SURAH AL MULK
TERJEMAHAN SURAH AL MULK
Maha Berkat Allah itu! Tuhan yang menguasai dunia dan akhirat, dan memanglah Dia Maha Kuasa di atas tiap-‐tiap sesuatu.(1)
Dialah yang mentaqdirkan adanya “MATI” dan “HIDUP” kamu semua; semata-‐
mata untuk menguji kamu bagi merealisasikan ‘siapakah di antara kamu yang terlebih baik amalan baiknya’. Dialah Maha Kuasa akan membalas amal kamu dan Maha Pengampun kepada yang bertaubat.(2)
Dialah Allah yang telah menciptakan tujuh langit yang berlapis-‐lapisan. Jangan harap engkau dapat melihat sebarang ketidakseimbangan dalam sebarang ciptaan Allah yang Penyayang itu! Untuk buktinya; lihatlah dan telitilah ciptaan-‐ciptaan itu berkali-‐kali, adakah Engkau terjumpa sesuatu yang pecah atau cacat?.(3) Kemudian ulangilah penelitian kamu itu berkali-‐kali, nescaya engkau akan kecewa pada penglihatan engkau itu dan menyebabkan ia hampa dan letih lesu.(4)
Sesungguhnya Kami telah hiaskan ‘langit dunia’ dengan pelita-‐pelita (iaitu bintang-‐bintang yang bergemerlapan) dan pada masa yang sama Kami jadikan bintang-‐bintang itu sebagai ‘peluru’ yang merejam para syaitan; dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya marak menjulang.(5)
Dan untuk orang-‐orang yang kafir terhadap Tuhan mereka disediakan azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-‐buruk tempat kembali mereka.(6)
Apabila mereka-‐mereka yang kufur itu dicampak ke dalamnya; mereka akan mendengar suara jeritan neraka itu yang amat dasyat sedang ia terus mengelegak.(7
)
Neraka itu hampir-‐hampir meledak pecah kerana ia terlalu marah kepada si kafir itu, setiap kali kumpulan manusia kafir itu dicampak ke dalamnya, maka penjaga neraka itu akan bertanya kepada mereka dengan perkataan: “selama kamu di dunia dulu, ada atau tidak datang kepada kamu Rasul yang pernah memberi peringatan tentang neraka ini?”.(8)
Jawab mereka; “ya! Ada, benar ada rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kami. Sayangnya! Kami telah mendustakan mereka, dan kami pernah berkata pada mereka; “Mana ada Allah yang telah menurunkan sesauatu apa pun pada kamu! Kamu semua ini adalah sesat yang sangat nyata!”.(9)
Dan mereka berkata lagi (dengan penuh insaf): “Kalaulah sekiranya kami dulu mendengar serta meneliti peringatan rasul itu ATAU Kami berfikir: sudah tentu kami tidak berada dalam golongan penghuni neraka ini!”.(10)
Lalu mereka mengakui dosa-‐dosa mereka itu; maka alangkah jauhnya Rahmat Allah bagi penghuni-‐penghuni neraka yang marak menjulang ini.(11)
Sesungguhnya, orang-‐orang yang takut pada Allah, Tuhan mereka tanpa melihatNya, maka akan dikurniakan pengampunan dan pahala yang amat besar.(12)
Dan tuturkanlah perkataan-‐perkataan kamu itu sama ada secara perlahan atau secara nyaring (dan ianya sama saja disisi Allah); kerana Allah maha Mengetahui isi hati kamu itu yang dikandungi oleh dada kamu.(13)
Tidakkah Allah yang telah mencipta sekalian makhluk itu dapat mengetahui segala-‐galanya? Allah itu Maha Halus urusan tadbir Nya, lagi Maha Tinggi kemahiran Nya.(14)
Dia lah yang telah mencipta bumi bagi kamu untuk mudah kamu gunakan;
maka berjalanlah di merata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah (dari pengeluaran bumi itu); dan ingatlah kepada Allah jualah kamu akan dibangkitkan untuk hidup semula.(15)
Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahan Nya di langit itu (jika kamu mengingkari dan dengan kemurkaan Nya) Dia menunggang balikkan bumi ini yang menimbuskan kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta melenyapkan kamu di bawahnya?.(16)
Bolehkah kamu merasa aman tenteram kepada Tuhan yang pusat pemerintahannya dilangit (jika kamu mengingkari Nya dan dengan kemurkaan Nya) Dia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan hebat, maka dengan itu barulah kamu mengetahui bagaimana buruknya amaran kepada yang ingkar kufur itu?.(17)
Sesungguhnya, orang-‐orang yang dahulu itu adalah dari mereka-‐mereka yang telah pernah mendustakan Rasul-‐rasul mereka! Lalu mereka dibinasakan.
