• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTIVITI-AKTIVITI DI DALAM KELAS

Dalam dokumen Senarai Nama Flora Dan Fauna Dilindungi (Halaman 49-59)

Aktiviti 1: Rantaian Hidup

Cara Perlaksanaan

1. Sediakan beberapa kad nama yang mana tiap satu mewakili salah satu komponen di dalam eksosistem (e.g. tanah, matahari, air, udara, rumput, burung helang, burung layang-layang, kelawar, manusia, cacing, alga, dll.). Setiap pelajar akan memilih satu komponen dan mewakili komponen tersebut.

2. Semua pelajar akan duduk dalam satu bulatan untuk mewakili sekosistem. Mulakan dengan beberapa rantai makanan yang mudah. Sebagai contoh, si matahari akan memegang hujung tali dan dia akan bertanya kepada peserta lain siapa yang memerlukan matahari. Si Alga menjawab. Maka bola yang dililit dengan tali akan dilontar kepada si alga. Siapa yang memakan alga? Jawabnya Siput dan bola tali dilontar kepada si siput dan seterusnya.

3. Semasa permainan, bincangkan apa jenis perhubungan dan perkaitan yang terbentuk.

4. Apabila semua komponene telah berkait, alihkan satu komponen daripada rantaian tersebut. (contohnya, tiada air disebabkan oleh kemarau). Si air akan mengoyangkan talinya. Pelajar lain dalam bulatan yang merasa gegaran tali akan turut mengoyangkan tali mereka. Bincangkan bagaimana variasi komponen-komponen terlibat apabila satu komponen dialihkan.

5. Nyatakan kesannya sekiranya unsure tumbuhan (Si tumbuhan akan melepaskan talinya). Rantaian tersebut akan musnah kerana kesannya pada hidupan liar yang lain.

Objektif:

Mengenalpasti

komponen habitat

Mengetahui bagaimana

manusia dan hidupan liar bergantung kepada habitat

Menginterpretasi kadar

kepupusan yang nyata dan kesan pada habitat yang merujuk kepada manusia dan hidupan liar

Peralatan

Kad Nama tumbuhan

dan haiwan

53

Aktiviti 2: Pantun Hidupan Gua

Aktiviti ini digunakan sebagai aktiviti dinamik kumpulan bagi mewujudkan keseronokan.

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih bunyi binatang yang hidup didalam gua dan aksinya.

3. Semasa persembahan, kumpulan akan menyampaikan bunyi dan aksi kumpulan. Selepas itu, aksi dan bunyi kumpulan sasaran akan dibunyikan.

4. Kumpulan sasaran perlu menjawab dengan bunyi dan aksinya sebelum menjual bunyi dan aksi pantun yang seterusnya.

5. Kumpulan yang lambat menjawab dan tidak serentak membuat aksi dianggap kalah dan dikeluarkan dari permainan.

Objektif:

Memberikepekaan

kepada peserta tentang alam binatang yang hidup dalam gua

Mewujudkan kerjasama

dalam kumpulan

Peralatan

Aktiviti 3: Memadankan Warna

Cara Perlaksanaannya:

1. Pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang fasilitator. 2. Setiap kumpulan akan diberikan satu set kad carta warna. 3. Pelajar akan memerhati objek disekeliling mereka yang

mempunyai warna yang serupa pada kad carta warna dan mencatat pada borang tugasan mereka.

4. Pelajar akan menghuraikan tentang objek tersebut melalui warna.

Objektif:

Mempelajari persamaan

dan perbedaan warna yang wujud di persekitaran merekaMempelajari cara menghuraikan objek dengan menggunakan warnaMendedahkan pelajar

kepada cara tumbuhan dan haiwan berlindung melalui penggunaan warna

Mengetahui kegunaan

warna oleh haiwan sebagai tanda amaran

Peralatan

Kad carta warna

Borang tugasan

55

Objektif:

Memberi kesedaran

kepada para pelajar bahawa warna memainkan peranan penting dalam kehidupanWarna membantu hidupan/haiwan untuk melindungi diri daripada pemangsaMemupuk semangat pelajar untuk

menghargai alam sekitar

Peralatan

Benang Pelbagai warna,

dipotong 5 cm panjang

Catatan

Benang yang telah

dipotong ditabur disebuah kawasan yang berumput

Markah

diberikan/ditentukan berdasarkan warna yang paling sukar dilihat sehingga ke warna yang paling mudah dilihat

Selepas permainan,

pelajar dikehendaki memberi

komen/pandangan mengenai aktiviti yang dilakukan dan kaitannya dengan alam

semulajadi.

Aktiviti 4: Penyamaran

Cara Perlaksanaan:

1. Pelajar akan dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Pelajar kemudian dibawa ke kawasan yang telah ditabur helaian benang.

3. Pelajar seterusnya diminta untuk mengutip seberapa banyak benang dikawasan tersebut.

4. Apabila masa telah selesai, setiap kumpulan dikehendaki mengumpul dan mengasingkan benang mengikut warna. 5. Bincangkan peranan warna didalam kehidupan tumbuhan

Objektif:

Membolehkan para

pelajar memahami kaitan manusia dengan alam sekitar

Memupuk semangat

cintakan alam sekitar

Memupuk semangat

menghargai alam sekitar

Peralatan

Pen Marker

Kertas Mahjong

Catatan

Sebagai contoh permainan rantai kehidupan, kata kunci Burung adalah kelawar

Selepas permainan,

pelajar dikehendaki memberi cadangan tentang aktiviti dan kaitan dengan alam semulajadi

Aktiviti 5: Rantaian Kehidupan

Cara perlaksanaan:

