• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)

AZIMAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(2)

AZIMAH BINTI AHMAD

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA

MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(3)

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

8.10.2007 AZIMAH BT AHMAD

(4)

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Jutaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kajian ini, samada secara langsung ataupun tidak langsung. Pelbagai cabaran,dugaan dan kenangan yang saya kutip sepanjang menyiapkan kajian ini.

Terima kasih kepada Dr. Shakinaz bt Desa selaku penyelia saya yang banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan tidak lupa kepada ahli keluarga yang turut sama membantu.

(5)

ABSTRAK

(6)

ABSTRACT

(7)

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan masalah 4

1.3 Objektif kajian 7

1.4 Soalan kajian 7

1.5 Signifikasi kajian 7

1.6 Batasan kajian 8

1.7 Definisi operasional 8

1.7.1 Faktor 8

1.7.2 Obesiti 9

1.7.3 Pelajar 9

1.7.4 Luar bandar 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 10

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian 16

(8)

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 20

4.2 Profile responden 21

4.3 Taburan jantina responden 21

4.4 Faktor keturunan 21

4.5 Faktor amalan pemakanan 22

4.6 Faktor aktiviti fizikal 24

4.7 Faktor pengaruh persekitaran 26

4.8 Faktor pengaruh televisyen 27

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah 28 menengah luar bandar

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 30

5.2 Kesimpulan 36

5.3 Cadangan 36

(9)

SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

4.1 Hubungan responden dengan saudara yang mengalami 22 masalah obesiti

4.2 Kadar pengambilan makanan segera oleh responden 23

4.3 Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang 24

4.4 Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden 25

4.5 Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau 26 luar sekolah

4.6 Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen 27

(10)

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

(11)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun, banyak perkara yang boleh dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang lama dipertingkatkan kualiti supaya semua dapat merasai kesannya. Namun begitu, tidak semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik. Perkembangan yang tidak baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

(12)

Peningkatan peratusan masalah ini dari tahun ke tahun amat membimbangkan. Peningkatan yang dialami di dunia ini menjadi isu yang mendapat perhatian setiap kerajaan negara. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan untuk mengurangkan masalah ini. Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk “Nutrition Concepts and Controversies” (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah obesiti. Tambahan lagi, seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana mengalami lebihan berat badan. Objektif The Dietry Guidelines 2005 dan Healthy People 2010 adalah termasuk untuk mengurangkan jumlah obesiti dan lebihan berat badan dan Food and Drug Administration (FDA) telah mengambil langkah untuk berdepan dengan masalah dunia ini.

Di Malaysia sendiri, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Menurut Datuk Dr Chua Soi Lek, peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun boleh menjejaskan kemajuan dan pembangunana negara. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan ini, adalah hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu pada tahun 1996 sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara ini amat membimbangkan. Justeru itu pelbagai program akan dijalankan untuk mengubah cara hidup dan corak pemakanan rakyat Malaysia.

(13)

sekiranya langkah untuk mengurangkan lemak badan tidak dilakukan. Formula mengukur BMI adalah

Berat (kg)

(Tinggi (cm))²

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti. Antaranya adalah pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Pengambilan makanan ini secara berlebihan menyumbang pengumpulan lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Masyarakat rata-rata mengatakan makanan yang diambil untuk memberi tenaga kepada mereka tetapi pengambilan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

Faktor lain adalah peningkatan taraf hidup yang menyebabkan manusia semakin sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, mengambil makanan segera sebagai makanan wajib, mengharapkan alatan teknologi untuk melakukan kerja dan sebagainya. Semua ini menyumbangkan kepada obesiti. Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga mengundang kepada obesiti selain makanan yang mengandungi gula dan garam berlebihan. Faktor genetik juga menyumbang kepada obesiti dikebanyakan negara.

(14)

1.2 Penyataan masalah

Masalah obesiti dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini berlaku secara keseluruhannyan tidak kira usia. Tidak terkecuali golongan remaja, golongan yang sepatutnya memimpin negara suatu hari nanti. Masalah obesiti ini dilaporkan mencatat peningkatan yang tinggi dalam kalangan remaja seperti yang tertulis di dalam artikel yang bertajuk “Global Obesiti” yang ditulis oleh Thoms.J pada tahun 2000. Beliau menyatakan bahawa WHO ada melaporkan di Amerika Syarikat bilangan kanak-kanak obes lebih daripada jumlah orang dewasa di sana sejak 1960-an. Di Thailand iaitu salah satu negara membangun, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak lima hingga 12 tahun meningkat dari 12% kepada 15% dalam masa dua tahun. Obesiti telah menjadi masalah yang telah merebak dan WHO menamakannya sebagai epidemik global.

