• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Dalam dokumen [ORI] Rahsia Debt Collector (Halaman 65-81)

RAHSIA DEBT COLLECTOR Daripada bab-bab sebelumnya, anda pasti sudah dapat menangkap sebahagian

Kesilapan 11: Menganggap Bank Itu Baik

C. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini dibina dengan tujuan untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

65 Berdasarkan data yang dipersembahkan oleh akta ini, semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini, di mana, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.

Peraturan-peraturan ini mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi seperti yang berikut:

1. Prinsip Am

2. Prinsip Notis dan Pilihan 3. Prinsip Penzahiran 4. Prinsip Keselamatan 5. Prinsip Penyimpanan 6. Prinsip Integriti Data 7. Prinsip Akses

Jenis-Jenis Data Yang Dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Data peribadi kepada seseorang yang individu yang masih hidup dikenalpasti sebagai dilindungi di bawah Akta perlindungan Data Peribadi ini. Berikut adalah beberapa contoh data yang boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang itu masih hidup dan boleh dikenalpasti berdasarkan data-data yang dinyatakan seperti berikut ini:

1. Nama dan alamat

2. Nombor kad pengenalan 3. Nombor Paspot

4. Maklumat Kesihatan 5. Alamat emel

66 7. Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)

8. Maklumat dalam fail peribadi

Pemprosesan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi ini amat menitikberatkan maksud perkataan “pemprosesan”. Inilah sebabnya, apabila berbicara mengenai Akta ini, sesebuah organisasi itu mesti mematuhi Akta ini apabila “memproses” data peribadi.

“Pemprosesan” Data Peribadi yang dimaksudkan adalah melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Sekadar membaca dan mengakses maklumat sahaja sudah dianggap sebagai “pemprosesan”. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan” termasuklah:

1. Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui maklumat laman web

2. Menerbitkan data 3. Menjual data

4. Menggunakan data dalam pentadbiran 5. Menggunakan data untuk tujuan pemasaran 6. Merekodkan data

7. Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain 8. Memusnahkan data

Akta Perlindungan Data Peribadi ini terpakai kepada seseorang individu atau organisasi sekiranya mereka adalah “Pengguna data”. “Pengguna data” pula merujuk kepada individu atau organisasi yang:

67 1. Memproses data peribadi, atau

2. Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau 3. Membenarkan pemprosesan data peribadi

Akta ini sebaliknya tidak terpakai bagi individu atau organisasi yang memproses data bagi pihak pengguna data. Untuk mengelak kekeliruan, anda boleh fahamkan contoh ini:

Katakan terdapat organisasi A yang mendapatkan khidmat organisasi B untuk memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah pengguna data manakala organisasi B adalah pemproses data. Contoh, anda si penghutang memberikan data pinjaman anda kepada bank untuk mengurus surat penjadualan semula tunggakan, maka pada situasi ini anda adalah pengguna data (organisasi A) manakala bank adalah pemproses data (organisasi B).

Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi data yang diproses. Organisasi A juga dikehendaki supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.

Subjek Data dan Hak-Hak Yang Diberikan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi kepada Subjek Data (individu)

Subjek Data merujuk kepada individu-individu yang mana data mereka diproses oleh pengguna data. Contohnya, data pinjaman anda digunakan oleh pihak bank, maka anda adalah subjek data, selaku empunya data.

Akta Perlindungan Data Peribadi telah memberikan peraturan mengenai amalan yang baik berkenaan pemprosesan data peribadi bagi individu yang masih hidup. Berikut adalah hak-hak yang ada untuk subjek data (individu) seperti anda.

1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi

68 2. Hak untuk mengakses data peribadi

3. Hak untuk membetulkan data peribadi

4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi

5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)

6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

Data Sensitif Peribadi

Data Sensitif Peribadi didefinisikan sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang seumpamanya. Perlakuan atau sebarang pernyataan mengenai perlakuan seseorang individu juga dikategorikan sebagai data peribadi sensitif.

Akta Perlindungan Data Peribadi tidak membenarkan pemprosesan data peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata daripada subjek data.

Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses dengan cara melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta bolehlah membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Akta ini tidak secara spesifiknya memperuntukkan hak untuk menuntut sebarang ganti rugi mengenai pelanggaran ini. Namun, dalam kes yang melibatkan data peribadi perbankan, anda boleh melakukan saman asalkan mempunyai bukti dan anda merasa teraniaya akibat daripada tindakan berkenaan.