Maka perhatikanlah ‘bagaimana buruknya kesan kemurkaan Aku pada mereka!:(18)
Apakah mereka tidak mahu melihat kepada burung-‐burung yang berterbangan di atas mereka dengan cara mengembang dan menguncupkan kepak-‐kepak sayap mereka! Pastinya yang menahan burung-‐burung itu dari terjatuh ke bumi ialah Allah yang bersifat dengan Penyayang dan Maha Rahmat;
sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu itu.(19)
Siapakah gerangannya selain dari Allah yang boleh menjadi tentera-‐tentera yang boleh membantu kamu, sewaktu kamu dikenakan azab-‐azab itu? Pasti nya orang-‐orang yang kufur itu sentiasa berada dalam kekeliruan.(20)
Siapakah pula gerangannya (selain dari Allah) yang dapat terus memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki kamu? Pastinya, orang-‐orang yang kufur pada Allah itu akan terus bongkak dan menjauhkan diri mereka dari Hidayah Allah!(21)
Apakah orang-‐orang yang berjalan dengan menelangkupkan muka mereka kebumi itu lebih layak mendapat hidayah Allah berbanding dengan orang-‐
orang yang berjalan tegak dimatas kaki mereka serta mengikut jalan yang lurus Istiqomah?.(22)
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad! ‘Sesungguhnya Allah lah yang telah mencipta kamu semua dan telah mengadakan pada kamu Pendengaran (telinga) dan Penglihatan (mata) serta hati (untuk kamu mencari dan bersyukur kepada Nya); Malangnya! Amat sedikit sekali kamu bersyukur pada Nya.(23)
Katakanlah lagi pada mereka; “Allah itulah Tuhan yang telah mencipta kamu semua untuk mengembang biak di bumi ini! Pastinya kepada Dialah sahaja, kamu semua akan dikumpul dan dikembalikan”.(24)
dan mereka bertanya (dengan niat mengejek): “Bilakah agaknya akan datang hari kiamat yang dijanjikan kamu itu, jika ianya benar?.(25)
Katakanlah pada mereka; “Pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya tersimpan di sisi Allah sahaja, dan aku hanyalah sebagai Rasul, tugas aku hanya memberi peringatan dan penjelasan.(26
)
Kemudian apabila mereka menyaksikan dan melihat kemunculan hari kiamat itu dari dekat, maka suramlah muka mereka dan lalu dikatakan pada mereka dengan perkataan berikut; “Inilah dia hari yang pernah kamu semua cabar dan minta disegerakan kedatangannya!” Ingat tak?.(27)
(Tanyalah mereka, wahai Muhammad dengan soalan ini; “Apa fikiran kamu, jika Allah membuat keputusan membinasakan aku dan orang-‐orang yang bersama-‐samaku (sebagaimana yang kamu harap-‐harapkan selama ini) Atau Allah memberi RahmatNya pada kami dengan memenangkan kami ke atas kamu semua) maka siapakah yang dapat memberi perlindungan kepada orang-‐orang yang kufur seperti kamu dari azab-‐azab seksaan yang sangat pedih itu?”(28)
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad; “Allah yang bersifat Penyayang itulah yang dapat melindungi kami; Dialah yang kami beriman denganNya dan Dialah yang kami menyerah pasrah dan bertawakal manakala kamu semua akan dapat mengetahui siapakah yang sebenarnya yang sedang berada dalam kesesatan yang nyata itu!”(29)
Wahai Muhammad, beritahu mereka; “Apa pendapat kamu jika sekiranya air yang menjadi minuman harian kamu itu dihilang lenyapkan dari muka bumi ini, maka siapakah selain dari Allah yang dapat mendatangkan pada kamu air lain yang sentiasa terpancar mengalir?.(30)
SINOPSIS SURAH AL MULK
Surah al Mulk ialah surah yang ke 67, diturunkan di Mekah dengan 30 ayat.
Surah yang diturunkan di Mekah ini yang bertujuan membina akidah kepercayaan kepada Allah, kepada wahyu Nya, dan kepada Hari Akhirat. Dari kepercayaan dan akidah ini akan tercetuslah hubungan di antara Allah sebagai Pencipta dengan Makhluk ciptaanNya dalam bentuk hubungan hati yang hidup yang mendorong mereka kepada menyembah hanya Allah.
Surah al Mulk memberi tujahan di atas kepada hati-‐hati yang cuba menghayatinya; kerana konsep al Mulk bererti Allah sebagai Pencipta Mutlak yang memiliki kekuasaan agong yang mentadbir semua makhluknya termasuk kita.
Surah ini memaparkan hubungan di antara makhluk semua dengan Pencipta nya, melibatkan hubungan bumi yang sempit ini bersama penduduknya dengan alam langit yang luas yang mendorong kepada pengertian adanya hari akhirat.
Surah yang memperkenalkan alam akhirat kepada manusia dengan memperkenalkan neraka dan syurga, para malaikat dan syaitan yang di kaitkan dengan amalan manusia di bumi ini, sama ada yang beriman atau yang kufur pada Allah.
Manusia, yang dicipta dari TIADA kepada ADA; kemudiannya kepada TIADA (mati) dan kepada ADA semula (dibangkitkan di hari akhirat) untuk dihayati oleh kita dan di insafi bahawa kita terlalu kerdil dihadapan kejadian Allah.
Allah; Pemilik Agong segala-‐segala ciptaanNya, memiliki kekuasaan agong yang meberi keberkatan kepada yang beriman denganNya, telah mencipta segala-‐galanya termasuk bumi dan langit, dan mentadbirkannya dengan penuh barakah tanpa sedikit kecacatan pun. Kita dicabar untuk mencari kalau ada yang pecah dan cacat.
Matlamat dari semuanya ini untuk menguji manusia untuk melihat siapakah yang paling terbaik menghasilkan amal baik di atas muka bumi ini. Malah Allah menjanjikan kepada yang beriman dan tak pernah melihat zat Allah
dengan mata kepala mereka, tetapi hanya melihat kejadianNya akan diberi pengampunan dan pahala yang besar.
Allah memperkenalkan alam Akhirat; di mana yang bersekongkol dengan syaitan dan kufur pada Allah akan dicampak ke dalam neraka Allah tanpa belas kasihan. Para Malaikat penjaga neraka dari kalangan malaikat akan bertanya dengan soalan yang sinis menempelak si kafir itu atas kekufuran mereka. Yang anehnya Neraka yang kecewa dengan manusia yang kufur itu turut memarahi dan mengaum dengan sekuatnya kerana manusia yang tidak tahu berterima kasih pada Allah itu sanggup kufur padaNya.
Allah mengakhiri surah ini dengan memperkenalkan diriNya sebagai Ar Rahman yang mengujudkan air sebagai sumber hidupan di dunia yang tidak boleh disediakan oleh mana-‐mana selain dari Allah.
