• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Dalam dokumen FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA (Halaman 40-59)

Data dianalisis

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

Di dalam kajian yang dijalankan ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenalpasti apakah faktor utama masalah obesiti yang sering dialami oleh pelajar sekolah menengah luar bandar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui apakah penyebab utama masalah obesiti yang membelenggu negara kini. Bukan itu sahaja, masalah ini juga turut menjadi kebimbangan dunia. Dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor ini dan mungkin hasil daripada kajian ini dapat membantu pihak kerajaan, pihak ibu bapa, masyarakat, sekolah dan individu bagaimana untuk mengurangkan masalah peningkatan kadar individu obesiti di negara kita. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah-masalah lain yang berpunca daripada masalah-masalah obesiti seperti sakit jantung, diabetes dan sebagainya.

Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik telah membina soal selidik yang mengandungi 30 soalan yang boleh membuktikan apakah faktor yang utama masalah obesiti ini. Soalan ini sudah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soal selidik ini kemudian diedarkan kepada individu yang mengalami masalah obesiti. Penyelidik telah memilih responden dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32. Seramai 40 orang responden diperlukan. Semua soalan yang dibina diperlukan untuk menjawab persoalan kajian penyelidik bagi mengetahui apakah faktor utama obesiti. Kemudian analisis data dilakukan dan min bagi semua faktor dibandingkan.

Hasil daripada dapatan kajian dan analisis data, didapati bahawa pengaruh televisyen adalah faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar luar bandar ini. Nilai min bagi faktor pengaruh televisyen mencatat nilai paling tinggi iaitu 2.150. Nilai ini tidak banyak perbezaan dengan faktor yang kedua iaitu faktor aktiviti fizikal. Pengaruh televisyen menjadi faktor utama adalah kerana ketika menonton televisyen masa yang lama diambil bagi setiap individu. Penggunaan masa yang lama ini menyebabkan individu memilih untuk melakukan aktiviti seperti makan dan menyiapkan kerja di hadapan televisyen. Ini disokong oleh artikel “Electronic Game Use is Associated with Childhood Obesity” yang ditullis oleh Signer dan Suter dan disiarkan pada 30 Jun 2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini ada menyatakan bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan menonton televisyen atau bermain permainan video dengan obesiti. Ini juga turut disokong oleh artikel “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 hasil tulisan Carol Torgan yang menyatakan bahawa hampir separuh kanak-kanak lingkungan 8-16 tahun menghabiskan masa 3-5 jam setiap hari untuk menonton televisyen

Ini ditambah pula dengan pengambilan makanan yang tidak sihat atau seimbang di hadapan televisyen. Pengambilan makanan yang tidak sihat ini akan

menyumbang kepada obesiti. Makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan diketahui umum mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan penyakit dan pengambilan yang berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan menyumbang kepada obesiti. Artikel “Chilhood Obesity” yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menyokong bahawa pengambilan makanan tidak sihat menyumbang kepada obesiti. Contoh makanan adalah makanan yang mengandungi tinggi tahap kalori seperti makanan segera dan juga minuman ringan ataupun bergas. Turutmenyokong adalah artikel “Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005 yang menyatakan bahawa kanak-kanak telah menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera, makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula. Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan televisyen.

Ini diperkukuhkan lagi apabila individu kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Larsen pada tahun 2001 yang bertajuk “Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents”. Selain daripada itu juga, responden juga ada yang memilih untuk makan makanan berat sepeti nasi di hadapan televisyen. Pengambilan makanan seperti ini akan turut menyumbang kepada obesiti. Ini kerana individu akan makan tanpa sedar had yang diambil sudah melebihi sepatutnya dan juga kerana ingin mengikuti rancangan kegemaran, jadi makanan yang dimakan akan berlebihan.