Kesalahan-kesalahan jenayah yang tertakluk di bawah Akta ini: 1. Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran 2. Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan

69 3. Melakukan pelanggaran terhadap mana-mana prinsip data

4. Memproses data peribadi selepas persetujuan ditarik balik

5. Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan

6. Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi

7. Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung

Ulasan:

Akta Perlindungan Data Peribadi amat menitikberatkan kepentingan data seseorang individu itu adalah tertakluk kepada perundangan dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikongsikan begitu saja tanpa kebenaran dan landasan tertentu.

Pernah dikhabarkan bahawa seorang penghutang telah menjadi jutawan setelah menyaman sebuah syarikat telekomunikasi tempatan apabila mengesyaki syarikat berkenaan telah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi dengan berkongsi maklumat bersama Agensi Perhutangan @ Debt Agency yang terlibat melalui personel Debt Collector terbabit. Berikut adalah antara hujah si penghutang:

1. Dia sudah menukar nombor telefon namun masih boleh dikesan oleh ‘pihak bank’

2. Debt Collector terbabit telah secara silap mendedahkan bahawa maklumat tersebut diberikan oleh syarikat telekomunikasi

3. Rakaman suara dimiliki oleh si pemanggil dan rakaman yang ada pada Debt Agency membuktikan ianya benar

4. Penghutang menyaman ketiga-tiga pihak tadi

5. Syarikat telekomunikasi terbabit mendesak Debt Agency berkenaan untuk menyelesaikan hutang kerana mereka yang mendedahkan ‘pelanggaran tersebut’

70 Kedengaran seperti bukan sesuatu yang benar namun ia telah berlaku. Sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau membaca pautan di bawah sebagai rujukan .

(http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/A rticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%2 8Berita+Malaysia%29

Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dengan Perlindungan Data Peribadi:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang berperanan untuk memastikan pematuhan Akta berkaitan Perlindungan Data Peribadi melalui peningkatan kesedaran/ promosi, amalan nasihat yang baik dan memberikan nasihat umum dan bimbingan serta menjalankan penguatkuasaan.

Tanggungjawab utama JPDP adalah untuk :

- mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna data dan

- menguatkuasakan Akta untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi

Secara spesifik, JPDP bertanggungjwab untuk memastikan bahawa semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

7 Prinsip perlindungan Data Peribadi yang perlu anda tahu:

- Pertama - Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain

71 - Kedua - mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman

dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan

- Ketiga - ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.

- Keempat - Prinsip Keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.

- Kelima - Prinsip Penyimpanan - sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan

- Keenam - Prinsip Integriti Data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.

- Ketujuh - Prinsip Akses - seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Seksyen 709) sekiranya merasakan sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang dinyatakan diatas.

Bagi yang ingin membuat aduan, berikut adalah amalan yang boleh dilakukan: i. Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan kepada

organisasi yang terlibat terlebih dahulu;

ii. Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;

72 iii. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka pengadu bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan kepada Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang perlu semasa membuat aduan:-

Anda hanya perlu menulis surat atau e-melkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Di dalam surat atau e-mel anda, sila menyatakan perkara-perkara berikut:-

I. Nama organisasi atau orang yang anda mengadu; II. Menerangkan sebab kebimbangan anda;

III. Memberi butir-butir tindak balas yang telah diterima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

IV. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:- Alamat Surat Menyurat:

Ketua Pengarah

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Lot 4G9, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Tel: 03 8911 5000/7927/7906/7965 Fax: 03 8911 7959 Aduan Awam: aduan@pdp.gov.my Sistem iSPAAA KPKK http://kkmm.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do

73

BAB 6: PERJALANAN KE

MAHKAMAH (KES SIVIL)

Salah satu cara kekejaman yang dilakukan oleh Debt Collector adalah membuli penghutang dengan menggunakan undang-undang. Bagi Debt Collector, majoriti penghutang adalah dari golongan yang tidak berilmu khususnya di dalam bidang perundangan. Oleh itu mereka akan menyalahgunakan poin-poin perundangan untuk menakut-nakutkan para penghutang yang ada. Akibat dari penganiayaan ini, si penghutang tidak dapat tidur malam mengenangkan nasib mereka yang bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Sedar atau tidak, Debt Collector yang kejam dengan sengaja tidak menjelaskan sebaiknya sistem perundangan ini. Mereka sekadar memetik bahagian yang boleh menyebabkan si penghutang merasa takut, tertekan dan juga merasakan bahawa tiada cara lain melainkan perlu langsaikan segalanya pada ketika itu juga walau apa cara sekalipun. Antara yang paling biasa kita dengar adalah SMS yang berbunyi ala-ala begini:

Sila buat pembayaran anda segera sebelum pukul 2.00PM atau sila buat pembayaran anda sebelum 28 HB ini atau

anda boleh dikenakan tindakan saman... dan banyak lagi versi lain.

