SEJARAH AKHBAR DI INDONESIA
5.2 Sistem Media di Indonesia
5.2.2 Akhbar Orde Baru
Pada awal kekuasaan Orde Baru, Indonesia mengalami keterbukaan serta kebebasan dalam mengeluarkan berpendapat. Masyarakat bersuka cita menyambut pemerintahan Soeharto yang diharapkan akan mengubah kegagalan pemerintahan Orde Lama. Pemerintah pada masa Orde Baru harus melakukan pemulihan di segala aspek, antara lain aspek ekonomi, politik, sosial, budaya, dan psikologis rakyat.
Indonesia mulai bangkit sedikit demi sedikit, bahkan perkembangan ekonomi pun semakin pantas. Namun berbanding terbalik, dengan akhbar Orde Baru. Akhbar yang seharusnya bersuka cita menyambut kemerdekaan pada masa Orde Baru, malahan sebaliknya. Akhbar mendapati pelbagai kawalan dari pemerintah. Tidak ada kemerdekan dalam menerbitkan berita-berita kritikal kepada pemerintah. Bila ada maka media massa tersebut akan mendapatkan amaran keras dari pemerintah yang tentunya akan mengancam penerbitannya (Syahputra, 2013)
Pada masa Orde Baru, segala penerbitan di media massa berada dalam kawalan pemerintah iaitu melalui menteri penerangan. Bila ingin tetap hidup, maka media massa tersebut harus memberitakan hal-hal yang baik tentang pemerintahan Orde Baru. Akhbar seakan-akan dijadikan corong pemerintah untuk mempertahankan kekuasaannya, sehingga akhbar tidak menjalankan fungsi yang sesungguhnya iaitu sebagai penyokong dan pembela masyarakat. Oleh karena itu Orde baru memang berbeza dengan Orde Lama. Menurut Soekarno menyatakan bahawa revolusi perlu kepemimpinan. Tanpa itu, yang ada hanyalah kepanikan dan ketakutan. Kita masih berada dalam revolusi ekonomi, kerananya saya tidak mengizinkan adanya kritik destruktif terhadap kepemimpinan saya mahupun kebebasan akhbar. Sebagai sebuah negara, kita masih terlalu muda untuk menanggung lebih banyak lagi kekacauan (Suwirta, 2008)
Maka dalam pada itu, akhbar Orde Baru mengalami revolusi yang cukup pantas baik dari aspek dasar dan sistem akhbar. Kemerdekaan akhbar Orde Baru adalah mahkotanya Orde Baru yang pernah diucapkan oleh Menteri Penerangan Ali Murtopo. Pada tahun 1966, Masa Orde Baru dimulai dengan ditetapkan Undang-undang No. 11 Tahun 1966 tentang Prinsip-prinsip Dasar Pers menyatakan bahawa akhbar nasional tidak dapat ditapis atau dikawal. Dan kemerdekaan akhbar dijamin sebagai bahagian dari hak-hak dasar warga negara. Namun semua dasar mengenai akhbar hanya pada undang-undang sahaja dalam menjalan undang-undang tersebut pemerintah besikap otoriter terhadap akhbar (Suwirta, 2008).
Sejarah yang paling buruk bagi akhbar sepanjang Indonesia merdeka. Pada Februari dan Mac 1965, akhbar dilarang terbit kerana mendukung anti Komunis. Ada
46 surat khabar yang dibatalkan lesennya oleh kerajaan. Pembatalan surat khabar dilakukan kerana surat khabar tersebut diduga berhubung kait dengan parti Komunis Indonesia (PKI). Banyak para editor surat khabar yang masuk penjara akibat dari mendukung Parti Komunis. Para pendukung “kiri” diberhentikan oleh Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) dan Pejabat Berita ANTARA (Suwirta, 2008).
Menurut Krishna (2001) media massa termasuk akhbar khasnya media elektronik jadi alat penting dalam memelihara dan membantu beranakpinaknya kekuatan Orde Baru. Hal ini, boleh dipahami sebagai lembaga budaya akhbar di Indonesia telah mengalamai masa-masa keji penuh badai dalam perjalanan sebuah negara Orde Baru. Pergantian kekuasaan politik setelah peristiwa 1 hb Oktober 1965 kemudian diwarnai dengan kelaurnya asas hukum, ianya Undang-Undang Pers tahun 1966. Undang-undang ini menjelaskan bahawa rezim penguasa boleh mengeluarkan pernyataan sesuai dengan kehendak penguasa dan media boleh dikawal oleh pemerintah.