(15)

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Faktor lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang dan berlemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Ditambah pula dengan kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh membakar lemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar disogok pula dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ini penting untuk memastikan lemak yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan dapat dikeluarkan untuk memastikan hidup sentiasa sihat. Ini turut dinyatakan oleh Brown di dalam buku “Nutrition Through the Life Cycle” (2000). Interaksi antara genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama yang menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan berat badan. Selain itu, kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tinggi jumlah kalori dan lemak adalah faktor tambahan dikalangan pelajar. Faktor persekitaran seperti ini meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya remaja tersebut merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik.

(16)

Pengaruh lain yang juga disebabkan televisyen juga adalah seperti pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan makanan yang ditunjukkan menarik minat pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Pengaruh iklan ini sangat kuat seperti yang tertulis dalam buku “Life span nutrition conception through life” tulisan Rolfes, (1998) di mana menyatakan bahawa menonton televisyen berhubungkait antara makanan snek, makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi pembelian makanan keluarga. Bukan itu sahaja, ketika menonton, makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius.

Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang sihat.

(17)

pelajar tahu apa kesannya. Bimbingan yang betul dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik dan ini boleh menghindari masalah obesiti.

Penemuan faktor utama ini akan memudahkan usaha mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan obesiti. Pengurangan obesiti akan meningkatkan kualiti hidup pelajar dan seterusnya masyarakat.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

1.4 Soalan kajian

Daripada objektif yang dinyatakan, persoalan kajian bagi kajian ini adalah apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar.

1.5 Signifikasi kajian

(18)

Selain itu, kesedaran boleh ditingkatkan kepada pelajar, ibu bapa, guru dan pihak sekolah agar langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan berlakunya obesiti. Faktor yang menyumbang ke arah obesiti perlu dikenalpasti agar langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil dan tindakan segera perlu dilakukan agar masalah ini dapat dikawal.

Masyarakat juga perlu disedarkan dengan situasi ini. Kajian ini diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup untuk terus sihat.

1.6 Batasan kajian.

Secara keseluruhannya kajian ini terbatas kepada pelajar sekolah menengah luar bandar seramai 40 orang. Responden bagi kajian ini adalah dipilih secara rawak berkelompok di mana responden adalah pelajar obesiti di sebuah sekolah di sebuah daerah di Pahang.

1.7 Definisi operasional

1.7.1 Faktor

Menurut Kamus Dewan edisi kempat, faktor memberi maksud unsur atau sebab yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Faktor yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah sebab kepada berlakunya obesiti.

(19)

1.7.2 Obesiti

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang menyebabkan peningkatan jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang.

1.7.3 Pelajar

Pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya) merujuk kepada Kamus Dewan. Pelajar di dalam kajian ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah harian biasa.

1.7.4 Luar Bandar

(20)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

(21)

mengenai fizikal badan berbanding remaja tidak obes. Kajian ini mencadangkan agar kajian seterusnya akan lebih fokus kepada aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan.

Kajian seterusnya adalah kajian yang bertajuk Overweight and Physical Inactivity among Rural Children Aged 10-17 : A national and state potrait. Kajian ini telah dijalankan oleh Jihang Liu, et al May 2003. Dalam kajian ini ada menyatakan bahawa kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak obesiti meningkat pada masyarakat pendalaman. Kajian ini sebenarnya mengkaji lebihan berat badan dan juga obesiti pada kanak-kanak bandar dan luar bandar, berdasarkan data yang diperolehi hasil pemerhatian yang terbaru dari 2003 National Survey of Children’s Health (NSCH). Kajian ini menggunakan carta 2000 CDC BMI sebagai rujukan. Kanak-kanak yang mempunyai lebih atau 95% lebih daripada BMI biasa dikelaskan sebagai obes dan bagi BMI pada atau 85% dikelaskan sebagai lebihan berat badan ataupun obes. Hasil daripada kajian ini, 30.6% kanak berumur 10-17 tahun adalah lebih berat badan, 14.8% adalah obes. Kanak-kanak yang tinggal di pedalaman mengalami obes (16.5%) lebih daripada kanak-kanak bandar (14.4%). Manakala kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman tetapi hampir dengan bandar 16.7% lebih obes daripada kanak-kanak yang tinggal pada kawasan yang betul-betul pedalaman 14.3%. Kanak-kanak di pedalaman (25.4%) gagal untuk menyenaraikan aktiviti fizikal yang sering dilakukan berbanding kanak-kanak di bandar (29.3%). Selain itu, lebih kurang separuh daripada kanak-kanak iaitu 48.0% pedalaman dan 47% bandar menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari bersama dengan alatan hiburan elektronik seperti komputer dan televisyen.

