• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DATA

Dalam dokumen FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA (Halaman 30-40)

Data dianalisis

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini beberapa langkah telah dijalankan. Antaranya adalah mengumpul semua data yang diperolehi dan penganalisaan dijalankan. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik ini dianalisis secara berperingkat-peringkat. Nilai min, mod dan median bagi setiap data dianalisis. Jadual dan carta disertakan bagi memudahkn pemahaman. Persoalan kajian terjawab di dalam bab ini. Daripada analisis yang dijalankan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar dikenalpasti. Setiap data dari semua faktor yang telah dikategorikan sebagai I,II, III, IV dan V dikumpul begitu juga bagi soalan subjektif di mana responden diminta menyenaraikan jawapan berdasarkan soalan dan jawapan responden dikumpulkan dalam bentuk jadual.

4.2 Profile responden

Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Pahang. Responden yang dipilih adalah pelajar-pelajar yang mengalami masalah obesiti. Kesemua responden telah menjawab dan mengembalikan semula soal selidik yang diedarkan dan pemulangan semula soal selidik adalah 100%.

4.3 Taburan jantina responden

Seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 22 orang perempuan dengan peratusan sebanyak 55% dan lelaki seramai 18 orang dengan 45%.

4.4 Faktor keturunan

Hasil daripada analisis data bagi faktor keturunan didapati min bagi faktor keturunan adalah 1.2, mod adalah 0 dan median adalah 1.

Jadual 4.1 adalah jadual yang menunjukkan kaitan responden dengan saudara yang jauh yang bukan terdiri daripada keluarga utama. Jadual ini dibina berdasarkan item 6 bagi kategori I iaitu keturunan (rujuk soal selidik). Hasil daripada analisis, seramai 15 orang memberi jawapan bahawa mereka mempunyai sepupu yang turut mengalami masalah obesiti. Sembilan daripada mereka turut menyatakan bahawa bapa saudara mereka mengalami masalah obesiti dan enam adalah ibu saudara. Terdapat tiga responden menyatakan nenek mereka juga mengalami obesiti. Hanya seorang

responden menyatakan bahawa masalah obesiti turut dialami oleh anak saudaranya. Hasil daripada jadual ini dapatlah disimpulkan bahawa masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar berkemungkinan disebabkan oleh faktor keturunan.

Jadual 4.1

Hubungan responden dengan saudara yang mengalami masalah obesiti.

Hubungan Jumlah Peratus

Sepupu Bapa saudara Ibu saudara Nenek Anak saudara 15 9 6 3 1 44.1 26.5 17.6 8.8 3.0

4.5 Faktor amalan pemakanan

Hasil daripada analisis bagi faktor amalan pemakanan yang diamalkan oleh pelajar sekolah menengah luar bandar yang mengalami masalah obesiti, didapati nilai min adalah 1.625, mod adalah 1 manakala median adalah 1.5.

Daripada jadual 4.2 iaitu jadual kadar pengambilan makanan segera yang diambil oleh responden dalam masa seminggu. Kadar paling tinggi ialah pada kekerapan sekali hingga dua kali dalam seminggu. Kekerapan ini memberi jumlah sebanyak 23 dan 57.5%. Diikuti pula dengan kekerapan tiga hingga empat kali seminggu iaitu dengan jumlah sebanyak 13 dan 32.5%. Bagi lima hingga enam kali dan

kadang-kadang masing-masing memberi jumlah 2 dan 5%. Jadual ini dibina berdasarkan item 5 dalam kategori II (rujuk soal selidik).

Jadual 4.2

Kadar pengambilan makan segera oleh responden

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 2 kali 23 57.5

3 kali – 4 kali 13 32.5

5 kali – 6 kali 2 5

Kadang – kadang 2 5

Jadual 4.3 adalah jadual makanan/minuman yang sering diambil oleh responden ketika masa lapang. Jadual ini dibina berdasarkan kepada item 6 dalam kategori II (rujuk soal selidik). Daripada jadual dapat dilihat bahawa makanan yang sering diambil ketika masa lapang adalah makanan berkarbohirat dengan nilai 29 dan 28.4%. Jenis makanan/minuman yang kedua tertinggi adalah minuman bergula iaitu sebanyak 25.5% dan diikuti oleh pengambilan makanan ringan sebanyak 24.5%. Terdapat juga responden yang mengambil makanan berlemak dengan jumlah 2.9%. Jenis-jenis makanan yang sering diambil ketika masa lapang turut disenaraikan di dalam jadual. Makanan ini telah dikelaskan oleh penyelidik dan dijumlahkan berdasarkan apa yang telah dijawab oleh responden. Merujuk kepada jadual ini, dapat dilihat bahawa terdapat pelbagai jenis makanan dari pelbagai kategori yang menjadi makanan kegemaran responden.

Jadual 4.3

Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang.

Jenis makanan/minuman Jumlah Peratus Berkarbohidrat - nasi - roti - mee goreng - biskut 29 28.4 Makanan ringan - keropok berperisa - gula-gula 25 24.5 Makanan berlemak - burger - roti canai 3 2.9 Makanan manis - kuih 5 4.9

Minuman tanpa gula - air suam 7 6.9 Minuman bergula - minuman bergas - minuman panas 26 25.5 Lain-lain - kerepek - ais krim 7 6.9

4.6 Faktor aktiviti fizikal

Analisis bagi faktor aktiviti fizikal yang dilakukan oleh responden memberikan nilai min sebanyak 2.025. Nilai bagi mod adalah 2 begitu juga dengan nilai median.

