Mohamed Amin Embi Pengenalan
Pelaksanaan e-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia bermula seawal tahun 2000. Namun, belum ada dokumentasi terperinci mengenai pelaksanaannya dalam kalangan semua IPTA di Malaysia. Bab ini bertujuan memperihalkan amalan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia daripada pelbagai aspek termasuk polisi, tadbir urus, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), latihan, pembangunan e-Kandungan serta jaminan kualiti. Data diperoleh daripada soal selidik Malaysian IHL e-learning
Questionaire (e-Learning/IT Manager) yang dilengkapkan oleh semua 20
wakil IPTA.
Polisi e-Pembelajaran
Daripada 20 IPTA yang terdapat di Malaysia, 40% atau lapan IPTA sahaja yang mempunyai polisi tentang e-Pembelajaran, iaitu UKM, UPM, UTM, UiTM, UPSI, UUM, UMS dan UTeM seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.1. Daripada jumlah tersebut, pihak yang terlibat membangunkan Polisi e-Pembelajaran ialah pengurusan tertinggi universiti serta wakil Fakulti/Pusat/ Jabatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Polisi tersebut biasanya diluluskan oleh Senat (75%); walaupun ada yang diluluskan oleh pengurusan tertinggi universiti (25%).
Jadual 2.1 Perbandingan IPTA yang mempunyai Polisi e-Pembelajaran
IPTA Mempunyai Polisi e-Pembelajaran
Tidak Mempunyai
Polisi e-Pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia X
Universiti Putra Malaysia X
Universiti Malaya X
Universiti Sains Malaysia X
Universiti Teknologi Malaysia X
Universiti Teknologi MARA X
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia X
Universiti Pendidikan Sultan Idris X
Universiti Utara Malaysia X
Universiti Malaysia Sabah X
Universiti Malaysia Sarawak X
Universiti Malaysia Perlis X
Universiti Malaysia Pahang X
Universiti Malaysia Kelantan X
Universiti Malaysia Terengganu X
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia X
Universiti Sultan Zainal Abidin X
Universiti Teknikal Melaka X
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia X
Rajah 2.1 Pihak yang terlibat membangunkan Polisi e-Pembelajaran
Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.2, cara utama Polisi e-Pembelajaran disebar kepada warga universiti masing-masing melalui program latihan yang biasanya diadakan sercara formal. Hampir semua IPTA (87.5%) yang mempunyai Polisi e-Pembelajaran mempunyai pelan implementasi masing-masing dan mewajibkan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan pelajar mereka. Separuh (50% atau empat IPTA) telah mengimplimentasikan Polisi e-Pembelajaran mereka lebih dari tiga tahun, tiga IPTA antara satu hingga tiga tahun, manakala satu IPTA kurang dari setahun.
Rajah 2.2 Cara penyebaran Polisi e-Pembelajaran masing-masing
Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.3, komponen yang paling kurang diperincikan dalam Polisi e-Pembelajaran masing-masing ialah insentif dan anugerah serta jaminan kualiti. Bagi sebahagian besar (87.5%) IPTA yang terlibat, Polisi e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada pelan strategik universiti masing-masing, manakala 62.5 peratus atau lima IPTA menjadikan agenda e-Pembelajaran sebagai KPI universiti masing-masing. Akhir sekali, daripada lapan IPTA yang mempunyai Polisi e-Pembelajaran masing-masing, hanya dua universiti yang tidak mempunyai pelan implimentasi e-Pembelajaran yang jelas.
Rajah 2.3 Komponen yang terdapat dalam Polisi e-Pembelajaran Tadbir Urus e-Pembelajaran
Daripada segi tadbir urus atau governances, hanya dua IPTA, iaitu Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan yang tidak mempunyai Pusat/Jabatan/Unit yang khusus untuk menguruskan e-Pembelajaran di universiti masing-masing. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4, lazimnya tadbir urus e-Pembelajaran diletakkan di bahagian Pusat Teknologi Maklumat, diikuti oleh Pusat Pembangunan Akademik serta Pusat Pengajaran dan Pembelajaran universiti masing-masing. Hampir separuh IPTA (45%) mempertanggungjawabkan pengurusan e-Pembelajaran kepada koordinator e-Pembelajaran. Selain itu, sebahagian besar IPTA (85%) mempunyai Jawatankuasa e-Pembelajaran di peringkat universiti.
Rajah 2.4 Pusat yang bertanggungjawab menguruskan e-Pembelajaran Separuh daripada IPTA (50%) di Malaysia menyediakan bajet pengurusan tahunan yang khusus untuk e-Pembelajaran. Rajah 2.5 menunjukkan komponen utama yang digunakan dalam perbelanjaan tersebut iaitu latihan (100%), diikuti oleh pembelian perisian pengarangan (90%) dan infrastruktur fizikal (60%).
