• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATIHAN RUMUSAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LATIHAN RUMUSAN"

Copied!
54
0
0

Teks penuh

(1)

.

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada

perkataan

‘dan’

dalam pengenalan.

.

2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:

*

faktor

= punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi

*

langkah

= inisiatif = cara = kaedah = tindakan

*

kesan

= implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif

*

ciri

= sifat = bentuk

*

masalah

= halangan = cabaran = kekangan

.

3. Contoh:

Contoh 1.

Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada

masyarakat di negara kita.

Jawapan pengenalan rumusan :

Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di negara kita.

.

Contoh 2.

Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di

kawasan bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan bandar tersebut.

.

Pengenalan rumusan :

Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di

kawasan bandar.

.

Contoh 3.

Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan

langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah

perkataan.

.

Pengenalan rumusan :

Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar

cemerlang.

.

Contoh 4.

Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor

pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara.

Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

.

Pengenalan rumusan :

Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada negara.

Contoh 5.

Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak

dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120

patah perkataan.

(2)

Pengenalan rumusan :

Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak

.

.

.

B. MENULIS ISI TERSURAT:

.

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata seperti

yang terdapat dalam soalan. Jangan ubah)

2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.

3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)

4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.

5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi

tersurat.

6. Pastikan, maksimum 2 isi dalam satu ayat.

SEBAIK-BAIKNYA

1 isi dalam 1 ayat.

7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. (selain itu, juga, malah,

dan sebagainya)

.

8. Contoh penggunaan ayat:

.

Contoh 1:

Rumusan dengan ayat yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)

.

-

Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.

-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan

bandar.

-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena

tersebut.

-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai

berhampiran.

-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.

-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di

bandar.

.

Contoh 2 :

Rumusan dengan ayat yang kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)

.

-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.

-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.

-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.

-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.

-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

.

9. JANGAN gunakan perkataan

‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’

dan

lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)

Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan

harus

menguatkuasakankan

undang-undang.

(3)

Salah : Selain itu, kerajaan

harus

mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

Betul

: Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

.

10. Contoh :

Contoh 1

:Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan

kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan

sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat.

"

.

Isi tersurat

:

-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai

menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.

.

Contoh 2

: Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang

dihadapi.

.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.

Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan

oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

.

Isi tersurat

:

- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh

orang ramai menjadi lebih mudah.

.

Contoh 3

: Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

.

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini

banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah

digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara."

.

Isi tersurat

:

- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi

keuntungan kepada negara.

.

Contoh 4

: Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah

mengatasinya.

.

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan

tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi

meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil

menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya

gejala sosial dalam kalangan remaja. "

(4)

Isi tersurat :

- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya

masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

.

.

C. MENULIS ISI TERSIRAT:

.

1. Isi mesti berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.

2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.

3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai

isi anda.

4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.

5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu

ditambah.

6. JANGAN gunakan perkataan

‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’

dan

lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)

.

7. Contoh :

Contoh 1

: Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang

dihadapi.

.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi.

Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan

oleh orang ramai menjadi lebih mudah."

.

Isi tersirat :

- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar

yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.

(Perhatikan - isi ini tiada di petikan atas!)

.

Contoh 2 :

Tulis rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan

langkah untuk memajukannya.

.

Isi tersirat

:

-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi

kemudahan subsidi baja kepada para petani.

(Isi ini mesti anda fikir sendiri dan tiada

dalam petikan!)

.

Contoh 3 :

Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan

kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan

sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus

disekat."

(5)

- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan

menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan

di jalan raya.

(Lihat! Isi yang ditulis ini mesti tiada dalam petikan di atas tadi.)

.

Contoh 4 :

Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan

cara-cara untuk mencegahnya.

.

Isi tersirat :

- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar

anak-anak memilih makanan yang seimbang.

(Jawapan ini mesti merujuk kunci kata kedua

soalan dan mestilah tiada dalam petikan.)

.

.

D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:

.

1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:

i. "siapa harus bertindak"

ii. "apa tindakan perlu dibuat"

iii. "tujuan tindakan itu dibuat dikaitkan dengan soalan"

2. Ayat mesti mengandungi salah satu perkataan berikut:

i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi

ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut

iii. supaya / agar

3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

.

Contoh 1 :

Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang

dikaitkan dengan soalan).