Jadual 4.4 adalah jadual tentang aktiviti fizikal atau senaman yang sering dilakukan oleh responden. Jadual ini dibina dengan merujuk kepada item 6 bagi kategori III

(rujuk soal selidik), yang memerlukan responden memberi sekurang-kurangnya satu aktiviti hingga tiga aktiviti yang sering dilakukan. Hasil daripada analisis soal selidik, penyelidik telah mencirikan aktiviti ini kepada dua seperti yang tercatat dalam jadual. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden adalah aktiviti ‘outdoor’ dengan jumlah sebanyak 62 dan 77.5% manakala aktiviti ‘indoor’ berjumlah 18 dengan 22.5%. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden telah disenaraikan oleh penyelidik di dalam jadual.

Jadual 4.4

Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden

Aktiviti fizikal Jumlah Peratus Indoor - melompat - senaman ringan - aerobik - skipping 18 22.5 Outdoor - jogging - bola sepak - takraw - badminton - berjalan - bola jaring - bola tampar - berbasikal - hoki 62 77.5

4.7 Faktor pengaruh persekitaran

Faktor pengaruh persekitaran yang dialami oleh responden dalam amalan pemakanan dan pandangan tentang obesiti mempunyai min 1.55 dan nilai mod adalah 1. Begitu juga dengan nilai median iaitu 1.

Jadual 4.5 adalah jadual kekerapan responden membeli makanan ringan dalam masa seminggu sama ada di dalam atau di luar sekolah. Jadual ini dibina selepas menganalisis item 6 bagi kategori IV iaitu pengaruh persekitaran (rujuk soal selidik). Item meminta responden menulis apakah kekerapan mereka membeli makanan ringan di sekolah sama ada dalam ataupun luar sekolah. Hasil daripada analisis, didapati seramai 26 responden membeli makanan ringan sekali hingga tiga kali seminggu. Nilai ini memberi peratusan sebanyak 65%. 10 responden memilih untuk membeli makanan ringan empat kali hingga enam kali seminggu dengan jumlah sebanyak 25%. Sementara yang lain-lain iaitu lebih daripada enam kali dan kadang-kadang adalah seramai dua responden (5%) dan seorang responden (2.5%) masing-masing.

Jadual 4.5

Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau luar sekolah

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 3 kali 26 65

4 kali – 6 kali 10 25

7 kali – 9 kali 2 5

10 kali – 12 kali 1 2.5

4.8 Faktor pengaruh televisyen

Nilai min bagi pengaruh televisyen adalah 2.150. Nilai mod adalah 2 dan nilai median adalah 1. Nilai min yang dicatatkan merupakan nilai min tertinggi di antara kesemua faktor yang disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa pengaruh televisyen adalah faktor paling tinggi dalam menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Jadual 4.6 adalah jadual mengenai jenis makanan yang sering diambil oleh responden ketika menonton televisyen. Berdasarkan jadual, makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen adalah minuman bergula seperti minuman bergas dan minuman panas dengan jumlah sebanyak 20 dan 25%. Makanan ringan seperti keropok berperisa mencatat jumlah sebanyak 19 dan 23.75% merupakan pilihan kedua tertinggi. Terdapat juga responden yang memilih untuk mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat. Makanan ini memberi jumlah sebanyak 16 dengan 20%. Bagi makanan bergula dan minuman tanpa gula, masing-masing memberi peratusan sebanyak 12.5%. Semua jenis makanan yang disenaraikan oleh responden telah dimasukkan ke dalam jadual.

Jadual 4.6

Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen

Jenis makanan/minuman Jumlah Peratus Berkarbohidrat - nasi - roti - me goreng 16 20 Makanan bergula - kuih - biskut 10 12.5

Makanan ringan

- keropok berperisa - kuaci

19 23.75

Minuman bergula 20 25

Minuman tanpa gula - air suam 10 12.5 Lain-lain - kacang - nugget 5 6.25

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar

Kelima-lima faktor yang telah dipilih sebagai antara faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar sekolah menengah luar bandar dianalisis. Berdasarkan jadual 4.7, faktor-faktor tersebut adalah faktor keturunan, faktor amalan pemakanan, faktor aktiviti fizikal, faktor pengaruh persekitaran dan faktor pengaruh televisyen. Hasil daripada analisis dapat dilihat bahawa faktor yang mencatat min paling tinggi adalah faktor pengaruh televisyen iaitu sebanyak 2.150. Kemudian diikuti oleh faktor aktiviti fizikal dengan nilai min 2.025 dan amalan pemakanan, min 1.625. bagi faktor pengaruh persekitaran, nilai min adalah 1.550 manakala faktor terakhir iaitu keturunan mempunyai nilai min 1.2.

Jadual 4.7

Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Bil Faktor Min

1 Keturunan 1.2 2 Amalan pemakanan 1.625 3 Aktiviti fizikal 2.025 4 Pengaruh persekitaran 1.550 5 Pengaruh televisyen 2.150

BAB 5

Dalam dokumen FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA (Halaman 30-40)

Dokumen terkait