Benar, para penghutang boleh dikenakan tindakan saman, sita dan lelongan barang, diisytihar muflis namun kesemua ini memerlukan langkah-langkah tertentu dan ianya tidak berlaku dalam masa dua tiga jam sahaja. Ianya memerlukan proses dan proses inilah yang perlu diketahui oleh para penghutang untuk mengetahui hak mereka sebagai penghutang.

Anda sebagai si penghutang boleh menelaah rentetan proses yang terlibat hatta menjadikan ia sebuah ilmu pengetahuaan yang boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya secara berhemah. Kesemua keterangan tatacara adalah di dalam Bahasa Inggeris kerana kebiasaannya pihak mahkamah dan personel

74 Debt Collector akan menggunakan terma-terma ini secara langsung di dalam Bahasa Inggeris. Jika anda memerlukan bantuan dalam pemahaman, jadikan kamus dan internet sebagai rakan. Lebih mesra jika anak-anak anda sudi menghulurkn bantuan.

75 CIVIL CASES – PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS [UNCONTESTED]

Letter of Demand (LOD)/ Recall [24 Hours] [7/14 days]

File Summons

[within 5 days upon instruction or upon expiry of the notice]

Extract from Court [Sealed] [Within a month]

Service on the Defendant by A. A. Registered [immediately upon extraction]

Unable to serve the Summons Return of A. R. Card

[liase with Post office]

File Application to Serve the Summons by way of Substitute Service [7 days from the date of non-service]

To file Affidavit of Service [before the next mention date]

To obtain Order from Court Attend Court on the Scheduled Mention Date Substitute Service

1. Court’s Notice Board 2. Advertisement 3. Defendant’s Premises [To file Application For Leave in Court to Enter

Judgement in the event if a Charge is involved] [to file before the next scheduled date]

File Affidavit of Service [before next scheduled date] If the Defendant is present in Court to obtain

Consent Judgement

To attend the Court on the Scheduled Mention Date and to obtain JID against the Defendant/ Borrower

To perfect the Order

[14 days from the date of Order]

Upon extraction of sealed Judgement to serve on the Defendant together with Notice to pay Judgement Sum [within 2 days from extraction] If the Defendant fails to pay – Bank will give further instruction to execute the Judgement [to revert to Bank within 30 days to further

instruction]

Execution Proceedings

76 CIVIL CASES – PROCEDURE

SUBORDINATE COURTS [CONTESTED] DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION

Service to Summon On Defendant [within 2 days]

Defendant to enter Appearance either personally or through his Solocitors

[8 or 12 days from service]

Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service [within 2 days upon service]

Defendant to file Statement Of Defendant before the next Mention date

Plaintif (Bank) to file the Summary Judgement – Order 26A of SCR

[within 14 days of Appearance] Defendant to file Affidavit in Reply [to be filled within 14 days]

To attend the Hearing Of the Plaintiff’s Application For Summon Judgement In the event Court allows the Summary Judgement

Plaintif [Bank] to perfect the Order [14 days from date of Order]

The Defendant may Appeal to High Court Defendant fails to pay Appellant/ Defendant to file Notice of Appeal

within 14 days from Judgement

Plaintiff to execute the Judgement Appellant/ Defendant to file Record of Appeal within 6 weeks

In the event court dismiss Plaintiff’s application Court shall set a Hearing Date Defendant to file Statement of Defense if not

filed earlier

To file Record of Appeal Parties to file Bundle of Documents, Issues to be

Tried and Agreed facts before the next Mention Date

Parties to Argue the Case

To go for full Hearing Court delivers Decision Court delivers Decision

77 CIVIL CASES – PROCEDURE

HIGH COURTS [UNCONTESTED] File Writ Summons/ Statement of Claim

[within 5 days upon instruction or upon expiry of the notice] Extract from Court [sealed]

[within one month]

Service on the Defendant by A. R. Registered / Personal Service [immediately upon extraction]

To file Affidavit of Service [before the next Mention Date] Defendant to enter Appearance [8 to 12 days]

Defendant failed to enter Appearance To file Certificate of Non-Appearance [within 7 days upon non-appearance]

To obtain Judgement in Default [JID] of Appearance [within 7 days upon non-appearance]

[to obtain leave of High Court to enter Judgement if a charge is involved] Perfect the Order

[14 days from date to Order]

Serve the sealed Judgement on Defendant requesting The Defendant to pay [within 2 days from extraction]