(22)

fizikal di mana kawasan tempat tinggal juga mempengaruhi sikap terhadap keadaan kesihatan individu seperti aktiviti fizikal yang sering dilakukan, penglibatan dalam sukan dan penggunaan bahan elektronik. Turut dinyatakan di dalam kajian ini adalah peranan ibu bapa menunjukan contoh amalan pengambilan makanan yang baik.

Selain itu, artikel Global Obesity yang ditulis oleh Thoms.J, dalam Faces pada Mar 2007, turut menyatakan tentang statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu lebihan berat badan atau obesiti tinggal di negara yang membangun yang mana Malaysia adalah salah satu daripadanya. Bukan itu sahaja artikel ini juga menyatakan bahawa WHO melaporkan bahawa di Amerika Syarikat, angka kanak-kanak obesiti meningkat dua kali ganda sejak 1960an. Artikel ini juga menceritakan sedikit apakah punca berlakunya obesiti di samping menyarankan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan perlu diambil untuk mengelakkan obesiti.

(23)

Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang disiarkan pada Januari 2001, menyatakan bahawa antara 16–33% kanak-kanak dan remaja adalah obes. Obesiti adalah antara keadaan kesihatan yang senang untuk dikenalpasti tetapi susah untuk dirawat. Pertambahan berat badan bergantung kepada diet yang tidak sesuai dan kurang melakukan senaman menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap tahun. Artikel ini juga ada menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah ini bagi remaja antaranya adalah ibu bapa perlu meningkatkan tahap keyakinan pada anak dengan memberi sokongan dan kata-kata positif selain daripada hanya fokus kepada bagaimana untuk mengurangkan berat badan. Kanak-kanak dan remaja obes sering mengalami masalah emosi. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi alasan terbaik kepada anak-anak untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, ibu bapa perlu mangamalkan pengurusan diet yang baik dan aktiviti fizikal yang dapat membantu kanak-kanak dan remaja obes ini. Ibu bapa juga perlu membimbing mereka ini dalam perubahan sikap kepada yang lebih positif dan menggalakkan penglibatan ahli keluarga yang lain dalam membantu mereka yang bermasalah obesiti.

(24)

Artikel ini juga ada menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh obesiti antaranya adalah diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolisma dan juga penyakit jantung. Diabetes type 2 adalah kegagalan metabolisma badan yang disebabkan kekurangan insulin. Ada juga disebut mengenai masalah sosial dan juga emosi kanak-kanak atau remaja yang mengalami obes. Kanak-kanak atau remaja ini mempunyai kurang keyakinan pada diri sendiri dan sering dibuli. Mereka juga mengalami masalah dalam sikap atau kelakuan dan juga dalam pembelajaran seperti kurang kemahiran sosial. Kemurungan juga masalah yang sering dihadapai. Mereka lebih suka memencilkan diri, merasakan diri tidak berguna, hilang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan sering bersedih. Beberapa cadangan untuk mengelakkan obes turut dinyatakan seperti mengamalkan makan makanan yang sihat dan banyak melakukan aktiviti fizikal.

Carol Torgan turut menulis artikel berkaitan obesiti. Artikel beliau yang bertajuk Chilhood Obesity on The Rise yang diterbitkan pada Jun 2002 menceritakan tentang kanak-kanak obesiti. Jika dilihat pada zaman sekarang, kurang kanak-kanak yang bermain di luar rumah tetapi lebih ramai yang menghabiskan masa di hadapan televisyen, komputer, dan permainan video. Kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan bertambahnya berat badan. Masalah obesiti sudah menjadi epidemik di Amerika. Bilangan kanak-kanak lebih berat badan meningkat dan ini menyebabkan penyakit. Kanak-kanak yang mengalami masalah lebihan berat badan mempunyai 70% peluang membesar sebagai dewasa yang lebih berat badan. Selain itu, keyakinan diri akan berkurang. Hampir separuh kanak-kanak yang berumur 8-16 tahun akan menghabiskan masa 3-5 jam untuk menonton televisyen.

(25)

mengalami masalah lebih berat badan. Berdasarkan United State Surgeon General’s office seramai 70% remaja mengalami masalah berat badan akan membesar sebagai dewasa yang mengalami masalah yang sama ataupun obesiti. Artikel ini juga ada menceritakan bahawa terdapat banyak sekolah yang menawarkan makanan dan minuman ringan dan ada juga sesetengah sekolah yang mempunyai kontrak dengan pengeluar makanan dan minuman ringan. Sekolah juga semakin kurang menawarkan aktiviti fizikal kepada pelajar. Iklan televisyen kini banyak memaparkan tentang makanan dan minuman yang dari jenis tinggi kandungan gula. Artikel ini juga ada menyebut bahawa sifat manusia yang makan apa sahaja yang senang diperolehi tanpa perlu usaha yang banyak, jadi sekiranya tiada atau kekurangan makanan yang yang sihat atau segar, manusia cenderung mengambil makanan segera. Antara cadangan yang diberikan kepada ibu bapa yang anaknya suka menonton televisyen adalah mendedahkan mereka kepada video menari yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah pertambahan berat badan.