Undang-undang No. 11 Tahun 1966 tentang prinsip-prinsip Dasar pers menyatakan bahawa akhbar Indonesia tidak dapat ditapis atau dikawal (bab 2 ayat 4) dan “Kebebasan akhbar dijamin sebagai bahagian dari hak-hak asas warga negara”
(ayat 5) “penerbitan tidak memmerlukan lesen apa pun” (bab 4 ayat 8). Namun pada kenyataannya semua itu hanya ada dalam undang-undang sahaja tetapi dalam implementasi tidak dilakukan. Selama masa peralihan yang tidak jelas hujungnya (bab 9, ayat 20) para penerbit surat khabar wajib memiliki dua lesen yang saling berhubung kait. Dua lesen tersebut adalah Surat Izin terbit (SIT) dari Departemen Penerangan dan Surat Izin Cetak (SIC) dari lembaga keamanan militer
KOPKAMTIB. Bila tidak ada kedua lesen tersebut, secara hukum sebuah media tidakmungkin terbit. Apabila salah satu atau kedua lembaga tersebut mencabut lesen tersebut, secara efektif lesennya dicabut oleh kerajaan (Suwirta, 2008).
Pada tahun 1966, pemerintah memberikan surat lesen kepada akhbar-akhbar Harian KAMI dan Mahasiswa Indonesia. Kedua dua akhbar tersebut, terbabit dalam aktiviti mahasiswa yang anti komunis dan anti Soekarno. Gerakan ini memberi peluang kepada sejumlah pimpinan militer untuk memperoleh kekuasaan. Beberapa akhbar mendukung Soekarno berhasil bertahan kerana bergabung dengan militer. El Bahar misalnya, mendapatkan perlindungan dari militer. Seorang editor berkata bahawa akhbar mempunyai keinginan untuk menempatkan diri sebagai “mitra pemerintah menuju percepatan pembangunan”. Pada masa Orde Baru, akhbar Indonesia adalah satu suara dengan pemerintah menuju percepatan pembangunan (Taufik, 1977).
Dalam kalangan akhbar dalam negeri, terdapat jurang perbezaan yang sangat lebar. Jurang tersebut membentang antara apa yang terjadi di lapangan dan yang digariskan oleh hukum yang mengatur cara kerja akhbar. Pada awal tahun 1970, surat khabar-surat khabar arus perdana menjadi enam kumpulan. Pertama, kumpulan Orde Baru Radikal termasuk dalam kumpulan akhbar mahasiswa yang keluar dari gelanggang kampus. Seperti Harian KAMI dan Mahasiswa Indonesia kumpulan lain adalah Nusantara, Pedoman dan Indonesia Raya. Kedua-dua akhbar tersebut bergabung dengan Parti Sosialis Indonesia (PSI). Kumpulan kedua, surat khabar-surat khabar arus perdana dengan angka edaran tinggi dan sikap politis yang hati-hati, seperti Protestan Sinar Harapan dan Harian Khatolik Kompas (terbit
1965). Kumpulan ketiga adalah mereka yang bergabung dengan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) seperti akbar Berita Yudha dan Angkatan Bersenjata (terbit 1965), Suara Karya (terbit 1971). Pemilik Harian Suara Karya adalah Parti GOLKAR, organisasi politik pemerintah yang berkuasa. Kumpulan keempat, akhbar-akhbar radikal berhaluan nasionalis seperti surat khabar El Bahar, Merdeka (terbit 1945) dan berganti nama menjadi surat khabar Suluh Indonesia merupakan pemiliknya Parti Nasionalis Indonesia (PNI). Sementara aspirasi kaum muslimin diwakili oleh surat khabar-surat khabar seperti, Abadi, Jihad dan Duta Masyarakat, pemilik akhbar ini adalah Parti Nadhatul Ulama (PNU), kumpulan terakhir, akhbar-akhbar yang bukan dari parti politik adalah surat khabar Pos Kota yang kandungan beritanya adalah hiburan dan jenayah di Jakarta. (Krishna, 2001).