Defendant fails to pay – Bank to give further Instructions to execute the Judgement [to revert to Bank within 30 days for further instruction]

Execution Proceedings Writ of Sale &

Seizure

JDS Garnishment Bancruptcy Appointment of Receivers

78 CIVIL CASES – PROCEDURE

HIGH COURTS [CONTESTED]

DEFENDANT TO CONTEST THE ACTION

Service to Writ of Summons/ Statement of Claim [within 2 days]

Defendant to enter Appearance either personally or through his Solocitors

[8 to 12 days from service]

Plaintif [Bank] to file Affidavit of Service [within 2 days upon service]

Defendant to file Statement Of Defendant [within 14 days from Appearance]

Plaintif (Bank) may file the ummons in Chambers [Application for O14 – Summary Judgement] [within 14 days of Appearance]

Application must be filed with a Supporting Affidavit

Affidavit to be affirmed by Bank Officer

To serve the sealed Summons In Chambers and Supporting Affidavit on the Defendant

[within 2 days upon extraction] Defendant may file Affidavit in Reply [within 14 days]

Parties to go Hearing on the scheduled date [Parties shall file Submission and Authorities before the next scheduled date]

Court delivers Decision

In the event Court allowed the Summary Judgement

Defendant may Appeal][within 14 days] Plaintif to perfect Orders and serve on the

Defendant or Defendant’s Solicitors and request the Defendant to pay

[within 14 days from date of Order]

Defendant to file Notice of Appeal

Defendant may file Application for Stay of execution if the Defendant wishes to appeal the Decision

[as soon as possible]

Defendant will be known as Appellant [Perayu] and the Plaintiff will be known as Respondent

If Stay of Execution is granted – Plaintiff cannot execute the Judgement. Otherwise, the Bank may do so

Parties to file Record of Appeal [within 6 weeks]

Hearing of Appeal Court delivers Decision

79

BAB 7: MITOS/ KISAH BENAR

Bab ini sekadar untuk dimenungkan, namun gunakanlah akal yang sihat untuk mencari permata kebenaran di sebalik insiden-insiden ini yang boleh dikaitkan dengan keseluruhan isi eBook ini dan terutamanya, pengalaman hidup anda sekalian. Ianya adalah situasi-situasi yang sering berlaku walaupun jarang diwar-warkan oleh media. Kisah-kisah ini disampaikan dari mulut ke mulut dalam bentuk sebuah penceritaan maka di sini juga penceritaan ini diulas dan digambarkan untuk tatapan pembaca.

Kes 1: Mati

Ada seorang pak cik tua (Pak Mat; bukan nama sebenar) berhutang dan kini dia memiliki tunggakan yang agak besar jumlahnya. Lalu Pak Mat menerima panggilan daripada personel Debt Collector yang menuntut bayaran tunggakan dengan segera walaupun Pak Mat telah menyatakan bahawa dia tidak mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutangnya mengikut jumlah tuntutan oleh Debt Collector tersebut.

Maka, Debt Collector bercerita mengenai tindakan mahkamah, rampasan harta benda dan sebagainya sebagai ugutan yang kononnya boleh mendesak Pak Mat untuk melakukan apa cara sekalipun, asalkan jumlah tuntutan dilangsaikan pada ketika itu juga. Namun, data yang tiada pada Debt Collector ini adalah mengenai penyakit sakit jantung Pak Mat. Melalui tekanan yang bertubi-tubi yang dihamburkan oleh Debt Collector yang penuh tamak haloba, penyakit parah Pak Mat menyerang. Jantung tuanya tidak berupaya menerima tekanan darah Pak Mat yang kini naik dengan mendadak akibat kerisauan melampau dan akhirnya pada waktu itu juga Pak Mat rebah dan meninggal dunia.

*****

Ini adalah kes yang berlaku di Malaysia dan syarikat terbabit mendapat dakwaan yang begitu besar sehingga terpaksa menghentikan operasi pungutan

80 hutang yakni menutup syarikat. Namun, tidak lama kemudian syarikat ini muncul semula dengan nama baru dengan melakukan operati yang sama. Ulasan: Syarikat-syarikat sebegini sukar untuk mati maka janganlah menyimpan harapan bahawa mereka akan berhenti mencari mangsa-mangsa mereka yakni para penghutang. Cara yang anda boleh lakukan adalah uruskan diri anda dengan baik seperti yang disarankan pada bab-bab terdahulu. Hadapai hutang anda dan hentikan kehidupan penuh ngeri ini.

Dalam dokumen [ORI] Rahsia Debt Collector (Halaman 65-81)

Dokumen terkait