Salfarah Abdullah Pengenalan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mula terlibat dalam e-Pembelajaran sejak tahun 2001, iaitu sejajar dengan pembelian Pelayan (Server) e10K yang berjumlah RM6 juta di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM). Pada masa itu, e-Pembelajaran menggunakan platform Blackboard untuk pelaksanaan e-Pembelajaran UMS. Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), Blackboard digunakan oleh UMS kerana sistem ini telah dipakejkan bersama-sama dengan pembelian Server e10K secara percuma selama tempoh satu tahun.
Mulai tahun 2002, UMS membayar yuran penggunaan Blackboard kepada
Blackboard Inc. USA sebanyak USD 7500 setiap setahun. UMS hanya mampu
menjelaskan yuran dari tahun 2003 hingga 2005 sahaja. Ini mengakibatkan
Blackboard Inc telah menamatkan perkhidmatan LMS Blackboard pada tahun
2005 kerana UMS tidak lagi membayar yuran tahunan tersebut. Perjuangan e-Pembelajaran di UMS diteruskan dengan mula melibatkan diri dalam komuniti LMS Moodle, iaitu sebuah LMS percuma berbentuk open source mulai tahun 2004. Pada 22 Jun 2005, UMS secara rasminya memulakan perkhidmatan LMS menggunakan Moodle sebagai platform e-Pembelajaran utamanya sehingga hari ini.
Tadbir Urus e-Pembelajaran
Sebelum tahun 2009, pentadbiran e-Pembelajaran UMS agak rumit, iaitu tidak begitu jelas struktur pentadbirannya. Pada permulaan tahun 2001, e-Pembelajaran ditadbir di bawah Unit Media dan Teknologi Pendidikan (UMTP) oleh seorang Ketua Unit. Namun, Pusat Perkembangan Akademik (PPA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk menerajui hal-hal akademik daripada aspek latihan staf akademik hinggalah urusan Malaysian Qualification
Framework (MQF) melalui kepimpinan seorang Pengarah.
Seorang Timbalan Pengarah PPA mula dilantik pada tahun 2008 dan beliau ditugaskan khas untuk urusan akademik dan MQF. Berdasarkan senario begini, e-Pembelajaran UMS masih dianggap ditadbir di bawah UMTP. Namun, Timbalan Naib Canselor (Akedemik dan Antarabangsa) yang mentadbir e-Pembelajaran secara langsung sebagai Pengerusi Jawatankuasa e-Pembelajaran UMS telah menstruktur semula pentadbiran e-Pembelajaran pada tahun 2010. Struktur asal tidak berubah, iaitu e-Pembelajaran diberi perhatian melalui Jawatankuasa ICT yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UMS dengan TNC (A & A) sebagai pelapor utama e-Pembelajaran UMS (rujuk Rajah 12.1).
Ahli: Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
(e-Learning) Jawatankuasa ICT UMS
Pengerusi: Naib Canselor
Ahli: Ketua Unit Media dan Teknologi Pendidikan (Teknikal) Ahli: Pendaftar (Setiausaha)
Ahli-ahli lain yang boleh dilantik oleh Naib Canselor:
Pegawai-pegawai Utama UMS Ahli-ahli Senat UMS
Ahli: Bendahari
Rajah 12.1 Struktur Jawatankuasa ICT UMS
Selain daripada bahagian akademik e-Pembelajaran yang dipertanggungjawabkan oleh TNC (A&A), semua urusan teknikal seperti penyediaan platform ICT untuk pelaksanaan e-Pembelajaran ditadbirkan
oleh Jawatankuasa Teknikal e-Pembelajaran yang dipengerusikan oleh Ketua UMTP. Kedua-dua pegawai ini yang berada di bawah Jawatankuasa ICT UMS bertanggungjawab atas segala polisi, perancangan dan pelaksanaan e-Pembelajaran UMS di bawah naungan Naib Canselor. Dalam pentadbiran e-Pembelajaran, TNC (A&A) melantik seorang Ketua Penyelaras e-Pembelajaran, iaitu seorang staf akademik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan e-Pembelajaran UMS (rujuk Rajah 12.2).
