Tafsiran ayat 3-‐4:
Inilah dia perkara kedua yang diketengahkan oleh Allah untuk menyokong konsep Barakah yang melimpah ruah dari kekuasaan ‘tangan’ Allah atas kerajaan Nya; iaitu Penciptaan Langit sebanyak 7 Lapisan. Niatnya tidak lain untuk kita membuka minda dan menggunakan daya fikir kita untuk berfikir di
‘luar-‐kotak’ pemikiran yang biasa tentang Allah dan kekuasaan Nya dan untuk beriman dengan Nya.
Apakah sebenarnya 7 LANGIT YANG BERLAPIS-‐LAPIS ITU?
Ibnu Kathir dan Qurtubi mentafsirkan perkataan 7 langit yang berlapis-‐lapis itu sebagai: langit yang berada di atas kita di mana ianya berada atas di antara satu sama satu yang lain dan dipisahkan oleh kawasan yang kosong;
Pendapat ini dipetik dari tafsiran oleh Ibnu Abbas ra; dan dipetik dari Hadith Isra’ yang dimuat oleh Imam Ibnu Kathir yang membawa hadith al Bukhari riwayat dari Anas Ibni Malik ra. (Ibnu Kathir Juz 4; ms 397 dan Tafsir Qurtubi Juz 17-‐18 ms.183)
Imam Ismail Haqqi ar Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan menyatakan bahawa Allah telah mencipta dan mengelokkan ciptaan langit ini tanpa bandingan.
Sifat 7 langit-‐langit ciptaan Nya itu ialah berada di atas antara satu sama lain dan ianya bersendirian di antara satu sama lain bagi memberi gambaran ianya adalah melibatkan semua alam ini sekaligus iaitu termasuk bumi.
Beliau memetik perkatan Al Qasyani ra, menggambarkan kesempurnaan ciptaan yang terbaik alam Keajaan Allah mengenai 7 petala langit ini. Ianya tercipta bersama satu ciptaan teristimewa, terbaik dengan semua sistem dan tingkat-‐tingkatnya yang tersendiri (Tafsir al Bayan ms. 78 Juz 6)
Pandangan Syed Qutub pula berpendapat ‘bahawa 7 langit yang dijelaskan oleh ayat di atas tidak boleh di‘pastikan maksudnya’ berdasarkan teori-‐teori ilmu astronomi moden sekarang; kerana semua teori-‐teori itu masih
‘terbuka’ kepada pengesahan dan pembetulan apabila alat-‐alat teropong dan penyiasatan bintang-‐bintang semakin maju.
Dalam kata lain, maksud 7 langit di atas tidak harus didasarkan kepada penemuan-‐penemuan sains moden hari ini, kerana kelemahan-‐kelemahan yang ada. CUKUP bagi kita yang membaca ayat di atas mengetahui bahawa di sana terdapat TUJUH langit yang berlapis-‐lapis dengan bererti ianya bertingkat-‐tingkat mengikut jarak-‐jarak jauhnya yang berbeda-‐beda”
Bagi memahami ayat di atas, al Quraan menarik perhatian kita kepada PENCIPTAAN Allah; khususnya 7 langit yang berlapis-‐lapis itu secara khusus, tetapi mengambarkan secara umumnya bagi meliputi seluruh makhluknya yang lain untuk menjelaskan KESEMPURNAAN ciptaan Nya”. (Tafsir Fi Zilalil Quraan; Juz 6 ms. 3632 oleh Syed Qutub)
Tingkat Kesempurnaan Ciptaan 7 langit Bersama Isi NYA! ?
Bagi menjelaskan kesempurnaan ciptaan Allah ini; Allah menegaskan bahawa: “Engkau tidak mendapati dari penglihatanmu dalam sebarang ciptaan Allah yang Maha Penyayang itu sesuatu yang tak seimbang!”
Ini bererti di sana tidak ada cacat cela kajadian Allah; di sana tidak ada kekurangan dan tidak ada kacau bilau. Ciptaan Nya itu dibuat oleh Allah yang Rahman, penuh rasa sayang dan perihatin serta ikhlas untuk makhluk Nya.