(26)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian tinjauan dan data yang diperolehi adalah dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Bagi mendapatkan data, borang soal selidik diedarkan kepada responden kajian.

3.2 Sampel kajian

(27)

sudah sering dilakukan. Jadi, penyelidik ingin mengenalpasti apakah faktor utama obesiti bagi pelajar luar bandar yang mempunyai banyak perbezaan daripada pelajar bandar dari pelbagai sudut.

3.3 Instrumen kajian

Kajian penyelidikan ini berbentuk tinjauan, di mana instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik. Borang ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.

Bahagian A : soal selidik tentang latar belakang responden yang meliputi jantina, umur, berat, tinggi dan indeks jisim badan.

Bahagian B : soal selidik tentang faktor yang menyebabkan obesiti. Di bahagian ini responden diminta menjawab semua soalan dan daripada data yang diterima faktor utama obesiti dapat dikenalpasti.

(28)

Instrumen dibina

Instrumen diuji

Data dikumpul

Data dianalisis

α

< 0.7

α

> 0.7

Keputusan

Rajah 1: Carta metodologi kajian

3.4 Analisis data

(29)

Soalan soal selidik ini kemudian dikumpul semula. Bagi soalan ya atau tidak, skor kosong diberi kepada pelajar yang menjawab tidak bagi soalan yang tidak menjurus kepada faktor obesiti manakala bagi jawapan ya diberi skor satu. Skor ini kemudian dijumlahkan. Peratusan ya dan tidak dikira. Min, median dan mod juga dikira. Bagi soalan subjektif, jawapan yang diberikan oleh responden akan dikategorikan mengikut kategori yang sesuai yang akan disesuaikan oleh penyelidik. Peratusan bagi setiap jawapan akan dikira.

(30)

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

(31)

4.2 Profile responden

Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Pahang. Responden yang dipilih adalah pelajar-pelajar yang mengalami masalah obesiti. Kesemua responden telah menjawab dan mengembalikan semula soal selidik yang diedarkan dan pemulangan semula soal selidik adalah 100%.

4.3 Taburan jantina responden

Seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada 22 orang perempuan dengan peratusan sebanyak 55% dan lelaki seramai 18 orang dengan 45%.

4.4 Faktor keturunan

Hasil daripada analisis data bagi faktor keturunan didapati min bagi faktor keturunan adalah 1.2, mod adalah 0 dan median adalah 1.

(32)

responden menyatakan bahawa masalah obesiti turut dialami oleh anak saudaranya. Hasil daripada jadual ini dapatlah disimpulkan bahawa masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar berkemungkinan disebabkan oleh faktor keturunan.

Jadual 4.1

Hubungan responden dengan saudara yang mengalami masalah obesiti.

Hubungan Jumlah Peratus

Sepupu

4.5 Faktor amalan pemakanan

Hasil daripada analisis bagi faktor amalan pemakanan yang diamalkan oleh pelajar sekolah menengah luar bandar yang mengalami masalah obesiti, didapati nilai min adalah 1.625, mod adalah 1 manakala median adalah 1.5.

(33)

kadang-kadang masing-masing memberi jumlah 2 dan 5%. Jadual ini dibina berdasarkan item 5 dalam kategori II (rujuk soal selidik).

Jadual 4.2

Kadar pengambilan makan segera oleh responden

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 2 kali 23 57.5

3 kali – 4 kali 13 32.5

5 kali – 6 kali 2 5

Kadang – kadang 2 5

(34)

Jadual 4.3

Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang.

Jenis

4.6 Faktor aktiviti fizikal

Analisis bagi faktor aktiviti fizikal yang dilakukan oleh responden memberikan nilai min sebanyak 2.025. Nilai bagi mod adalah 2 begitu juga dengan nilai median.

(35)

(rujuk soal selidik), yang memerlukan responden memberi sekurang-kurangnya satu aktiviti hingga tiga aktiviti yang sering dilakukan. Hasil daripada analisis soal selidik, penyelidik telah mencirikan aktiviti ini kepada dua seperti yang tercatat dalam jadual. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden adalah aktiviti ‘outdoor’ dengan jumlah sebanyak 62 dan 77.5% manakala aktiviti ‘indoor’ berjumlah 18 dengan 22.5%. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden telah disenaraikan oleh penyelidik di dalam jadual.