JAWATANKUASA PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN E-LEARNING
Pengerusi: Ketua Penyelaras e-Learning UMS JAWATANKUASA E-LEARNING UMS
Pengerusi: Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
JAWATANKUASA TEKNIKAL E-LEARNING
Pengerusi: Ketua Unit Media dan Teknologi Pendidikan PENYELARAS E-LEARNING
PERINGKAT SEKOLAH Ahli: Penyelaras e-Learning yang
dilantik oleh Dekan Sekolah Rajah 12.2 Struktur Jawatankuasa e-Pembelajaran UMS
Ketua Penyelaras e-Pembelajaran UMS tidak termasuk dalam struktur pentadbiran PPA. Beliau bekerja secara bebas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan e-Pembelajaran UMS dan melapor terus kepada TNC (A&A). Beliau menerajui semua kerja perancangan, polisi, latihan, pelaksanaan dan pemantauan e-Pembelajaran. Ketua Penyelaras e-Pembelajaran dibantu oleh Penyelaras-penyelaras e-Pembelajaran di peringkat Sekolah/Fakulti. Sebarang masalah teknikal e-Pembelajaran akan ditujukan kepada Ketua atau wakil daripada UMTP. Fungsi Jawatankuasa e-Pembelajaran UMS adalah seperti berikut:
i. Memastikan kewujudan infrastruktur dan keupayaan pembelajaran elektronik.
ii. Memberi nasihat berkenaan bagaimana infrasturuktur dan keupayaan rangkaian yang ada sekarang boleh digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran elektronik secara keseluruhannya.
iii. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin kerjasama dan berkongsi sumber-sumber dalam pelaksanaan pembelajaran elektronik.
iv. Mengenal pasti peluang dalam mengembangkan pembelajaran elektronik dan keupayaannya dan cara untuk mengatasi halangan yang mungkin.
v. Meneroka mekanisme-mekanisme yang ada untuk memastikan penyelarasan berterusan terhadap pembelajaran elektronik dan keupayaannya serta menjadi medium yang membolehkan permasalahan diberi respon dengan berkesan untuk keperluan pembelajaran akan datang.
vi. Menilai amalan terbaik dalam fleksibiliti pengajaran dan pengajian. vii. Mencadangkan insentif-insentif untuk pembangunan kakitangan. viii. Memberi nasihat terhadap amalan terbaik dalam memanfaatkan
kepakaran sedia ada.
ix. Memberi nasihat dalam mengenal pasti, mengawasi dan pengendalian risiko yang mungkin timbul dengan meningkatkan keupayaan sistem pembelajaran elektronik.
x. Memberi nasihat bagaimana pembelajaran elektronik boleh menyumbang kepada pengkomersialan pendidikan.
xi. Membangunkan rangka untuk jaminan kualiti dan pengurusan harta intelek selaras dengan pembangunan antarabangsa.
xii. Bagi mengenal pasti perkara-perkara yang mungkin timbul berkenaan implementasi e-Pembelajaran termasuk inisiatif dan penggubalan dasar-dasar yang diperlukan oleh universiti.
Fungsi ahli Jawatankuasa e-Pembelajaran UMS setiap Sekolah/PTj adalah seperti berikut:
i. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menjamin kerjasama dan berkongsi sumber-sumber dalam pelaksanaan pembelajaran elektronik untuk pelaksanaan di sekolah/PTj.
ii. Mengenal pasti peluang dalam mengembangkan pembelajaran elektronik dan untuk pelaksanaan di Sekolah/PTj;
iii. Melapor perkembangan pelaksanaan, masalah-masalah berkaitan e-Pembelajaran bagi pihak Sekolah/PTj.