Wajib lah kita bersyukur pada Allah, menerima Allah seadanya, kerana Allah yang kita bertuhankan Nya itu pemilik Kekuasaan Yang Teragong yang pasti punyai kuasa yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan patung sembahan orang yang kufur pada Nya, مﻡﻠﻋأﺃ ﷲوﻭ
TAFSIRAN SURAH AL MULK
Mafhum nya:
“Maha Berkat Allah itu, Tuhan yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat, dan memanglah Dia Maha Kuasa di atas tiap-‐tiap sesuatu:”.(1)
Tafsiran ayat 1:
Ibnu Kathir mentafsirkan ayat di atas sebagai:
“Allah telah memuji diriNya sendiri yang mulia itu; dan memberitahu kita bahawa Dia menguasai pemerintahan ke atas segala sesuatu itu, iaitu Dia lah yang mentadbir, menguasai, dan menentukan segala-‐gala yang bernama makhluk mengikut apa yang Dia kehendaki Nya tanpa adanya penentu hukum-‐hukum sebelumnya, dan tidak dipersoalkan atas yang telah Dia lakukan kerana keagungan kekuasaan Nya, dengan penuh hikmah dan sempurna keadilan Nya”. Ibnu Kathir ms. 397 Juz 4: Tafsir Ibnu Kathir)
Imam Ismail Haqqi Ar Rusawi pula berkata:
“Iaitu Keberkatan dan Keagungan Zat Allah berbanding dengan yang lain, dari segi zat Nya, Sifat-‐sifat Nya dan Perbuatan Nya; keberkatan ini menjelaskan keagungan Kekuasaan Nya untuk mencipta, mentadbir dan menguasai secara total atas segala seuatu yang diCipta Nya.”
Ini bererti Dia berkuasa menyuruh, mencegah, memberi, menolak, menghidup, memati, memulia, menghina, memfakirkan dan mengkayakan, memberi sakit, dan menyembuh, mendekat dan menjauhkan, membangun dan menghancur, menghubung, membuka dan menutup dan sebagainya dari
perkara-‐perkara keagungan dan kesan kekuasaan Ilahi; keagungan kekuasaan Nya yang telah ada sejak azali dan kekal abadi selamanya. “ Tafsir al Bayan ms73: Juz 10)
Syed Qutub pula berkata:-‐
“Bererti keberkatan yang melimpah, dan mengagungkan keberkatan ini keseluruhan alam yang merupakan tampuk kerajaan Nya; setelah keberkatan ini diagungkan pada zat Ilahi Allah itu sendiri.
Keberkatan dan Maha Suci Allah itu bagi Allah yang memiliki, menguasai, memegang teraju dan mengendalikan semua makhluk ciptaanNya itu. Inilah satu hakikat yang tidak dapat ditolak oleh logik kita.
Hasil pengertian ini, seorang hamba Allah akan dapat menentukan hala tuju nya dan mengkhayalkan kesudahannya dengan jelas iaitu “kepada hanya Allah”. Ertinya dia akan terbebas dari bergantung pada bukan Allah; tetapi memperkukuhkan pergantungan pada Allah yang sebenarnya memiliki diri nya dan menguasai alam ini semua tanpa sebarang sekutuNya.
Limpah ruah keberkataan pada zat Allah ini, mengalir terus dan membadai Kerajaan Milik Allah ini dalam aspek-‐aspek berikut:
a) Penciptaan Mati dan Hidup; dijadikan sebagai ujian untuk amal soleh makhluk Nya.
b) Penciptaan Langit-‐langit dan bumi, dihiaskan dengan bintang-‐bintang yang digunakan untuk merejam Syaitan.
c) Menyediakan Neraka Jahanam yang mengganas membakar mereka yang kufur, dan memperkenalkan penjaga Neraka Nya dan sifat mereka.
d) Menjelaskan Kuasa Allah yang tidak terbatas, yang Mengetahui apa yang tersirat dan yang tersurat melalui ilmu Nya yang meluas.
e) Penciptaan bumi dengan matlamat memudahkan pergerakan di atas nya.
f) Menimpakan azab yang diturunkan dari langit ke atas yang kufur, atau digoncangkan bumi untuk menginsafkan mereka.
g) Penciptaan hujan untuk sumber air kepada makhluk Nya! Bagaimana pula jika air itu disekatkan turunnya?
h) Memberi rezeki kepada yang disukai Nya; mengurniakan kekuatan berfikir kepada manusia untuk berfikir.
i) Mempastikan perkembangan manusia di atas mukabumi ini dan menghimpunkan mereka di hari kiamat.
j) Menjelaskan ehwal hari Akhirat dan azab atas yang kufur.
k) Menjadikan air sebagai bahan terpenting untuk kehidupan atas muka bumi ini.
Cara persembahan ayat ini, akan membawa kita berfikir diluar kotak kebiasaan kita, tetapi meliputi bidang-‐bidang peguasaan yang diluar fikiran kita yang melibatkan dunia ini, hidup dan mati, hari akhirat dan Allah sebagai Pencipta.
Beriman dengan Allah adalah sebesar-‐besar faedah kerana Kita beriman dengan Yang Penuh Barakah, luas dan melimpah ruah barakah tersebut mendominasi dunia ini, hidup ini, mati nanti dan hari akhirat; dan Kuasa pemerintahan Nya yang terlalu agong dan tidak boleh ditandingi.
“Mahasuci Allah, Yang memegang tampuk Kerajaan di seluruh alam, dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu”.
(Syed Qutub; Fi Zilalil Quraan Juz 6: ms 3629)
Mafhum nya:
“Dialah yang mentaqdirkan adanya “mati” dan “hidup” kamu: semata-‐mata untuk menguji kamu bagi merealisasi ‘siapakah di antara kamu yang terlebih baik amalan baiknya. Dialah yang Maha Kuasa membalas amal kamu, dan Maha Pengampun kepada yang bertaubat).(2)
Tafsiran ayat 2:
Berbalik pada pengertian ayat 1 di atas; iaitu Maha Barakah Allah itu yang melimpah ruah memberkati Ciptaan Kerajaan Makhluk Nya; maka di antara keagungan ciptaan Nya ialah Mencipta Mati dan Hidup untuk makhluk Nya;
khususnya pada manusia semua.