Jika tak percaya maka “ LIHAT LAH SEKALI LAGI CIPTAANKU ITU!” iaitu pandang dan kajilah, selidiklah, gunakanlah semua ilmu ‘astronomi’ kamu, sains kamu, tubuhkan lah NASA atau ilmu ‘outerspace’ kamu dan terokailah
alam langit itu, DEMI mencari kepastian. “Tanya Allah kepada manusia yang mencari itu; “Adakah engkau dapat melihat dan mendapati sesuatu kecacatan?(ayat 3) Samada terdapat keretakan, kerosakan atau tidak berfungsi akibat kegagalan sistem?”
Jika belum bertemu lagi, “Kemudian ulangilah peninjauan kamu itu berkali-‐
kali” untuk mempasti kalau-‐kalau ada yang dah luput, dah rapuh, yang tidak ditemui dalam penglihatan awal kamu itu. Adakan kajian demi kajian;
ciptalah alat teropong yang dapat mencari sesuatu secara pasti tentang kemungkinan-‐kemungkinan terjumpa sesuatu yang cacat!
Cabaran Allah ini berakhir dengan kata Nya; ‘NESCAYA PENCARIAN DAN PENGLIHATAN KAMU ITU BALIK PADA KAMU DENGAN PENUH KECEWA, HAMPA DAN LETIH LESU! (4)’
Dalam kata lain Allah mahukan manusia membuat kajian dan penelitian memeriksa apa itu langit, apa yang ada disana, dan jangan sekali-‐kali berputus asa, jika dengan niat mahu melihat kebesaran dan keagongan Allah.
Jika mau menambah keyakinan pada yang Maha Esa, mau beriman kepada yang mempunyai Barakah yang melimpah ruah sebagai Tuhan yang Mencipta.
Keindahan dalam rekabentuk alam ini juga dianggap oleh Allah sebagai kesempurnaan ciptaan Nya. Keindahan dan kesempurnaan merupakan dua sudut pandangan bagi hakikat yang satu, kerana kesempurnaan mencapai darjah keindahan. Demi jesteru itu, Allah menarik perhatian kita pada keindahan langit dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
“Sesungguhnya Kami telah hiaskan ‘langit dunia’ dengan pelita-‐pelita (bintang-‐
bintang yang bergemerlapan); dan pada masa yang sama, Kami jadikan
(bintang-‐bintang ini) itu sebagai ‘peluru’ yang merejam para syaitan; dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya marak menjulang.(5)”
Tafsiran ayat 5:
Terdapat 3 isu dalam ayat ke 5 ini, Isu pertama ialah Keindahan langit dunia dengan bintang-‐bintangnya, Isu ke 2 Bintang-‐bintang itu dijadikan sebagai peluru untuk merejam Syaitan, dan isu ke 3 ialah Syaitan dijanjikan ke dalam neraka Allah.
Isu pertama: Langit dunia dihias dengan pelita-‐pelita:
Langit dunia ialah ‘langit yang paling dekat dengan bumi dan penduduknya’.
Penduduk bumi dapat melihat dan menghayati keunikkan dan kecantikkan langit dengan bintang-‐bintang itu.
Keindahan langit dan alam seluruhnya telah menarik minat hati dan jiwa kita untuk memahami alam ini dan sekaligus bertanya siapakah PENCIPTA nya.
Isu ke dua, Bintang-‐bintang sebagai ‘peluru’: Merejam para syaitan
Kehadiran bintang-‐bintang di langit bukan sahaja untuk hiasan yang menakjubkan kita, tetapi rupa-‐rupanya mempunyai tugasnya yang tersendiri.
Iaitu “Kami jadikannya ‘peluru’ yang merejam para Syaitan”.
Kita beriman bahawa di sana terdapat satu makhluk yang dinamakan SYAITAN, dan bintang-‐bintang itu dijadikan peluru merejam mereka; kerana sifat mereka yang menjadi perosak kepada manusia, dan kerja mereka mendorong manusia menjadi kufur pada Allah.
Melalui ‘tahi-‐tahi’ bintang yang meluncur pantas untuk merejam para syaitan yang derhaka itu maka inilah dia jenis seksaan kepada syaitan di dunia ini.
Isu ketiga: Syaitan dijanjikan neraka yang marak menjulang:
Oleh kerana peranan Syaitan di muka bumi ini ialah hendak menyesatkan anak Adam dan mendorong mereka ke jalan kufur maka Allah telah menetapkan syaitan-‐syaitan ini ke dalam neraka Nya, yang digambarkan sebagai ‘marak menjulang’. Ini akan berlaku di akhirat kelak. Pengenalan
syaitan dalam ayat 5 ini, sekaligus akan mengaitkannya dengan orang yang kufur pada Allah dengan mengikuti jejak Syaitan ni.