.

Contoh 2 :

Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang dikaitkan

dengan soalan asal rumusan).

.

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:

.

Contoh 1 :

Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

.

Ulasan rumusan:

Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat

(siapa bertindak)

harus berganding bahu

( apa

tindakan)

agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi

(tujuan tindakan yang

(6)

dikaitkan dengan soalan)

.

.

Contoh 2 :

Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.

.

Ulasan rumusan:

Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang

seimbang.

.

Contoh 3 :

Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:

Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar

mendapat pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 :

Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta

permasalahannya.

Ulasan rumusan:

Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran

mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah tiada sempadan. Salah satu daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan telekomunikasi secara maya.

Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk

kepentingan peribadi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba

menyalahgunakan kemudahan internet.

Sebenarnya, internet boleh mendatangkan pelbagai keburukan jika disalahgunakan. Pada kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam

(7)

sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini akan menjatuhkan maruah individu tersebut dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke kafe siber, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus meluncuri internet sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama meluncuri internet, tahap kesihatan mereka akan terjejas. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.

Walaubagaimanapun, kemunculan internet juga banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita dapat memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk membendung budaya merokok dan punca-punca budaya tersebut semakin berleluasa. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Dewasa ini, tabiat merokok dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat semakin membimbangkan. Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira pangkat, agama, budaya , jantina atau status seseorang. Industri tembakau pula secara berterusan meraih keuntungan berlipat ganda walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah dilaksanakan.

Jelaslah bahawa masalah ini semakin menggusarkan dan harus dipandang serius oeh semua pihak, terutama ibu bapa. Usaha kerajaan dalam membendung budaya merokok ini harus dipandang positif oleh semua pihak. Persoalan yang timbul ialah adakah tujuan mereka merokok ini sekadar untuk membuktikan status, glamour dan personaliti atau sebagai lambang kebebasan ? Atau mungkinkah juga tabiat ini berlaku disebabkan perokok ingin melepaskan tekanan atau kekusutan yang melanda hidup? Walau apapun alasan

(8)

yang dikemukakan oleh perokok, tabiat mereka ini ibarat membunuh diri secara perlahan kerana ternyata banyak kesan buruk akan timbul terhadap kesihatan. Tabiat ini tidak dipandang hina oleh masyarakat kerana telah dianggap perkara biasa dalam kehidupan, namun barah ini tidak boleh dibiarkan merebak dalam kalangan remaja termasuk pelajar sekolah rendah. Justeru, peranan ibu bapa amat penting dalam memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh oleh budaya rokok.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani isu ini. Kadar cukai rokok telah dinaikkan atas cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia demi menyedarkan rakyat seluruh dunia tentang keburukan merokok. Kempen anti merokok yang dilancarkan baru-baru ini dengan tema ‘Tak Nak - Setiap Sedutan Membawa Padah’ diharap menjadi satu wadah efektif dalam menyedarkan perokok dan bakal perokok tentang keburukan penggunaan rokok. Kerajaan juga telah menandatangani satu Rangka Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau, anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi membuktikan komitmen kerajaan untuk mengubah tabiat merokok rakyat Malaysia. Selain itu, pendekatan memujuk perokok agar berfikir sebelum merokok dilakukan melalui pemaparan foto kesan-kesan buruk akibat merokok di kotak rokok. Walaupun strategi-strategi yang dilakukan oleh kerajaan tidak dipandang serius oleh perokok-perokok tegar, sekurang-kurangnya kerajaan mungkin berjaya mengurangkan jumlah perokok baru terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

LATIHAN 3

Baca petikan berikut dengan teliti. Buat satu rumusan tentang kesan-kesan obesiti dan punca-punca yang

menyebabkannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.

Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung,, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Obesiti juga memburukkan penampilan seseorang. Orang yang gemuk mengalami masalah untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dan juga sukar untuk berfesyen. Kebanyakan orang yang gemuk juga berisiko untuk mengalami masalah jiwa akibat keinginan melampau untuk kurus.

(9)

Mereka sering dilabelkan sebagai pemalas dan dianggap kurang efektif dalam melakukan kerja. Hal ini adakalanya benar kerana dalam pergerakan orang yang mengalami obesiti agak terbatas.