Jadual 4.4

Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden

(36)

4.7 Faktor pengaruh persekitaran

Faktor pengaruh persekitaran yang dialami oleh responden dalam amalan pemakanan dan pandangan tentang obesiti mempunyai min 1.55 dan nilai mod adalah 1. Begitu juga dengan nilai median iaitu 1.

Jadual 4.5 adalah jadual kekerapan responden membeli makanan ringan dalam masa seminggu sama ada di dalam atau di luar sekolah. Jadual ini dibina selepas menganalisis item 6 bagi kategori IV iaitu pengaruh persekitaran (rujuk soal selidik). Item meminta responden menulis apakah kekerapan mereka membeli makanan ringan di sekolah sama ada dalam ataupun luar sekolah. Hasil daripada analisis, didapati seramai 26 responden membeli makanan ringan sekali hingga tiga kali seminggu. Nilai ini memberi peratusan sebanyak 65%. 10 responden memilih untuk membeli makanan ringan empat kali hingga enam kali seminggu dengan jumlah sebanyak 25%. Sementara yang lain-lain iaitu lebih daripada enam kali dan kadang-kadang adalah seramai dua responden (5%) dan seorang responden (2.5%) masing-masing.

Jadual 4.5

Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau luar sekolah

Kekerapan Jumlah Peratus

Sekali – 3 kali 26 65

4 kali – 6 kali 10 25

7 kali – 9 kali 2 5

10 kali – 12 kali 1 2.5

(37)

4.8 Faktor pengaruh televisyen

Nilai min bagi pengaruh televisyen adalah 2.150. Nilai mod adalah 2 dan nilai median adalah 1. Nilai min yang dicatatkan merupakan nilai min tertinggi di antara kesemua faktor yang disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa pengaruh televisyen adalah faktor paling tinggi dalam menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Jadual 4.6 adalah jadual mengenai jenis makanan yang sering diambil oleh responden ketika menonton televisyen. Berdasarkan jadual, makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen adalah minuman bergula seperti minuman bergas dan minuman panas dengan jumlah sebanyak 20 dan 25%. Makanan ringan seperti keropok berperisa mencatat jumlah sebanyak 19 dan 23.75% merupakan pilihan kedua tertinggi. Terdapat juga responden yang memilih untuk mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat. Makanan ini memberi jumlah sebanyak 16 dengan 20%. Bagi makanan bergula dan minuman tanpa gula, masing-masing memberi peratusan sebanyak 12.5%. Semua jenis makanan yang disenaraikan oleh responden telah dimasukkan ke dalam jadual.

Jadual 4.6

Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen

(38)

Makanan ringan

- keropok berperisa - kuaci

19 23.75

Minuman bergula 20 25

Minuman tanpa gula - air suam

10 12.5

Lain-lain - kacang - nugget

5 6.25

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar

(39)

Jadual 4.7

Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

Bil Faktor Min

1 Keturunan 1.2

2 Amalan pemakanan 1.625 3 Aktiviti fizikal 2.025 4 Pengaruh persekitaran 1.550 5 Pengaruh televisyen 2.150

(40)

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

(41)

Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik telah membina soal selidik yang mengandungi 30 soalan yang boleh membuktikan apakah faktor yang utama masalah obesiti ini. Soalan ini sudah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soal selidik ini kemudian diedarkan kepada individu yang mengalami masalah obesiti. Penyelidik telah memilih responden dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32. Seramai 40 orang responden diperlukan. Semua soalan yang dibina diperlukan untuk menjawab persoalan kajian penyelidik bagi mengetahui apakah faktor utama obesiti. Kemudian analisis data dilakukan dan min bagi semua faktor dibandingkan.

Hasil daripada dapatan kajian dan analisis data, didapati bahawa pengaruh televisyen adalah faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar luar bandar ini. Nilai min bagi faktor pengaruh televisyen mencatat nilai paling tinggi iaitu 2.150. Nilai ini tidak banyak perbezaan dengan faktor yang kedua iaitu faktor aktiviti fizikal. Pengaruh televisyen menjadi faktor utama adalah kerana ketika menonton televisyen masa yang lama diambil bagi setiap individu. Penggunaan masa yang lama ini menyebabkan individu memilih untuk melakukan aktiviti seperti makan dan menyiapkan kerja di hadapan televisyen. Ini disokong oleh artikel “Electronic Game Use is Associated with Childhood Obesity” yang ditullis oleh Signer dan Suter dan disiarkan pada 30 Jun 2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini ada menyatakan bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan menonton televisyen atau bermain permainan video dengan obesiti. Ini juga turut disokong oleh artikel “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 hasil tulisan Carol Torgan yang menyatakan bahawa hampir separuh kanak-kanak lingkungan 8-16 tahun menghabiskan masa 3-5 jam setiap hari untuk menonton televisyen

(42)

menyumbang kepada obesiti. Makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan diketahui umum mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan pengambilan yang berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada obesiti. Artikel “Chilhood Obesity” yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menyokong bahawa pengambilan makanan tidak sihat menyumbang kepada obesiti. Contoh makanan adalah makanan yang mengandungi tinggi tahap kalori seperti makanan segera dan juga minuman ringan ataupun bergas. Turutmenyokong adalah artikel “Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005 yang menyatakan bahawa kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan televisyen.

