RAHSIA DEBT COLLECTOR Daripada bab-bab sebelumnya, anda pasti sudah dapat menangkap sebahagian
Kes 2: Interview / Temuduga
Pada suatu hari, seorang anak muda (Aslān; bukan nama sebenar) berpakaian kemas, kemeja putih bertali leher biru langit, berseluar hitam dan kasut hitam yang telah digilap datang untuk temuduga kerja. Namanya dipanggil untuk masuk ke ruang bilik dan dipersilakan duduk. Penemuduga bertanya adakah Aslān mempunyai pengalaman sebagai pemungut hutang?
Dengan jujurnya Aslān mengatakan bahawa dia tiada pengalaman kerja, dan dia berkelulusan lepasan SPM. Si penemuduga tidak menunjukkan minat terhadap kelulusan pengajian, jurusan yang diambil, dan segala perihal pembelajaran hanya ditolak tepi. Namun, si penemuduga menyatakan bahawa kerja ini akan menjadi miliknya sekiranya Aslān lulus dengan satu ujian sahaja. Ujian tersebut adalah kesanggupan Aslān sebagai pemungut hutang (yakni Debt Collector) menggunakan perkataan ‘Babi’ terhadap klien (yakni si penghutang). Ujian bermula. Penemuduga mengangkat gagang telefon dan menekan beberapa punat seketika sejurus itu gagang telefon dihulurkan kepada Aslān. Kini si penghutang yang degil dan telah lama diburu oleh Debt Collector berada dalam talian.
Aslān menyambut gagang tersebut dan kedengaran teriakan si penghutang yang menghamburkan 1001 kata-kata kesat. Aslānpun mula membuka bicara ‘babi’, ‘babi’, ‘babi’. Gagang telefon diserahkan kembali kepada penemuduga yang kini bibirnya tersenyum sinis. Kata penemuduga, ‘Esok datang jam 9 pagi’. Aslān diterima bekerja.
81 Ulasan: Ini adalah kebiasaan yang berlaku di dalam agensi-agensi tuntutan hutang. Ramai penghutang yang agresif dan penuh tekanan. Oleh itu, mereka memerlukan pekerja yang juga agresif dan tiada belas kasihan. Sekali lagi, elakkan diri anda menjadi penghutang yang menjadi bahan ketawa orang lain dan suara anda dirakam dan dikongsikan antara orang ramai. Entah berapa banyak dosa anda telah tersebar seperti lagu MP3 yang menyuarakan kata-kata kasar.
Biasanya jika anda bersopan dan tenang, tiada yang akan kongsikan apa yang anda katakan. Yang lazimnya menjadi bahan perkongsian antara Debt Collector adalah apabila anda melontar keluar ragam emosi-emosi sensitif seperti menangis, merayu, marah-marah, memaki hamun dan segala perwatakan negatif lainnya. Maka bertenang dan kekal berhemah adalah yang terbaik.
Kes 3: Jutawan
Seorang lelaki (Xavier; bukan nama sebenar) dihubungi oleh Debt Collector. Xavier menyedari bahawa dia tidak pernah mengambil hutang/ Loan. Maka Xavier mengatakan kepada Debt Collector tersebut bahawa dia tidak pernah mengambil apa-apa Loan. Personel Debt Collector menerangkan bahawa panggilan ini melibatkan satu set terapi penjagaan kulit muka yang pernah dia daftarkan dan kini Xavier tidak berminat lagi akan terapi tersebut.
Xavier mengatakan bahawa terapi tersebut adalah palsu dan tidak ingin membayar sebarang kos. Debt Collector mulai memberi respon dengan meninggikan suara. Xavier kemudiannya bertanya, “Dari mana pihak anda dapatkan nombor telefon saya? Kerana setahu saya, saya hanya berurusan dengan pusat terapi saja dan bukan dengan tempat lain. Malahan, saya baru menukar nombor telefon”.
Soal-jawab yang panjang lebar membawa kepada personel Debt Collector TERsasul mendedahkan bahawa maklumat nombor telefon tersebut dibeli daripada syarikat telekomunikasi. Xavier melakukan tindakan berani iaitu menyaman syarikat telekomunikasi terbabit, malahan segala kos saman ditanggung oleh syarikat majikan Debt Collector terbabit atas keputusan perbicaraan pihak mahkamah.
82 Keyakinan Xavier bukan sekadar timbul di atas angin, ianya adalah atas sokongan bukti yang berada di dalam tangannya. Rakaman perbualan antara dia dan Debt Collector tersebut wujud dan menjadi leveraj ketika membuka kes di mahkamah. Xavier bertindak dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Satu sikap rasional yang perlu dicontohi.
