• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia

Dalam dokumen E-Pembelajaran Di IPTA Malaysia (Halaman 48-62)

Mohamed Amin Embi Pengenalan

Bab ini memperihalkan tentang keberkesanan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia daripada aspek polisi, penggunaan, tadbir urus, platform e-Pembelajaran, latihan serta pemantuan berterusan. Data utama diperoleh daripada soal selidik Malaysian IHL e-Learning Questionaire (e-Learning/IT Manager) yang telah dilengkapkan oleh Pengurus/Penyelaras e-Pembelajaran di semua IPTA di Malaysia.

Keberkesanaan Pelaksanaan Penawaran Kursus secara Atas Talian Secara umumnya, seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.1 dan Jadual 3.1, daripada 20 IPTA yang terdapat di Malaysia, hanya 40% atau lapan IPTA (UKM, UPM, UTM, UiTM, UPSI, UMP, UMT, dan USIM) menawarkan lebih daripada 50% kursus secara atas talian di IPT masing-masing. Sebanyak 15% atau tiga IPTA menawarkan 0-10% kursus secara atas talian, 15% atau tiga IPTA menawarkan 11-20% kursus secara atas talian, 10% atau dua IPTA menawarkan 21-30% kursus secara atas talian, 10% atau dua IPTA menawarkan 31-40% kursus secara atas talian, manakala 10% atau dua IPTA menawarkan kursus secara atas talian. Seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.2, bentuk e-Pembelajaran yang paling popular dalam kalangan IPTA ialah secara suplimenteri kepada kaedah bersemuka diikuti oleh kaedah blended

38 [email protected]

Rajah 3.1 Peratus kursus ditawarkan secara atas talian oleh IPTA Malaysia Jadual 3.1 Perbandingan IPTA berdasarkan peratus kursus ditawarkan secara atas

talian

IPTA 0-10% 11-20% 21-30% 31-40% 41-50% More than 50%

UKM X UPM X UM X USM X UTM X UiTM X UIAM X UPSI X UUM X UMS X UNIMAS X UniMAP X UMP X UMK X

UMT X UPNM X UniSZA X UTeM X UTHM X USIM X

Rajah 3.2 Bentuk kursus e-Pembelajaran yang ditawarkan di IPTA Malaysia Secara umumnya, bahan-bahan yang disediakan secara atas talian boleh dicapai dengan mudah di 75% atau 15 IPTA, manakala di 25% atau 5 IPTA lagi bahan-bahan tersebut boleh dicapai dengan sangat mudah (lihat Rajah 3.3). Daripada segi compatibility (seperti dalam Rajah 3.4), 70% berada pada tahap compatible, 25% berada pada tahap very compatible, manakala 5% berada pada moderately compatible. Rajah 3.5 pula menunjukkan bahawa daripada segi interaktiviti bahan-bahan yang terdapat secara atas talian, hanya 5% berada pada tahap sangat interaktif, 30% pada tahap interaktif, 50% pada tahap sederhana interaktif dan 15% pada tahap tidak interaktif.

40 [email protected]

Rajah 3.3 Tahap capaian bahan-bahan atas talian di IPTA Malaysia

Rajah 3.5 Tahap interaktiviti bahan-bahan atas talian di IPTA Malaysia Keberkesanan Pelaksanaan Polisi e-Pembelajaran

Daripada segi kesedaran tentang Polisi e-Pembelajaran dalam kalangan staf akademik di IPTA masing-masing, enam IPTA mendapati tahap kesedaran adalah antara 76-100%, tiga IPTA berada pada tahap 26-50% dan tiga IPTA lagi berada pada tahap kesedaran antara 0-25% (lihat Rajah 3.6). Secara purata, seperti yang ditunjukan dalam Rajah 3.7, di sebahagian besar (7 daripada 16) IPTA hanya 26-50% pelan pelaksanaan e-Pembelajaran yang tercapai setakat ini. Hanya empat IPTA yang berjaya melaksanakan pelan pelaksanaan e-Pembelajaran masing-masing pada tahap 76-100%. Rajah 3.8 menunjukkan tahap sokongan pelbagai pihak berkepentingan terhadap pelaksanaan Polisi e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Secara umumnya, sokongan pada tahap 76-100% dalam kalangan pihak pengurusan adalah sekitar 40%, Fakulti/Sekolah/ Jabatan sekitar 35% dan pelajar sekitar 42%. Dalam kalangan pensyarah, sokongan utama adalah pada tahap 25-50% (sekitar 30%). Ini bermakna sokongan daripada pensyarah adalah kurang, berbanding pihak berkepentingan yang lain.