Ini diperkukuhkan lagi apabila individu kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Larsen pada tahun 2001 yang bertajuk “Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents”. Selain daripada itu juga, responden juga ada yang memilih untuk makan makanan berat sepeti nasi di hadapan televisyen. Pengambilan makanan seperti ini akan turut menyumbang kepada obesiti. Ini kerana individu akan makan tanpa sedar had yang diambil sudah melebihi sepatutnya dan juga kerana ingin mengikuti rancangan kegemaran, jadi makanan yang dimakan akan berlebihan.

(43)

berada di hadapan televisyen, komputer dan permainan video. Rata-rata yang menghabiskan menonton televisyen, mereka hanya berbaring dan benar-benar berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya perkara ini berlanjutan hampir berjam-jam, tidak mustahil mereka ini akan menghadapi masalah pertambahan berat badan hingga mengundang obesiti. Tabiat suka menonton televisyen ini mungkin dirasakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat, jadi memilih untuk berada di depan televisyen untuk satu jangka masa yang lama adalah cara terbaik. Apabila menghabiskan masa yang lama di hadapan televisyen, individu juga akan mudah terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di televisyen. Ada individu yang suka untuk mencuba makanan yang disiarkan di televisyen termasuk juga makanan ringan. Selain itu, ada juga individu yang cepat merasa lapar dengan hanya melihat masakan ataupun makanan yang ditunjukkan dan memilih untuk turut sama makan. Kenyatan ini disokong oleh artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang bertajuk “Junk Food, TV Driving Kids to Obesity” yang disiarkan 25 September 2007. Menurut artikel ini, kebanyakan iklan yang ditayangkan di televisyen adalah makanan terutama makanan segera, minuman berkarbonat dan juga gula-gula.

(44)

kalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai kanak-kanak meluangkan masa menonton televisyen dari masa mereka berada di sekolah. Mereka menghabiskan masa yang lebih untuk menonton televisyen, video dan bermain permainan video daripada melakukan aktiviti.

Jurnal yang bertajuk “Human Energy and Nutrient Balance” yang ditulis oleh Dionne Dan Tremblay di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003) yang telah diedit oleh Bouchard ada menyatakan bahawa karbohidrat dan lemak sangat diperlukan oleh oleh badan untuk metabolisma dan juga penghasilan tenaga. Diet yang diambil setiap hari selalunya mengandungi bahan-bahan ini. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Glukosa yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan boleh menyumbang ke arah pertambahan berat badan. Jadi pengambilan makanan yang seimbang sangat diperlukan untuk mengelakkan obesiti. Jika merujuk kepada jadual jenis makanan yang sering diambil oleh responden, karbohidrat memberi peratus yang paling tinggi. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya individu tidak melakukan sebarang senaman untuk membakar kalori dalam badan. Jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin bertajuk “The Determinants of Obesity” yang terdapat di dalam buku yang sama seperti di atas turut menyokong bahawa tabiat makan turut mempengaruhi perkembangan obesiti. Makan dengan kerap, makan berlebihan, dan makan mengikut nafsu sering berlaku dikalangan individu obes. Sikap ini selalunya berkaitan dengan situasi seperti makan di dalam kereta, mengunyah ketika bosan, keletihan, bosan dan sebagainya. Turut dinyatakan adalah kanak-kanak obes makan dengan lebih cepat apabila mereka hampir menghabiskan makanan.

(45)

“Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005, sikap ibu bapa yang terlalu sibuk dan terlalu bimbang akan keselamatan anak-anak menyebabkan anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti fizikal. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal pemakanan anak-anak dengan memberi bimbingan dalam memilih makanan yang betul. Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang berkhasiat. Ini turut disokong oleh jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin yang bertajuk “The Determinants of Obesity” yang telah diedit oleh Bouchard di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003). Jurnal ini menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa mempunyai pengetahuan dalam pengambilan makanan yang sihat, ini akan menyebabkan anak-anak memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan kurang kalori. Pengaruh daripada ahli keluarga dan masyarakat juga boleh menyebabkan ataupun mengurangkan obesiti. Masyarakat yang mementingkan kesihatan akan bersama-sama berusaha dalam mengatasi masalah obesiti ini seperti melakukan senaman secara beramai-ramai bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bersenam bagi membakar kalori dalam badan. Selain daripada itu, sokongan yang kukuh diperlukan bagi memberi semangat kepada individu yang ingin menurunkan berat badan.