Polisi e-Pembelajaran
UMS telah menetapkan Dasar e-Pembelajaran untuk semua kursus akademik pada tahun 2001. Naib Canselor pada ketika itu telah menetapkan bahawa 30% daripada kursus-kursus setiap program pengajian dari setiap Sekolah/ Fakulti mestilah dalam bentuk atas talian. Dasar ini masih lagi berkuat kuasa
pada masa laporan ini dibuat. Pelaksanaan dasar ini dipertanggungjawabkan kepada Ketua UMTP (2002 - 2005), Pengarah PPA (2006 – 2009) dan Ketua Penyelaras e-Pembelajaran UMS (2010).
Pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran 30% dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan latihan kaedah pembelajaran pengajaran berasaskan ICT UMS secara besar-besaran kepada semua staf akademik UMS pada tahun 2002 (latihan penggunaan LMS Blackboard) dan tahun 2009 (latihan penggunaan LMS Moodle). Tujuan fasa ini adalah untuk mendedahkan kepada para pensyarah cara pengendalian kursus-kursus atas talian untuk dihoskan oleh LMS. Seramai 220 orang pensyarah dilatih dalam tahun 2002, sementara seramai 280 orang pensyarah dilatih pada tahun 2009. Latihan kemahiran mengguna LMS juga dikendalikan oleh UMTP dari semasa ke semasa dalam kumpulan yang kecil dari tahun 2001 sehingga 2010.
Fasa kedua pula melibatkan pensyarah membangunkan bahan-bahan pembelajaran pengajaran untuk dihoskan oleh LMS. Penyelaras e-Pembelajaran peringkat Sekolah/Fakulti akan menjalankan latihan dalaman untuk mengajar kemahiran mengguna LMS. Selepas mendapat pendedahan ini, semua pensyarah digalakkan oleh Naib Canselor untuk meletakkan dan membangunkan kursus atas talian untuk program masing-masing di Sekolah/ Fakulti melalui pemantauan TNC (A & A) yang dibantu oleh UMTP.
Infrastruktur dan Sokongan Kepada e-Pembelajaran
UMTP merupakan unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang menyediakan prasarana dan infrastuktur rangkaian kampus UMS. UMTP berperanan menyelaras semua jenis perkhidmatan TMK di UMS dengan menyedia dan menyelenggara rangkaian kampus menggunakan teknologi rangkaian berwayar (wired-network) dan rangkaian tanpa wayar
(wireless-network). Teknologi Mod Pemindahan Tak Segerak (ATM) dan penggunaan 10 Gigabit Ethernet (10G) sebagai struktur rangkaian (backbone) gentian optik
merupakan rangkaian berwayar UMS. Topologi rangkaian tersebut ditunjuk dalam Rajah 12.3.
Rajah 12.3 Topologi rangkaian UMS
UMS menggunakan dua ISP untuk capaian melalui jalur lebar ke Internet. ISP1 (rujuk Rajah 12.3) mempunyai kelajuan capaian 34 Mbps dari Jaring sementara ISP2 pula ialah kelajuan capaian 155 Mbps dari Telekom. Keupayaan jalur lebar membenarkan lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan seperti video telecast dan video-on-demand ditawarkan.
Manakala dalam usaha perkongsian hasil penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran, rangkaian kampus turut dirangkaikan dengan talian Malaysian
Research and Education Network (MYREN). Selain itu, kemudahan teknologi
rangkaian tanpa wayar atau WiFi turut disediakan di lokasi strategik sekitar kampus dan kolej kediaman bagi memudahkan pelajar mencapai Internet. Ruang kerja yang selesa menggunakan komputer riba untuk capaian Internet disediakan oleh setiap Sekolah/Fakulti. Sebagai tambahan untuk mendidik pelajar UMS menjadi lebih celik ilmu, sebuah pusat yang dikenali sebagai Bilik 24 jam diwujudkan khas untuk pelajar di perpustakaan UMS. UMS juga menyediakan satu mega-lab yang mengandungi 1000 unit PC berteknologikan
thin-client di perpustakaan untuk kegunaan pelajar mencapai Internet
khususnya mencapai laman pembelajaran e-Pembelajaran UMS (SmartUMS). Selain itu, untuk memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan khidmat TMK yang telah ditawarkan, semua Sekolah/Fakulti dikehendaki menyiapkan piagam pelanggan. Kotak aduan disediakan untuk mendapat maklum balas daripada pengguna TMK. Pihak UMTP juga menyediakan
kaunter bantuan TMK (ICT helpdesk) untuk memberi sokongan teknologi e-Pembelajaran (seperti Moodle) dan lain-lain perkhidmatan TMK yang atas talian (seperti pendaftaran kursus secara atas talian).
