• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH AKHBAR DI INDONESIA

5.2 Sistem Media di Indonesia

5.2.1 Akhbar Orde Lama

Masa Orde Lama merupakan masa kepemimpinan Presiden Soekarno yang berlangsung dari tahun 1945 sehingga 1966. Namun sebenarnya, masa perkembangan akhbar Indonesia telah jauh berkembang sebelum kemerdekaan.

Akhbar Orde Lama di mana kawalan negara terhadap akhbar sangat dominan, meski di masa-masa awal berkuasanya rejim ini, hubungan harmoni masih dapat terlihat sangat besar sehingga mematikan dinamika akhbar. Setelah penyerahan kedaulatan Jepun pada 15 hb Ogos 1945, wartawan Indonesia mengambil alih semua fasiliti percetakan surat khabar dari tangan Jepun dan berupaya menerbitkan surat khabar sendiri. Surat khabar pertama yang terbit di masa republik itu bernama Berita Indonesia yang terbit di Jakarta semenjak 6 hb September 1945 (Taufik, 1977).

Kondisi perpolitikan di Indonesia dalam tahun-tahun 1945-1958 dapat dikatakan masih sangat panas. Pertikaian dengan Belanda ataupun Jepun belum lagi selesai, dan pergolakan di beberapa tempat dengan pihak Belanda ataupun Jepun yang belum menarik diri tanah air masih terjadi. Sebagai upaya serangan balik terhadap propaganda anti Belanda yang dilancarkan oleh surat khabar-surat khabar republik, maka Belanda juga menerbitkan surat khabar berbahasa Indonesia, diantaranya Fadjar di Jakarta, Soeloeh Rakyat di Semarang, Pelita Rakyat (Surabaya), serta Padjajaran dan Persatoean di Bandung (Taufik, 1977).

Pada masa itu, sebahagian besar surat khabar terbit dalam empat muka surat, dikeranakan kurangnya wang dan percetakan yang masih minim.

Pada bulan Disember 1948 di Indonesia telah terbit 124 surat khabar dengan seluruh

cetak 405.000 akhbar. Tetapi pada bulan April 1949, jumlah surat khabar berkurang menjadi hanya 81 dengan 283.000 akhbar cetak. Ini diakibatkan oleh serangan Militer Belanda kedua yang terjadi pada bulan Disember 1948. Sementara, jangkauan jumlah cetak berubah dari 500 menjadi 5.000 cetak akhbar. Sepanjang periode ini, akhbar Indonesia semakin memperkuat semangat kebangsaan, mempertajam teknik berpolemik, dan mulai memperlihatkan peningkatan semangat kerajaan (Simarmata, 2014).

Dunia antarabangsa mengakui Indonesia sebagai negara yang merdeka dan berdaulat pada bulan Disember 1949. Surat khabar Indonesia Raya sendiri, pertama kali terbit di Jakarta, dengan nombor pertama yang tiba di tangan pembaca, selama dua hari sesudah peristiwa penandatanganan pengakuan kedaulatan Indonesia oleh Belanda, 27 hb Disember 1949. Sementara, lebih dari setahun sebelumnya yakni 29 hb November 1948, di Jakarta juga telah terbit Harian Pedoman yang dibawahi oleh Rosihan Anwar, Harian Merdeka yang telah terbit semenjak 1 hb Oktober 1945 dan Indonesia Merdeka yang terbit semenjak 4 hb Oktober 1945 (Simarmata, 2014).

Masa Orde Lama, ditandai dengan peningkatan jumlah surat khabar di Indonesia. Tahun 1950, sebanyak 67 harian yang terbit berbahasa Indonesia per terbit sekitar 338.300 cetak akhbar. Kemudian pada 1957, jumlah harian di Indonesia bertambah menjadi 96 judul dengan jumlah mencapai 888.950 cetak. Setahun sebelum pilihan raya pertama, 1955, terdapat setidaknya 27 akhbar yang terbit di Jakarta. Total jumlah seluruh surat khabar tersebut mencapai 320.000 cetak akhbar, dengan empat surat khabar besar, yakni Harian Rakyat, surat khabar Parti Komunis Indonesia yang mempunyai junlah hingga 55.000 cetak akhbar, Pedoman yang

berorientasi persatuan Serikat Indonesia (PSI) dengan jumlah 48.000 cetak akhbar, Suluh Indonesia yang dimiliki oleh Parti Nasional Indonesia (PNI) dengan jumlah 40.000 cetak akhbar dan Harian Abadi yang berorientasi Parti Masyumi dengan jumlah 34.000 cetak akhbar (Taufik, 1977).