Siapakah Syaitan itu?
Mereka adalah sejenis makhluk yang ghaib terdiri dari mereka-‐mereka yang kufur pada Allah dari kalangan bangsa Jin. Tugas utama mereka ialah
“mengeluarkan manusia daripada nur hidayah Allah kepada kegelapan kekufuran pada Allah”. Jumlah syaitan ini banyak dan mereka adalah seteru kepada manusia (Imam Ismail ar rusawi ms 82 Tafsir al Bayan).
Jika manusia itu menjadi pengikut Syaitan menerima bisikan dan panduan Syaitan dalam perjalanan hidup mereka di dunia ini, dan menjadi kufur pada Allah, serta menolak ayat-‐ayat Allah, menolak Allah sebagai Rabb mereka, maka manusia-‐manusia ini akan senasib dengan Syaitan itu dari segi balasan Allah pada mereka.
Firman Allah:
Mafhum nya:
“dan untuk orang-‐orang yang kafir terhadap Tuhan mereka ialah azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-‐buruk tempat kembali”.(6)
Tafsiran ayat 6:
Manusia yang kafir terhadap Tuhannya ialah manusia yang melalui perjalanan di antara ‘hidup’ dan ‘mati’ mereka dan cuba berbuat amalan yang terbaik, tetapi telah memilih syaitan sebagai Pemandu hidup mereka, dan menolak ayat-‐ayat Allah; tidak mau berfikir dan memahami serta mendengar panduan dari para Rasul untuk beriman dengan Allah. Mereka seolah-‐olah bersekongkol dengan Syaitan dalam hidup dunia mereka.
Mereka akan senasib dengan syaitan kelak di akhirat nanti.
Janji Allah pada kumpulan manusia ini ialah balasan azab Allah dari bakaran Neraka Jahannam, iaitu neraka yang membakar mereka dan akan menyambut mereka kelak dengan kemarahan yang amat bengis, itulah seburuk-‐buruk tempat berpulangnya orang-‐orang kafir ini.
Imam ar Rusawi berkata; ayat ini memberi isyarat bahawa azab Allah dan balasan dendamNya keatas orang yang kufur bersekongkol dengan syaitan adalah diluar adat biasa, ia pembakaran dari lubang-‐lubang yang mengeluarkan api yang membakar dari bawah dan menjulang tinggi memakan badan mereka; dan sudah pasti bagi mereka ini, tidak ada harapan untk memboloskan diri dari azab ini. (Tafsirul bayan ms 82)
Wah! Allah membuka minda kita untuk melihat satu lagi perkara ghaib yang pasti berlaku di akhirat nanti, Sebuah pandangan telah dilukis oleh Allah pada kita untuk kita berfikir semasak-‐masaknya untuk tidak kufur pada Nya, mau beriman dengan Nya dan patuh pada Syariaat yang di bawanya melalui Rasul Nya. Firman Allah:
Mafhum nya:
“Apabila mereka-‐mereka (yang kufur ini) dicampakkan ke dalamnya, mereka akan mendengar suara jeritan neraka itu yang amat dasyat sedang ia terus mengelegak.(7)
Neraka itu hampir-‐hampir meledak pecah kerana ia terlalu marah (kepada si kafir tu); setiap kali kumpulan mansuia kafir itu dicampak ke dalamnya, maka penjaga neraka itu akan bertanya kepada mereka dengan perkataan; ‘selama
kamu hidup di dunia dulu, ada atau tidak datang kepada kamu Rasul yang pernah memberi peringatan (tentang neraka ni)’?.(8)
Jawab mereka: “ya! Benar ada Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kami. Sayangnya! Kami telah mendustakannya; malah kami pernah berkata padanya: “ mana ada Allah telah menurunkan sesuatu apa pun pada kamu! Dan kamu semua ni sesat yang sangat nyata!”.(9)
Tafsiran ayat 7-‐9:
Neraka Jahannam ini digambarkan sebagai satu makhluk yang ‘hidup’ dan telah memendamkan kemarahannya kepada orang yang sanggup kufur pada Allah. Dia hairan mengapa manusia sanggup kufur pada Allah, fitrahnya dan rohnya tidak dapat menerima hakikat ini kerana Allah telah menganugerah kan segala-‐galanya pada manusia dan sepatutnya mereka beriman dengan Nya.
