(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Memupuk
Kreativit Mencambah Inovasii’, Estidotmy, 26 Oktober 2005)
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri
(i) Huraikan maksud rangkai kata menjana kekayaan dan keuntungan
berdasarkan petikan di atas. [2 markah] (ii) Mengapakah kreativiti penting kepada inovasi? [2 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh
individu untuk menghasilkan inovasi mereka. [4 markah]
RUMUSAN 28
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca guru bertindak agresif terhadap para pelajar dan kesannya kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja. Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan tidak mencari pasal.
Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru
agresif apabila arahan dan amarannyan tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru. Jarang-jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan atau amaran terlebih dahulu.
Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan perangainya. Ada guru yang tidak ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru kadang-kadang terlepas cakap dan mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan, guru berkenaan pun mengotakan ‘janjinya’ itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana berasa tidak puas hati dengan bentuk hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan. Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.
Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak agresif. Keguruan merupakan profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk provokasi daripada pelajar-pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh berfikir dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru beredar sahaja dari situasi yang sangat mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pandangan Pelajar: Mengapakah Guru Bertindak Agresif’, Pendidik, Bil 16- 2005) Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri (i) Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi
berdasarkan petikan di atas. [2 markah] (ii) Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi
situasi yang tegang itu? [3 markah] (iii) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah
guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]
RUMUSAN 29
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang faktor-faktor pelajar
tidak berminat mengambil mata pelajaran sastera dan akibatnya Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Mulai tahun tersebut juga, semua pelajar peringkat menengah wajib mengikuti KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah. Pendedahan kepada dunia sastera menjadi landasan kepada pelajar untuk menghayati dan seterusnya menghargai sastera. Namun, yang mengecewakan, pelajar hari ini tetap memandang rendah terhadap dunia sastera. Timbul pelbagai rungutan dan alasan daripada pelajar apabila bercakap tentang sastera.
Dalam ledakan teknologi maklumat kini, rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera tidak menjanjikan masa depan yang cerah berbanding dengan subjek lain. Arus globalisasi yang berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka lebih rela menghafal formula sains daripada membaca bait-bait puisi. Selain itu mereka juga berpendapat peluang melayakkan
diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi tipis jika mereka mengambil subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain.
Budaya kurang membaca dalam masyarakat juga mendorong pelajar meminggirkan sastera. Tambahan pula, kebanyakan pelajar hari ini tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius. Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan diperlukan untuk menguasai dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.
Persepsi yang berlainan juga berlaku terhadap subjek Sastera apabila segelintir
daripada pelajar menganggap sastera merupakan mata pelajaran yang senang atau mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka menganggap, mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk mempelajari mata pelajaran Sastera. Disebabkan faktor tersebut, mereka mengambil subjek sastera walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengetahui makna sebenarnya sastera. Mereka belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata tanpa cuba untuk mendalaminya.
Tidak kurang juga yang menganggap bahawa sastera itu sebagai perkara yang terlalu sukar untuk difahami, memberatkan fikiran, dan seterusnya tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa sastera merupakan subjek yang begitu susah. Pelbagai pandangan dan tanggapan negatif yang diberikan oleh pelajar terhadap sastera, secara tidak disedari menutup laluan yang telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan kepada mereka.
Yang paling penting, kesedaran diri pelajar sendiri dalam memupuk minat akan sastera. Selain itu persekitaran merupakan faktor yang membantu menanam minat pelajar akan sastera. Kini, terpulanglah kepada pelajar sama ada hendak menggunakan laluan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan sepenuhnya atau bak kata pepatah, “tepuk dada, tanyalah selera”.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Pelajar dan Sastera”, oleh Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, November, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata persepsi yang berlainan juga berlaku
[2 markah] (ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengambil mata pelajaran Sastera?
[3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperolehi dengan mengambil mata
pelajaran sastera. [4 markah] RUMUSAN 30
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang keburukan produk kelangsingan badan terhadap kesihatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaannya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
Masalah obesiti atau kegemukan sekarang menjadi fenomena sejagat. Kelangsungan
fenomena ini mengundang kebanjiran pelbagai produk melangsingkan badan. Produk sebegini
begitu kuat pengaruhnya kepada pengguna kerana keberkesanan strategi promosi yang dilakukan oleh pengeluarnya. Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk juga memikat hati pembeli. Malah promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media massa.
