikuasai jika sesaorang itu menguasai bahasa Inggeris, tidak boleh tidak setiap orang khususnya pelajar harus menguasai

bahasa ini. Tanpa menafikan kepentingan dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini, para pelajar perlu berfikiran positif untuk memahirkan diri menguasai bahasa Inggeris ini. Bagi seorang pelajar, menguasai bahasa Inggeris untuk lulus peperiksaan memang merupakan sesuatu yang

sentiasa berlegar dalam fikiran mereka tetapi yang lebih menyedarkan mereka tentang

kepentingan bahasa Inggeris ialah apabila mereka melangkah ke menara gading atau menceburi dunia pekerjaan kelak.

Kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar buku-buku rujukan dan bahan pengajian di universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Bukannya tiada langsung rujukan dalam bahasa Melayu, tetapi bilangannya amat sedikit. Bagi pelajar yang ingin mendapat markah yang baik dalam tugasan yang dibuat, mereka perlulah membuat banyak rujukan yang tertulis dalam bahasa Inggeris. Jika mereka tidak memahami bahasa tersebut sudah tentulah sukar untuk mempersembahkan penulisan mahupun hasil kajian yang bermutu, lengkap dan menyeluruh. Tambah menyulitkan lagi apabila kuliah dan kursus-kursus tertentu disampaikan oleh pensyarah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, apabila kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat, kita dengan akan mendapati arahan-arahan untuk mendapatkan maklumat itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan begitu banyak maklumat dari ribuan sumber ditulis dalam bahasa Inggeris. Kita juga tentunya tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris menerusi internet.

Apabila kita mula melangkah ke pasaran kerja pula, kepentingan bahasa Inggeris akan lebih terasa. Bermula daripada temuduga untuk mendapatkan kerja lagi keadaan ini sudah dapat dirasakan. Ini kerana kebanyakan temuduga untuk memohon kerja terutamnya dalam sektor swasta kebanyakannya dijalankan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berterusan apabila kita berhubung dengan “pelanggan” terutamanya yang datang dari luar Negara. Kita harus berinteraksi dalam bahasa tersebut. Lebih penting lagi, kegagalan menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan menimbulkan perasaan rendah diri. Keadaan ini sudah tentulah meninggalkan kesan psikologi yang berpanjangan yang tentunya tidak baik dari segi produktiviti mahupun emosi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kepentingan

Menguasai Bahasa Inggeris , editor Fokus, Julai 2005)

Dalam dokumen LATIHAN RUMUSAN (Halaman 48-54)

Dokumen terkait