Pada tahun 1970, kebanyakan surat khabar Indonesia terjual sebanyak 20.000terbitan akhbar. Hanya 4 akhbar yang memiliki sebaran akhbarnya yang banyak iaitu pertama, akhbar berhaluan radikal akhbar Merdeka (82.000 terbitan akhbar) dua surat khabar Kristiani yaitu surat khabar Kompas (75.000 terbitan akhbar) dan surat khabar Sinar Harapan (65.000 cetakan akhbar), dan Berita Yudha milik tentera (75.000 cetakan akhbar). Dapatlah dilihat bahawa dinamika industri akhbar di Indonesia pada masa Orde Baru mengikut perkembangan politik dan ekonomi negara (Suwirta, 2008)
Pada tahun 1970-an, hubungan antara pemerintah dengan akhbar tidak baik.
Situasi tersebut berakhir dengan perpecahan pada tahun 1974, ditandai dengan dibatalkan lesen seluruh akhbar yang bertentangan dengan pemerintah. Akhbar di masa itu, disebut sebagai akhbar perjuangan dan bersama masyarakat memberikan
kritikan kepada pemerintah berhubung kait dengan undang-undang dan dasar yang dibuat oleh pemerintah. Kemudian pemerintah tidak suka terhadap sikap dan tindakan yang dilakukan oleh akhbar (Krishna, 2001).
Di bulan Januari 1974, unjuk perasaan di beberapa tempat di Jakarta.
Sebanyak 470 orang ditangkap dan ditahan termasuk diantaranya Enggak Bahaudin, Mochtar Lubis. Ada 12 penerbitan kehilangan Surat Izin terbit (SIT) dan Surat izin cetak (SIC) iaitu Nusantara, Harian KAMI, Indonesia Raya, Abadi, The Jakarta Time, Mingguan Senang, Pemuda Indonesia, Majalah Berita Mingguan Ekspres, Pedoman dan Suluh Berita (Surabaya). Mahasiswa Indonesia (Bandung) dan Indonesia Pos (Ujung Pandang). Hanya dua akhbar yang diberikan lesen untuk terbit kembali setelah melakukan perubahan nama akhbar surat khabar Abadi menjadi surat khabar Pelita dan surat khabar The Indonesia Times berganti nama menjadi berbahasa Inggeris The Jakarta Times (Krishna, 2001).
Di awal Orde Baru ini, hubungan mesra antara pemerintah dengan akhbar dimanfaatkan oleh kalangan media untuk kritik ketidakpuasan masyarakat terhadap pemerintah. Mochtar Lubis dari Indonesia Raya adalah orang yang paling vokal untuk mengkritik Kepala lembaga pemerintah termasuk Badan Urusan Logistik (Bulog). Satu peristiwa yang layak dicatat adalah saat surat khabar tersebut menulis berita kritikal berhubung kait dengan korupsi syarikat minyak Indonesia yang dilakukan oleh Ibnu Sutowo Direktur PT. Pertamina. Sementara akhbar mahasiswa dan surat khabar Kompas membela surat khabar Indonesia Raya, surat khabar Angkatan Bersenjata menuduk Mochtar Lubis mempunyai konflik kepentingan dengan urusan bisnes dengan Pertamina. Surat khabar Merdeka yang nasionalis
memberitakan tanpa adanya bukti mengatakan bahawa Mochtar Lubis menerima wang 100 juta Rupiah dari Pertamina. Perdebatan dan konflik yang berterusan membuat Presiden masa itu memberikan amaran yang keras kepada surat khabar Indonesia Raya (Suwirta, 2008).