Terdapat produk kelangsingan badan di pasaran yang mempunyai beberapa kesan negatif. Antaranya ialah produk yang merangsang peningkatan jumlah air kencing yang dikenali sebagai diuretik. Dengan penggunaan produk ini, penurunan berat badan belaku disebabkan oleh penurunan dalam jumlah air dan potasium yang terkandung dalam badan. Kekurangan potasium menyebabkan kelemahan otot termasuk otot jantung. Penyingkiran bahan ini juga boleh
Di samping itu terdapat juga produk kesihatan yang meningkatkan kekerapan membuang air besar. Kekerapan ini mengakibatkan penggunanya mendapat cirit-birit. Cirit-birit yang berterusan menghalang penyerapan zat makanan yang sempurna, yang mengakibatkan kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menggunakan produk ini dinasihatkan menghentikan penggunaannya bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan. Ini kerana, produk ini juga menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal.
Produk kelangsingan badan yang paling popular ialah produk yang boleh mengurangkan selera makan. Biasanya produk ini mengandungi dadah terbitan seperti adernalin, fenfluramin, norepinefrin atau norpseudoepinefrin. Produk kelangsingan tubuh jenis ini menyebabkan rasa loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga. Malah produk jenis ini juga boleh menyebabkan rasa keresahan, sukar tidur (insomnia) dan mudah marah. Sekiranya dibiarkan berpanjangan keadaan ini akan membawa kepada permasalahan psikologi. Apa yang membimbangkan produk ini turut mengganggu kadar denyutan jantung yang akhirnya akan mengakibatkan penyakit jantung yang kronik. Terdapat juga laporan yang menunjukkan kesan produk kelangsingan ini terhadap kerosakan hati penggunanya. Hal ini demikian kerana kebanyakan dadah yang diambil ini masuk ke dalam aliran darah serta akhirnya akan dimetabolismekan di dalam hati.
Sebenarnya kaedah yang terbaik dalam menurunkan berat badan ialah dengan mengawal selera makan serta mengamalkan senaman yang berterusan. Kaedah ini tidak memberikan permasalahan kepada kesihatan dan jika diamalkan secara berterusan nescaya membolehkan seseorang mempunyai bentuk badan yang menarik.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Bahaya Produk Kelangsingan Badan”, oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kelangsungan fenomena ini dalam petikan di atas? [2 markah] (ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan daripada pengguna? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat menjaga kesihatan diri? [4 markah] RUMUSAN 31
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memartabatkan profesion keguruan dan kepentingannya kepada guru-guru . Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan
“Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilngan”, begitulah tema hari guru pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang mengutamakan kualiti dalam setiap pekerjaan mereka. Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan untuk memastikan hasrat ini tercapai.
Untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan beberapa strategi untuk memartabatkan profesion keguruan. Mungkin yang paling mudah antara startegi-strategi ini adalah menambah baik Skim Perkihdmatan Pendidikan. Memang selama ini pun banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik aspek ini. Tujuannya amat mudah iaitu untuk menjadikan profesion keguruan mempunyai skim yang menarik dan dengan
itu dapat menarik calon yang berkualiti untuk menyertai profesion ini. Diharapkan, kehadiran guru yang berkualiti dapat memertabatkan profesion keguruan.
Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada KPM sekarang yang berusaha mendapatkan calon terbaik melalui Program Pelajar Cemerlang dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Melalui program ini setidak-tidaknya pelajar cemerlang yang benar-benar berminat telah dikenal pasti sejak selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun KPM menghadapi cabaran kerana membuka laluan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ini kerana mereka dikatakan memilih profesion ini sebagai pilihan terakhir. Oleh itu prestasi mereka dalam kerjaya tersebut kurang memuaskan malah dikatakan memilih dan tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman.
KPM juga berusaha untuk menambah bilangan guru yang berkelulusan ijazah. Dengan itu KPM berura-ura untuk merealisasikan penaikan taraf maktab perguruan kepada institusi yang bertaraf universiti. Dengan usaha ini KPM dapat mengawal kualiti dan ciri guru yang hendak dihasilkan. Usaha ini juga dapat menawarkan tempat kepada pelajar martikulasi yang berminat untuk menjadi guru tetapi terhalang oleh jumlah tempat yang mampu disediakan oleh IPTA.
Untuk memastikan guru dapat memberikan perkhidmatan berkualiti, KPM akan memastikan penempatan guru bersesuaian dengan kehendak diri guru tersebut. Selain itu KPM juga berusaha untuk mempertimbangkan permohonan pertukaran guru dengan lebih mudah. Dengan cara ini tekanan yang dihadapi guru dapat dikurangkan. Bagi mengurangkan tekanan dan memastikan kualiti kerja guru tidak terjejas, KPM telah mengarahkan agar beban kerja guru dikaji. Dengan ini guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik.