Kemarahan neraka bermula apabila mereka yang kufur itu dicampakkan ke dalam neraka, maka neraka itu mengaum sehingga terdengar suara kuatnya yang memekik dengan dasyatnya dan bertalu-‐talu, sehingga dikatakan diri neraka itu hampir pecah meledak kerana terlalu marah.
Setiap kali proses mencampakkan manusia itu kedalam neraka, maka penjaga neraka itu akan mengejek dengan menyoal mereka dengan pertanyaan yang menghina
“Tidakkah pernah didatangkan pada kamu, Rasul yang memberi peringatan (tentang neraka ini)?
Para penjaga dan pengawal neraka yang turut bersama neraka itu menyatakan kemarahan mereka pada kumpulan manusia kufur ini, yang sedang menerima azab Allah dalam kesusahan dan penderitaan akan terasa terlalu pahit dengan kecaman dan penghinaan itu. Lantas mereka terpaksa menjawab dengan berkata:
“Ya!, ada Rasul yang telah datang memberi amaran pada kami tentang azab ini! Sayangnya kami telah mendustakannya dan kami kata padanya; Mana ada Allah telah menurunkan kepada kamu sesuatu apapun! Kamu semua ni sesat yang nyata.”(9)
Menghayati ayat 7-‐9 diatas, kita akan insaf dan mengambil iktibar dari gambaran ini, dan tidak akan bertindak mengingkarkan Rasul, apa lagi menuduh mereka sebagai sesat. Keangkuhan orang-‐orang kafir dan tidak mahu mengakui Allah sebagai Tuhannya, menolak ayat-‐ayat Nya, pasti akan merasa terhina, terazab dan tertekan di Akhirat nanti.
Ini adalah satu perkhabaran yang ghaib yang wajib bagi kita mempercayai nya dan menjiwainya agar kita dalam perjalanan ‘hidup-‐mati’ ini, tidak terjerumus kedalam kemungkaran, sesat dan kekufuran.
Malah hati kita akan terus merasa gerun dengan jenis seksaan yang telah di sediakan untuk golongan penentang ini.
Mafhum nya:
“Dan mereka berkata lagi: “kalaulah sekiranya kami dulu mendengar peringatan Rasul ATAU kami berfikir, sudah tentu kami tidak berada di dalam golongan penghuni-‐penghuni Neraka yang marak menjulang ini”.(10)
“lalu mereka mengakui dosa-‐dosa mereka itu. Maka alangkah jauhnya Rahmat Allah bagi penghuni-‐penghuni neraka yang marak menjulang itu”.(11)
Tafsiran ayat 10 – 11:
Inilah kemuncak dari perlakuan manusia kufur yang bergerak di antara hidup-‐mati perjalanan mereka di dunia dengan membawa kekufuran pada Allah yang telah mencipta mereka, menyombong memilih dunia dan maksiat sebagi pegangan mereka, serta menyembah syaitan yang menjerumuskan mereka kedalan neraka Allah di Akhirat nanti.
Tidak ada perkataan lain dari MENGAKUI KESILAPAN dan DOSA-‐DOSA mereka, apakah yang ada dan apakah yang diharap dengan pengakuan ini?
Semuanya sudah terlambat dan kekesalan mereka tidak punyai apa-‐apa faedah lagi.
Ibnu Kathir dalam mentafsir dua ayat di atas menyatakan bahawa ”inilah dia keadilan Allah keatas mahkluk Nya. Seseorang itu tidak di azabkan kecuali setelah diberi hujah kepada mereka dan diutuskan Rasul-‐rasul untuk menasihati mereka”.
Allah berfirman:
Mafhum nya:
“Dan tidak Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan kepadanya seorang Rasul untuk menerangkan yang benar dan yang salah”(Al Isra 15)
Firman Allah lagi:
Mafhum nya:
“Orang-‐orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-‐pasuk; sehingga
penjaganya kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-‐rasul dari kalangan kamu sendiri’ yang membaca kepada kamu ayat-‐ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab; “ya’ telah datang!, tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-‐orang yang kafir’ (71; surah Az Zumar)
Begitulah dipulangkan balik kepada mereka segala celaan dan sehingga mereka sedar tidak ada gunanya lagi sebarang kekesalan; lantas mereka berkata; “Kalaulah kami telah mendengar dan memahami (sebagai orang mau mencari kebenaran) maka tentunya kami tidak termasuk dalam kalangan orang menghuni neraka pada hari ini”. (10 al Mulk).