Sistem Pengurusan Pembelajaran
UMS menggunakan LMS Moodle mulai tahun 2005 sebagai platform untuk e-Pembelajaran. Laman ini dapat dicapai di http://lms.ums.edu.my/ dan telah dijenamakan semula dan dilancarkan oleh Naib Canselor UMS pada 22 Oktober 2009 sebagai SmartUMS. Contoh laman utama e-Pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 12.4 .
Rajah 12.4 Laman utama e-Pembelajaran UMS
UMS menggunakan LMS Moodle sebagai portal yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti berikut:
i. Portal penyampaian maklumat (sinopsis dan isi kandungan kursus). ii. Portal pembelajaran secara interaktif (online forums, chats).
iii. Portal pengurusan latihan isi kandungan kursus secara interaktif (assignments, quizzes, glossary, dan lain-lain).
iv. Portal pengurusan markah pelajar (markah untuk setiap aktiviti pembelajaran).
Contoh satu laman pembelajaran pengajaran menggunakan LMS Moodle yang disediakan oleh seorang pensyarah UMS ditunjukkan dalam Rajah 12.5.
Rajah 12.5 Laman pembelajaran pengajaran seorang pensyarah UMS LMS Moodle juga membenarkan pensyarah untuk mengubah atribut kursus (settings) dengan mudah. Contoh pengeditan atribut kursus adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.6.
Rajah 12.6 Pengeditan atribut kursus
Fungsi-fungsi yang mudah diguna dalam LMS Moodle menyenangkan pensyarah memuat naik sinopsis dan isi kandungan kursus serta menyediakan aktiviti interaktif seperti kuiz dalam bentuk soalan aneka pilihan dan jawapan pendek (isi tempat kosong). Selain itu, LMS Moodle juga mampu untuk memaparkan skor individu pelajar yang mengambil kursus tersebut. Contoh pengurusan gred pelajar ditunjukkan dalam Rajah 12.7.
Rajah 12.7 Pengurusan gred pelajar Pembangunan e-Kandungan
Pembangunan bahan kuliah interaktif sebagai e-Kandungan di UMS adalah agak lambat dan tidak begitu menggalakkan. Walaupun pada awal tahun 2002 dan 2003, segelintir pensyarah telah dilatih menggunakan perisian pengarangan multimedia dan animasi seperti Toolbook (20 lesen di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial), Flash (20 lesen di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial) dan perisian pembangunan web seperti Frontpage, namun usaha mengintegrasikan tenaga pembangun isi kandungan kursus tidak dijalankan dengan pesat.
Kekurangan kemahiran membangun bahan pembelajaran pengajaran multimedia yang interaktif telah menyebabkan kebanyakan Penyelaras e-Pembelajaran Sekolah/Fakulti tidak mampu untuk memimpin usaha ini. Walaupun UMTP mempunyai pegawai yang mempunyai kemahiran membangun bahan pengajaran interaktif, namun latihan yang diberi kepada para pensyarah adalah terhad.
Usaha untuk membangun bahan pengajaran multimedia interaktif diberi fokus oleh TNC (A & A) mulai tahun 2008. Kini, UMS mempunyai perancangan untuk melengkapkan makmal-makmal multimedia di Sekolah/ Fakulti dengan perisian-perisian untuk membangun bahan pengajaran interaktif seperti Raptivity (perisian khas untuk penghasilan bahan e-Pembelajaran secara pantas), Toolbook (versi baru) atau lectureMAKER iaitu perisian
pengarangan multimedia yang hampir serupa daripada segi antara mukanya dengan PowerPoint. Usaha untuk mendapat alat penghasilan video seperti
Camtasia juga dirancang.