Strategi seterusnya adalah dengan meningkatkan rasa bangga dan keyakinan guru terhadap profesion mereka. Diharapkan langkah tersebut akan mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan. Strategi ini bukanlah sukar, namun ia menuntut kesatuan fikiran dan tindakan warga guru. Melalui perubahan dalaman dan pembetulan kendiri ini, barulah pandangan masyarakat terhadap guru akan berubah.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, merenung kembali Profesion Keguruan di Malaysia”, oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005). Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata berura-ura untuk merealisasikan dalam petikan di atas.
[2 markah] (ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerima
graduan Kursus Lepasan Ijazah (KPLI)? [3 markah] (iii) Pada pandapat anda apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru supaya
mereka dipandang tinggi oleh masyarakat? [4 markah] RUMUSAN 32
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tujuan Sistem Taksiran Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ke mana hasil cukai negara dibelanjakan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula memperkenal Sistem Taksiran Sendiri (STS) bagi mewajibkan kira-kira tiga juta pembayar cukai individu membuat taksiran dan menentukan sendiri jumlah cukai yang perlu dibayar. Sistem ini diperkenalkan sebagai satu usaha meningkatkan kutipan cukai. Walau bagaimanapun ramai orang tidak memahami STS dan merasakan ianya satu beban dan menyukarkan. Begitu juga pelbagai aspek percukaian lain yang kadang-kadang dianggap rumit. Sehubungan dengan itu, LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai. Melalui sistem ini LHDN menjangkakan tahap pematuhan pembayaran cukai dalam kalangan pembayar cukai akan meningkat. LHDN juga mahu meningkatkan jumlah pembayar cukai melalui pendidikan pembayaran cukai. Sebelum ini ramai tenaga kerja LHDN digunakan untuk menjalankan
kerja-sumber tenaga.
LHDN juga akan terus memperbaiki mutu kerja kakitangan sedia ada dan menyediakan unit penerangan percukaian kepada pembayar cukai. Usaha-usaha mengutip cukai akan diberi keutamaan bukan lagi mentafsir cukai. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang ingkar membayar cukai merupakan jalan terakhir memastikan sumber kewangan kerajaan ini tidak tiris. Apa yang penting melalui sistem STS ini, orang ramai akan membuat bayaran tanpa banyak alasan. Pelbagai faedah akan dinikmati rakyat jika semua pihak sama-sama melaksanakan tanggungjawab membayar cukai. Jika kita tidak dapat merasai faedahnya sekarang mungkin faedahnya akan dirasai oleh anak cucu kita pada masa akan datang.
Semua pembayar cukai harus menghantar borang bayaran cukai mereka. Jika mereka tidak tahu atau tidak faham berhubung potongan cukai tersebut, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu mengenainya. Melalui kaedah STS ini juga pihak LHDN berharap dapat meningkatkan kemampuan menjejaki pembayar cukai yang culas selain dapat meringankan beban menjejaki individu yang ingkar hingga ke rumah atau menulis surat amaran. Semua ini membantu LHDN mengurangkan kos operasi yang semakin meningkat.
Setiap pembayar cukai pasti akan faham tanggungjawab mereka dan mereka akan terus melunaskan kewajipan penting ini setiap tahun. Sementara itu pihak LHDN pula akan berpegang, kepada logo Mesra, Membantu dan Memuaskan dalam melaksanakan amanah yang digalas.
(Diubahsuai daripada, “Hasil dijangka meningkat melalui STS”, Berita Minggu,Ahad, 27 Mac 2005)
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Taksiran Sendiri (STS)?
[ 2 markah ]
(ii)
Mengapakah LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai? [ 3 markah ](iii)
Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah individu yang sepatutnyamembayar cukai tidak berbuat demikian?
[ 4 markah] RUMUSAN 33
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah memperkasa
sekolah kebangsaan dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Proses pengintergrasian kaum memang wajar dimulakan daripada peringkat sekolah lagi, tetapi kita bagaikan masih tercari-cari apakah ramuan yang terbaik untuk menghasilkan generasi yang diharapkan? Sekolah Wawasan umpamanya merupakan satu usaha yang baik, namun mampukah dengan hanya berkongsi padang atau kantin sekolah berjaya merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan kaum? Jika proses ini berlaku dalam dua bangunan yang berbeza, agak mustahil mereka dapat berkongsi aspirasi yang sama. Jika mereka hanya berinteraksi sewaktu di kantin atau di padang sekolah, semangat kekitaan tidak akan wujud sebagai satu entiti, sebaliknya secara berasingan. Maka kewujudan tiga buah sekolah berlainan
aliran dalam satu kawasan seperti konsep Sekolah Wawasan dilihat sukar untuk mencapai matlamat perpaduan.