Pada tahun 1980 an sejumlah publikasi satu demi satu dimatikan oleh pemerintah, contohnya Jurnal Ekuin (Ekonomi, Keuangan dan Industri) pemiliknya adalah Norman Diah yang juga pemilik hotel, pengusaha dan pendiri Harian Merdeka. Jurnal Ekuin dibawah syarikat PT Sistem Multi Media miliknya dicabut lesen penerbitannya pada bulan April 1983 kerana tulisan atau beritanya mengatakan bahawa soal penurunan harga asas ekspor minyak oleh pemerintah. Kemudian bulan Januari 1983, majalah berita dua mingguan Expo dicabut lesennya atau SIT kerana menulis berita yang berhubung kait dengan judul artikel 100 orang kaya di Indonesia yang memuat nama-nama orang terdekat dengan lingkaran Orde Baru. Selanjutnya surat khabar Fokus juga kehilangan lesen terbitnya yang dicabut ada bulan Mai 1984 dengan laporan berita sejenis 200 orang kaya di Indonesia (Taufik, 1977).
Pencabutan lesen juga terjadi pada surat khabar Sinar Harapan. Harian ini dinilai pandai meniti buih, cerdik menyiasati penulisan berita keras namun aman.
Pemimpin redaksi Sinar Harapan dipandang mahir dan terlatih namun tetap sahaja akhbar ini dilarang terbit oleh pemerintah. Namun demikian surat khabar Sinar Harapan berganti nama menjadi Suara Pembaruan yang ditubuhkan pada 9 Oktober 1987. Seorang ahli parlemen dari Parti Golkar, organisasi politik milik pemerintah Orde Baru ditunjuk sebagai pemimpin umum Suara Pembaruan.
Prioritas adalah surat khabar ekonomi yang memiliki jumlah cetak yang lumayan banyak juga dicabut lesennya oleh pemerintah. Berasaskan keputusan Menteri, Prioritas dicabut lesennya akibat melanggar khitahnya sebagai surat khabar ekonomi yang mesti memberitakan yang berhubung kait dengan peristiwa ekonomi.
Prioritas, tetap sahaja memberitakan berita-berita umum dan politik yang sebelumnya sudah diberikan amaran supaya lebih banyak memberitakan peristiwa-peristiwa ekonomi. Berita-berita yang diturunkan Prioritas bertentangan dengan nilai-nilai Sistem Akhbar Pancasila. Dalam pada itu, melanggar peraturan dan perundang-undangan akhbar (Suwirta, 2008).
Awal periode 1990 an, Menteri Penerangan juga mencabut lesen Majalah Tempo yang memiliki jumlah cetak sekitar 187.000 majalah. Majalah Tempo memberitakan tentang bisnes keluarga presiden Soeharto, pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM), penyalahgunaan kekuasaan. Dalam pidati tanpa teks, Presiden Soehato mengatakan bahawa ada beberapa media secara politis mengacaukan keamanan nasional. Hal ini menggambarkan bahawa pemimpin negara sudah lepas kontak dengan dinamika masyarakat. Sebetulnya amaran terhadap akhbar di era Orde Baru sangat pelik dengan kuatnya penguasa dalam mengawal kandungan akhbar tersebut (Krishna, 2001).
Gerakan menentang mencabut lesen terhadap surat khabar - surat khabar mempersatukan kumpulan-kumpulan yang membangkang dengan pemerintah.
Bahkan para perwira militer senior pun turut serta dalam menentang peraturan yang telah dibuat oleh pemerintah. Pencabutan lesen surat khabar merupakan tindakan yang semena-mena yanng dilakukan oleh pemerintah. Di sejumlah forum diskusi
publik bila ada peristiwa dan laporan yang melanggar pedoman-pedoman akhbar, kerajaan seharusnya mengambil langkah hukum terhadap para wartawan maupun ketua editor yang bertanggung jawab atas pelanggaran tersebut.
Beberapa analisis menyebutkan bahawa militer mendorong akhbar untuk mengkritikal sejumah ahli parlimen yang berpengaruh dari sipil. Tentera menganggap Presiden sedang mengambil jarak dengan tentera, atas saranan menteri-menteri seperti Habibie dan Harmoko. Sementara itu, dorongan menuju demokrasi kelihatan meningkat dengan jelas di pelbagai kumpulan dalam internal militer.
