Masa Aktiviti 6.00 -7.00 pg 7.00 - 8.00 pg 8.00 - 9.00 pg 9.00 -10.00 pg 10.00 -11.00 pg 11.00 -12.00 tgh 12.00 -1.00 ptg 1.00 - 2.00 ptg 2.00 - 3.00ptg 3.00 - 4.00 ptg 4.00 - 5.00 ptg 5.00 - 6.00 ptg 6.00 - 7.00 mlm
4.4.3 AKTIVITI 3
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah 2. meningkatkan jati diri murid-murid
3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM
MASA : Setiap waktu pagi hari persekolahan SASARAN : Murid ponteng
BAHAN : Borang prestasi kehadiran LANGKAH :
1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan 2. GBKSM akan menandakan kehadiran
3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni
4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap minggu/bulan
Penilaian :
1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan kerana adanya keprihatinan daripada GBKSM
Rumusan :
1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan kehadiran dan graf peningkatan kehadiran
Falsafah :
4.4.4 AKTIVITI 4
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Luahan Rasa)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengeluarkan isi hatinya
2. Dapat mengetahuai masalah murid 3. Membantu murid mengatasi masalahnya MASA : 40 minit
SASARAN : Murid ponteng BAHAN : Kertas A4 LANGKAH :
1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi
2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4 3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid
Penilaian : GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid
Rumusan :
1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid
4.4.5 AKTIVITI 5
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah ponteng
2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupannya
MASA : 40 minit SASARAN : Murid ponteng
BAHAN : Soal selidik kehadiran murid LANGKAH :
1. GBKSM membuat temujanji dengan murid
2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik kehadiran murid
3. GBKSM memberi galakan dan sokongan
4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa
Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin
Rumusan :
1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala tuju yang positif
4.4.6 AKTIVITI 6
BIDANG : Disiplin
Tajuk : Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku 2. Menilai salah laku yang baik dan buruk
3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan Masa : 40 minit
Sasaran : Murid ponteng
Bahan : Slaid salah laku, kertas A4,LCD Langkah :
1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling 2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku
3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku yang ditayangkan
Penilaian :
1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan buruknya slaid yang ditayangkan
Rumusan :
1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-tingkah laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada masalah mereka
4.4.7 AKTIVITI 7
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlak- universiti)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat:
1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid 2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan 3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan MASA : 1 hari
SASARAN : Murid ponteng
BAHAN : Pengangkutan dan sumber kewangan Langkah :
1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan 2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD 3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati 4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak
5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni pusat pemulihan akhlak
6. GBKSM membuat “post moterm” lawatan bersama murid ponteng
Penilaian :
1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa ruginya ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti salah laku
Rumusan :
1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku
4.4.7 AKTIVITI 8
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Prestasi Akademik) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa prestasi akademik
2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik
Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Markah ujian bulanan Langkah :
1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan
2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan melukis graf
3. GBKSM meminta murid memberi sebab berdasarkan graf yang dibuat 4. GBKSM meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk
meningkatkan prestasi akademik pada ujian akan datang
Penilaian :
1. Murid sedar bahawa tingkah laku pnteng menyebabkan prestasi akademik menurun
Rumusan : Kehadiran yang konsisten dapat meningkatkan prestasi akademik Falsafah : Kejayaan Tidak Datang Kepada Manusia Yang Leka
4.4.9 AKTIVITI 9
BIDANG : Disiplin
TAJUK : Ponteng (Ceritaku)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menilai pentingnya sayang akan diri dan keluarga Masa : 40 minit
Sasaran : Murid ponteng
Bahan : Cerita pendek, album keluarga Langkah-Langkah :
1. GBKSM bercerita “cerita pendek” berkaitan kasih sayang dan menunjukkan album keluarga
2. Murid menyatakan sejauh mana dia menyayangi dirinya dan keluarganya 3. GBKSM menerangkan bagaimana murid boleh menunjukkan kasih sayang
kepada orang-orang yang berkaitan
4. GBKSM mengaitkan perilaku ponteng telah mengugat kasih sayang dan cita-cita yang diharapkan
Penilaian :
1. Murid lebih menyayangi diri dan keluarganya dan mengurangkan tingkah laku ponteng
Rumusan :
1. Kasih sayang sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid
4.4.10 AKTIVITI 10
Bidang : Disiplin
Tajuk : Ponteng (Riadah/ Appresiasi ) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. Dapat mendekati murid-murid ponteng secara lebih Mesra 2. Dapat mengembirakan hati murid
3. Dapat menghilangkan stres murid 4. Penghargaan
Masa : 2 hari 1 malam
Sasaran : Murid ponteng/ibubapa/komuniti
Bahan : Sumber kewangan, pengangkutan, tajaan Langkah :
1. GBKSM mendapat senarai nama murid 2. GBKSM menetapkan lokasi riadah
3. GBKSM menguruskan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa 4. GBKSM mencari sumber kewangan dan tajaan
5. merancang aktiviti riadah
6. Penglibatan Ibu Bapa dan komuniti
Penilaian :
1. Murid merasa seronok kerana mereka rasa dihargai dan tidak akan ponteng lagi
Rumusan :
1. Riadah ini dapat memberi peluang kepada murid-murid lebih mesra dan berkongsi maklumat dengan GKSM tanpa ada rasa rendah diri untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi
Falsafah :
1. Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Kurangya Kebijaksanaan Atau Kemahiran (Flower A. Newhouse)