Ibnu Kathir mentafsir ayat ini dengan katanya:
“Allah yang telah mengujudkan makhluk Nya semua dari ‘tiada’ kepada
‘ada”.
Sandaran tafsiran beliau berdasarkan firman Allah:
“bagaimana kamu tergamak mengkufuri Allah pada hal sebelum kejadian kamu itu, kamu dalam keadaan ‘mati’ kemudian Dia menghidupkan kamu!”
Inilah peringkat pertama di mana semasa ketiadaan kamu itu dianggap sebagai ‘mati’ dan dengan kewujudan kamu melalui tiupan Roh Nya ke dalam kamu’ maka dikenali sebagai peringkat ‘hidup’ kamu dan kemudian bila sampai ajal kamu maka kamu di-‐‘mati’kan semula dan kemudian di Akhirat kamu akan dibangkit dan di ‘hidup’ kan semula. berdasarkan ayat ini:
مﻡﻛﯾﻳﯾﻳﺣﯾﻳ مﻡﺛ مﻡﻛﺗﯾﻳﻣﯾﻳ مﻡﺛ ةﺓرﺭﻘﺑﻟاﺍ)
28 (
’kemudiannya, setelah itu Dia mematikan kamu (apabila sampai ajal kamu), kemudian Dia menghidupkan kamu pula pada hari Akhirat’ (al baqarah 28) (Ibnu Kathir Juz 6 m.s. 397)
Syed Qutub pula mentafsir ayat itu sebagai:
“Ayat 2 surah ini menggambarkan pemilikan mutlak Allah ke atas semua ciptaan Nya. Di antara pemilikan tersebut ialah ciptaan Maut dah Hidup kepada manusia; dan MAUT meliputi ‘maut’ sebelum kita dihidupkan, dan selepas kita dihidupkan dan ‘HIDUP ‘ pula meliputi hidup kita pada masa kini dan hidup kita di Akhirat nanti setelah dibangkitkan semula pada hari Kiamat.
Ayat ini menjelaskan bahawa perjalanan kita bertititik tolak dari masa ketiadaan kita lagi di alam maut awal lagi, yang kemudian kita diciptakan melalui taqdir Allah, hasil pertemuan ibu dan bapa kita, bermula dari cantuman benih lelaki dan perempuan dalam rahim Ibu kita; dan setelah di tiup ke dalamnya Roh Allah, dan bermulalah penghidupan kita yang bererti perjalanan kita yang akan terus hidup beramal, bertuhankan Allah dsb nya sehingga kita dimatikan setelah sampai ajal kita.
Ianya adalah satu perjalanan kita; sebelum kita dihidupkan kembali. Inilah hakikat hidup kita ianya satu perjalanan dan ianya dicipta oleh Allah yang penuh berkat itu.”
APAKAH HIKMAH PENCIPTAAN MAUT DAN HIDUP INI PADA KITA?
Jawapan telah diberi oleh Allah dalam ayat kedua ini, iaitu:
(untuk diuji kamu bagi menzahirkan siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya (di dunia ini). Dalam kata lain di antara hikmahnya ialah:
a) Bagi menimbulkan kesedaran dalam minda kita bahawa dalam perjalanan di antara maut dan hidup ini dan kemudian maut semula dan dihidupkan semula terdapat ‘tujuan’ dan matlamatnya yang khusus.
b) Bagi menguji manusia mulai dari kejadiannya dan mautnya untuk memperlihatkan rahsia-‐rahsia Allah dalam ilmu Allah, khususnya rahsia-‐
rahsia kelakuan dan tindak tanduk manusia dalam hidup mereka dan kewajaran mereka menerima syurga atau neraka Allah.
c) Memfokuskan kepada ‘amalan’; iaitu hidup manusia mestilah di gandingkan dengan amalan untuk meneruskan hidupnya.
d) Menanam pengertian dalam diri manusia bahawa manusia harus berwaspada terhadap amalan-‐amalan mereka samada yang kecil atau yang besar dan mementingkan ‘niat’ dari amalan itu.
e) Kesannya nanti hati-‐hati manusia akan sentiasa berjaga-‐jaga terhadap semua perkara baik yang kecil mahu pun yang besar, termasuk pada yang tersembunyi agar mereka tidak dikategorikan sebagai lalai dan cuai.
Imam Ismail Haqqi Ar Rusawi menambah; ‘ Allah menjadikan maut dan hidup ini dan kemudian maut dan hidup semula untuk kita bermuamalat dengan amalan yang akan menguji kita betapa kita dapat mengerjakan amalan yang terbaik dalam hidup kita ini. Ianya akan diberi ganjaran mengikut peringkat amalan yang berlainan berdasarkan kepada peringkat ilmu dan pengetahuan kita yang ada” (Imam Ar Rusawi; Juz 6; ms 76)
Ada yang mengatakan bahawa adanya mati dan hidup ini yang diikuti oleh mati dan hidup semula ini untuk menguji siapakah di antara kita yang tinggi akal fikirannya. Yang terbaik sekali ialah mereka yang menjaga diri dari semua perkara yang diharamkan oleh Allah dan terpantas menuju kepada mentaati Allah.
Dengan pengertian ini membawa kita kepada MENGENALI Allah dan caranya ialah melihat, berfikir tentang kesempurnaan ciptaan Allah, dan meneliti semua ayat-‐ayat Allah mengenai diri manusia dan yang berada disekeliling nya. (Catitan dari Kitab al Irshad)
Di antara amalan-‐amalan terbaik yang boleh disimpulkan ialah:
a) Amalan itu hendaklah IKHLAS kerana Allah; Amalan orang munafik dan riak dianggap sebagai amalan yang tidak mempunyai apa-‐apa makna dan pahala.
b) Amalan yang penuh IHSAN, iaitu mendahulukan yang terbaik daripada yang buruk
c) Amalan yang disertakan dengan IMAN dan taat pada Alllah dan takut kan Allah melalui adanya KEMATIAN dan jadikan amalan itu untuk akhirat kita dan persediaan kepada alam Akirat
d) Amalan-‐amalan ikhlas melalui solat, puasa, Haji, zakat. Ulama-‐ulama salaf ra ada yang melakukan solat sehingga 1000 rakaat dalam satu hari satu malam untuk ikhlas pada Alllah.
e) Berlumba-‐lumba untuk melakukan amal soleh dan pengampunan dari Allah atas semua keterlanjurannya.