Kemudian Presiden Soekarno juga memberikan kuasa kepada parlimen untuk memberikan kemerdekaan kepada akhbar. Demokrasi Liberal dimulai dengan kemerdekaan akhbar yang diberikan oleh Presiden Soekarno dengan melanjutkan Undang Undang Dasar Sementara (UUDS) 1950 yang masih bersifat Demokrastis Liberal.

5.2.1 (a) Akhbar Indonesia Masa Demokrasi Liberal

Masa Demokrasi Liberal ini merupakan sejarah perkembangan akhbar di Indonesia, kerana banyak pengaruh dan dukungan parti-parti politik yang menentang kebebasan akhbar, kadang kala melampaui batas-batas kesopanan. Malahan masa liberal ini, akhbar di Indonesia mendekati cara-cara yang biasanya dilakukan oleh akhbar di negara-negara liberal seperti Amerika Syarikat.

Para wartawan Indonesia dalam masa demokrasi liberal mengalami krisis-krisis politik, krisis-krisis pandangan-pandangan dan krisis-krisis pertikaian antara tentera. Usaha – usaha dan cara-cara yang digunakan dalam akhbar kapitalis, misalnya majalah-majalah yang hanya bertujuan mencari keuntungan sahaja. Akhbar Indonesia dalam masa demokrasi liberal ini lupa bahawa perjuangan belum selesai dan masih banyak yang harus dibangun dan dilaksanakan supaya tujuan perjuangan tercapai. Fungsi

dan kewajiban akhbar yang seharusnya adalah sebagai alat perjuangan dan alat revolusi diabaikan sehingga menghairankan bahawa akhbar sudah tidak dipercayai lagi oleh masyarakat. Surat khabar-surat khabar yang masih boleh bertahan adalah surat khabar yang membawa atau memberitakan tentang politik atau parti politik, sedangkan surat khabar-surat khabar yang independen dan objektif dalam pemberitaan serta tulisannya mendapat kawalan oleh pemerintah (Simarmata, 2014).

Parti politik pada di masa demokrasi liberal mempunyai pengaruh yang sangat kuat kerana kepentingan parti politik terhadap kepentingan negara. mengenai kebebasan akhbar dalam masyakarat liberal. Di Indonesia, dinyatakan dalam undang-undang dasar bahawa parlemen tidak boleh campur tangan tehadap kebebasan agama, bicara dan akhbar.

Jika akhbar kita di masa demokrasi liberal ini dapat dinamakan akhbar liberal, maka menurut pengertiannya, akhbar liberal dapat dilihat dalam masyarakat di mana dengan jelas dapat dilihat ada had yang memisahkan antara golongan yang berkuasa dengan golongan yang dikuasai. Dalam masyarakat seperti ini, di mana terdapat garis pemisah yang jelas, maka diperlukan suatu alat supaya dapat dipertahankan melalui kemerdekaan akhbar yang dilakukan dalam masyarakat yang liberal.

Kemerdekaan akhbar yang dilakukan oleh akhbar Indonesia di masa demokrasi liberal ini yang kadang-kadang tidak lagi memperhatikan had-had yang sudah ada oleh norma-norma yang sudah dijalankan oleh bangsa Indonesia, namun

haruslah diakui bahawa hampir di semua negara, kemerdekaan akhbar itu dirasakan dan dipandang sebagai suatu hal yang amat penting, kerana pada umumnya kebebasan akhbar mencakup hak mempertahankan jaminan undang-undang dari hak-hak asasi manusia dalam hubungan dengan kemerdekaan akhbar yang sesuai dengan teori empat akhbar atau The Freedom of Roosevelt (Syahputra, 2013).

