• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKTIVITI-AKTIVITI DI LAPANGAN

Dalam dokumen Senarai Nama Flora Dan Fauna Dilindungi (Halaman 42-49)

Aktiviti 1: Guano Game

Cara Perlaksanaan:

1. Bahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Edarkan peralatan-peralatan yang dibawa kepada setiap

kumpulan.

3. Para pelajar diarah mengambil contoh ‘guano’ menggunakan tangan dan dimasukkan kedalam baldi dan dicampurkan dengan air.

4. Dengan penapis, tapiskan campuran air dan ‘guano’ dan perhatikan organisma yang boleh diperolehi.

5. Bandingkan organisma yang diperolehi dengan lakaran yang diberikan.

6. Kumpulkan setiap organisma ke dalam kumpulan yang tertentu dan namakan organisma yang dijumpai.

Objektif

Menunjukkan

kepelbagaian spesis kelawar di gua

Menunjukkan

perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh beberapa jenis kelawar

Memperluaskan

pengetahuan para pelajar tentang bidang kajian kelawar dan keistimewaan

Peralatan

Anabat Detector

Aktiviti 2: Kluang Man

(Aktiviti diwaktu senja ke awal malam)

Cara Perlaksanaan: Sebelum Bergerak

1. Sebelum kumpulan digerakkan ke gua, sedikit penerangan berkenaan dengan bidang kajian kelawar dan kaitannya dengan ekosistem harus diadakan.

2. Beberapa contoh kelawar yang terlebih dahulu ditangkap dan dirakamkan bunyi kelawar ditunjukkan kepada para pelajar.

3. Bezakan bunyi yang dikeluarkan oleh contoh kelawar yang ada. Selepas rakaman, kelawar dilepaskan.

Dalam Perjalanan

1. Bahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator.

2. Sebaik-baiknya setiap kumpulan mempunyai alat bat detector sendiri.

3. Semasa berjalan, alat tersebut di tujukan kepada beberapa arah untuk mengesan kelawar. Bandingkan bunyi yang direkod dan bunyi di alam semulajadi.

4. Penerangan mengenai fungsi-fungsi kelawar kepada manusia, alam sekitar diberikan semasa berjalan.

47

Objektif:

Mengetahui proses

pembentukan gua batu kapur

Definisi:

Stalaktit - Proses pelarutan oleh air melalui liang batu kapur dari langit gua ke lantai guaayng mana kalsium dimendapkan ke bawah

Stalakmit - Proses pelarutan oleh air melalui liang ba u dari langit gua di mana kalsium digunmpul membentuk satu kon mengarah ke atas

Aktiviti 3: Professor Gua

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator.

2. Dalam aktiviti melawat gua, penerangan mengenai proses pembentukan gua diberikan semasa para pelajar berada di dalam gua dan di tempat yang sesuai untuk berkumpul. 3. Bezakan stalaktit dan stalakmit kepada para pelajar. 4. Proses pembentukan gua diterangkan kepada para pelajar.

Spesis

Bil.

Tanda

Lokasi/Arah

Habitat

Ukuran

Kelakuan

Catatan

(t)

(Ia)

(h)

(k)

HELAIAN DA

TA

HIDUP

AN LIAR AM

Lokasi:

Masa Mula

Masa T

amat

Jenis Hutan:

49

Objektif:

Mendedahkan pelajar

kepada penggunaan deria yang lain selain dari deria penglihatan.

Memberi pengetahuan

dan pengalaman tentang keunikan unsure-unsur yang terdapat dalam alam semulajadi melalui kaedah yang berbeza

Mewujudkan kerjasama

dan saling membantu antara satu sama lain dalam sesuatu kumpulan.

Peralatan

Kain Penutup Mata

Tali

Banir Pokok (Pastikan

denai tersebut telah dibersihkan)

Kertas Tugasan

Aktiviti 4 : Gua Angin

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mencabar ketahanan fizikal dan mental pelajar. Aktiviti ini akan melibatkan unsure-unsur alam seperti tanah, air, udara, pokok, akar dan lain-lain lagi. Akitiviti ini akan menguji tahap penggunaan semua deria pelajar kecuali deria penglihatan.