Selain itu, ketika menonton televisyen, individu ini kurang melakukan gerakan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan. Ini turut disokong oleh “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 yang ditulis oleh Torgan. Artikel ini menyatakan bahawa kanak-kanak kini sudah tidak gemar bermain di luar rumah ataupun taman permainan dan lebih cenderung untuk

berada di hadapan televisyen, komputer dan permainan video. Rata-rata yang menghabiskan menonton televisyen, mereka hanya berbaring dan benar-benar berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya perkara ini berlanjutan hampir berjam-jam, tidak mustahil mereka ini akan menghadapi masalah pertambahan berat badan hingga mengundang obesiti. Tabiat suka menonton televisyen ini mungkin dirasakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat, jadi memilih untuk berada di depan televisyen untuk satu jangka masa yang lama adalah cara terbaik. Apabila menghabiskan masa yang lama di hadapan televisyen, individu juga akan mudah terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di televisyen. Ada individu yang suka untuk mencuba makanan yang disiarkan di televisyen termasuk juga makanan ringan. Selain itu, ada juga individu yang cepat merasa lapar dengan hanya melihat masakan ataupun makanan yang ditunjukkan dan memilih untuk turut sama makan. Kenyatan ini disokong oleh artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang bertajuk “Junk Food, TV Driving Kids to Obesity” yang disiarkan 25 September 2007. Menurut artikel ini, kebanyakan iklan yang ditayangkan di televisyen adalah makanan terutama makanan segera, minuman berkarbonat dan juga gula-gula.

Perkaitan antara obesiti dengan menonton televisyen dan kurang melakukan aktiviti fizikal dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya seseorang itu, menonton televisyen untuk satu jangka masa yang lama, pasti individu terbabit kurang melakukan aktiviti fizikal. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan boleh menyebabkan obesiti. Kenyataan ini disokong oleh Berkowitz dan Stunkard di dalam jurnal mereka bertajuk “ Developement of Childhood Obesity” yang telah diedit oleh Wadden dan Stunkard di dalam buku Handbook of Obesity Treatment. Jurnal tersebut ada mangkaji tentang aktiviti fizikal di mana mereka telah mengedarkan soalan soal selidik kepada lebih 10 000 kanak-kanak berumur antara 9-14 tahun. Hasil daripada soal selidik tersebut, nilai BMI yang tinggi dilaporkan adalah daripada mereka yang mempunyai rendah tahap aktiviti fizikal dan tinggi tahap menonton televisyen. Selain itu, aspek penting dalam kehidupan moden menyumbangkan kepada obesiti dalam

kalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai kanak-kanak meluangkan masa menonton televisyen dari masa mereka berada di sekolah. Mereka menghabiskan masa yang lebih untuk menonton televisyen, video dan bermain permainan video daripada melakukan aktiviti.

Jurnal yang bertajuk “Human Energy and Nutrient Balance” yang ditulis oleh Dionne Dan Tremblay di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003) yang telah diedit oleh Bouchard ada menyatakan bahawa karbohidrat dan lemak sangat diperlukan oleh oleh badan untuk metabolisma dan juga penghasilan tenaga. Diet yang diambil setiap hari selalunya mengandungi bahan-bahan ini. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Glukosa yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan boleh menyumbang ke arah pertambahan berat badan. Jadi pengambilan makanan yang seimbang sangat diperlukan untuk mengelakkan obesiti. Jika merujuk kepada jadual jenis makanan yang sering diambil oleh responden, karbohidrat memberi peratus yang paling tinggi. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya individu tidak melakukan sebarang senaman untuk membakar kalori dalam badan. Jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin bertajuk “The Determinants of Obesity” yang terdapat di dalam buku yang sama seperti di atas turut menyokong bahawa tabiat makan turut mempengaruhi perkembangan obesiti. Makan dengan kerap, makan berlebihan, dan makan mengikut nafsu sering berlaku dikalangan individu obes. Sikap ini selalunya berkaitan dengan situasi seperti makan di dalam kereta, mengunyah ketika bosan, keletihan, bosan dan sebagainya. Turut dinyatakan adalah kanak-kanak obes makan dengan lebih cepat apabila mereka hampir menghabiskan makanan.