Demikan pula dengan kemerdekaan akhbar yang dilakukan di Indonesia masa demokrasi liberal, jika kebebasan akhbar ini berhubungkait dengan tingkat jaminan hak-hak asasi manusia. Hal hak asasi manusia diantaranya hak peribadi atau kumpulan sangatlah dibesar-besarkan oleh akhbar di Indonesia sehingga hak massa rakyat banyak yang diabaikan oleh akhbar masa liberal ini.

Sistem akhbar Indonesia di masa demokrasi liberal setelah dikeluarkannya surat Pernyataan Presiden (Dekrit Presiden) Soekarno 5 hb Julai 1959, maka dalam kehidupan politik berlakulah sistem demokrasi libieral. Demikian pula kehidupan akhbar Indonesia memberlakukan sistem demokrasi parlemen. Ketika Presiden Soekarno mengeluarkan surat Dekrit Presiden tentang berlakunya Undang-Undang Dasar (UUD 1945) dengan menetapkan pembubaran ahli parlimen sebagai hasil pilihan raya 1955 dan pembentukan Majlis Permusyawaratan Rakyat Sementara (MPRS).

Akhbar Indonesia dengan melanjutkan UUDS 1950 yang masih bersifat demokratis parlementer Barat tidak sesuai dengan demokrasi Indonesia yang asli.

Sebenar-benarnya demokrasi di Indonesia adalah gotong royong dengan cara mesyuarat untuk mufakat.

Dalam rumusan keputusan yang diambil oleh parlemen untuk kembali menjalankan UUD 1945 antara lain dikemukakan bahawa UUD 1945 adalah cukup demokratis dan sesuai dengan kepribadian bangsa Indonesia iaitu dengan kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaran dan perwakilan.

Demikian juga disampaikan bahawa UUD 1945 lebih menjamin terlaksananya prinsip demokrasi yang sesuai dengan kepribadian bangsa Indonesia.

Dalam rumusan yanng dikemukakan juga dinyatakan bahawa UUD 1945 lebih menjamin pemerintahan yang stabil (ayat 7 ) daripada UUDS 1945 kerana kekuasan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) terhad kerana tidak boleh menjatuhkan presiden, berhubung kait dengan kekuasaan tertinggi berada di dalam tangan Majlis Permusyawatan Rakyat (MPR). Demikian antara lain rumusan yang dikemukaan oleh Parlemen Karya untuk kembali ke UUD 1945. Prosedur kembali ke UUD 1945 dilakukan secara peraturan iaitu dengan memajukan keputusan parlimen kepada sidang majlis parlimen untuk disetujui. Seperti biasanya, pro dan kontra tentang maksud parlimen tentu ada, demikian pula pro kontra ini terlihat dengan jelas dalam kandungan akhbar Indonesia masa demokrasi liberal (Suwirta, 2008).

Usul yang dimajukan parlimen kepada masyarakat tidak memperoleh penyelesaian yang diharapkan, akibat pertentangan-pertentangan faham antara timbalan –timbalan parti yang duduk dalam konstituante itu sudah begitu mendalam, sehingga tidaklah munngkin untuk mencapai kata mufakat, berhubung kait dengan aliran-aliran yang menentang kembalinya UUD 1945 yang tetap mempertahannya, walaupun tidak terbukti ahli parlimen tidak berhasil membentuk suatu UUD yang baru bagi masyarakat Indonesia setelah bersidang bertahun-tahun.

Demi untuk menyelamatkan negara serta perjuangan Indonesia yang sudah jauh menyimpang dari tujuan semula dan di mana ahli-ahli parti sudah banyak

“diracuni” oleh faham-faham liberal yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan keadaan serta kondisi masyarakat Indonesia, maka seperti telah dibentangkan lebih dulu Dekrit Presiden 5 hb Julai 1959 oleh Presiden Soekarno untuk kembali menjalankan UUD 1945 sehingga membuka jalan tercapainya suatu ketenangan dalam kehisupan politik (Syahputra, 2013).