Beberapa analisis kepala editor Majalah DeTIK Eros Djarot meramalkan terbentuknya gabungan demokrasi sipil militer yang membabitkan jenderal-jenderal militer demi memperjuangkan demokrasi tanpa kekerasan. Gabungan ini, dipersatukan dalam persiapan raya menyambut turunnya Presiden Soeharto tahun 1998. Suara-suara dari TNI/ABRI di DPR mendesak para penerbitan yang kena cabut lesen untuk mempersoalkan sah atau tidaknya pencabutan lesen dan memperkarakan ke Pengadilan Tata Usaha Negara (PTUN). Fraksi TNI ABRI juga mendesak agar pengadilan mengeluarkan lesen media-media tersebut boleh tetap terbit sambil menunggu keputusan pengadilan.
Akhirnya, pemerintah mencoba untuk menghindari kericuhan yang terjadi dengan menawarkan pelbagai kemudahan untuk mendapatkan lesen penerbitan surat khabar. Pemerintah membual soal keterbukaan politik, pemerintah macam kesepaham dengan pihak pengurusan penerbitan dan para usahawan media yang dekat dengan pemerintah. Hal ini dimaksud untuk mengupayakan agar akhbar yang kena cabut lesennya kembali boleh terbit dan menjalankan usaha penerbitan
akhbarnya. Retaknya hubungan pemerintah dengan akhbar justeru menguatkuasakan kedudukan kaum pembangkang yang berupaya mengikis kepercayaan masyarakat yang semakin tidak percaya dengan pemerintah yang berhubungkait dengan keterbukaan politik dan akuntabiliti publik. Pada masa itu, banyak cakap pemerintah perlu dibesar-besarkan supaya menjemput pelabur asing masuk ke Indonesia. Modal asing ini diperlukan untuk meringankan beban biaya akibat turunya pemasukan minyak sejak tahun 1980 (Krishna, 2001).
Kumpulan pembangkang kebanyakan bergabung dengan SIUPP (Solidaritas Indonesia Untuk Pembebasan Pers). Melalui kempen sedikit menyerang, kumpulan – kumpulan ini menyerukan hak kebebasan berpendapat dan kebebasan akhbar.
Mereka juga memperjuangkan pengembalian lesen penerbitan dan mendesak demokrasi di Indonesia. Pelbagai dorongan diberikan kepada wartawan yang kehilangan pekerjaannya. Berita-berita yang berhubungkait dengan perjuangan demokrasi lebih berhati-hati dalam laporan-laporan politiknya tidak bererti akhbar nasional takut dengan pemerintah.
Kajian tentang sejarah akhbar Orde Baru sudah dilakukan Oleh Anom dalam thesisnya bertajuk Dasar dan Sistem Akhbar Indonesia 1966-1998. dalam kajian Anom dapat dilihat bahawa sistem Akhbar Orde Baru terbentuk di bawah sistem politik Soeharto sehingga dirujuk sebagai dasar akhbar Indonesia antara 1966 hingga 1998. Untuk mencapai tujuan kajian, penyelidikan telah dibuat ke atas akhbar serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sistem akhbar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembentukan sistem akhbar di bawah kepimpinan Soeharto adalah berasaskan kepada suatu proses yang dirancang secara sedar untuk
disesuaikan dengan falsafah dan nilai yang diamal oleh Soeharto, yang seterusnya menjadi dasar nasional Indonesia. Proses yang dirancang ini berteraskan nilai-nilai budaya seperti “gotong royong”, semangat keharmonian, keserasian, keseimbangan, dan ketaatan. Proses pembentukan sistem akhbar di era Soeharto dilakukan melalui pembujukan dan konsensus yang dilakukan semasa mesyuarat, yang kemudiannya dijadikan alat untuk mengawal aktiviti akhbar di Indonesia. (Anom, 2010).
Kajian juga mendapati beberapa faktor dominan yang mempengaruhi perkembangan sistem akhbar ketika itu merangkumi faktor sosio-budaya, politik dan ekonomi. Hasil kajian menunjukkan dari 1966 hingga 1973, kerajaan Soeharto mendukung aspirasi untuk membentuk suatu sistem akhbar yang sihat, bebas dan bertanggungjawab serta membina semangat kekeluargaan selaras dengan arah perancangan ideologi politik kerajaan. Dari tahun 1974 hingga 1983, pembentukan dan pengembangan akhbar adalah berasaskan kepada semangat dan iltizam terhadap Pancasila, dengan tujuan supaya akhbar dapat menyokong pembangunan masyarakat Pancasila, yang membawa kepada interaksi positif antara kerajaan, akhbar dan masyarakat. Dari 1984 sehingga 1998, lesen penerbitan (SIUPP) menjadi kekuatan kepada perkembangan akhbar perniagaan yang membawa kepada pertumbuhan sistem akhbar yang bebas dan bertanggungjawab. Dasar-dasar inilah yang menjadi landasan penting dalam pembentukan sistem akhbar berteraskan Pancasila di bawah era kepimpinan Soeharto (Anom, 2010).