(46)

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada 40 orang responden dapatlah disimpulkan bahawa faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar adalah pengaruh televisyen. Pengaruh yang dibawa oleh televisyen ini juga turut menyumbangkan kepada faktor-faktor obesiti yang lain seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga pengambilan makanan ringan yang berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Jadi, untuk mengatasinya pandangan dari setiap sudut perlu dititikberatkan.

5.3 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang ingin penyelidik kongsikan bersama dalam usaha untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, faktor utama obesiti dikenalpasti. Jadi untuk mengurangkan masalah obesiti yang membimbangkan negara kini, tindakan yang segera perlu diambil. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengurangkan masalah ini. Pihak-pihak ini termasuklah ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak-pihak lain. Sekiranya setiap pihak memainkan peranan dengan berkesan, masalah yang serius ini dapat dikurangkan. Kerjasama yang diberikan diyakini dapat membantu mengurangkan masalah ini.

(47)

diaplikasikan kepada responden yang pelbagai seperti pelajar bandar, perbandingan antara jantina, berbezaan pendapatan sekeluarga dan sebagainya.

(48)

RUJUKAN

Azrina Azhan (2006, Februari 22). Obesiti Berita Harian, 14.

Brown, J.E. (2000). Nutrition through the life cycle. United Stated : Thomson Wadsworth

Childhood obesity. (2006). Diperoleh September 28, 2007 daripada

obesity/DS00698/DSECTION=all&METHOD=print

Children and watching TV . (2001). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/children_and_watching_tv

DeBruyne, L.K., Rolfes, S.R., & Whitney,E.N. (1998). Life span nutrition conception

through life. United Stated : Wadswortd

Dewan Bahasa dan Pustaka (1970). Kamus dewan, edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dionne,I. & Trembley,A. (2003). Human energy and nutrient balance. Dalam C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 151-179). USA : Human

Kinetics

Electronic game use is associated with childhood obesity. Diperoleh September 28,

2007 daripada

http://www.eurekalert.org/pub_releases/2004-06/chop- egu063004.php

Junk food, TV driving kids to obesity.(2007). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/news/fullstory_55300.html

Kim,D & Kravitz,L. Childhood obesity: prevalance, treatment and prevention.

Diperoleh September 28,2007 daripada

http://www.unm.edu/~lkravitz/Article%20folder/childhoodObesity2.html

Larsen, P.G (2001). Obesity-related knowledge, attitudes, and behaviors in obese and

non-obese urban Philadelphia female adolescents. Diperoleh pada Mei 1,

(49)

Obesity in children and teens. (2001). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada

http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/obesity_in_children_and_teens

Obesity in children causes. (2005). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada http://www.emedicinehealth.com/obesity_in_children/page2_em.htm

Salbe,A.D. & Ravussin,E. The determinants of obesity. (2003). Dalam C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 69-102). USA :

Human Kinetics

Sizer, F. & Whitney, E. (2006). Nutrition concepts and controversies. United Stated : Thomson Wadworth

Thain,M. & Hickman, M. (2004). Dictionary of biology,elevent edition. England : Penguin Group.

Torgan,C. (2002) Childhood obesity on the rise. Diperoleh September 28, 2007 daripada

http://www.nih.gov/news/WordonHealth/jun2002/childhoodobesity.htm

(50)
(51)
(52)
(53)

Cronbach's

Std. Error of Kurtosis .733

Minimum .0

Std. Error of Kurtosis .733

(54)

Mark category III

Std. Error of Kurtosis .733

Minimum .0

Std. Error of Kurtosis .733

(55)

Statistics

Mark category V

Valid 40

N

Missing 0

Mean 2.150

Median 2.000

Mode 1.0

Std. Deviation 1.2100

Variance 1.464

Kurtosis -.185

Std. Error of Kurtosis .733

Minimum 1.0

Maximum 5.0

25 1.000

50 2.000

Percentiles

(56)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJUNG MALIM, PERAK

_______________________________________________________________________ Soal Selidik Tentang Faktor Utama Obesiti dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Luar Bandar.

Saol selidik ini hanya bertujuan untuk mengetahui apakah faktor utama obesiti pelajar. Segala maklumat adalah rahsia dan hanya untuk tujuan kajian sahaja.

