hargailah nikmat Nya dan takutkanlah kemurkaan Nya jika anda kufur pada Nya})’.
Imam Qurtubi menegaskan bahawa maksudnya ialah “tempat berpulangnya kamu di hari akhirat nanti”. Iaitu kepada Nya kamu akan dibangkitkan kembali dan dipulangkan.
Oleh itu, sedarlah wujudnya tangan kekuasaan Allah yang memegang tampuk kerajaan seluruh alam ini; dan berimanlah dengan Allah melalui petunjuk ayat-‐ayat di atas ini kerana kepadanya kita akan dibangkitkan
kembali dan dipulangkan. Jelaslah jika kita pulang tanpa iman kepada Nya, kepada siapakah untuk kita memohon perlindungan? Kita hanya boleh berlindung pada pemegang tampuk pemerintahan yang Agong ini sahaja.
Mafhum nya:
“Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintaha Nya dilangit itu; (Jika kamu mengingkari Nya, dan dengan kemurkaan Nya itu) Dia menunggang-‐balikkan bumi yang menimbus kamu;
lalu bergegarlah bumi itu degan sertamerta melenyapkan kamu dibawah nya?.
(16)
bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahan Nya dilangit itu; (jika kamu mengingkari Nya, dan dengan kemurkaan Nya itu) Dia menghantarkan pada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu? Maka dengan itu kamu baru mengetahui bagaimana buruknya amaranKu kepada yang ingkar itu.?(17)
Tafsiran ayat 16 – 17:
Ibnu Kathir mencatitkan tafsiran ayat ini dengan berkata bahawa daripada keperihatinan Allah, Rahmat Nya ke atas makhluk Nya, Dia berkuasa mengazabkan mereka yang kufur dan syirik pada Nya, Tetapi Dia tetap berlembut, memaafkan, dan melambatkan hukuman atas mereka itu. Ayat 45 dari surah Fatir di jadikan hujjah nya: Firman Allah’
Mafhum nya:
“(Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka di sebabkan amal-‐amal jahat yang telah mereka kerjakan, tentulah Dia akan bertindak membinasakan dunia ini dan segala isinya disebabkan kejahatan golongan yang kufur ingkar dan yang mengerjakan maksiat-‐maksiat itu; akan tetapi Dia tidak bertindak demikian, Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke satu masa tertentu; dan apabila sampai tempoh itu, maka Allah membalas mereka dengan seadil-‐adilnya kerana Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-‐hamba Nya) (45; Fatir)
Apa pun, ayat ini memberi amaran kepada yang terus ingkar dan kufur; yang mereka akan dimusnahkan dengan azab-‐azab dari gegaran di muka bumi yang meranapkan semua perkampungan mereka atau dengan hantaran angin kuat puting beliung, atau turunnya batu ke atas mereka, dan pada masa itu tiada yang boleh melindungi mereka. (Ibnu Kathir ms.399; Juz 4) Al Qurtubi membawa tafsiran dari ibnu Abbas yang berkata:
“Adakah kamu akan rasa aman dari azab yang diturunkan oleh Allah dari langit; jika kamu mengingkariNya sebagai Tuhan? Kamu akan ditimbuskan dengan tanah yang bergegar dan menelan kamu sebagaimana berlaku pada Qarun?” Al Qurtubi ms 189: Jilid 17-‐18)
Syed Qutub mencatitkan tafsirannya dengan berkata:
“Allah mengingatkan manusia yang tentang ada peristiwa-‐peristiwa kemusnahan yang dasyat yang menimpa manusia yang ingkar dan mereka tidak boleh berbuat apa-‐apa terhadapnya. Bumi yang teguh di bawah kaki mereka tiba-‐tiba bergegar, meretak, menelan menausia di atasnya atau bukit-‐bukit yang meledakkan api dan mengeluarkan laharnya yang panas.
Atau angin yang tiba-‐tiba menjadi ribut taufan yang kuat memusnahkan semua di bawahnya; dan akhir-‐akhir ini melahirkan ‘batu-‐batu metour’ yang membelasah bumi dan manusia hanya dapat melihat dan tidak boleh berbuat apa-‐apa selain menyaksikan kemusnahan. Amaran ini sangat sesuai
untuk mereka berfikir untuk beriman dengan Allah; kerana jika tidak kita akan mengetahui bagaimana dasyatnya akibat amaran itu kepada manusia yang kufur”.