*****
Ulasan: Ianya adalah pendapat dan pandangan peribadi untuk mempercayai samada syarikat komunikasi berani menjual maklumat pelanggan atau tidak. Sebagaimana ramai yang tidak pernah berpengalaman dihubungi oleh pemungut hutang (seperti Debt Collector atau personel syarikat kewangan dalam tuntutan hutang) sukar untuk percaya bahawa wujudnya institusi dan syarikat yang melakukan kerja harian dengan penuh penipuan dan barbarisme.
Kes 4: Desak
Seorang pegawai kerajaan (Hatiҫe; bukan nama sebenar; sebutan: Hatijae) dipanggil oleh ketuanya lalu ditanya samada benar atau tidak dia mengelak daripada membayar hutang dan mengelakkan diri dari berurusan dengan pegawai bank. Ketuanya turut menasihati dan menggesa Hatiҫe untuk menguruskan hal kehutangannya melalui pegawai bank terbabit. Senario ini sahaja telah menjatuhkan air muka Hatiҫe di tempat kerja.
Keesokan harinya panggilan telefon diterima dari pegawai bank tersebut, dan personel bank meminta agar Hatiҫe membayar hutang pada tengahari itu juga. Jika tidak, saman akan dikenakan malahan pegawai bank tersebut turut menerangkan perihal peraturan tatatertib bagi kakitangan kerajaan yang tidak melangsaikan hutang. Oleh kerana terdesak, Hatiҫe mulai meminjam secara rawak, dari kawan-kawan, saudara-mara dan sebagainya untuk membayar jumlah yang diminta.
Malangnya, jumlah wang yang berjaya dikumpul masih belum mencukupi. Hatiҫe menunggu panggilan daripada pegawai bank dan apabila dia menyatakan bahawa dia tidak dapat membayar jumlah yang dipinta, pegawai bank mulai mengeluarkan kata-kata amarah, "Apa ni?! Pandai hutang,
83 pandailah bayar! Hutang Puluh ribu nak bayar sikit sahaja! Saya bagi tempoh masa sampai jam 5.00pm ni. Jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan". Hatiҫe mulai mencari ikhtiar, mulai mengerah otak dari mana lubuk kewangan yang boleh dijolok dan akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk mengadaikan cincin kahwin yang ada. Pada jam 5 petang, Hatiҫe selesai membayar satu tunggakan hutangnya (yang digesa oleh pegawai bank) melalui hasil janaan hutang-hutang keliling pinggang (yang dipinjam secara rawak dari rakan, saudara-mara dll) dan satu gadaian yang perlu ditebus.
Pegawai bank yang kini berpuas hati menghubungi Hatiҫe semula untuk pengesahan pembayaran secara lisan dan dengan sopannya personel bank mengucapkan terima kasih. Kemudian, Hatiҫe diminta untuk me-Whatsapp resit pembayaran kepada pegawai bank berkenaan sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat disamping membuktikan bahawa pembayaran yang dilakukan oleh Hatiҫe adalah hasil titik peluhnya, maka komisen akan masuk ke poket pegawai bank tersebut.
*****
Ulasan: Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh Debt Collector. Memaksa sehingga ke jalan buntu dan akhirnya sesuatu yang bernilai sentimental pun tergadai. Kadang-kadang maruah jua tergadai demi keinginan Debt Collector untuk mendapat komisen yang lebih. Ingat, bulan depan pegawai bank/ Debt Collector akan hubungi anda lagi sekiranya tertunggak lagi hutang. Lazimnya ianya akan berulang seperti roda, kerana hutang Loan tak tertanggung pada awalnya, kini ditambah dengan hutang-hutang dengan rakan, saudara-mara dan sebagainya untuk melangsaikan tuntutan pertama. Maka pada tuntuan kedua, bukan setakat hutang yang dituntut oleh Debt Collector malah tuntutan hutang dari rakan dll turut diterima.
84
LAMPIRAN
Ada beberapa sebab mengapa ebook ini tidak meletakkan informasi tertentu di dalam dan sekadar berkongsikan link semata-mata. Ini kerana, ada sebahagian pemilik informasi tidak membenarkan perkongsian secara terbuka – yakni anda perlu membuat bacaan sendiri di laman web mereka. Untuk memudahkan anda membaut pembacaan lanjut, boleh layari laman web di bawah ini: BERITA:
1. Penjara 5 Tahun, Denda RM10 Juta dedah maklumat pelanggan
http://www2.bharian.com.my/articles/Penjara5tahun_dendaRM10jutadedahmaklumatpelanggan/Ar ticle/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+yahoo%2FPUOJ+%28 Berita+Malaysia%29
2. Waran Tangkap untuk individu muflis jika bersembunyi atau melarikan diri bagi mengelak membayar hutang
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/waran-tangkap-untuk-individu-muflis-jika-bersembunyi-elak-bayar-hutang-1.51359
3. Tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara.
https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/nasib-si-bangkrap-satu-kisah-sedih-untuk-kita-terus-renung-bersama/227521903978579
4. Zalim kerajaan BN, tak bayar hutang RM150 kena penjara
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid=9792 5. Individu Bankrap Gagal Bayar Ansuran, Dipenjara Sebulan
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2012/05/13/individu-bankrap-gagal-bayar-ansuran-dipenjara-sebulan/
6. Tiada Kompromi Dedah Rahsia Pelanggan Bank
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120804/ek_01/Tiada-kompromi-dedah-rahsia-pelanggan-bank
85 Informasi
1. Saman Dari Bank
http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/saman-dari-bank 2. Cerita Hutang Bank Dan Anda
https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/ 3. Baca ini dulu sebelum berhutang
http://hidupringkas.com/keusahawanan/baca-ini-dulu-sebelum-berhutang/ 4. Semua Tentang Kebangkrapan
http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=57927 5. Mazidul Akmal (TV3)
http://www.mazidulakmal.com/2012/12/pendedahan-ini-mungkin-mengelakkan.html# 6. Jabatan Insolvensi (pengurusan hutang selepas diisytihar bangkrap)
http://www.insolvensi.gov.my/
7. Jabatan Insolvensi Cekik Darah dengan Akta Lapuk 1967???
http://arisawang.blogspot.com/2009/07/jabatan-insolvensi-cekik-darah-dengan.html 8. Akta Bafia (Penuh)
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=5&cad=rja&uact=8&ved=0CD 8QFjAEahUKEwjnhq7v8ZPHAhUOA44KHW3xApg&url=http%3A%2F%2Fwww.bnm.gov.my%2Fdocum ents%2Fact%2Fbm_bafia.pdf&ei=wgbDVeedN46GuATt4ovACQ&usg=AFQjCNFJlufwhkcIzfHv57LDM3 w4I6nhUw&sig2=TEr_1UBc-cxnEhTVFNf8ig&bvm=bv.99556055,d.c2E
9. AKTA INSTITUSI KEWANGAN. PEMBANGUNAN 2002 (Akta 618)
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0CB 0QFjAAahUKEwib9ZKL8pPHAhXTco4KHQDLD4o&url=http%3A%2F%2Fwww.agc.gov.my%2FAkta%2FV ol.%252013%2FAkta%2520618.pdf&ei=_QbDVduCC9PluQSAlr_QCA&usg=AFQjCNFQAQvkNd7RJaDQ GT3dlP2AOZsFmQ&sig2=ncrce6tv6wgAfAVC2V59fg&bvm=bv.99556055,d.c2E
dan banyak lagi info-info lain yang anda boleh cari sebagai rujukan tambahan.
Laman Web Produk: http://buatduitdenganvideo.com/
Ebook ini adalah dalam bentuk PDF.
Tawaran: Purata Pendapatan per channel: RM30 perhari bergantung kepada usaha anda Jumlah channel per akaun: Bergantung kepada anda
Namun, anda tidak perlu beli sekarang. Anda boleh miliki ebook Mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense sahaja dahulu secara PERCUMA.
Ebook Mini ini sahaja sudah cukup untuk membantu anda mulai buat duit dengan YouTube Adsense. Namun, untuk menjimatkan masa anda, anda boleh beli ebook penuh untuk strategi rahsia yang tidak didedahkan pada umum. InsyaAllah.
Isi kandungan ebook mini:
a. Cara buat akaun YouTube Adsense.
Khidmat buat akaun YouTube Adsense ini dijual pada harga RM50-RM100 di pasaran Malaysia. Namun di sini saya menawarkannya secara PERCUMA sahaja. Dengan adanya akaun adsense barulah anda boleh menjana pendapatan dengan YouTube Adsense.
b. Bagaimana untuk download video YouTube dan upload semula tanpa risau copyright.
Bagi yang malas atau tidak pandai menghasilkan video, asalkan anda tahu mendownload dan mengupload video dari internet sudah memadai. Jangan risau, ebook mini ini akan mendedahkan kepada anda bagaimana untuk mengelakkan amaran copyright.
c. Menghasilkan banyak channel dalam satu akaun.
Jika anda boleh jana RM30 per channel setiap hari, bayangkan jika anda ada 10 channel? RM30 X 10 X 30 hari = RM 9000! Ianya benar-benar bergantung kepada usaha anda.
d. Mencari Video Trending.
Trending aka viral adalah penting dalam pemasaran video YouTube. Jika anda tahu apakah jenis video yang trending, mudah untuk anda mendapatkan trafik/ views yang mana, bagi setiap klik pada iklan tersebut akan mendatangkan komisen kepada anda.
Dapatkan ebook mini Buat Duit Dengan YouTube Adsense di sini sekarang:
40