Masalah kegemukan ini lebih ketara meninggalkan kesan terhadap golongan wanita. Perjalanan haid mungkin terganggu yang seterusnya akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan wanita. Jika mengandung, kegemukan mungkin memberi kesan ke atas kandungan memandangkan tekanan darah akan meningkat dan bayi mungkin terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan pelbagai jenis makanan. Elakkan makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi. Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan. Kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang manis seperti air kosong dan jus buah-buahan. Kita juga harus menjaga waktu makan iaitu makan mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan. Di antara waktu makan utama, makan buah sebagai snek. Elakkan daripada meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika meninggalkan satu waktu makan, anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya dan kita berpotensi untuk makan berlebihan. Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga perlu ditingkatkan. Jadikan hidup anda lebih aktif dengan melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu 10 minit setiap sesi sehingga mencapai jumlah 30 minit.

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang khasiat kunyit dalam bidang perubatan dan masakan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan tradisi yang berasal daripada keluarga Zingiberaceace. Tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama. Di negara China, kunyit dikenali sebagai Jiang Huang dan Yu Jin. Bagi masyarakat Arab, kunyit sinonim dengan panggilan Kurkum. Masyarakat Indonesia pula memanggil kunyit sebagai Indian Saffraon, Curcuma dan Kunir. Mengikut catatan, kunyit banyak terdapat di kawasan – kawasan tropika dan negara asal yang dikenal pasti bagi tumbuhan ini ialah India. Hal ini memang ada kebenarannya kerana kalau kita perhatikan, masyarakat India kebanyakannya menggunakan tumbuhan tersebut terutama sekali sebagai ramuan dalam masakan.

Sebagai sejenis tumbuhan herba, kunyit sememangnya banyak mempunyai khasiat. Selain menjadi rempah ratus dan penyedap dalam masakan, kunyit turut digunakan dalam perubatan tradisional. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, ibu kunyit dapat membantu wanita yang baru bersalin untuk membersihkan dan mengecutkan rahim. Mereka juga menggunakan kunyit bersama – sama lada hitam untuk memanaskan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan kunyit untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, demam kuning, cirit – birit, batuk, lelah

(10)

dan sebagainya. Caranya adalah dengan menumbuk kunyit sehingga lumat dan kemudiannya ditapis untuk diminum.

Kunyit juga dipercayai dapat mengubati penyakit seperti sakit perut, asma, selain dapat

mengurangkan rasa gatal pada mata. Bagi bayi yang menghidap penyakit kulit susu, kunyit yang dicampur dengan kapur dipercayai dapat mengatasinya dengan cara menyapukannya pada bahagian yang berkurap. Kunyit bersifat analgesik dipercayai dapat menyembuhkan luka serta dapat mengurangkan kesakitan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menumbuk kunyit hingga lumat dan seterusnya ditampal pada bahagian yang luka. Kecergasan ibu – ibu selepas bersalin dapat dipulihkan dengan cara mengisar kunyit dan pegaga kemudian airnya diminum. Bukan itu sahaja, malah cara ini dapat menghilangkan keputihan dalam kalangan kaum wanita.

Di negara China, kunyit telah digunakan sejak beratus – ratus tahun dahulu sebagai bahan perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional negara China, kunyit dapat melancarkan peredaran darah manusia dengan cara menjadikan kunyit sebagai bahan minuman. Bagi seseorang yang mengalami rasa lebam dan darah beku, akan dapat dihilangkan dengan cara menyapu kunyit yang telah ditumbuk pada bahagian yang tertentu. Di Thailand, penduduknya menggunakan kunyit untuk menghilangkan kesan bisa akibat dipatuk oleh ular tedung. Perubatan tradisional India turut menggunakan kunyit sebagai salah satu bahan herba yang amat mujarab sebagai pencuci di samping dapat mengubati penyakit kulit atau gatal – gatal. Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang terdapat dalam kunyit. Kita berharap agar para penyelidik akan terus melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan tersebut dan seterusnya kunyit dijadikan ubat penyakit kronik yang mujarab.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kunyit Kaya dengan Pelbagai Khasiat Boleh diperoleh, Melaka Hari Ini, 20 Julai 2006)

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penawar penyakit kronik yang mujarab? (2 markah)

(ii)Nyatakan beberapa keistimewaan yang terdapat pada tumbuhan seperti kunyit. (3 markah)

(iii)Walaupun kunyit dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,namun sambutan masyarakat masih kurang.Pada pendapat anda mengapakah hal ini demikian?(4 markah)

(11)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.

