• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PERMATA KASIH .1 AKTIVITI 1

Dalam dokumen Modul Kaunseling Berfokus Skhmc Copy (Halaman 121-141)

BIDANG DISIPLIN – TINGKAH LAKU DEVIEN

5.4 PROGRAM PERMATA KASIH .1 AKTIVITI 1

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Ice-Breaking

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mewujudkan satu kelompok yang mempunyai rasa tanggungjawab dan bekerjasama.

2. Mengeratkan hubungan sesama ahli kelompok

3. Membina kepercayaan dan kekuatan bagi mempertahankan kelompok.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bertanya khabar kepada murid dan memperkenalkan diri beliau.

2. Setiap ahli kumpulan akan memperkenalkan diri masing-masing secara sukarela.

3. Setiap ahli akan mengingati dan mengulangi biodata ahli disebelah kiri dan kanan masing-masing.

4. GBKSM akan meminta setiap ahli menerangkan matlamat, tujuan dan peranan mereka di dalam kelompok.

5. GBKSM akan menerangkan matlamat, tujuan dan peranan SEBENAR ahli di dalam kelompok.

Penilaian :

1. Murid berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.

Rumusan :

1. Murid dapat mengetahui tentang peranan dan matlamat mereka mengikuti aktiviti yang dijalankan.

5.4.2 AKTIVITI 2

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Etika dan Matlamat Kelompok OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Menyenarai dan mempersetujui satu garis panduan tatacara disiplin kumpulan.

2. Mewujudkan perasaan saling mempercayai dalam kalangan ahli kumpulan

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. Murid-murid diminta berbincang sesama ahli kumpulan dan menyenaraikan langkah satu garis panduan tatacara disiplin ahli kumpulan dan ditulis di atas kertas A4.

2. GBKSM meminta murid-murid menandatangani satu perjanjian ,mematuhi tatacara disiplin kumpulan.

3. Perjanjian ini diguna pakai dalam semua aktiviti kelompok.

Penilaian :

1. Murid-murid mempercayai ahli kumpulan kerana tatacara disiplin sudah dibincang bersama.

Rumusan :

1. Setiap kelompok mengandungi etika dan tatacara disiplin kumpulan yang harus dipatuhi.

Falsafah :

1. Murid-murid mendapati berada dalam kelompok adalah berbeza dengan pengalaman di dalam kelas.

5.4.3 AKTIVITI 3

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Muhasabah Diri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan. 2. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi

masing-masing.

3. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai situasi.

4. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan. 5. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi

masing-masing.

6. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai situasi.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bertanya kepada murid siapakah individu yang paling mereka sayang.

2. Ahli kelompok diminta duduk dalam bulatan. 3. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada murid.

4. GBKSM meminta pelajar melukis wajah orang yang paling disayangi dan paling dibenci.

5. GBKSM meminta murid mengoyakkan gambar orang yang paling dibenci kemudian gambar orang yang paling disayangi.

6. GBKSM membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Penilaian :

1. Murid melakukan aktiviti melukis gambar / potret individu yang dibenci dan disayangi.

Rumusan :

1. Mendidik murid supaya lebih menghargai individu yang paling hampir dengan mereka dan menjauhi perasaan benci dan dendam sesama manusia

Falsafah :

1. Kalau seorang yang benci pada diri kita, ramai lagi orang yang akan sayang pada kita.

5.4.4 AKTIVITI 4

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Main Peranan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mendapat kesedaran mengenai peri pentingnya tutur kata dan tingkahlaku yang sopan dalam kehidupan seharian.

2. Menyedari pentingnya budi bahasa dan adab sopan. MASA : 45 minit

SASARAN : Murid yang berkelakuan devian BAHAN : Dua buah kerusi

LANGKAH :

1. GBKSM menyapa murid dan bertanyakan khabar mereka.

2. GBKSM bercerita tentang cerita terkini di pawagam.Contohnya ‘Transformers’

3. GBKSM memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu aktiviti main peranan.

4. GBKSM memberikan masa selama 10 minit kepada murid-murid dan meminta mereka memikirkan konflik yang pernah berlaku di antara mereka dengan orang yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa, abang,makcik,pakcik dan sebagainya.

5. Setelah tamat tempoh yang diberikan,murid-murid akan diminta bergilir-gilir melakonkan kembali konflik yang pernah dialaminya.