Ertinya jika kami mendengar bacaan dari Rasul yang memperdengarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah dari kebenaran, mestilah kami tidak mati sebagai orang yang kufur pada Allah dan terpengaruh dengannya. Kami tak faham apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh rasul-‐rasul itu, dan jika kami menggunakan sepenuhnya akal kami pada masa itu mestilah kami mendapat petujuk dan ajaran dari rasul-‐rasul ini”. (Ibnu Kathir ms.398 Juz 4) Al Qutubi dalam tafsirannya (Juz 17/18; Al jame’ Li Ahkamil Quraan) menyatakan ayat 10 diatas dipadankan pada ayat 13 dan 16 dari surah Tuur:
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-‐
kasarnya(13) (Dan dikatakan pada mereka): ‘Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.’(14) ‘maka adakah ini juga sihir? Atau kamu tidak Nampak kenyataan nya sebagaimana kamu tak Nampak dahulu tentang kebenaran itu? 15) ‘Rasalah!
Rasalah bakarannya itu sekarang! Kemudian samada kamu bersabar menderita azabnya atau tidak mampu bersabar; tidak ada apa-‐apa fedahnya pada kamu; SESUNGGUHnya Balasan ini dibuat berdasarkan apa yang kamu kerjakan di dunia dahulu (At Tuur:13-‐16)
Pada hari balasan itu, mereka yang kufur dikumpulkan dengan tangan mereka berada ditengkok mereka; dan kedua-‐dua kaki mereka terikat di antara satu sama lain dengan keadaan demikian mereka dicampakkan ke dalam api neraka dengan muka mereka tersembam mencecah api itu, apabila mereka hampir sampai ke dalam neraka itu, penjaga Neraka yang terdiri dari para malaikat akan bertanya mereka dengan soalan menghina ini;
‘Inilah dia api neraka yang dahulu kamu pernah mendustakannya!’. Dan ditambah perkataan berikut: Adakah ini sihir juga (sebagaimana yang pernah kamu katakan kepada keterangan Rasul Kami dahulu?) Lihatlah sendiri dengan matakepala kamu azab ini! Atau Kamu sebenarnya tak nampak kenyataannya sebagaimana kamu tak Nampak di dunia dahulu tentang kebenaran Rasul kami itu?
Serentak dengan penghinaan kata-‐kata itu, Penjaga Neraka akan menghentak dengan berkata; “Nah! Rasalah sendiri kepanasan neraka ini;
samada kamu boleh bersabar menanggung kesengsaraannya atau tidak boleh sabar, ianya sama saja ianya tidak memberi apa-‐apa faedah pada kamu!
‘Semua balasan ini adalah hasil dari apa yang telah kamu kerjakan dahulu di dunia.’
Begitulah tafsiran dari Al Qurtubi berhubung dengan ayat 10 dan 11 dalam surah al Mulk ini.
Seterusnya Abi Said al Khudri meriwayatkan dari Rasulullah sebuah Hadith;
kata baginda mafhum nya:
“semua pelaku jenayah itu terus sesal dan kesal di hari kiamat lantas mereka berkata, ‘kalaulah kami mendengar dan berfikir dengan mendalam maka pada hari ini kami tidak menjadi ahli neraka Sai’ier ini!’.
Jawab Allah:
“Sesungguhnya mereka telah mengakui dosa dari kekufuran mereka itu;
kerana mendustakan keterangan rasul-‐rasul mereka, maka pada hari ini mereka semua dijauhkan dari Rahmatku jauh sejauh-‐jauhnya.” (al Qurtubi ms.187: Juz 17/18)
Apa kata Syed Qutub tentang tafsiran 2 ayat di atas?