(12)

Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum.

Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana

kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah. Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi. Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 2:Pemahaman Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas.(2 markah)

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum?(4 markah)

(13)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah terlalu kecil. Salah satu daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan telekomunikasi secara maya tanpa sempadan.

Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk

kepentingan sendiri. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi misalnya, meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba menyalahgunakan kemudahan internet.

(14)

Sebenarnya, jika internet disalahgunakan boleh mendatangkan pelbagai keburukan. Pada kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini, akan menjatuhkan maruah individu dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan

sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke “cyber café”, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus melayari internet sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama melayari internet boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.

Walau bagaimanapun, kemunculan internet banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita boleh memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Kabinet Mahu Blog

Internet Dipantau, Berita Harian, 2 Ogos 2006) Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata jaringan telekomunikasi secara maya.(2 markah)

(ii)Nyatakan isu – isu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita.(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar?(4 markah)

(15)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah – langkah menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan faedahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Amalan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini berada pada tahap yang cukup

membimbangkan. Secara puratanya, pelajar membaca satu halaman buku setiap tahun. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pembacaan para pelajar masih lemah. Memang kita akui, ramai pelajar yang membaca kerana desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat, tabiat membaca ini tidak diteruskan. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan pelajar.

Minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara menunjukkan model yang baik kepada anak – anak. Sikap ibu bapa yang sering membaca buku di hadapan anak – anak menyebabkan anak – anak mencontohi ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan misalnya, guru

(16)

guru supaya pelajar berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan, pelajar digalakkan membaca buku – buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau menyiapkan kerja – kerja sekolah yang belum selesai. Pihak sekolah juga boleh menyediakan “Medan Membaca” atau mewajibkan pelajar membuat ulasan terhadap sebuah buku yang mereka baca pada hari perhimpunan sekolah. Usaha ini penting kerana pelajar berasa bahawa membaca itu menyeronokkan.

Kempen – kempen yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang faedah membaca perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa. Penggunaan kata – kata yang menarik seperti “Membaca jambatan ilmu”, “Hidup membaca, hidup bahagia’’ mampu merangsang minat pelajar untuk membaca. Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah, turut menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar yang muncul juara perlu diberi ganjaran sebagai motivasi agar terus membaca. Pembinaan pondok – pondok bacaan di kawasan sekolah yang dilengkapi dengan bahan – bahan bacaan seperti surat khabar lama, buku – buku cerita mampu menyemai minat pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat, sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk di pondok bacaan sambil membaca buku.

Pihak kerajaan turut berperanan dalam menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Kerajaan misalnya, boleh mengurangkan cukai import bahan bacaan bermutu yang diimport dari negara luar. Selain itu, penubuhan lebih banyak perpustakaan di tempat – tempat yang lebih strategik perlu disegerakan. Perpustakan bergerak juga perlu disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar. Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan pelajar hendaklah ditekankan di peringkat awal lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Semua pihak Membantu Kanak – kanak Membaca: Pendidik, BIL. 18-2006)

Soalan 2:Pemahaman Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata melentur buluh biar dari rebungnya.(2 markah)

(ii)Ibu bapa boleh menyemai minat membaca dalam kalangan anak – anak. Bagaimanakah hal ini boleh dilakukan?(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah minat membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan?(4 markah)

(17)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buruk penggunaan kad kredit dan cara-cara mengawal penggunaan kad kredit. Panjang

rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rakyat sentiasa diingatkan supaya bijak menggunakan wang dan mengatur perbelanjaan mereka. Rakyat mempunyai kuasa membeli tetapi ada kalanya timbul masalah apabila mereka membeli barang yang tidak perlu atau secara membazir. Keadaan menjadi lebih meruncing dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

Orang ramai seharusnya menggunakan kad kredit dengan penuh berhemah agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus ke arah muflis. Jika pemegang kad kredit berbelanja besar, banyak yang perlu mereka bayar kepada bank. Harus diingat, kad kredit ialah kemudahan pembayaran pendahuluan iaitu beli dahulu dan bayar kemudian, bukan untuk bermegah dan boros. Bank Negara memberi amaran bahawa sudah wujud semacam pergantungan generasi muda terhadap kad kredit dalam melayan kehendak diri yang tiada berkesudahan. Kad kredit seakan-akan menjadi lesen untuk tunduk kepada nafsu kebendaan