6. Setelah semua murid selesai menjalankan aktiviti tadi, GBKSM akan membuat rumusan .

Penilaian :

1. Murid-murid menjalankan aktiviti main peranan.

Rumusan :

1. Pengalaman murid-murid melakukan aktiviti main peranan akan dapat memberi kesedaran serta merta tentang perasaan orang terhampir dengan mereka yang pernah disakiti

Falsafah :

1. Buang yang keruh , ambil yang jernih. 2. Air dicincang takkan putus.

5.4.5 AKTIVITI 5

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Pendedahan Kendiri

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Berkongsi maklumat, pengalaman, iktibar dan pengajaran. 2. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa

setiap individu mempunyai peluang untuk berubah.

3. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing

MASA : 45 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : -

LANGKAH :

1. Set Induksi : GBKSM bercerita mengenai pengalaman masa lampau diri beliau kemudian bertanya kepada murid siapakah diantara mereka yang ingin berkongsi pengalaman hidup.

2. Murid diminta untuk duduk di dalam bulatan.

3. GBKSM memberi tajuk ‘Mengapa saya perlu berubah’. Murid-murid diminta berfikir sejenak.

4. Setiap murid secara sukarela memberi pendapat diri beliau tentang tajuk yang dibincangkan dari sudut positif dan negatif.

5. Ahli kumpulan digalakkan memberi respon terhadap apa yang diceritakan oleh ahli kelompok.

Penilaian :

1. Murid berkongsi pengalaman dan maklumat

Rumusan :

1. Menggalakkan murid-murid supaya berani berkongsi pengalaman sesama ahli kelompok

Falsafah :

5.4.6 AKTIVITI 6

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Simulasi

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Membezakan tingkahlaku negatif atau positif semasa murid berinteraksi

2. Memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. 3. Membina kemahiran berkomunikasi.

4. Menjalinkan hubungan yang mesra antara rakan. MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4

LANGKAH :

1. Set Induksi : Guru bertanya kepada pelajar tentang gaya bahasa remaja terkini.

2. Murid duduk dalam bulatan dan dikehendaki mencari pasangan masing-masing.

3. GBKSM memberi taklimat kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan.

4. GBKSM menyediakan beberapa situasi yang sering berlaku dalam kehiduan pelajar. (Lampiran 1)

5. GBKSM meminta wakil pasangan untuk membuat cabutan untuk memilih situasi yang akan dilakonkan nanti.

6. Setiap pasangan perlu melakonkan mengikut situasi dan watak yang diperolehi.

7. GBKSM meminta pelajar yang lain untuk menilai sama ada tingkah laku atau komunikasi murid sesuai digunakan atau tidak dalam kehidupan harian mereka.

8. Seterusnya GBKSM menerangkan kepada murid sebenarnya mereka tidak sedar tentang percakapan yang digunakan dalam kehidupan harian mereka adalah agak kasar dan tidak bersesuaian dengan norma-norma masyarakat kita.

Penilaian :

1. Murid melakonkan watak dalam situasi yang dihadapi.

Rumusan :

1. Saling menghargai dan hormat menghormati sesama manusia serta mengamalkan komunikasi yang berkesan.

Falsafah :

1. Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila kita mengamalkan cara berkomunikasi yang baik.

5.4.7 AKTIVITI 7

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Kisah Benar (Tayangan Video) OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Melahirkan murid yang menghargai individu yang banyak berjasa kepada mereka.

2. Menyedarkan murid pengorbanan ibu yang telah melahirkan mereka.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Klip video kelahiran dan Klip video Jasa Bonda LANGKAH :

1. GBKSM menayangkan klip video proses kelahiran kepada murid. 2. Murid diminta memberikan pandangan tentang apa yang ditonton. 3. GBKSM membincangkan pengorbanan ibu dalam melahirkan anak.

4. GBKSM seterusnya memperdengar kepada murid lagu Jasa Bonda untuk dihayati.

5. Murid seterusnya meluahkan perasaan dan keazaman mereka setelah mendengar lagu Jasa Bonda.

6. GBKSM memberikan pedoman untuk menjadi anak dan murid yang berjasa. 7. GBKSM mengajarkan kepada murid doa untuk diamalkan oleh murid. (untuk

pelajar Islam)

Penilaian :

1. Murid akan menghargai jasa ibu bapa atau individu yang berjasa dalam hidup mereka.

Rumusan :

1. Seorang murid hendaklah belajar menghargai individu banyak berkorban kepada mereka.

Falsafah :

5.4.8 AKTIVITI 8

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Kemahiran Komunikasi OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Mempelajari tatacara berkomunikasi yang betul dan` tertib dengan individu yang lain.