Arahan:

1. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan mengenai faktor obesiti

2. Tiada jawapan betul atau salah untuk setiap soalan. Semua bergantung kepada apa yang sesuai bagi anda.

3. Jawab semua soalan dengan jujur. 4. Terima kasih atas kerjasama anda.

Bahagian A

Lengkapkan maklumat di bawah:

Jantina: ……… Umur: ……….. Berat: ……… Tinggi: ………..

(57)

Kategori I

1. Bapa anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

2. Ibu anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

Jika anda tidak tinggal bersama ibu dan bapa, sila jawab soalan 3 3. Penjaga anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

4. Sekiranya anda mempunyai adik-beradik adakah mereka juga obesiti

Ya Tidak

5. Adakah anda rasa faktor obesiti anda dari keluarga

Ya Tidak

6. Selain dari keluarga anda, anda juga mempunyai saudara yang obesiti. Nyatakan siapa

1) __________________ 2) __________________ 3) __________________

Kategori II

1. Saya makan setiap kali lapar

Ya Tidak

2. Makanan ringan adalah suatu kemestian bagi saya

Ya Tidak

3. Makan sebelum tidur menjadi amalan saya

Ya Tidak

4. Saya tidak suka makan makanan ringan kerana ia tidak berkhasiat

Ya Tidak

5. Berapa kali anda makan makanan segera yang dijual digerai atau kedai dalam seminggu.

(58)

3) ____________________________

Kategori III.

1. Saya selalu melakukan senaman atau bersukan

Ya Tidak

2. Saya bersenam atau bersukan hanya sebagai hobi bukan untuk menjaga kesihatan

Ya Tidak

3. Pergerakan yang banyak akan membuatkan saya cepat letih, jadi saya memilih untuk tidak selalu bergerak.

Ya Tidak

4. Saya gemar berjalan kaki atau berbasikal berbanding menaiki kenderaan untuk perjalanan yang dekat

Ya Tidak

5. Saya tidak suka menggunakan kemudahan tangga bergerak (escalator) ketika di pasar raya.

Ya Tidak

6. Antara aktiviti senaman atau bersukan yang sering saya lakukan 1) ______________________

2) ______________________ 3) ______________________

Kategori IV

1. Keluarga saya mengalami obesiti, jadi saya tidak kisah jika saya juga obesiti

Ya Tidak

2. Ibu bapa melarang saya untuk makan makanan dengan banyak dan terlalu kerap.

Ya Tidak

3. Kawan-kawan sering mempengaruhi saya untuk makan makanan segera.

Ya Tidak

4. Makanan di kantin sekolah tidak menarik minat saya untuk menikmatinya

(59)

6. Berapakah kekerapan anda membeli makanan ringan dalam seminggu (nyatakan bilangan)

__________________

Kategori V

1. Paparan makanan di dalam televisyen mempengaruhi saya untuk makan

Ya Tidak

2. Menjadi kebiasaan saya makan sambil menonton televisyen

Ya Tidak

3 Iklan makanan segera memberi kesan negatif kepada pemakanan remaja sekarang

Ya Tidak.

4. Saya menghabiskan lebih dari 2 jam menonton televisyen sambil makan.

Ya Tidak

5. Saya gemar mencuba makanan ringan dan makanan segera yang disiarkan di televisyen

Ya Tidak

6. 3 jenis makanan/minuman yang sering saya ambil ketika menonton televisyen adalah 1) _______________________

Referensi

Dokumen terkait

Objek manfaat, penjelasan objek manfaat bisa dengan mengetahui benda yang disewakan. Masa manfaat, penjelasan tentang masa manfaat diperlukan dalam kontrak rumah

Faktor-faktor yang digunakan dalam analisis yaitu jumlah ekspor kunyit, jumlah impor kunyit, inflasi, luas lahan dan nilai tukar rupiah terhadap Dolar Amerika Serikat

Dengan Bantuan Sarana dan Prasarana Taman Kanak-kanak Tahun 2021 diharapkan dapat meningkatkan akses dan mutu layanan pendidikan khususnya di TK PUI Cipedes.. Untuk itu

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Hal ini sesuai dengan pendapat Knowles (1984) bahwa (a) orang dewasa berbeda dengan anak-anak dalam hal sikap hidup, pandangan terhadap nilai-nilai hidup, minat,

Penelitian mendukung pendapat Sawardi (2018) bahwa preposisi dapat mengalami pelesapan karena faktor kejelasan argumen. Kebaharuan penelitian ini terletak pada

Sudah banyak dilakukan penelitian tentang perbanyakan menggunakan stek daun, tetapi menggunakan satu macam jenis S. trifasciata dengan bentuk daun pendek melingkar

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT, atas berkatnya yang berlimpah yang telah memberikan segala Rahmat dan Hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi ini