Tahap Penggunaan e-Pembelajaran
UMS mempunyai polisi atau dasar mencapai pelaksanan e-Pembelajaran sebanyak 30%. Ini bermaksud sebanyak 30% daripada semua kursus yang ditawarkan oleh sesuatu program pengajian di sesebuah sekolah atau fakulti mesti dikendalikan secara atas talian. Sejak tahun 2001, latihan atau kursus pendedahan konsep e-Pembelajaran giat dilakukan dengan pengajuran kursus latihan LMS Blackboard (2001 – 2004) dan LMS Moodle (2005 hingga kini). Peningkatan bilangan kursus dalam LMS Moodle telah berjaya ditingkatkan (rujuk Jadual 12.1).
Pada tahun 2003, bilangan kursus secara atas talian dalam LMS Blackboard sebanyak 644 (37.9%), sementara pada tahun 2004 sebanyak 484 (27.7%). Pada tahun 2005, bilangan kursus atas talian sebanyak 782 (44.7%). Statistik terkini menunjukkan bahawa terdapat bilangan kursus atas talian hanyalah sebanyak 48 (2.7%) pada tahun 2007, 267 (14.8%) pada tahun 2008 dan 276 (15.3%) pada tahun 2009.
Jadual 12.1 Bilangan kursus setiap Sekolah atas talian di LMS Moodle
Nama Sekolah/Fakulti Singkatan 2007 2008 2009
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa SPTA 1 14 13
Sekolah Sains dan Teknologi SST 6 28 17
Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat SKTM 2 31 53
Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan SSMP 6 12 18 Sekolah Perniagaan dan Ekonomi SPE 15 74 85
Sekolah Sains Sosial SSS 2 4 2
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial SPKS 0 5 7 Sekolah Pendidikan dan Pembangunan
Sosial SPPS 5 36 32
Sekolah Pengajian Seni SPS 1 0 0
Sekolah Perniagaan dan Kewangan
Antarabangsa Labuan SPKAL 4 10 13
Sekolah Sains Informatik Labuan SSIL 1 7 6
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa PPIB 3 20 10
Sekolah Pertanian Lestari SPL 1 17 12
Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan IBTP 0 3 1 Institut Penyelidikan Bioteknologi IPB 0 0 0 Institut Penyelidikan Marin Borneo IPMB 0 5 0 Pusat Kokurikulum dan Perkembangan
Pelajar PKPP 0 0 3
Pusat Pengajian Pascasiswazah Pasca 0 0 3
JUMLAH 48 267 276 Latihan e-Pembelajaran
Latihan untuk melengkapkan staf akademik dengan ilmu berkaitan e-Pembelajaran adalah perlu dan wajib dijalankan. UMS telah merancang beberapa program pembangunan staf khususnya untuk e-Pembelajaran. Pada tahun 2009, Jawatankuasa Operasi e-Pembelajaran (kini dikenali sebagai JK Pelaksanaan dan Pemantauan e-Pembelajaran) melalui sokongan dan penglibatan Jabatan Pendaftar dan UMTP telah menganjurkan kursus latihan penggunaan LMS Moodle kepada semua pensyarah dari semua Sekolah/ Fakulti. Kursus ini dijalankan atas arahan TNC (A & A) yang menjadi Pengerusi JK Operasi e-Pembelajaran.
Pada tahun 2010, latihan penggunaan LMS Moodle masih dijalankan dengan bantuan satu pasukan dari semua Sekolah/Fakulti yang menjadi Jurulatih Utama Moodle. Latihan ini perlu diteruskan kerana kemerosotan peratusan bilangan kursus atas talian yang rendah. Program-program pembangunan e-Pembelajaran lain yang dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.2.
Jadual 12.2 Rancangan pembangunan kemahiran e-Pembelajaran tahun 2010
Bil Program
1 Latihan Penggunaan LMS Moodle
2 Pembangunan bahan pembelajaran pengajaran interaktif menggunakan perisian lectureMAKER 3 Pembangunan bahan pembelajaran pengajaran interaktif menggunakan perisian Camtasia Studio