Dekrit Presiden tersebut, membawa semangat baru dalam perjuangan bangsa dalam mencapai cita-cita nasional bangsa Indonesia. Setelah Dekrit Presiden ini, maka Parlemen Karya berganti menjadi Parlemen Kerja. Dalam hal ini, jelas tergambar dalam kandungan akhbar di Indonesia yang pada umumnya untuk mengambil keputusan dalam menyelamatkan negara dari kehancuran yang lebih mendalam, kecuali akhbar Indonesia yang mempunyai faham-faham yang tidak setuju dengan Dekrit Presiden tetap bertahan kepada konsep parti yang ada pada akhbar tersebut (Syahputra, 2013).

Dengan terbentuknya Parlimen Kerja di bawah pimpinan Presiden Soekarno sesuai dengan ayat 7 UUD 1945, maka terjaminlah untuk sementara untuk pemerintahan yang stabil yang memang diperlukan oleh masyarakat Indonesia. Jika pembangunan negara di segala bidang hendak dicadangkan yang telah ditetapkan semula. Terbentuknya Parlimen Kerja, dengan sendirinya mengakhiri masa demokrasi parlimenter secara barat yang selama ini dipratikkan dan hanya membawa kerugian belaka bagi penghidupan dan kehidupan bangsa Indonesia dan telah melupakan asas-asas demokrasi bangsa Indonesia. Di samping telah memecah belah

rakyat Indonesia yang berimpak pada munculnya pertikaian-pertikaian di daerah-daerah yang ada di Indonesia (Syahputra, 2013).

Dapat dikatakan bahawa setelah kemerdekaan, semangat yang menjiwai perjuangan kemerdekaan mulai luntur, terjadi persaingan keras antar kekuatan politik. Akhbar Indonesia ikut larut dalam arus ini, terjadi perubahan watak dari akhbar perjuangan menjadi akhbar partisipan. Akhbar sekedar menjadi corong parti politik. Meskipun akhbar bersifat partisipan, boleh dikatakan periode ini adalah masa bahagia yang singkat buat kebebasan akhbar, khasnya untuk wartawan politik. Inilah akhir periode kebebasan akhbar di Indonesia dan awal rejim Orde Lama berkuasa (Taufik, 1977).

Pergolakan politik yang terus terjadi selama era demokrasi liberal, menyebabkan Presiden Soekarno mengubah sistem politik yang berlaku di Indonesia.

Pada 28 hb Oktober 1956, Soekarno mengajukan untuk mengubah demokrasi liberal menjadi demokrasi terpimpin. Selanjutnya, pada bulan Februari 1957, Soekarno kembali mengemukakan konsep demokrasi Terpimpin yang diinginkannya. Hampir berselang dengan terjadinya berbagai pemberontakan di banyak daerah di Indonesia yang melihat sentraliti atas hanya daerah dan penduduk Jawa (Taufik, 1977)

Sepanjang masa Orde Lama hingga pemberlakuan undang-undang darurat perang pada 1957, terjadi perubahan sistem politik, manakala Presiden Soekarno mengumumkan dirinya adalah presiden seumur hidup. Semenjak itu, terjadi perubahan sistem politik Orde Lama iatu Demokrasi Terpimpin. Demokrasi Terpimpin adalah sesebuah demokrasi yang berjalan antara tahun 1959 sampai

dengan tahun 1966, dimana dalam sistem demokrasi ini seluruh keputusan serta pemikiran berpusat pada pemimpin negara yang kala itu dipegang oleh Presiden Soekarno. Konsep sistem Demokrasi Terpimpin pertama kali diumumkan oleh Presiden Soekarno dalam pembukaan sidang parlimen pada 10 hb November 1956.

Adapun ciri-ciri demokrasi terpimpin sebagai berikut:

1. Dominasi presiden, Presiden Soekarno berperanan besar dalam penyelenggaraan pemerintahan,

2. Terbatasnya peranan parti politik.

3. Meluasnya peranan militer sebagai unsur politik

4. Berkembangnya pengaruh Parti Komunis Indonesia (Taufik, 1977)

5.2.1 (b) Akhbar Indonesia Masa Demokrasi Terpimpin

Era Demokrasi Terpimpin atau disebut juga dengan Orde Lama, sebagai lanjutan dikeluarkannya Dekrit Presiden 5 hb Julai 1959 oleh Soekarno yang menetapkan kembali ke UUD 1945 hingga terjadinya Gerakan 30 hb September 1965 (Gestapu) yang dikawal oleh Parti Komunis Indonesia (PKI).