(Ismail Haqqi ar Rusawi)
Di akhir ayat 2 ini Allah menyatakan bahawa Dia Maha Kuasa (membalas atas kerja jahat kamu) dan Maha Pengampun (bagi orang-‐orang yang bertaubat) atau
Al Qurtubi mentafsir perkataan’ Al Azizu’ dalam ayat ini sebagai:
“Maha Berkuasa menuntut bela dan menghukum dengan kerasnya kepada sesiapa yang mengingkari Nya dan ‘Al Gahfuru’ sebagai “Maha Pengampun dosa-‐dosa orang yang bertaubat kepada Nya di atas segala dosa-‐dosa
mereka”
Ibnu Kathir mentafsirkan perkataan tersebut sebagai:
“Maha Kuasa dan Maha Agong dalam membimbing makhluknya, dan pada masa yang sama Dia Maha Pengampun kepada yang bertaubat kepada Nya selepas mereka terjebak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Nya”
Imam ar Rusawi berkata:
“Allah Yang Maha Esa itu maha Perkasa dan tidak akan luput dari Nya catitan amal jahat yang dilakukan oleh makhlukNya, Maha Pengampun kepada sesiapa yang pernah melakukan dosa dengan bertaubat.
Keperkasaan Allah itu sebenarnya akan menghancurkan sesiapa saja yang mengingkari Nya dengan sengaja; tetapi Dia menggalakkan pelaku dosa ini bertaubat dan Dia Maha Pengampun iaitu Dia mengampunkan mereka dan pada masa yang sama menutup segala dosa pelakunya yang bertaubat itu dan menerima seadanya apabila mereka menerima Nya dan berikhsan kepada Nya bersesuaian dengan Sabda Rasulullah yang berkata
Mafhum nya:
“Sesiapa yang datang kepadaku dengan berjalan nescaya aku akan datang kepadanya dengan berlari”.
Syed Qutub pula menyatakan bahawa Allah itu Maha Perkasa dan Maha Gagah tetapi Dia Maha Pengampun dan Pemaaf:
Apabila hati-‐hati manusia itu sedar yang mereka diuji Allah dalam mati hidup mereka di dunia ini, maka mereka akan berhati-‐hati dan menjaga diri mereka dari terjebak pada maksiat. Jika mereka terjebak juga atas sifat manusia yang lemah dan mereka meneruskan maksiat itu maka Allah Perkasa untuk menghukum mereka, tetapi seandainya mereka terus bangun dan berbalik pada Allah dan mohon pengampunan Nya atas keterlanjurannya itu maka Allah memberi pengampuan Nya kepada mereka.
Dengan cara ini mereka berhak merasa tenteram dan penuh yakin untuk melalui perjalanan di antara mati dan hidup ini, dengan ujiannya, kerana berbalik pada Allah dan pengampunan Nya serta Rahmat Nya, baharu lah ia boleh bersenang hati dan berehat.
Apabila ini terlaksana maka di sanalah terletak Rahmat Allah yang melimpah ruah, pertolongan dari Allah yang besar, keampunan yang luas dan kemaafan yang banyak.
“Dialah Allah, Tuhan yang telah menciptakan ‘mati’ dan ‘hidup’ untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun” (2)
Kemudian Allah menjelaskan limpah ruah Berkat Nya dengan membawa minda kepada Keagungan Kuasa Nya dengan mencipta Langit-‐Langit dengan tersempurnanya untuk manusia berfikir:
Mafhum nya:
Dialah Allah yang telah menciptakan tujuh langit yang berlapis-‐lapisan. Jangan harap Engkau dapat melihat sebarang ketidakseimbangan dalam sebarang ciptaan Allah yang Penyayang itu;(untuk buktinya!) lihat dan teliti lah ciptaan-‐
ciptaan Nya berkali-‐kali; adakah Engkau dapat terjumpa sesuatu yang pecah/cacat?. (3)
Kemudian ulangilah peneiltian kamu itu berkali-‐kali ulangan, nescaya akan kecewa pada penglihatanmu itu dan menyebabkan ia hampa dan letih lesu.(4)
Tafsiran ayat 3-‐4:
Inilah dia perkara kedua yang diketengahkan oleh Allah untuk menyokong konsep Barakah yang melimpah ruah dari kekuasaan ‘tangan’ Allah atas kerajaan Nya; iaitu Penciptaan Langit sebanyak 7 Lapisan. Niatnya tidak lain untuk kita membuka minda dan menggunakan daya fikir kita untuk berfikir di
‘luar-‐kotak’ pemikiran yang biasa tentang Allah dan kekuasaan Nya dan untuk beriman dengan Nya.
Apakah sebenarnya 7 LANGIT YANG BERLAPIS-‐LAPIS ITU?
Ibnu Kathir dan Qurtubi mentafsirkan perkataan 7 langit yang berlapis-‐lapis itu sebagai: langit yang berada di atas kita di mana ianya berada atas di antara satu sama satu yang lain dan dipisahkan oleh kawasan yang kosong;
Pendapat ini dipetik dari tafsiran oleh Ibnu Abbas ra; dan dipetik dari Hadith Isra’ yang dimuat oleh Imam Ibnu Kathir yang membawa hadith al Bukhari riwayat dari Anas Ibni Malik ra. (Ibnu Kathir Juz 4; ms 397 dan Tafsir Qurtubi Juz 17-‐18 ms.183)
Imam Ismail Haqqi ar Rusawi dalam Tafsir Ruhul Bayan menyatakan bahawa Allah telah mencipta dan mengelokkan ciptaan langit ini tanpa bandingan.