2. Memahami cara komunikasi yang betul dapat mewujudkan suasana yang harmonis sesama insan.

MASA : 40 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4 dan pen

LANGKAH :

1. GBKSM akan berinteraksi dengan murid-murid menggunakan laras bahasa yang biasa digunakan oleh murid-murid. Contoh : Apa punya barang belajar rajin-rajin.

2. GBKSM meminta murid-murid memberikan contoh laras bahasa yang biasa digunakan oleh murid-murid.

3. GBKSM menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.

4. GBKSM akan mengedarkan kertas arahan yang mengandungi beberapa laras bahasa yang biasa dituturkan oleh murid-murid.

5. GBKSM meminta murid-murid supaya menterjemahkan laras bahasa tersebut kepada bahasa yang lebih sopan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6. Setelah tamat tempoh , GBKSM akan meminta ahli kelompok memberikan jawapan secara bergilir-gilir.

7. GBKSM akan membuat rumusan tentang penggunaan laras bahasa yang betul.

Penilaian :

1. Murid-murid akan menulis laras bahasa yang betul.

Rumusan :

1. Murid-murid dapat mempelajari laras bahasa yang betul dan sopan

5.4.9 AKTIVITI 9

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Seikhlas Hati Seluhur Budi OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Menyedari tentang kesilapan yang telah dilakukan 2. Mendapat ruang dan peluang memohon kemaafan 3. Memperbetulkan tingkahlaku yang negatif

MASA : 45 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian

BAHAN : Manila Kad,Gunting,gam,kertas warna,riben, marker pen LANGKAH :

1. Set induksi: GBKSM mengedarkan sekeping kad yang bersampul kepada setiap ahli kelompok.

2. Ahli kelompok diminta membuka dan membaca kad tersebut .

3. GBKSM bertanya apakah perasaan ahli kelompok setelah membaca kad ucapan tersebut.

4. GBKSM meminta murid-murid supaya duduk di dalam bulatan.

5. GBKSM mengedarkan sekeping kertas warna A4 kepada semua murid

6. Murid-murid diminta membuat sekeping kad ucapan untuk diberikan kepada mana-mana individu yang dirasakan perlu memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

7. Guru meminta murid membacakan isi kad yang ditulis.

8. Kad tersebut hendaklah diserahkan kepada guru,ibu bapa atau sesiapa sahaja yang pernah dikasari.

Penilaian :

1. Murid dapat menyediakan kad dan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan

Rumusan :

1. murid-murid akan menyedari bahawa mereka perlulah berani untuk memohon maaf apabila melakukan kesalahan

Falsafah :

2. Setiap manusia perlu diberi ruang dan peluang untuk memperbetulkan kesilapan.

5.4.10 AKTIVITI 10

BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Sehati Sejiwa

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :

1. Menerima kekuatan dan kelemahan diri.

2. Memberikan pandangan yang membina kepada rakan-rakan. 3. Menilai keberkesanan aktiviti kelompok secara keseluruhan. MASA : 60 minit

SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4, pen

LANGKAH :

1. Murid-murid diminta duduk di dalam bulatan.

2. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.

3. Setiap murid dikehendaki menulis nama sendiri di atas sehelai kertas A4. 4. Kertas A4 diserahkan kepada rakan yang duduk bersebelahan untuk menulis

komen mengenainya.

5. Selepas komen itu ditulis, kertas itu dilipat supaya kandungannya tidak dilihat oleh rakan-rakan lain.

6. Kertas A4 itu diserahkan kepada rakan yang seterusnya untuk menulis komen sehingga kertas A4 itu balik semula kepada empunya kertas A4 tersebut. 7. Murid-murid diminta membaca komen yang ada pada kertas tersebut.

8. Murid-murid boleh mengemukakan soalan kepada mana-mana rakan mengenai komen mereka.

9. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua murid tidak ada soalan yang hendak ditanya.

10. GBKSM membuat kesimpulan. Setiap murid menilai keberkesanan aktiviti kelompok.

Penilaian :

1. Murid-murid seharusnya mampu memberi komen yang membina tanpa membiarkan emosi mempengaruhi diri.

Rumusan :

1. Kita harus menerima komen orang lain dengan hati yang terbuka.

Falsafah :

LAMPIRAN 2

Dalam dokumen Modul Kaunseling Berfokus Skhmc Copy (Halaman 121-141)

Dokumen terkait