Allah membawa contoh yang telah dan pernah berlaku kepada manusia dan peristiwa yang berlaku kepada pendusta-‐pendusta agama Allah di zaman lampau. firman Allah:
Mafhum nya:
“Sesungguhnya; umat-‐umat yang dahulu dari mereka yang telah mendusta rasul2 lalu mereka dibinasakan; maka perhatikanlah ‘bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu pada mereka’! ”.(18)
Tafsiran ayat 18:
Ayat ini ditujukan pada kafir Mekah yang terus menerus ingkar kepada Islam dan menolak ayat-‐ayat Allah serta mendustakannya. Sebenarnya sebelum mereka mendustakan ayat-‐ayat Allah ini, sudah terdapat beberapa kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah, seperti Kaum Noh as, kaum Aad, Kaum Thamud dan lain-‐lain yang telah menolak serta mendustakan ayat-‐ayat Allah dan Rasul mereka. Kesan-‐kesan kemusnahan tersebut boleh disaksikan hingga kemasa kini.
Saksikanlah sendiri kemusnahan tersebut dan bagaiamana buruknya kesan kemurkaan Allah keatas mereka yang kufur itu. Kesan kemurkaan Allah itu dilihat sebagai kemusnahan, dan keruntuhan dengan turunnya azab yang sangat pedih dan menakutkan. Ayat ini tidak terhad pada kaum Mekah saja tetapi bersifat umum kepada siapa jua yang membelakangkan ayat-‐ayat Allah, mendustakan rasul mereka.
Ayat-‐ayat 16,17 dan 18 menekankan amaran dan ancaman dari Allah kepada yang mendusta Rasulullah, dan memujuk agar yang mau berfikir itu terus menerus mencari Allah dan beriman dengan Nya. Keperihatinan Allah
memujuk manusia terus berfikir dan merenung untuk melihat kuasa Allah diteruskan dengan ayat 19 berikut:
Mafhum nya:
“Apakah mereka tidak mau melihat/merenung/berfikir tentang burung-‐burung yang terbang di atas mereka dengan mengembang dan menguncupkan kepak-‐
kepaknya. Pastinya yang menahan burung-‐burung itu dari jatuh kebumi ialah Allah yang maha Rahmat, Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu itu.
(19)”
Tafsiran ayat 19:
Imam Ar Rusawi menyatakan bahawa maksud ‘melihat’ dalam ayat di atas ialah merenung, meneliti dan muhasabah dengan lebih teliti apa yang sedang berterbangan itu adalah ‘buah-‐buah’ iman yang menyinar dalam hati.
Tumpuan ialah kepada dua sayap-‐sayap burung di udara sewaktu dia mengepak dengan membuka dan menutup sayapnya, mempastikan dia terus terbang kedepan pastinya dia tidak jatuh ketanah, Fikirkanlah phenomena ini?
Apakah yang menahannya dari jatuh kerana tarikan ‘graviti’?
Pertama Allah telah mengizinkan berlaku pergerakan sayap tesebut di udara ketika burung itu terbang;
Kedua, seolah-‐olah ada tangan yang ‘tak–nampak’ menahan burung itu dari jatuh ketanah;
Kedua-‐dua ‘phenomena’ itu adalah dari Rahmat Allah; Rahmat Allah yang meluas meliputi tiap sesuatu, termasuk membenar dan mengizinkan seekor burung boleh terbang dengan bebasnya di udara tanpa takut ianya jatuh.
Jika perkara burung ini juga tidak mengubah hati mereka yang syirik pada Allah; dan mereka masih berdegil menolak Rasul, mengingkari Allah sebagai Pencipta Agong, maka Allah mempersoalkan mereka tentang siapakah yang boleh menolong dan melindungi mereka dari malapetaka yang pernah di turunkan atau akan diturunkan selain dari Allah, khususnya dari gegaran bumi yang menelan mereka atau dari ribut kuat yang membawa turun batu untuk memusnah mereka? Firman Allah dalam ayat 20 dan 21:
Mafhum nya:
“Siapakah gerangannya; selain dari Allah yang Maha Penyayang itu: yang boleh menjadi tentera membantu kamu? (sewaktu kamu di turunkan azab) Pastinya orang-‐orang kafir itu sentiasa berada dalam kekeliruan.(20)
Siapakah pula gerangannya; yang dapat terus memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki Nya? Pastinya orang-‐orang kafir terus bongkak dan menjauhkan diri merka dari hidayah.(21)
Tafsiran ayat 20-‐21:
Imam Qurtubi menyatakan “siapakah gerangan yang dapat membantu orang-‐orang ini yang mengingkari Allah dan Rasul dari azab Allah; sama ada dalam bentuk tentera atau penyokong yang dapat menghalang sebarang azab dari terkena kepadanya JIKA Allah menurunkan azab tersebut ke atas mereka.” Dalam kata lain, susuk bahasa yang digunakan ini memberi erti bahawa TIDAK ada sebarang tentera boleh membantu menghalang dan menghindarkan kamu semua dari azab Allah KECUALI Allah yang bersifat Penganugerah Rahmat sahaja.