Rajah 2.5 Komponen utama bajet e-Pembelajaran Sistem Pengurusan Pembelajaran
Kesemua 20 IPTA di Malaysia mempunyai sistem pengurusan pembelajaran atau LMS masing-masing. Sebahagian besar (65%) menggunakan platform Sumber Terbuka atau Open Source Platform. Sembilan IPTA menggunakan
Moodle, manakala dua IPTA menggunakan platform Claroline seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 2.2. Sebahagian besar IPTA (55% atau 11 IPTA) telah menggunakan LMS tersebut melebihi tiga tahun.
Jadual 2.2 Perbandingan LMS di IPTA Malaysia
IPTA Cara Perolehan Jenis/NamaLMS Catatan
Universiti Kebangsaan Malaysia Beli dari vendor tempatan SPIN Ubah suai Universiti Putra Malaysia Beli dari vendor tempatan PutraLMS Ubah suai
Universiti Malaya Open source Moodle Ubah suai
Universiti Teknologi Malaysia Open source Moodle Ubah suai Universiti Teknologi MARA Beli dari vendor tempatan iLearn System Ubah suai Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia Beli dari vendor tempatan LearningCare -Universiti Pendidikan Sultan Idris Open source MyGuru2 Ubah suai Universiti Utara Malaysia Open source Moodle Ubah suai Universiti Malaysia Sabah Open source Moodle Ubah suai Universiti Malaysia Sarawak Open source Moodle Ubah suai Universiti Malaysia Perlis Open source Claroline -Universiti Malaysia Pahang Beli dari vendor tempatan - Ubah suai Universiti Malaysia Kelantan Open source Moodle Ubah suai Universiti Malaysia Terengganu Open source Moodle -Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia Beli dari vendor tempatan LearningCube Ubah suai Universiti Sultan Zainal Abidin Open source Moodle -Universiti Teknikal Melaka Open source Claroline Ubah suai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Beli dari vendor antarabangsa Blackboard -Universiti Sains Islam Malaysia Beli dari vendor tempatan myLMS Ubah suai
Daripada segi komponen utama LMS, kesemua IPTA mempunyai aplikasi yang biasanya terdapat dalam LMS yang standard (seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2.3). Walau bagaimanapun, hanya sebahagian IPTA yang mempunyai LMS yang mempunyai ciri penglibatan pelajar seperti Groupwork dan Portfolio. Terdapat juga beberapa LMS yang mengintegrasikan aplikasi
Web 2.0 seperti Wiki dan sebagainya. Daripada segi integrasi LMS dengan
sistem maklumat lain yang terdapat di universiti masing-masing, hanya 70% yang disepadukan dengan Sistem Maklumat Pelajar dan hanya 60% sahaja yang disepadukan dengan Sistem Maklumat Kakitangan (sila lihat Rajah 2.6). Data juga menunjukan bahawa hampir 3/4 (70%) LMS yang terdapat di IPTA Malaysia adalah SCORM Compliant. Di samping itu, hampir 3/4 (70%) IPTA sebelum ini mempunyai LMS yang berlainan tetapi berpindah kepada platform yang baharu berdasarkan sebab seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7, terutamanya kerana sistem baharu yang lebih kos efektif.
Jadual 2.3 Komponen/aplikasi utama dalam LMS di IPTA Malaysia
IPTA Comm. Productivity Student
InvolvementAdmin CourseDelivery DevelopmentContent
UKM X X X X X X UPM X X X X X UM X X X X X X USM X X X X X UTM X X X UiTM X X X X X X UIAM X X X X X UPSI X X X X X X UUM X X X X X X UMS X X X X X X UNIMAS X X X X X UniMAP X X X X X X UMP X X X UMK X X X UMT X X X X X UPNM X X X X X UniSZA X X X X X UTeM X X X X X UTHM X X X X X USIM X X X X X
Rajah 2.6 Sistem lain yang disepadukan dengan LMS di IPTA Malaysia
Latihan e-Pembelajaran
Kesemua IPTA mengendalikan latihan e-Pembelajaran kepada staf akademik. Walau bagaimanapun, hanya 60% atau 12 IPTA yang menjalankan latihan kepada staf sokongan; manakala hanya 50% IPTA yang mengendalikan latihan e-Pembelajaran kepada pelajar. Di samping itu, seperti yang ditunjukan dalam Jadual 2.4, latihan biasa tertumpu kepada memahirkan staf dengan aplikasi yang terdapat dalam LMS masing-masing (100%) dan pengenalan kepada e-Pembelajaran (85%). Hanya lebih sedikit daripada separuh IPTA yang memberi latihan berkaitan dengan Pedagogi e-Pembelajaran (60%) dan Pembangunan e-Kandungan (60%). Selain itu, hanya 1/3 (35%) IPTA yang memberi pendedahan tentang aplikasi Web 2.0.