Bagaimana pula fungsi dan sistem akhbar Indonesia dalam masa Demokrasi Terpimpin? Untuk dapat menjawab soalan ini, baiklah kalau diketahui apa yang dimaksud dengan Demokrasi Terpimpin oleh pemerintahan di masa itu.

Dalam jawabannya kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Perdana Menteri Parlimen Karya. Ir Juanda pada 25 hb Mac 1959 tentang kembalinya ke UUD 1945 menjelaskan antara lain:

a. Demokrasi Terpimpin adalah demokrasi atau kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan perwakilan

b. Demokrasi Terpimpin adalah demokrasi hanya untuk kenegaraan dan kemasyarakatan, yang meliputi bidang-bidang ekonomi, politik dan sosial.

c. Demokrasi Terpimpin bukanlah diktatur, tetapi berbeza dengan demokrasi liberal

d. Demokrasi Terpimpin adalah alat bukan tujuan

e. Demokrasi Terpimpin mengenai juga kebebasan berfikir dan berbicara, tetapi dalam had-had tertentu, iaitu had keselamatan negara, keperibadian bangsa, kepentingan rakyat banyak dan had pertanggung jawab kepada Tuhan (Taufik, 1977).

Pelaksanaan Demokrasi Terpimpin ini, setelah Parlimen yang dipimpin langsung oleh Presiden Soekarno terbentuk, sebagai kelanjutan dari dekrit 5 hb Julai 1959. Dalam usaha melaksanakan Demokrasi Terpimpin bahawa prinsip-prinsip demokrasi yang hendak ditegakkan tidaklah sesuai dengan pernyataan pemerintah, malahan jauh dan melanggar UUD 1945. Kosentrasi kekuasaan negara dalam satu tangan mulai dijalankan, sehingga demokrasi kekeluargaan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan perwakilan hanya simbol sahaja.

Nasionalisasi Komunisme (Nasakom) dalam bidang kehidupan negara yang mendapat sokongan penuh dari kaum komunis hendak dipaksakan dan mereka yang menentang usaha ini disingkirkan. Kuasa individu terhadap Soekarno dipropagandakan secara meluas, sehingga dapatlah dikatakan bahawa Demokrasi

Terpimpin memanglah tidak lebih daripada usaha-usaha menuju kepada diktatur yang otokratis (Suwirta, 2008).

Demikianlah dalam kenyataannya apa yang disebut Demokrasi Terpimpin itu, yang dengan sendirinya tergambarkan pada akhbar Indonesia pada masa itu.

Fungsi dan sistem akhbar Indonesia pada masa Demokrasi Terpimpin ini dapat dikatakan menganut konsep otoriter, iaitu sebagai corong penguasa dan bertugas antara lain mengagungkan Presiden Soekarno sebagai Pemimpin Besar Revolusi.

Tekanan dalam tugas-tugas akhbar di masa Demokrasi Terpimpin adalah adanya gerakan massa, sehingga menjadikan akhbar seakan-akan alat pendidik massa untuk menegakkan Demokrasi Terpimpin yang tujuannya sudah jelas. Dalam Undang-undang Pokok Pers yang telah disetujui Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong (DPR GR) pada 11 hb November 1966, maka ditetapkan Penetapan Presiden (Penpres No. 6/1963 bahawa surat khabar dan majalah merupakan alat publikasi yang dapat dipergunakan untuk mempengaruhi pendapat umum dan harus digunakan sebagai alat penggerak massa untuk menyelesaikan revolusi Indonesia (Suwirta, 2008).

Perlu agaknya dicatat bahawa dalam periode ini peristiwa yang menimpa dunia akhbar Indonesia iaitu munculnya apa yang dinamakan Gerakan 30 hb September 1965 (G 30 S) yang dikawal oleh Parti Komunis Indonesia sehingga membawa corak baru kepada akhbar Indonesia.

Setelah keadaan darurat perang dihapuskan pada 1 hb Mai 1963, maka dalam dunia akhbar Indonesia nampak adanya gejala-gejala yang hendak melepaskan diri dari prinsip-prinsip konsep otoriter dan kembali melakukan salah satu fungsi akhbar yang asas, iaitu melakukan fungsi kawalan sosial terhadap kebijaksanaan pemerintah yang di masa Demokrasi terpimpin sudah dipengaruhi oleh kaum komunisme (Suwirta, 2008).