Sifat 7 langit-‐langit ciptaan Nya itu ialah berada di atas antara satu sama lain dan ianya bersendirian di antara satu sama lain bagi memberi gambaran ianya adalah melibatkan semua alam ini sekaligus iaitu termasuk bumi.
Beliau memetik perkatan Al Qasyani ra, menggambarkan kesempurnaan ciptaan yang terbaik alam Keajaan Allah mengenai 7 petala langit ini. Ianya tercipta bersama satu ciptaan teristimewa, terbaik dengan semua sistem dan tingkat-‐tingkatnya yang tersendiri (Tafsir al Bayan ms. 78 Juz 6)
Pandangan Syed Qutub pula berpendapat ‘bahawa 7 langit yang dijelaskan oleh ayat di atas tidak boleh di‘pastikan maksudnya’ berdasarkan teori-‐teori ilmu astronomi moden sekarang; kerana semua teori-‐teori itu masih
‘terbuka’ kepada pengesahan dan pembetulan apabila alat-‐alat teropong dan penyiasatan bintang-‐bintang semakin maju.
Dalam kata lain, maksud 7 langit di atas tidak harus didasarkan kepada penemuan-‐penemuan sains moden hari ini, kerana kelemahan-‐kelemahan yang ada. CUKUP bagi kita yang membaca ayat di atas mengetahui bahawa di sana terdapat TUJUH langit yang berlapis-‐lapis dengan bererti ianya bertingkat-‐tingkat mengikut jarak-‐jarak jauhnya yang berbeda-‐beda”
Bagi memahami ayat di atas, al Quraan menarik perhatian kita kepada PENCIPTAAN Allah; khususnya 7 langit yang berlapis-‐lapis itu secara khusus, tetapi mengambarkan secara umumnya bagi meliputi seluruh makhluknya yang lain untuk menjelaskan KESEMPURNAAN ciptaan Nya”. (Tafsir Fi Zilalil Quraan; Juz 6 ms. 3632 oleh Syed Qutub)
Tingkat Kesempurnaan Ciptaan 7 langit Bersama Isi NYA! ?
Bagi menjelaskan kesempurnaan ciptaan Allah ini; Allah menegaskan bahawa: “Engkau tidak mendapati dari penglihatanmu dalam sebarang ciptaan Allah yang Maha Penyayang itu sesuatu yang tak seimbang!”
Ini bererti di sana tidak ada cacat cela kajadian Allah; di sana tidak ada kekurangan dan tidak ada kacau bilau. Ciptaan Nya itu dibuat oleh Allah yang Rahman, penuh rasa sayang dan perihatin serta ikhlas untuk makhluk Nya.
Jika tak percaya maka “ LIHAT LAH SEKALI LAGI CIPTAANKU ITU!” iaitu pandang dan kajilah, selidiklah, gunakanlah semua ilmu ‘astronomi’ kamu, sains kamu, tubuhkan lah NASA atau ilmu ‘outerspace’ kamu dan terokailah
alam langit itu, DEMI mencari kepastian. “Tanya Allah kepada manusia yang mencari itu; “Adakah engkau dapat melihat dan mendapati sesuatu kecacatan?(ayat 3) Samada terdapat keretakan, kerosakan atau tidak berfungsi akibat kegagalan sistem?”
Jika belum bertemu lagi, “Kemudian ulangilah peninjauan kamu itu berkali-‐
kali” untuk mempasti kalau-‐kalau ada yang dah luput, dah rapuh, yang tidak ditemui dalam penglihatan awal kamu itu. Adakan kajian demi kajian;
ciptalah alat teropong yang dapat mencari sesuatu secara pasti tentang kemungkinan-‐kemungkinan terjumpa sesuatu yang cacat!
Cabaran Allah ini berakhir dengan kata Nya; ‘NESCAYA PENCARIAN DAN PENGLIHATAN KAMU ITU BALIK PADA KAMU DENGAN PENUH KECEWA, HAMPA DAN LETIH LESU! (4)’
Dalam kata lain Allah mahukan manusia membuat kajian dan penelitian memeriksa apa itu langit, apa yang ada disana, dan jangan sekali-‐kali berputus asa, jika dengan niat mahu melihat kebesaran dan keagongan Allah.
Jika mau menambah keyakinan pada yang Maha Esa, mau beriman kepada yang mempunyai Barakah yang melimpah ruah sebagai Tuhan yang Mencipta.
Keindahan dalam rekabentuk alam ini juga dianggap oleh Allah sebagai kesempurnaan ciptaan Nya. Keindahan dan kesempurnaan merupakan dua sudut pandangan bagi hakikat yang satu, kerana kesempurnaan mencapai darjah keindahan. Demi jesteru itu, Allah menarik perhatian kita pada keindahan langit dalam ayat berikut:
Mafhum nya:
“Sesungguhnya Kami telah hiaskan ‘langit dunia’ dengan pelita-‐pelita (bintang-‐
bintang yang bergemerlapan); dan pada masa yang sama, Kami jadikan
(bintang-‐bintang ini) itu sebagai ‘peluru’ yang merejam para syaitan; dan Kami sediakan untuk mereka azab neraka yang apinya marak menjulang.(5)”
Tafsiran ayat 5:
Terdapat 3 isu dalam ayat ke 5 ini, Isu pertama ialah Keindahan langit dunia dengan bintang-‐bintangnya, Isu ke 2 Bintang-‐bintang itu dijadikan sebagai peluru untuk merejam Syaitan, dan isu ke 3 ialah Syaitan dijanjikan ke dalam neraka Allah.
Isu pertama: Langit dunia dihias dengan pelita-‐pelita:
Langit dunia ialah ‘langit yang paling dekat dengan bumi dan penduduknya’.
Penduduk bumi dapat melihat dan menghayati keunikkan dan kecantikkan langit dengan bintang-‐bintang itu.