Selari dengan tujuan Orde Baru, maka informasi penting yang tidak boleh diganggu mana-mana pihak ialah keberadaan Pemerintah untuk menjalankan roda pemerintahan negara dengan berpegang kepada falsafah (rukun) negara Pancasila
dan mengkawalan kemurnian Undang-Undang Dasar 1945 sebagai hukum dasar (basic law). Dalam menjalankan roda pemerintahan negara kekuasaan Soeharto dibagi dalam beberapa masa yaitu: masa pertumbuhan; masa perkembangan; dan masa kejayaan dan kejatuhan (Asvi Warman Adan 1999: 173-174). Penulis membahagikan kekuasaan dan hegemoni Soeharto kepada beberapa tempoh masa yaitu tahun1966-1973; tahun 1974-1983; tahun 1984-1998. (Anom, 2010).
Pemerintah Soeharto dalam melaksanakan kekuasaannya menggunakan sasaran strategi yang dirumuskan sebagai garis kerja dalam mengukuhkan Orde Baru iaitu: di bidang kaki tangan negara: mengintensifkan usaha-usaha preventif penanam sel-sel lawan dalam kaki tangan negara; membentuk koprs karyawan tiap-tiap kementerian dalam rangka depolitisasi dan mencegah loyaliti ganda; meningkatkan koordinasi antara kaki tangan kerajaan; mengatur kerjaya dan prosedur ke arah dinamisasi; memperkuat kaki tangan kerajaan di daerah sampai ke desa-desa agar siap untuk mengamankan pilihan raya; di bidang politik: memperispakan kekuatan-kekuatan sosio-politik dalam masyarakat dan melalui kumpulan parti-parti diarahkan pada orientasi program; pembentukan praksi-praksi gabungan yang lebih sederhana dalam badan-badan legislatif, terutama di DPRD-DPRD (Dewan Perwakilan Rakyat Daerah); membantu sepenuhnya setiausaha bersama Golkar; membantu angkatan muda untuk menjadi kekuatan sosio-politik yang merupakan tunas-tunas pembangunan bangsa; mempersiapkan pengamanan pilihan raya; dasar politik luar negeri sehingga benar-benar mengabdi pada kepentingan negara; membentuk kerjasama dengan media masa yang benar-benar pro Orde Baru untuk memperjuangkan falsafah negara Pancasila dan Undang-Undang Dasar 1945 (basic law) dan membentuk Pusat Informasi yang menentukan garis-garis kawalan, dasar,
peraturan di bidang media massa; di bidang sosial: menciptakan keselesaan sosial yang dari dirinya dapat mengurangi ketegangan-ketegangan sosial; memberikan perhatian khusus pada bidang pendidikan; di bidang pertahanan keamanan:
menciptakan keamanan yang baik untuk dapat berhadapan dengan cabarab-cabaran gerakan komunis, golongan-golongan ekstrem dan subversif atau campur tangan asing (Krishna, 2001).
Dalam mengukuhkan hegemoni, Pemerintah Soeharto melakukan kawalan-kawalan terhadap media. Dalam dunia media pengkawalan-kawalan diikhtiarkan dalam konsep kebebasan media yang bertanggungjawab, hal ini dapat dilihat dalam Undang-Undang No. 11 tahun 1966 tentang ketentuan-ketentuan pokok media yang kemudian ditambah dan direvisi dengan Undang-Undang No. 4 tahun 1967 dan diubah lagi dengan Undang-Undang No 2 tahun 1982 (Krishna, 2001).