Cara Perlaksanaan:

1. Para pelajar dikehendaki berbaris dalam satu barisan yang panjang.

2. Pelajar kemudiannya dikehendaki meninggalkan kasut masing-masing.

3. Pelajar kemudian akan ditutup mata dengan kain penutup mata. Peserta yang memakai cermin mata hendaklah menanggalkannya terlebih dahulu.

4. Fasilitator akan memberikan penerangan dan para pelajar dikehendaki berdiam diri sepanjang aktivit.

5. Pelajar akan mula bergerak bermula dari pelajar dihadapan dan seterusnya. Pelajar yang dihadapan akan dipandu oleh fasilitator. Sampai ke satu peringkat, pelajar akan bergerak dengan hanya berpegang dan mengikut tali. (Tali tersebut diikat pada pokok/batu besar dan penghujungya pada banir pokok. Tali direntangkan mengikut denai yang telah ditetapkan).

6. Apabila tiba pada penghujung tali, pelajar dikehendaki menrangkak untuk masuk ke dalam gua angin (banir pokok) dan berkumpul selepas melepasi banir.

7. Setelah tamat, pelajar dikehendaki membuka mata dan dikumpulkan di satu tempat untuk melengkapkan kertas tugasan.

8. Para pelajar akan dibawa ke laluan gua angin untuk memerhati dan mengimbas kembali pengalaman sewaktu melalui laluan tersebut dengan mata tertutup.

Kertas Tugasan

1. Bagaimana anda mencari arah ketika mengembara ke gua angin berkenaan?

2. Sebagai seorang cacat penglihatan, apa pendapat anda berkenaan kepentingan deria-deria yang lain?

3. Nyatakan beberapa pembelajaran dan pengalaman yang anda perolehi daripada aktivit ini?

4. Senaraikan apakah yang anda temui sepanjang penggembaraan anda?

51

Objektif:

Memberi pendedahan

kepada pelajar mengenai persekitaran dan ekosistem gua

Meningkatkan

kesedaran pelajar mengenai fungsi dan kepentingan gua

Menanamkan

kefahaman bahawa gua boleh menjadi sumber rekreasi seperti melihat burung layang-layang, kelawar, serangga dan sebagainya

Memberi pendedahan

bahawa setiap organisma iaitu haiwan mempunyai hak untuk berkongsi kawasan seperti gua

Mempelajari sejarah

gua (Gua Gomantong) dan proses

pemebentukan gua tersebut

Peralatan:

Buku Nota dan pen

Borang data

tugasan/kajian

Lampu suluh

Wisel

Beg plastik untuk

mengutip sampah

Membawa bekalan air

minum sendiri

Membawa bekalan

makanan (makan tengahari)

Aktiviti 5: Nature Walk (Adventure Caving)

Cara Perlaksanaan

1. Para pelajar perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang fasilitator. Tujuan pembahagian kumpulan adalah untuk memudahkan sesi penerangan dan soal jawab.

2. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan masing-masing dan dalam perjalanan, mereka harus patuh kepada arahan asas yang perlu diikuti. Antara arahan tersebut adalah;

a) Tidak dibenarkan membuat bising

b) Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata, mengambil atau memusnahkan apa-apa yang ada di dalam gua

c) Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menconteng dinding gua.

3. Sepanjang perjalanan, pelajar dikehendaki menghayati dan memcatat beberapa perkara yang perlu bagi mereka. Di setiap AGOP (Lubang kecil) di Gua Gomantong, pelajar dikehendaki membuat catatan berkenaan dengan apa yang mereka dapat pelajari semasa mereka berada disana.

Dalam dokumen Senarai Nama Flora Dan Fauna Dilindungi (Halaman 42-49)

Dokumen terkait