Jadual 2.4 Aspek/Topik latihan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia
IPTA e-PembelajaranOverview of e-PembelajaranPolicy of e-Pembelajaran LMSPedagogy of e-ContentDev. Web2.0
UKM X X X X X X UPM X X X X UM X X X X USM X UTM X X X X X X UiTM X X X X X UIAM X X X X UPSI X X X X X X UUM X X X X X UMS X X X X X X UNIMAS X X UniMAP X X X UMP X X X UMK X X UMT X UPNM X X UniSZA X X UTeM X X X X X UTHM X X X X X USIM X X
Dalam hampir semua IPTA (90%), latihan berkaitan e-Pembelajaran merupakan sebahagian daripada program latihan dan pembangunan akademik universiti. Lapan IPTA menjalankan latihan berkaitan e-Pembelajaran sebanyak satu hingga tiga kali setahun, lapan IPTA menjalankan latihan melebihi enam kali setahun; manakala empat IPTA melaksanakannya empat hingga enam kali setahun. Sebahagian besar (50%) latihan diadakan selama sehari; manakala yang lain diadakan separuh hari (25%) atau lebih satu hari (25%). Mod utama latihan yang dijalankan (Rajah 2.8) adalah secara bersemuka (100%) diikuti oleh kaedah one-to-one (40%) dan blended (35%). Terdapat juga IPTA yang menyediakan pembelajaran secara kendiri melalui manual yang disediakan secara atas talian seperti UKM dan USIM. Hanya empat IPTA yang mewajibkan latihan kepada semua staf akademik; manakala tujuh IPTA mewajibkan latihan tersebut hanya kepada staf baharu sahaja. Sembilan IPTA melaksanakan latihan tersebut secara sukarela (Rajah 2.9).
Rajah 2.9 Pendekatan latihan oleh IPTA di Malaysia
Latihan biasanya dikendalikan oleh staf universiti masing-masing, walaupun ada beberapa universiti yang menjemput pakar dari luar untuk mengendalikan sebahagian daripada program latihan e-Pembelajaran masing-masing.
Pembangunan e-Kandungan
Tidak sampai separuh (45%) IPTA yang mempunyai Pusat/Jabatan/Unit yang khusus untuk menguruskan pembangunan e-Kandungan termasuk UKM, UM, UTM, UiTM, UPSI, UMT, UTeM dan UTHM. Strategi utama yang digunakan oleh sebahagian besar IPTA di Malaysia adalah dengan mengadakan kolaborasi antara Pusat/Jabatan/Unit khusus ini dengan pakar isi kandungan atau pensyarah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10. Alat pengarangan utama yang digunakan ialah Flash (88.9%), diikuti oleh Articulate (55.6%),
Adobe Captivate (44.4%), Camtasia Studio (33.3%), Lecture Maker (22.2%)
dan Raptivity Interactive Builder (11.1%). Pecahan mereka yang terlibat dalam pembangunan e-Kandungan adalah seperti dalam Rajah 2.11. Selain pensyarah atau pakar mata pelajaran (100%), pereka grafik (88.9%) serta pembangun
multimedia (88.9%) merupakan golongan utama yang terlibat dalam proses ini. Rajah 2.12 menunjukkan sokongan utama yang disediakan oleh IPTA di Malaysia kepada pensyarah yang ingin membangunkan e-Kandungan. Selain khidmat nasihat (100%), sokongan utama adalah dalam bentuk alat/perisian pengarangan (88.9%) dan latihan berkaitan pembangunan e-Kandungan (77.8%). Setakat ini, belum ada (0%) IPTA di Malaysia yang menyediakan geran pembangunan e-Kandungan kepada staf akademik.
Rajah 2.11 Staf yang terlibat dalam pembangunan e-Kandungan
Rajah 2.12 Kemudahan sokongan yang disediakan oleh IPTA Malaysia untuk staf akademik yang ingin membangunkan e-Kandungan
Hanya empat IPTA (UKM, UTM, UiTM dan UTeM) yang menyediakan insentif untuk pensyarah yang membangunkan e-Kandungan sendiri. Tiga IPTA memberikan insentif dalam bentuk Anugerah, dua IPTA dalam bentuk honorarium dan dua IPTA dalam bentuk pengurangan beban pengajaran. Jaminan Kualiti
Daripada aspek jaminan kualiti, hanya tiga IPTA (UKM, UiTM dan UTeM) yang mempunyai garis panduan tentang kualiti berkaitan e-Pembelajaran manakala hanya empat IPTA (UKM, USM, UiTM dan UTeM) yang menjadikan e-Pembelajaran sebagai sebahagian daripada proses CQI (Continuous Quality
Improvement) universiti masing-masing. Urusan jaminan kualiti bagi universiti
yang terlibat ini biasanya dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Akademik (atau yang setara) masing-masing.
Penutup
Bab ini memperihalkan amalan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia daripada aspek polisi, tadbir urus, sistem pengurusan pembelajaran (LMS), latihan, pembangunan e-Kandungan serta jaminan kualiti. Untuk beberapa aspek yang dibincangkan, perbandingan dibuat bagi meneliti persamaan serta perbezaan yang terdapat dalam kalangan semua 20 IPTA di Malaysia bagi tujuan memberi gambaran menyeluruh dan terperinci tentang status pelaksanaan e-Pembelajaran sehingga kini.