1. Setiap kumpulan pelajar diberi satu kata kunci

2. Setiap kumpulan haruslah kaitkan kata kunci itu kepada seberapa banyak kaitan kepada alam sekitar

3. Kemudian para pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka.

57

Objektif:

Melatih para pelajar

mengeluarkan pendapat mengenai isu-isu berkaitan dengan alam sekitar, aktiviti pembangunan serta pengurusan alam semulajadi

Memupuk semangat

cintakan alam sekitar

Melatih para pelajar

membuat penilaian secara kritikal dan berimbangan bagi menangani masalah krisis pengurusan alam sekitar

Peralatan

Kertas A4

Pen

Aktiviti 6: Forum Gua Khazanah Kita

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mewakili:

a) Kerajaan

b) Pemaju / syarikat pembalakan / penjual sarang burung c) Penduduk Kampung

d) Penghuni gua

2. Setiap perwakilan memperkenalkan kumpulan masing-masing dan kepentingan mereka terhadap gua.

3. Pada masa yang sama perwakilan lain berbincang dan mencatat segala permasalahan, kepentingan dan keburukan perwakilan lain bagi memduahkan mereka membentangkan kertas kerja masing-masing.

4. Setelah semua perwakilan memperkenalkan diri, perbincangan akan dimulakan untuk membincangkan permasalahan yang timbul di Gua Khazanah di mana para pelajardiberi peluang berhujah untuk mempertahankan perwakilan masing-masing.

5. Para pelajar boleh mengkritik mana-mana perwakilan berdasarkan kritikan yang boleh mempertingkatkan persembahan dan hujah-hujah mereka.

6. Pada akhir sesi ini, fasilitator dikehendaki membuat rumusan mengenai permainan ini dan kaitan dengan keadaan sebenar yang berlaku sekarang.

Objektif:

Membantu para pelajar

mengenalpasti jenis-jenis dan cirri-ciri burung

Memupuk semangat

cintakan alam semulajadi

Menjadi seorang yang

peka terhadap keadaan sekeliling

Catatan

* Para peserta

dikehndaki memberi komen tentang kaitan aktiviti tersebut dengan alam semulajadi.

Aktiviti 7: Orkestra Burung

Cara Perlaksanaan:

1. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu jenis burung, 3. Fasilitator akan dilantik menjadi konduktor

4. Para peserta akan dikumpulkan membentuk U dan konduktor akan berada di tengah.

5. Konduktor akan memilih satu kumpulan untuk memulakan orkestra.

59

Objektif:

Memberi peluang

kepada pelajar untuk mengenali setiap pelajar

Menghilangkan rasa

segan seseorang untuk membuka diri

Memberi keyakinan diri

kepada pelajar untuk bercakap di khayalak ramai

Peringatan:

Para pelajar dikehendaki mendapatkan tandatangan sahaja.

Aktiviti 8: Diari Saya

Aktiviti ini sesuai untuk sesi suaikenal diantara para pelajar. Aktiviti ini akan mendorong pelajar untuk berkenalan dan berbual dengan pelajar yang lain.

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dikumpulkan dan setiap peserta akan menerima sehelai kertas “diari saya”

2. Pelajar dikehendaki mendapatkan tandatangan peserta lain yang memiliki cirri-ciri seperti di dalam diari saya. Di samping itu, pelajar akan berkenalan dengan pelajar berkenaan.

3. Setiap ruang diari saya akan ditandatangani oleh pelajar yang lain.

4. Selepas 20 minit, wisel dibunyikan dan setiap pelajar dikehendaki berhenti daripada mendapatkan tandatangan. 5. Fasilitator akan mengarahkan pelajar secara sukarela untuk

tampil ke depan dan memperkenalkan pemilik setiap tandatangan yang diperolehi.

6. Sekiranya pelajar dapat mengenalpasti pemilik tandatangan-tandatangan tersebut, hadiah berbentuk pen atau gula-gula diberikan.

Bentuk Diari Saya

1. Buat lakaran berbentuk rumah, pokok, gunung, binatang atau lain-lain.

2. Agihkan lakaran kepada beberapa ruang berdasarkan criteria yang telah ditetapkan.

3. Cadangan criteria termasuklah: a) Suka memancing

b) Rambut kerinting c) Anak Sulung

d) Suka Membaca e) Tidak Suka binatang f) Memelihara kucing g) Suka berkhemah h) Takut gelap

i) Suka makan aiskrim j) Ada tahi lalat di pipi k) Memakai cermin mata l) Adik beradik ramai m) Tinggal di asrama n) Naik bas ke sekolah

61

Objektif:

Memupuk semangat kerjasama antara kumpulanMenggalakkan hubungan interaktif antara peserta

Peralatan:

Gambar hidupan liar

Aktiviti 9: Pembentukan Kumpulan

“Jigsaw Puzzle”

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Setiap kumpulan 5 - 6 orang)

2. Gambar yang mewakili hidupan liar akan dipotong kepada beberapa cebisan. Cebisan-cebisan gambar ini akan diberi kepada setiap kumpulan.

3. Secebis daripada gambar hidupan liar tersebut akan diambil dari setiap kumpulan da ditukar sesama mereka. (semua kumpulan tidak akan mengetahui mengenai cebisan gambar yang telah ditukar).

4. Tujuan mengadakan penukaran ini adalah supaya setiap kumpulan akan berinteraksi sesama mereka untuk mencari cebisan gambar yang terakhir.

Berapa banyakkah perkataan yang dapat kamu olah dari perkataan

Dalam dokumen Senarai Nama Flora Dan Fauna Dilindungi (Halaman 49-59)

Dokumen terkait