42 [email protected]

Rajah 3.6 Tahap kesedaran Polisi e-Pembelajaran dalam kalangan staf akademik di IPTA Malaysia

Rajah 3.8 Tahap sokongan pihak berkepentingan

Daripada segi tadbir urus, sebahagian besar IPTA (55% atau 11) berpendapat bahawa mereka mempunyai struktur governances yang efektif (lihat Rajah 3.9). Sebahagian besar IPTA (60% atau 12) berpandangan bahawa mereka mempunyai kemudahan yang mencukupi bagi pelaksanaan e-Pembelajaran yang efektif di IPTA masing-masing seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.10. Di samping itu, kebanyakan IPTA (60% atau 12) berpendapat bahawa wakil e-Pembelajaran di peringkat Fakulti/Sekolah/Jabatan memainkan peranan yang efektif dalam meningkatkan penggunaan e-Pembelajaran di IPTA masing-masing (lihat Rajah 3.11).

44 [email protected]

Rajah 3.9 Pendapat tentang struktur tadbir urus e-Pembelajaran yang efektif

Rajah 3.10 Pendapat tentang kemudahan mencukupi untuk pelaksanaan e-Pembelajaran yang efektif

Rajah 3.11 Pendapat tentang peranan wakil e-Pembelajaran peringkat fakulti Keberkesanaan Platform dan Latihan e-Pembelajaran

Daripada segi keberkesanaan platform e-Pembelajaran di IPTA masing-masing, secara puratanya seperti yang dipaparkan dalam Rajah 3.12, kebanyakan ciri LMS seperti accessibility (65%) reliability (60%), user friendliness (70%),

security (65%), flexibility (50%), scalability (55%) berada pada tahap baik.

Hanya integrasi dengan sistem-sistem lain yang berada pada tahap sederhana (45%). Daripada segi latihan tentang e-Pembelajaran terhadap staf akademik, Rajah 3.13 menunjukkan bahawa di 12 IPTA (60%), lebih daripada 50% telah mengikuti program latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran. Di empat IPTA, hanya sekitar 11-35% staf mendapat latihan tentang e-Pembelajaran, di dua IPTA hanya 0-10% sahaja yang mendapat latihan berkaitan, manakala di dua IPTA lagi hampir 36-50% staf akademik telah mengikuti program latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran. Hanya 55% atau 11 IPTA mengadakan program susulan selepas latihan (lihat Rajah 3.14), manakala hanya 30% atau enam IPTA sahaja yang menjadikan kehadiran dalam latihan berkaitan e-Pembelajaran sebagai sebahagian daripada penilaian tahunan staf akademik masing-masing (lihat Rajah 3.15).

46 [email protected]

Rajah 3.12 Tahap performance platform e-Pembelajaran IPTA di Malaysia

Rajah 3.14 Peratus program susulan yang dibuat selepas latihan e-Pembelajaran

48 [email protected]

Kajian/Pemantauan/Keberkesanan e-Pembelajaran

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.16, hanya enam IPTA (30%), iaitu UKM, UM, UPM, UPSI, UMS dan UTeM yang menjalankan kajian/pemantauan berkala tentang impak atau keberkesanan e-Pembelajaran terhadap kaedah penyampaian staf akademik IPT masing-masing. Selain itu, hanya tiga IPTA (15%), iaitu UKM, UMS dan UTeM yang menjalankan kajian/pemantauan berkala tentang impak atau keberkesanan e-Pembelajaran terhadap pencapaian pelajar di IPT masing-masing (lihat Rajah 3.17).

Rajah 3.17 Pemantauan impak e-Pembelajaran ke atas pencapaian pelajar Penutup

Bab ini telah membincangkan secara terperinci tentang keberkesanan pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia daripada aspek polisi, penggunaan, tadbir urus, platform e-Pembelajaran, latihan serta pemantuan berterusan. Bab seterusnya akan membincangkan tentang cabaran serta isu-isu pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia.

Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPTA Malaysia

Dalam dokumen E-Pembelajaran Di IPTA Malaysia (Halaman 48-62)