Keindahan langit dan alam seluruhnya telah menarik minat hati dan jiwa kita untuk memahami alam ini dan sekaligus bertanya siapakah PENCIPTA nya.
Isu ke dua, Bintang-‐bintang sebagai ‘peluru’: Merejam para syaitan
Kehadiran bintang-‐bintang di langit bukan sahaja untuk hiasan yang menakjubkan kita, tetapi rupa-‐rupanya mempunyai tugasnya yang tersendiri.
Iaitu “Kami jadikannya ‘peluru’ yang merejam para Syaitan”.
Kita beriman bahawa di sana terdapat satu makhluk yang dinamakan SYAITAN, dan bintang-‐bintang itu dijadikan peluru merejam mereka; kerana sifat mereka yang menjadi perosak kepada manusia, dan kerja mereka mendorong manusia menjadi kufur pada Allah.
Melalui ‘tahi-‐tahi’ bintang yang meluncur pantas untuk merejam para syaitan yang derhaka itu maka inilah dia jenis seksaan kepada syaitan di dunia ini.
Isu ketiga: Syaitan dijanjikan neraka yang marak menjulang:
Oleh kerana peranan Syaitan di muka bumi ini ialah hendak menyesatkan anak Adam dan mendorong mereka ke jalan kufur maka Allah telah menetapkan syaitan-‐syaitan ini ke dalam neraka Nya, yang digambarkan sebagai ‘marak menjulang’. Ini akan berlaku di akhirat kelak. Pengenalan
syaitan dalam ayat 5 ini, sekaligus akan mengaitkannya dengan orang yang kufur pada Allah dengan mengikuti jejak Syaitan ni.
Siapakah Syaitan itu?
Mereka adalah sejenis makhluk yang ghaib terdiri dari mereka-‐mereka yang kufur pada Allah dari kalangan bangsa Jin. Tugas utama mereka ialah
“mengeluarkan manusia daripada nur hidayah Allah kepada kegelapan kekufuran pada Allah”. Jumlah syaitan ini banyak dan mereka adalah seteru kepada manusia (Imam Ismail ar rusawi ms 82 Tafsir al Bayan).
Jika manusia itu menjadi pengikut Syaitan menerima bisikan dan panduan Syaitan dalam perjalanan hidup mereka di dunia ini, dan menjadi kufur pada Allah, serta menolak ayat-‐ayat Allah, menolak Allah sebagai Rabb mereka, maka manusia-‐manusia ini akan senasib dengan Syaitan itu dari segi balasan Allah pada mereka.
Firman Allah:
Mafhum nya:
“dan untuk orang-‐orang yang kafir terhadap Tuhan mereka ialah azab neraka Jahannam dan itulah seburuk-‐buruk tempat kembali”.(6)
Tafsiran ayat 6:
Manusia yang kafir terhadap Tuhannya ialah manusia yang melalui perjalanan di antara ‘hidup’ dan ‘mati’ mereka dan cuba berbuat amalan yang terbaik, tetapi telah memilih syaitan sebagai Pemandu hidup mereka, dan menolak ayat-‐ayat Allah; tidak mau berfikir dan memahami serta mendengar panduan dari para Rasul untuk beriman dengan Allah. Mereka seolah-‐olah bersekongkol dengan Syaitan dalam hidup dunia mereka.
Mereka akan senasib dengan syaitan kelak di akhirat nanti.
Janji Allah pada kumpulan manusia ini ialah balasan azab Allah dari bakaran Neraka Jahannam, iaitu neraka yang membakar mereka dan akan menyambut mereka kelak dengan kemarahan yang amat bengis, itulah seburuk-‐buruk tempat berpulangnya orang-‐orang kafir ini.
Imam ar Rusawi berkata; ayat ini memberi isyarat bahawa azab Allah dan balasan dendamNya keatas orang yang kufur bersekongkol dengan syaitan adalah diluar adat biasa, ia pembakaran dari lubang-‐lubang yang mengeluarkan api yang membakar dari bawah dan menjulang tinggi memakan badan mereka; dan sudah pasti bagi mereka ini, tidak ada harapan untk memboloskan diri dari azab ini. (Tafsirul bayan ms 82)
Wah! Allah membuka minda kita untuk melihat satu lagi perkara ghaib yang pasti berlaku di akhirat nanti, Sebuah pandangan telah dilukis oleh Allah pada kita untuk kita berfikir semasak-‐masaknya untuk tidak kufur pada Nya, mau beriman dengan Nya dan patuh pada Syariaat yang di bawanya melalui Rasul Nya. Firman Allah:
Mafhum nya:
“Apabila mereka-‐mereka (yang kufur ini) dicampakkan ke dalamnya, mereka akan mendengar suara jeritan neraka itu yang amat dasyat sedang ia terus mengelegak.(7)
Neraka itu hampir-‐hampir meledak pecah kerana ia terlalu marah (kepada si kafir tu); setiap kali kumpulan mansuia kafir itu dicampak ke dalamnya, maka penjaga neraka itu akan bertanya kepada mereka dengan perkataan; ‘selama
kamu hidup di dunia dulu, ada atau tidak datang kepada kamu Rasul yang pernah memberi peringatan (tentang neraka ni)’?.(8)
Jawab mereka: “ya! Benar ada Rasul yang diutuskan untuk memberi peringatan kepada kami. Sayangnya! Kami telah mendustakannya; malah kami pernah berkata padanya: “ mana ada Allah telah menurunkan sesuatu apa pun pada kamu! Dan kamu semua ni sesat yang sangat nyata!”.(9)
Tafsiran ayat 7-‐9:
Neraka Jahannam ini digambarkan sebagai satu makhluk yang ‘hidup’ dan telah memendamkan kemarahannya kepada orang yang sanggup kufur pada Allah. Dia hairan mengapa manusia sanggup kufur pada Allah, fitrahnya dan rohnya tidak dapat menerima hakikat ini kerana Allah telah menganugerah kan segala-‐galanya pada manusia dan sepatutnya mereka beriman dengan Nya.