(18)

Kempen dan perang harga yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar dan pasar raya ada ketikanya membangkitkan keghairahan pemegang kad kredit untuk berbelanja. Selain memaparkan iklan di akhbar dan televisyen, kini sudah banyak syarikat mengedar risalah 'potongan harga' dan 'harga runtuh' dari rumah ke rumah. Statistik tahun 2005 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM45.2 ribu juta menerusi kad kredit, iaitu meningkat

13.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kelonggaran syarat pemilikan kad kredit meningkatkan jumlah pemegang "wang plastik" itu, khususnya pengguna muda. Kegagalan melangsaikan hutang kad kredit tentunya membebankan institusi kewangan yang berkenaan, contohnya kos perhubungan dan guaman. Dalam hal ini, kedua-dua pihak kerugian iaitu pengguna mungkin diisytihar muflis dan institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang mereka. Kecenderungan berhutang yang keterlaluan dan kes mahkamah yang membabitkan pemegang kad kredit boleh menjejaskan imej negara yang

cuba bersaing sebagai pusat kewangan serantau.

Salah satu ciri masyarakat maju ialah kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan terhadap baik buruk sesuatu perkara. Pemegang kad kredit tidak terkecuali dalam hal ini. Kad kredit seharusnya kekal sebagai kemudahan untuk berbelanja, bukan mencetuskan

masalah-masalah lain.

(Diubahsuaikan daripada Kad Kredit Bukan Sumber Berbelanja Besar oleh Zainuddin Ayip, Berita Harian, 15 April, 2006)

LATIHAN 9

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran

(19)

sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria, Utusan Malaysia, Jun 2003) SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN

i)

Apakah maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat dalam petikan di atas?

(2 markah) ii) Mengapakah perpaduan penting dalam kehidupan berjiran?

(4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak?

(20)

RUMUSAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi keselesaan hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik. Contohnya, udara yang bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Sebaliknya, pencemaran udara akan menyebabkan sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut, semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi akan datang. Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar hendaklah dirancang dengan teliti. Selama ini kita dapati kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan alam sekitar, seperti menangkap ikan dan membalak telah merubah alam semula jadi di sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal

(21)

kegiatan-sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan yang tidak diuruskan dengan baik telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya serta mendatangkan risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam.

Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan. Walau bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan lebuh raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan. Di samping itu, pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat menikmati keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk mngejar pemodenan, kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan itu, pewartaan hutan simpan hendaklah diperbanyak bukan sahaja untuk mengekalkan keseimbangan suhu malah sebagai kawasan tadahan hujan.

Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan dunia sejagat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda peranan alam sekitar yang berkualiti?” oleh Nasron Sira Rahim, Berita Harian 2006)

RUMUSAN 11

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan pudarnya

penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan negara. Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas diri dalam diri anak-anak muda. Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita akan berasa bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang dikibarkan atau apabila negara mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena antarabangsa. Pendek kata, semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda. Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh generasi ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, mereka mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan

(22)

kemerdekaan tersebut. Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan negara dalam hubungan tidak terlalu bergantung pada negara lain amat perlu. Hal ini demikian kerana tanpa kebebasan membuat keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan terus menjadi hamba atau orang suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah diperalatkan oleh negara lain untuk mencapai sesuatu agenda mereka.

Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan minda. Ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan bagi membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan akidah. Anak muda yang tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial. Mereka tentunya sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju masyarakat masa hadapan.

Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian. Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini nampaknya lebih erat hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana wawasan budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif dalam kalangan mereka. Kedudukan kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga nampaknya sudah agak setanding seperti peribahasa duduk sama rendah; berdiri sama tinggi.

Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Ini dapat memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara.

Akhirnya, semangat patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana semangat ini menyentuh soal maruah, martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 165 – 166)

RUMUSAN 12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha

membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2005, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005 hingga tahun 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.

Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat harus mempunyai keupayaan

(23)

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus

meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya

berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkaan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan fizikal seharusnya seiring dengan pembangunan insan.

Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adat yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.

Diubahsuaikan daripada Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita oleh Tuan Ismail Tuan Muhammad, Dewan Siswa, Februari 2008 RUMUSAN 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan makanan dan kesan daripada langkah-langkah-langkah-langkah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan penyakit yang berbahaya seperti kolera, cirit-birit, dan tifoid merebak kerana pencemaran makanan dan minuman oleh kuman. Hal ini demikian kerana kurang kesedaran dalam kalangan pengendali makanan dan pengguna. Makanan dan minuman yang tercemar bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seseorang, malah juga boleh menyebabkan maut. Oleh sebab itu, pengendali makanan mesti memastikan makanan dan alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang bersih.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 519 kes penyakit kolera dengan 10 kematian telah berlaku di negara kita pada tahun 2001. Jumlah kes ini telah menurun berbanding dengan tahun 1998, iaitu sebanyak 1,304 kes dengan 19 kematian. Bagi kes keracunan makanan pula, sebanyak 5,469 kes telah berlaku pada tahun 2001

(24)

berbanding dengan 8,640 kes pada tahun 1999. Dalam tempoh yang sama kes tifoid telah menurun daripada 811 kes kepada 610 kes.

Penurunan ini menggambarkan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan makanan telah meningkat. Hal ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan atau kerana keberkesanan penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa kesihatan. Namun begitu setiap individu harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran.

Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti makanan dan kebersihan di premis-premis perniagaan makanan. Antara usaha yang telah dijalankan termasuklah melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan. Untuk tujuan ini, Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM). SKKM mula diperkenalkan pada tahun 1977.

Kesedaran masyarakat tentang kebersihan sangat penting. Penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak berkesan jika tahap kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan persekitaran selaras dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 202)

RUMUSAN 14

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan pengangkutan moden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Operasi Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres melakar satu lagi sejarah pemodenan sistem pengangkutan negara dan standard industri kereta api rantau ini. Meskipun bukan kereta api laju bertaraf tren peluru di Jepun atau tren di Perancis yang boleh memecut sehingga melebihi 300 kilometer sejam, ERL yang mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam tetap mengagumkan. Projek ERL dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk memastikan bahawa Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan ekonomi.

Selaras dengan hasrat perkhidmatan ERL yang berpegang pada konsep ”Lapangan Terbang Dalam Bandar Raya”, maka kemudahan untuk penumpang pesawat membuat pendaftaran masuk disediakan di Terminal Udara Dalam Bandaraya Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT). Melalui perkhidmatan ini,

(25)

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT. Melalui konsep ini juga, perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek. Perjalanannya hanya memakan masa selama 28 minit dan kekerapan perkhidmatannya ialah 15 minit sekali. Konsep ini memberikan penekanan kepada elemen masa sebagai faktor utama pengurusan kerja yang efisien.

Bagasi penumpang kapal terbang dari Stesen Sentral Kuala Lumpur atau KLIA diangkut dengan alat pengangkut di dalam stesen terminal dan kontena kereta api dengan dipantau oleh sistem pengurusan bagasi. Untuk memastikan urusan perkhidmatan bagasi penumpang beroperasi dengan cekap, satu sistem yang dikenal sebagai Sistem pengendalian Bagasi secara automatik disediakan. Untuk meningkatkan keselamatan bagasi, kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg dan merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka atau mencuri beg-beg berkenaan. Dengan ini keselamatan bagasi penumpang adalah terjamin.

Dengan kadar tambang RM 35.00 sehala, perkhidmatan ERL menjanjikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum. Tren berhawa dingin ini dilengkapkan dengan kerusi empuk yang selesa dan tempat bagasi yang lebih luas. Kemudahan yang disediakan dan kelajuan maksimum yang terdapat pada tren tersebut meletakkan KLIA Ekspres sama taraf dengan tren di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 61)

RUMUSAN 15

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekalkan perpaduan kaum dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kemasyarakatan. Oleh itu, kita harus menghargai segala yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha bagi meningkat perpaduan kaum. Dalam konteks ini, perpaduan dan kerjasama berkait rapat. Hal ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Dalam usaha untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan, semangat ini hendaklah dipraktikkan sejak bangku sekolah lagi. Selain itu, semangat ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian demi menjamin keutuhan ekonomi dan berjuang bersama-sama untuk mempertahankan Malaysia bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan.