Seorang wartawan senior Sajuti Melik dengan maksud untuk menyebarluaskan ajaran-ajaran Presiden Soekarno, dalam tulisan-tulisannya yang dimuat dalam beberapa surat khabar, mengemukakan tafsiran-tafsiran tentang ajaran Presiden Soekarno. Dengan tulisan-tulisan tersebut Sajuti Melik ini, menubuhkan Badan Pendukung Soekarnoisme (BPS) yang terbukti mendapat sokongan luas, disamping cabaran hebat dari kaum komunisme dan Parti Komunis Indonesia (PKI) melalui surat khabar PKI dan mesyuarat dan unjuk perasaan, kaum komunis memfitnah dan mencaci maki BPS dengan slogan yang terkena di masa itu ‘to kill’

Sukarno with Soekarnoism” (Suwirta, 2008).

Tuduhan lain kepada BPS ialah bahawa banyak orang-orang dalam BPS adalah ejen-ejen Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat. Pemerintah di masa itu, telah mendapat tekanan-tekanan dari orang-orang komunis yang duduk di pemerintahan, sehingga memutuskan pada bulan Februari 1965, melarang semua aktiviti dan menghapus leses terbit akhbar-akhbar penyokong BPS. Dilarangnya surat-surat khabar BPS dan beberapa akhbar lainnya yang memuat tulisan-tulisan Sajuti Melik, mengakibatkan banyak pekerja akhbar yang mempunyai niat dan keinginan untuk menyebarkan ajaran-ajaran Soekarnoisme kehilangan pekerjaannya.

Walaupun surat-surat khabar BPS diambil alih oleh kaum komunis misalnya “Harian Berita Indonesia” diganti dengan “Berita Yudha” harian rasmi Angkatan Darat dan beberapa surat khabar lainnya. Namun kumpulan anti BPS belum puas dan menuntut diadilnya orang-orang yang menyokong BPS dan kaki tangan BPS adalah kaum subversif neokolonialisme-imperialis (nekoli) dan dekat dengan CIA. Pemeriksaan yang kemudian terhadap kaki tangan BPS dan pada umumnya terdiri dari wartawan-wartawan yang tidak memperoleh keputusan pengadil. Namun kemudian, masalah BPS lenyap begitu sahaja kerana terjadinya Gerakan 30 September, suatu tragedi nasional yang telah meminta banyak korban nyawa rakyat Indonesia yang setia kepada PANCASILA dan menolak usaha-usaha kaum komunis dengan PKI serta kaki tangannya yang hendak menjadikan negara Indonesia menjadi negara Republik Demokrasi Rakyat menurut corak Republik Rakyat Cina (Suwirta, 2008).

Menjelang meletusnya peristiwa Gestapu, nampaknya kegiatan-kegiatan PKI yang mendapat angin dari pemerintahan, bertambah berani dalam menghadapi hal-hal yang tidak tidak menguntungkan mereka. Nasionalis Komunisasi parlimen tidak memberi kepuasan kepada PKI, walaupun telah diangkatnya beberapa tokoh PKI dalam Parlimen Dwikora yang dipimpin oleh Presiden Soekarno. Ketidakpuasan PKI tergambarkan juga dalam akhbar masa itu, terutama akhbar-akhbar PKI yang bersimpati kepada politik PKI (Taufik, 1977).

Ketidakpuasan PKI terhadap pemerintah puncanya iaitu peritiwa Gerakan 30 hb September 1965 yang ingin menjatuhkan dan merebut kekuasaan pemerintah.

Usaha PKI mengalami kegagalan kerana Angkatan Bersenjata republik Indonesia (ABRI) dan rakyat Indonesia yang setia kepada PANCASILA dan UUD 1945 tidak

setuju dan melawan Gestapu. Peritiwa Gestapu yang disokong oleh sebagain akhbar masa itu, dengan sendirinya membawa perubahan besar dalam perkembangan akhbar Indonesia. Setelah pemerintah kembali menguasai keadaan dengan sendirinya akhbar-akhbar yang menyokong PKI dimusnahkan dan mulailah dunia akhbar Indonesia melangkah masuk ke tamadun Orde Baru, di mana hukum dan keadilan hendak ditegakkan (Taufik, 1977).