“Secara firtahnya, jiwa manusia telah dimeterikan dengan hakikat iman dengan dalil-‐dalilnya Jiwa manusia yang kufur adalah pilihannya, jiwa yang kufur adalah jiwa yang kosong dari segala sifat-‐sifat yang baik dan dalam perjalanan di antara hidup dan matinya akan terus merosot dan jatuh setiap hari yang dilaluinya dan pada akhir perjalanan itu ia hanya sampai kepada satu pertemuan yang amat buruk, keji dan terhina di dunia ini ianya merupakan jiwa-‐jiwa yang liar, lari dari fitrahnya yang berkelana dan cacat.
Mereka akan hanya sampai ke neraka Jahannam yang akan membakar, dan menjilat serta memusnahkan segala-‐galanya di akhirat nanti. Mereka akan dijauhkan dari Rahmat Allah dan tidak punyai harapan untuk mendapat pengampunan dari Allah. Kekallah mereka di dalam neraka Allah.”
Orang-‐orang yang MENDENGAR ajaran-‐ajaran yang baik dan BERFIKIR dengan bersunguh-‐sungguhnya tentang dirinya, persekitarannya, dunianya, hidupnya dan seterusnya TUHAN nya, maka dia tidak akan membawa diri nya ke jalan yang penuh malapetaka dan tidak akan mendustakan semua yang dibawa keterangan oleh para rasul; dan pastinya tidak ANGKUH kepada Allah. Sesungguhnya mereka beriman dengan penuh yakin pada Tuhan mereka iaitu Allah.
Dalam menguji ‘siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya’ maka jawapannya tersirat dalam ayat-‐ayat 12 dan seterusnya:
Mafhum nya:
“Sesungguhnya, orang-‐orang yang TAKUT kepada Allah, tuhan mereka, tanpa melihat Nya, maka akan dikurniakan mendapat pengampunan dan pahala yang amat besar.(12)
Tafsiran ayat 12:
Orang yang terbaik sekali amalan mereka setelah diuji ialah orang-‐orang yang TAKUT pada Allah, walhal mereka tidak melihatNya dengan mata kepala mereka. Mereka ini takut pada Allah yang tidak dapat dilihat dan mereka takut pada Allah sewaktu mereka terlindung dari pandangan manusia takut yang melayakkan mereka mengondol pengampunan dari Allah atas semua dosa-‐dosa mereka dan mendapat pahala yang besar dari sisi Allah.
Takut di sini bererti takut kepada azab Allah dan azab hari Kiamat yang menunggu jika mereka melanggar perintah Nya. Takut di sini boleh diertikan sebagai takutkan hari kematiannya, hari dikebumikan, dengan menyakinkan dirinya, walaupun azab tersebut masih belum dilihatnya.
Rasa takut pada Allah kerana azab Nya, di hari mati kita, di hari kita di kubur kan dengan memahami semua keterangan yang telah kita fahami dan menjelang kehadiran hari kiamat dengan angkara azab hari mahsyarnya, dan hari penentuan hisab semua amalan kita akan menundukkan hati kecil kita itu kepada Allah di mana tunjangnya ialah ‘Beriman kepada Nya’.
Harapan dari hati tersebut ialah pengampunan dari Allah atas semua dosa-‐
dosa kita selama ini dan sekali lagi mengharapkan mendapat pahala yang besar dari Allah di hari akhirat nanti.
Hubungan kita dengan Allah melalui hati yang takut kepada Nya, merupakan tunjang kepada keimanan kita pada Allah. Apabila hubungan ini berakar umbi dalam hati kita maka di sinilah dapat kita katakan seseorang itu sebagai mukmin yang sebenarnya dalam hubungannya dengan Allah. Inilah kemenangan yang nyata bagi mereka yang beriman dan takut pada Allah yang melalui perjalanan di antara ‘mati–hidup –mati’ nya yang digambarkan oleh surah ini.
Ayat ke 13 pula menjelaskan bahawa Allah sedia mengetahui dan menyaksikan segala-‐gala yang tersembunyi dalam hati-‐hati manusia makhluk Nya dan juga yang jelas ternyata. Kerana Allah sendiri yang mencipta hati tersebut dan pasti mengetahui apa yang dikandungi oleh hati itu. Firman Allah:
Mafhum nya:
“Dan tuturkan perkataan kamu itu samada secara perlahan atau secara nyaring (ianya sama sahaja disisi Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati kamu yang dikandungi oleh dada kamu.(13)
Tidakkah Allah yang telah menciptakan sekalian makhluk itu dapat
Tidakkah Allah yang telah menciptakan sekalian makhluk itu dapat