Kemarahan neraka bermula apabila mereka yang kufur itu dicampakkan ke dalam neraka, maka neraka itu mengaum sehingga terdengar suara kuatnya yang memekik dengan dasyatnya dan bertalu-‐talu, sehingga dikatakan diri neraka itu hampir pecah meledak kerana terlalu marah.
Setiap kali proses mencampakkan manusia itu kedalam neraka, maka penjaga neraka itu akan mengejek dengan menyoal mereka dengan pertanyaan yang menghina
“Tidakkah pernah didatangkan pada kamu, Rasul yang memberi peringatan (tentang neraka ini)?
Para penjaga dan pengawal neraka yang turut bersama neraka itu menyatakan kemarahan mereka pada kumpulan manusia kufur ini, yang sedang menerima azab Allah dalam kesusahan dan penderitaan akan terasa terlalu pahit dengan kecaman dan penghinaan itu. Lantas mereka terpaksa menjawab dengan berkata:
“Ya!, ada Rasul yang telah datang memberi amaran pada kami tentang azab ini! Sayangnya kami telah mendustakannya dan kami kata padanya; Mana ada Allah telah menurunkan kepada kamu sesuatu apapun! Kamu semua ni sesat yang nyata.”(9)
Menghayati ayat 7-‐9 diatas, kita akan insaf dan mengambil iktibar dari gambaran ini, dan tidak akan bertindak mengingkarkan Rasul, apa lagi menuduh mereka sebagai sesat. Keangkuhan orang-‐orang kafir dan tidak mahu mengakui Allah sebagai Tuhannya, menolak ayat-‐ayat Nya, pasti akan merasa terhina, terazab dan tertekan di Akhirat nanti.
Ini adalah satu perkhabaran yang ghaib yang wajib bagi kita mempercayai nya dan menjiwainya agar kita dalam perjalanan ‘hidup-‐mati’ ini, tidak terjerumus kedalam kemungkaran, sesat dan kekufuran.
Malah hati kita akan terus merasa gerun dengan jenis seksaan yang telah di sediakan untuk golongan penentang ini.
Mafhum nya:
“Dan mereka berkata lagi: “kalaulah sekiranya kami dulu mendengar peringatan Rasul ATAU kami berfikir, sudah tentu kami tidak berada di dalam golongan penghuni-‐penghuni Neraka yang marak menjulang ini”.(10)
“lalu mereka mengakui dosa-‐dosa mereka itu. Maka alangkah jauhnya Rahmat Allah bagi penghuni-‐penghuni neraka yang marak menjulang itu”.(11)
Tafsiran ayat 10 – 11:
Inilah kemuncak dari perlakuan manusia kufur yang bergerak di antara hidup-‐mati perjalanan mereka di dunia dengan membawa kekufuran pada Allah yang telah mencipta mereka, menyombong memilih dunia dan maksiat sebagi pegangan mereka, serta menyembah syaitan yang menjerumuskan mereka kedalan neraka Allah di Akhirat nanti.
Tidak ada perkataan lain dari MENGAKUI KESILAPAN dan DOSA-‐DOSA mereka, apakah yang ada dan apakah yang diharap dengan pengakuan ini?
Semuanya sudah terlambat dan kekesalan mereka tidak punyai apa-‐apa faedah lagi.
Ibnu Kathir dalam mentafsir dua ayat di atas menyatakan bahawa ”inilah dia keadilan Allah keatas mahkluk Nya. Seseorang itu tidak di azabkan kecuali setelah diberi hujah kepada mereka dan diutuskan Rasul-‐rasul untuk menasihati mereka”.
Allah berfirman:
Mafhum nya:
“Dan tidak Kami mengazabkan sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan kepadanya seorang Rasul untuk menerangkan yang benar dan yang salah”(Al Isra 15)
Firman Allah lagi:
Mafhum nya:
“Orang-‐orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-‐pasuk; sehingga
penjaganya kepada mereka: “Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-‐rasul dari kalangan kamu sendiri’ yang membaca kepada kamu ayat-‐ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab; “ya’ telah datang!, tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-‐orang yang kafir’ (71; surah Az Zumar)
Begitulah dipulangkan balik kepada mereka segala celaan dan sehingga mereka sedar tidak ada gunanya lagi sebarang kekesalan; lantas mereka berkata; “Kalaulah kami telah mendengar dan memahami (sebagai orang mau mencari kebenaran) maka tentunya kami tidak termasuk dalam kalangan orang menghuni neraka pada hari ini”. (10 al Mulk).
Ertinya jika kami mendengar bacaan dari Rasul yang memperdengarkan apa yang telah diturunkan oleh Allah dari kebenaran, mestilah kami tidak mati sebagai orang yang kufur pada Allah dan terpengaruh dengannya. Kami tak faham apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh rasul-‐rasul itu, dan jika kami menggunakan sepenuhnya akal kami pada masa itu mestilah kami mendapat petujuk dan ajaran dari rasul-‐rasul ini”. (Ibnu Kathir ms.398 Juz 4) Al Qutubi dalam tafsirannya (Juz 17/18; Al jame’ Li Ahkamil Quraan) menyatakan ayat 10 diatas dipadankan pada ayat 13 dan 16 dari surah Tuur:
Firman Allah:
Mafhum nya:
“Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-‐
kasarnya(13) (Dan dikatakan pada mereka): ‘Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.’(14) ‘maka adakah ini juga sihir? Atau kamu tidak Nampak kenyataan nya sebagaimana kamu tak Nampak dahulu tentang kebenaran itu? 15) ‘Rasalah!
Rasalah bakarannya itu sekarang! Kemudian samada kamu bersabar menderita azabnya atau tidak mampu bersabar; tidak ada apa-‐apa fedahnya pada kamu; SESUNGGUHnya Balasan ini dibuat berdasarkan apa yang kamu kerjakan di dunia dahulu (At Tuur:13-‐16)