Belajar dalam satu kelas dan dalam satu sekolah yang sama adalah kuncinya, bukan dalam satu kawasan sekolah tetapi kelas atau bangunan yang berasingan. Biarkan para pelajar Melayu, Cina, India, atau kaum-kaum lain berada dalam satu kelas untuk mengikuti mata pelajaran yang diwajibkan. Justeru proses memperkasakan sekolah kebangsaan agar sifatnya menjadi lebih nasional dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar. Imej nasional tersebut mampu mengurangkan prasangka negatif. Pelbagai kemudahan di sekolah kebangsaan mesti ditingkatkan setanding atau lebih baik berbanding sekolah jenis kebangsaan. Persepsi kemudahan di sekolah kebangsaan yang selalunya usang, serba kekurangan, daif harus dihapuskan. Faktor-faktor inilah yang menjadikan sekolah kebangsaan di pandang rendah. Lokasi sesebuah sekolah antara faktor yang boleh mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di sana. Sekolah kebangsaan haruslah dibina di lokasi yang strategik seperti berhampiran dengan tempat kediaman, mudah dihubungi dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan.
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah menawarkan semua mata pelajaran yang diajar di SJK Cina dan SJK Tamil, di sekolah-sekolah kebangsaan. Hilangkah identiti sesuatu kaum itu jika ia dikongsi dan diberi peluang kepada kaum lain untuk menghayatinya? Biarkan pelajar-pelajar Melayu diberi peluang mempelajari mata pelajaran yang selama ini ditawarkan di SJK Cina atau SJK Tamil. Memang sudah tertanam di dasar setiap minda kita bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu.
Menyediakan tenaga pengajar yang bertaraf dunia di sekolah-sekolah kebangsaan merupakan strategi penting. Tenaga pengajar yang berkualiti teras kecemerlangan sesebuah sekolah. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dianggap nadi utama menghasilkan insan atau pelajar yang berilmu. Justeru sekolah kebangsaan haruslah menekankan aspek tersebut agar lebih diyakini oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian untuk menjamin prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar sekolah kebangsaan sentiasa tinggi. Keadaan ini sudah tentu akan dapat menarik minat pelajar pelbagai kaum untuk belajar di sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadi pewaris perpaduan pada masa depan.
(Diubahsuai daripada ‘Perkasakan Sekolah Kebangsaan’, Utusan Malaysia, Selasa 15 Mac 2005 )
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan?
[ 2 markah ] (ii) Mengapakah kemampuan Sekolah Wawasan merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan
kaum dipersoalkan?
[ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda mengapakah masyarakat Malaysia perlu bersatu padu?
[ 4 markah ] RUMUSAN 34
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menggunakan biodiesel dan usaha-usaha meningkatkan penggunaannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Minyak merupakan pembekal tenaga terbesar di dunia iaitu sebanyak 36% diikuti oleh arang batu 23%, gas asli 21%, dan lain-lain. Separuh daripada jumlah minyak yang digunakan adalah untuk kenderaan pengangkutan. Walaupun petroleum merupakan pembekal tenaga yang paling efisien, penggunaannya telah menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, bahan api alternatif diperlukan bagi mengurangkan masalah-masalah tersebut. Antara bahan api alternatif yang dikenal pasti adalah biodiesel. Bahan api biodiesel semakin mendapat perhatian kerana selain mesra alam dan sumbernya pula boleh diperbaharui.
berpunca daripada asap kenderaan. Gas-gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang dikeluarkan daripada pembakaran bahan api petroleum menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia dan hujan asid selain boleh mengancam kesihatan manusia. Biodiesel didapati tidak mengandungi sulfur, maka tiada pencemaran sulfur dioksida. Sifatnya yang sedemikian menjadikan biodiesel antara pilihan bijak menyelamatkan alam sekitar dan seterusnya nyawa manusia. Pembakaran biodisel juga tidak mengeluarkan karbon dioksida berlebihan. Karbon dioksida yang dikeluarkan akan dikitar semula melalui proses fotosintesis selanjutnya.
Sumber membuat biodiesel berbeza-beza mengikut negara, contonya minyak kacang soya di Amerika Syarikat, minyak rapeseed di Eropah dan minyak sawit di Malaysia. Justeru