Media dalam era kepemimpinan Soeharto mempunyai kewajiban mempertahankan, membela, mendukung, dan melaksanakan falsafah (rukun) negara Pancasila yaitu: (1) Ke Tuhanan Yang Maha Esa, (2) Kemanusiaan yang adil dan beradab, (3) Persatuan Indonesia, (4) Permusyawaratan perwakilan, (5) Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia dan Undang-Undang Dasar 1945 dan juga mempunyai hak kawalan, kritik, dan koreksi yang bersifat konstruktif. Pemerintah Soeharto melalui peraturan Menteri Penerangan Republik Indonesia No. 01 /Pen/Menpan/ 1984 tentang surat izin usaha penerbitan media (SIUPP), undang-undang ini memberi kuasa kepada Menteri Penerangan bahawa Menteri Penerangan setelah mendengar Dewan Pers dapat membatalkan SIUPP yang telah diberikan
apabila perusahaan/koporat dan penerbitan pers melakukan kasusalahan atau perbuatan tercela dari polisi Pemerintah Soeharto (Anom, 2010).
Menurut Hidayat (2000) secara keseluruhan, rejim Orde Baru selalu berupaya menempatkan media sebahagian dari ideologi alat negara, yang diharapkan boleh berperan dalam proses mereproduksi dan menjaga stabiliti legitimasi rejim.
Untuk itu rejim Orde Baru telah menerapkan kawalan terhadap media yang pada garis besar mencakupi: kawalan preventif dan korektif terhadap kepemilikan lembaga media, antara lain melalui pemberian Surat Izin Terbit (SIT) yang kemudian diganti dengan ketentuan Surat Izin Usaha Penerbitan Pers (SIUPP) secara selektif berdasarkan kriteria politik tertentu; kawalan terhadap individu dan kelompok pelaku profesional (wartawan) melalui mekanisme seleksi dan regulasi (keharusan menjadi anggota)
Organisasi kewartawanan dalam hal ini, Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) sebagai wadah tunggal, kewajiban untuk mengikuti P4/doktrin Falsafah Negara Pancasila bagi ketua editor), dan kawalan berupa penunjukan individu-individu untuk menjabat jabatan tertentu dalam media milik pemerintah; kawalan terhadap produk teks pemberitaan (baik kandungan mahupun isu pemberitaan) melalui berbagai mekanisme; kawalan terhadap sumber daya, antara lain berupa monopoli kertas oleh penguasa; kawalan terhadap akses ke media, berupa pencekalan tokoh-tokoh pembangkang tertentu untuk tidak ditampilkan dalam pemberitaan media (Suwirta, 2008).
Usaha rejim Orde Baru untuk memelihara dan menjaga legitimasi serta stabiliti struktur politik otoritarian tidak hanya ditempuh melalui pembangunan ekonomi, tetapi ditempuh melalui usaha-usaha persuasif antara lain kawalan serta pemanfaatan lembaga pendidikan dan media (Hidayat, 2000).
Pemerintah Orde Baru melakukan campur tangan dalam proses komersilisasi industri media tidak diarahkan untuk membentuk industri mandiri.
Menurut Jakoeb Oetama (1997) dalam Orde Baru, banyak usaha media berkembang menjadi organisasi yang secara integral melakukan kawalan bidang redaksional, pengurusan, dan percetakan. Dominan rejim Orde Baru dalam proses liberalisasi industri media, terlihat banyak permit diberikan untuk mendirikan perusahaan media.
Dasar liberalisasi yang secara selektif diterapkan dan menguntungkan elit penguasa, khususnya para kroni serta anggota keluarga Soeharto. Masuknya kroni dan anggota Soeharto ke industri media merupakan sebagian dari proses akumulasi dan pemusatan hegemoni rejim di era Orde Baru.
Pemerintah Orde Baru memberi kuasa kepada Kementerian Penerangan dalam melakukan peranan gandanya sebagai alat informasi dan alat ekonomi. Walau bagaimanapun, kementerian ini sangat penting bagi ekonomi media kerana dia memegang lesen yang diperlukan untuk produksi dan distribusi bahan cetakan.
Hingga pertengahan 1980-an, kementerian ini juga mengatur ketersediaan kertas
Hingga pertengahan 1980-an, kementerian ini juga mengatur ketersediaan kertas