Jadi selama ini, orang-‐orang kafir yang percaya bahawa tuhan-‐tuhan sembahan mereka itu mempunyai kuasa untuk menjauhkan mereka dari sebarang azab adalah pembohongan semata, dan sesunguhnya mereka tertipu dengan kepercayaan itu. Inilah angkara Syaitan yang membisik pada mereka bahawa tidak ada azab dan tidak ada hisab. (Tafsir Qurtubi Jilid 17/18 ms. 191).
Imam ar Rusawi pula berpendapat, “bahawa ayat tersebut di atas lebih menekankan kelalaian manusia merenung pada kejadian-‐kejadian Allah, misalnya dalam contoh burung yang berterbangan dan dari perkara-‐peraka ciptaan Allah yang mempesonakan mata kita yang boleh membawa kepada kepercayaan pada Allah, kuasa Nya, serta beriman dengan Nya. Sepatutnya dengan akal yang ada mereka tahu hanya Allah yang Rahman sahaja yang dapat melepaskan mereka dari azab dan kesusahan-‐kesusahan lain yang di turunkan Nya.”
Orang-‐orang yang kufur pada Allah tertipu dengan bantuan syaitan atas dakwaan mereka yang mereka dijaga oleh Tuhan-‐tuhan sembahan mereka.
Sebenarnya Tuhan-‐tuhan sembahan mereka tiada kuasa langsung untuk menghalang mereka dari di azab oleh Allah.( Tafsir al Bayan; Juz 10 ms. 93) Soalan rezeki pula, kadang-‐kadang ianya terputus dan kadang mewah. Jika Allah menghentikan rezeki dari Nya kepada orang orang kafir ini, siapakah selain dari Allah dapat memulihkan rezeki tersebut? Jika hal ini juga tidak dapat difikirkan mereka maka mereka sesungguhnya dari orang yang keras hati dan menjauhkan diri dari Hidayah Allah.
Dalam kata lain, berfikirlah dan muhasabahlah diri kita kerana dengan berfikir dan menilai Hanya Allah sahaja yang boleh menjaga kita dari sebarang azab dan Allah sahaja yang boleh memberi rezeki pada kita, maka ada baiknya kita beriman dengan Allah.
Orang yang kufur itu tidak berkesan pada semua kehebatan yang berada di sekitar mereka; pasti juga tidak mau menuju kepada kebenaran iman, malah mereka memlih yang batil dari yang benar, berterusan dalam kesesatan, dan melampaui batas-‐batas yang ditentukan, sehingga mereka dapat melarikan diri dari hidayah Allah. (ms. 93, Tafsir al Bayan)
Orang-‐orang Quraish Mekah terus menuduh Rasulullah dan sahabat-‐sahabat nya sebagai orang-‐orang sesat dan menyangka mereka dari kalangan orang yang benar; dan Allah mendedahkan siapakah mereka dalam ayat berikut nya:
Mafhum nya:
“ Apakah orang yang berjalan dengan menelangkupkan mukanya ke bumi itu LEBIH layak mendapat hidayat ATAU orang yang berjalan tegak di atas kaki nya serta mengikut jalan yang lurus?”.(22)
Tafsiran ayat 22:
Syed Qutub menjelaskan bahawa gambaran pertama dalam ayat di atas;
iaitu orang yang berjalan dengan cara menelangkupkan mukanya ke bumi, kerana jatuh atau rebah menggambarkan manusia celaka, malang dan sesat dari jalan Allah dan diharamkan dari hidayah Nya. Gambaran begitu lebih mirip kepada orang yang memilih satu jalan lain dari jalan yang benar dan sentiasa rebah, tergelincir, penat dan sesat.
Gambaran kedua aitu mereka yang berjalan tegak di atas kedua kakinya dan mengikuti jalan yang lurus menggambarkan manusia yang bahagia, yang bernasib baik, yang mendapat hidayat ke jalan Allah. Ini menggambarkan cirri-‐ciri kehidupan keimanan yang mudah, lurus dan bermatlamat.
Di antara kedua-‐dua ini siapakah di antara dua orang ini yang layak mendapat hidayah Allah? Tidak lain ialah yang kedua, yang berjalan mengikut undang-‐undang Allah, di jalan yang dilalui oleh angkatan mukmin yang menjunjung keimanan, kesyukuran dan kesabaran. (ms.75, Terjemahan Tafsir Fi Zilalili Quraan)