Munculnya pelbagai pemberontakan di daerah dan pusat sendiri, membuat Soekarno mengeluarkan Undang-Undang Darurat Perang pada 14 hb Mac 1957.

Selama dua tahun Indonesia terkungkung dalam pertikaian antara parlemen melawan rejim Soekarno yang bergabung dengan militer. Namun, tidak begitu lama, Soekarno menerbitkan dekrit kembali ke Undang-Undang Dasar 1945, disusul dengan pelarangan Parti Sosialis Indonesia dan Parti Masyumi, kerana keterlibatan kedua parti tersebut dalam pemberontakan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI) pada tahun 1958 di Sumatera (Taufik, 1977).

Kegagalan Soekarno, menyebabkan ia segera berpaling kepada Parti Komunis Indonesia (PKI) dan merangsang pihak militer supaya memberi sokongan penuh pada dirinya. Sebaliknya, PKI bergantung kepada Soekarno untuk dapat memimpin bangsa. Pelbagai slogan politik mulai bermuculan, seperti Manipol (Manifesto Politik), Berdikari (Berdiri Di Atas Kaki Sendiri), Nefos (New Emerging Forces) dan Oldefos (Old Establishment Forces), ditambah dengan upaya dilplomasi serta manuver konfrontasi dengan Malaysia (Taufik, 1977).

Soekarno memberangsang rakyat dengan semangat revolusi, dengan dirinya sebagai ahli pemimpin revolusi. Sepanjang periode Demokrasi Terpimpin dan diberlakukannya Undang-Undang Darurat Perang, akhbar pun mengalami era terpimpin ini. Presiden Soekarno memerintahkan akhbar agar setia kepada ideologi Nasakom serta memanfaatkannya untuk menggerakkan rakyat. Soekarno tidak ragu-ragu untuk melarang surat khabar yang menentangnya. Di bawah Soekarno, surat khabar yang dikelola oleh kaum komunis tumbuh subur. Muncul perlawanan dari kelompok surat khabar sayap kanan nasionalis, yang mengatasnamakan Badan Pendukung Soekarnoisme (BPS). Konflik antara surat khabar sayap kanan dengan surat khabar kumpulan kiri tidak terelakkan. Soekarno ternyata lebih memilih kaum kiri beraliran komunis, dan surat khabar kaum kanan yang anti komunis dilarang terbit (Taufik, 1977).

Periode Demokrasi Terpimpin masa Orde Lama, umumnya dikatakan sebagai periode terburuk bagi sejarah perkembangan akhbar di Indonesia. Hal ini boleh dimaklumi kerana pendapat, sikap, dan perlakuan penguasa terhadap akhbar Indonesia telah melampaui had-had yang sudah ditetapkan. Penguasa Demokrasi Terpimpin memandang akhbar semata-mata dari sudut kemampuannya dalam menggerakkan massa dan opini publik. Akhbar seakan-akan dilihat sebuah senjata yang siap menembakkan peluru (informasi) ke arah massa atau khalayak yang tak berdaya. Akhbar dianggap sebagai alat “revolusi” yang besar pengaruhnya untuk menggerakkan atau meradikalisasi massa untuk menyelesaikan sebuah revolusi.

Pandangan ini dapat dilihat pada bagian pendahuluan dari pedoman penguasa Perang Tertinggi, 12 hb Oktober 1960 untuk akhbar Indonesia yang berbunyi :

“Sebagaimana kita semua telah memaklumi, surat khabar dan majalah merupakan alat publikasi yang dapat dipergunakan untuk mempengaruhi pendapat umum. Oleh kerana itu, maka surat khabar dan majalah tersebut dapat dipergunakan sebagai alat penggerak massa untuk menyelesaikan revolusi Indonesia menuju masyarakat yang adil dan yang makmur.”

Oleh kerana itu, rejim Demokrasi Terpimpin merasa perlu menguasai

Oleh kerana itu, rejim Demokrasi Terpimpin merasa perlu menguasai