(26)

Di samping itu ,rakyat Malaysia perlu menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di negara ini agar keamanan negara dapat dikecapi. Seterusnya, walaupun di mana-mana kita berada di Malaysia ini,kita mestilah mematuhi undang-undang. Kita juga mestilah menghormati undang-undang negara ini supaya kehidupan kita lebih harmoni. Untuk mengelakkan ketegangan kaum pula, setiap kaum di negara ini mestilah menghormati kaum yang lain baik dari segi agama,bahasa,budaya dan sebagainya. Oleh itu prinsip hormat-menghormati ini sangat penting untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup di negara kita.

Sesungguhnya perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran untuk berubah sesuai dalam era globalisasi. Sememangnya perpaduan amat penting dalam apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebih-lebih lagi ketika susah. Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya. Andai kata perpaduan di negara tergugat, akan terjadilah seperti maksud peribahasa”Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji, pecah semua.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 97-99 )

RUMUSAN 16

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan MyKad dalam urusan harian dan kekangannya. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kad Pintar Pelbagai guna Kerajaan (KPPK) atau sekarang ini dikenal juga dengan nama MyKad bukan sahaja yang pertama di dunia,malahan juga ciptaan yang menjadi kebanggaan negara kita. MyKad merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia. Secara mudahnya, MyKad ialah penggunaan lebih daripada satu kad dalam sekeping kad. Sesuai dengan namanya, maka MyKad menggabungkan beberapa dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu,maklumat pasport antarabangsa, MEPS tunai dan capaian prasarana kekunci awam

Sehubungan perkara di atas, dapat menggunakan MyKad sebagai kad ATM atau sebagai alat urus niaga e-dagang.Selain itu dapat mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa berurus niaga,semasa berurusan dengan pejabat-pejabat

(27)

lagi.

Projek KPPK ini telah mula dilancarkan pada 2001 dan pelancarannya ke seluruh negara pada 2002. Pelaksanaan KPPK ini merupakan satu titik sejarah negara dalam usaha menerokai dunia multimedia kerana Malaysia bukan sahaja menjadi negara pertama menggunakan kad pintar di dunia, malahan menjadi negara pencipta kad pintar pelbagai guna yang tercanggih..Penciptaan kad seperti ini juga akan menjadi perintis teknologi terunggul di rantau ini dan pada mata dunia.Teknologi cip dan biometriks yang yang digunakan pada kad pintar mampu meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna khususnya dari segi keselamatannya. Ciri-ciri keselamatan tersebut melindungi pemiliknya daripada sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan kad

Agensi-agensi yang terbabit akan menggunakan alat pembaca mudah alih yang direka khas untuk mengesan maklumat pemegang kad bagi tujuan pengesahan. Untuk tujuan urusan yang diperlukan, pemilik kad hanya dikehendaki meninggalkan kesan cap jari pada permukaan pengimbas kad di samping memasukkan kad ke dalam alat pembaca kad. Jika kesan cap jari itu sama seperti yang dipaparkan dalam cip makro yang terdapat pada permukaan kad tersebut, maka kad berkenaan dianggap sah dan urusan yang selanjutnya boleh diteruskan. Kejayaan kita mencipta kad pintar seperti ini meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 232-233 )

RUMUSAN 17

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa dan langkah-langkah meningkatkan mutu penganjuran sukan tersebut . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan untuk menganjurkan pelbagai kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Antara kejohanan yang pernah dianjurkan termasuklah Sukan Komanvel ke-XVI pada tahun 1998, Kejohanan Hoki Piala Dunia 2002, kejohanan Sukan Lumba Basikal Le Tour d’Langkawi , Kejohanan Bot Laju Formula 1 (F1), Kejohanan Perlumbaan Kereta Formula 1 sejak 1999 dan banyak lagi. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya banyak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada negara, malahan kepada rakyat juga.

Penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa ini akan mempromosikan negara kita ke seantero dunia. Setiap kejohahan yang dijalankan biasanya disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen ke seluruh dunia. Hal ini akan menyebabkan

(28)

penduduk di negara-negara lain yang juga merupakan peminat setia sesuatu jenis sukan itu akan mengetahui kedudukan negara Malaysia. Mereka sudah tentu akan terpikat dengan keunikan dan kecantikan flora dan fauna di negara kita. Selain itu, sebelum kejohanan berlangsung, pihak penganjur akan mengadakan promosi dengan pelbagai cara untuk menarik kehadiran penonton. Secara tidak langsung, kita dapat mempromosikan negara.

Selain itu, kehadiran penonton yang menyaksikan kejohanan ini juga akan merancakkan aktiviti pelancongan di negara kita. Kehadiran pelancong semasa temasya sukan ini berlangsung membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Kebiasaannya, penonton yang menyaksikan sesuatu kejohanan itu akan datang lebih awal. Di samping menyaksikan pertandingan, mereka juga berkesempatan untuk menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna di negara kita. Selain meningkatkan industri pelancongan, kehadiran pelancong juga dapat memajukan industri perhotelan.

Mereka juga akan tertarik dengan keunikan hasil kraf tangan rakyat negara ini seperti anyaman , seramik, dan batik. Secara tidak langsung industri kraf tangan ini akan berkembang maju. Apabila mereka kembali ke negara asal, mereka akan menceritakan pengalaman yang diperoleh kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain. Hal yang demikian, hasil kraf tangan negara ini telah diperkenal ke negara-negara lain melalui penganjuran sukan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran temasya sukan peringkat antarabangsa membuktikan bahawa negara kita mampu menyaingi negara-negara lain terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan penyediaan prasarana sukan . Stadium sukan, kemudahan menjalankan latihan secara berpusat, dan peralatan sukan yang bertaraf dunia menjadi kayu ukur semasa membuat persediaan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Di samping kejayaan negara menyediakan kemudahan dan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa, negara juga sebenarnya berjaya berjaya menjanakan ekonominya .

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Ting. 5, muka surat 219) RUMUSAN 18

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan melabur dalam Saham Amanah dan usaha-usaha mengalakkan rakyat melabur. . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Amanah saham ialah suatu bentuk pelaburan terkumpul yang membenarkan pelabur yang mempunyai matlamat serupa mengumpulkan dana masing-masing untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana profesional. Hal yan demikian, pelbagai skim amanah saham telah diwujudkan di negara kita sama ada yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Antara skim amanah saham yang popular di negara kita termasuklah skim Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan banyak lagi. Skim amanah saham yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi yang menyeluruh dalam kalangan ahli masyarakat. Semua dana yang diwujudkan merupakan satu pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. Oleh itu, rakyat digalakkan merebut peluang melabur dalam skim amanah demi jaminan masa hadapan terutama golongan remaja

Referensi

Dokumen terkait

Sistem saraf sadar bekerja atas dasar kesadaran dan kemauan kita. Ketika Anda makan, menulis, berbicara, maka saraf inilah yang mengkoordinirnya. Saraf ini mene-ruskan impuls

Padatan tersuspensi adalah padatan yang menyebabkan kekeruhan air, tidak terlarut dan tidak dapat langsung mengendap, terdiri dari partikel-partikel yang ukuran maupun beratnya

Perlawanan dengan kekerasan dan nonkekerasan yang diperlihatkan oleh PKL Sampangan dan Basudewo dapat dipahami, karena mereka dalam memperjuangkan keinginan dan

Dalam penelitian ini akan dicari dosis dan lama inkubasi pupuk kandang yang paling tepat untuk meningkatkan kualitas tanah pasir pantai sehingga dapat menunjukkan

(wanita) untuk ikut berpartisipasi mencapai prestasi. Meskipun masih berada dibawah bayang- bayang kaum pria, wanita yang berpartisipasi dalam olahraga kian hari kian meningkat.

satu masalah kesehatan dunia.Di Indonesia AKI tahun 2012 adalah 359/100.000 kelahiran hidup.Perdarahan merupakan penyebab kematian ibu bersalin yang memberikan

Dari 40 jenis anggrek tersebut sebagian besar merupakan jenis-jenis yang banyak dijumpai di jalur pinggir hutan, yaitu sejumlah 18 jenis dengan kelimpahan

• Di aplikasi 2013, tabel Penugasan / PTK Terdaftar wajib diisi, jika tidak, maka PTK ybs tidak dapat didaftarkan mengajar. Input melalui