Pengaruh ibu bapa juga memberi impak yang besar kepada wujudnya individu obes. Ibu bapa yang tidak mementingkan kesihatan dan terlalu sibuk untuk memikirkannya akan menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Menurut artikel

“Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005, sikap ibu bapa yang terlalu sibuk dan terlalu bimbang akan keselamatan anak-anak menyebabkan anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti fizikal. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal pemakanan anak-anak dengan memberi bimbingan dalam memilih makanan yang betul. Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang berkhasiat. Ini turut disokong oleh jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin yang bertajuk “The Determinants of Obesity” yang telah diedit oleh Bouchard di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003). Jurnal ini menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa mempunyai pengetahuan dalam pengambilan makanan yang sihat, ini akan menyebabkan anak-anak memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan kurang kalori. Pengaruh daripada ahli keluarga dan masyarakat juga boleh menyebabkan ataupun mengurangkan obesiti. Masyarakat yang mementingkan kesihatan akan bersama-sama berusaha dalam mengatasi masalah obesiti ini seperti melakukan senaman secara beramai-ramai bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bersenam bagi membakar kalori dalam badan. Selain daripada itu, sokongan yang kukuh diperlukan bagi memberi semangat kepada individu yang ingin menurunkan berat badan.

Faktor keturunan ataupun genetik juga penyumbang kepada obesiti. Namun hasil daripada kajian yang dijalankan, faktor ini memberi nilai min yang paling rendah iaitu 1.2. Faktor ini dilihat tidak mempengaruhi kadar obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar. Walaupun tidak terlalu mempengaruhi terdapat juga kajian mengenainya. Dalam kajian Tanofsky et.al (2000) bertajuk “Treating and Preventing Obesity”, yang diedit oleh Andersen ada menyatakan bahawa individu daripada keluarga yang sama adalah sama kadar kandungan lemak. Selain itu, pengaruh keturunan atau genetik juga bertanggungjawab kepada nilai BMI seseorang.

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada 40 orang responden dapatlah disimpulkan bahawa faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar adalah pengaruh televisyen. Pengaruh yang dibawa oleh televisyen ini juga turut menyumbangkan kepada faktor-faktor obesiti yang lain seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga pengambilan makanan ringan yang berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Jadi, untuk mengatasinya pandangan dari setiap sudut perlu dititikberatkan.

5.3 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang ingin penyelidik kongsikan bersama dalam usaha untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, faktor utama obesiti dikenalpasti. Jadi untuk mengurangkan masalah obesiti yang membimbangkan negara kini, tindakan yang segera perlu diambil. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengurangkan masalah ini. Pihak-pihak ini termasuklah ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak-pihak lain. Sekiranya setiap pihak memainkan peranan dengan berkesan, masalah yang serius ini dapat dikurangkan. Kerjasama yang diberikan diyakini dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Cadangan kedua adalah kepada individu yang ingin meneruskan kajian ini, penyelidik mencadangkan agar individu terbabit menambah bilangan responden untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu. Selain itu, kajian ini mungkin boleh

diaplikasikan kepada responden yang pelbagai seperti pelajar bandar, perbandingan antara jantina, berbezaan pendapatan sekeluarga dan sebagainya.

Cadangan ketiga adalah kajian seterusnya bolehlah dilakukan kepada faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai. Faktor-faktor-faktor lain ini diharap dapat dikesan segera supaya masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

RUJUKAN

Azrina Azhan (2006, Februari 22). Obesiti Berita Harian, 14.

Brown, J.E. (2000). Nutrition through the life cycle. United Stated : Thomson Wadsworth

Childhood obesity. (2006). Diperoleh September 28, 2007 daripada

obesity/DS00698/DSECTION=all&METHOD=print

Children and watching TV . (2001). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/children_and_watching_tv

DeBruyne, L.K., Rolfes, S.R., & Whitney,E.N. (1998). Life span nutrition conception

through life. United Stated : Wadswortd

Dewan Bahasa dan Pustaka (1970). Kamus dewan, edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dionne,I. & Trembley,A. (2003). Human energy and nutrient balance. Dalam C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 151-179). USA : Human

Kinetics

Electronic game use is associated with childhood obesity. Diperoleh September 28,

2007 daripada

http://www.eurekalert.org/pub_releases/2004-06/chop- egu063004.php Junk food, TV driving kids to obesity.(2007). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/news/fullstory_55300.html

Kim,D & Kravitz,L. Childhood obesity: prevalance, treatment and prevention.

Diperoleh September 28,2007 daripada

http://www.unm.edu/~lkravitz/Article%20folder/childhoodObesity2.html

Larsen, P.G (2001). Obesity-related knowledge, attitudes, and behaviors in obese and

non-obese urban Philadelphia female adolescents. Diperoleh pada Mei 1,

Obesity in children and teens. (2001). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada

http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/obesity_in_children_and_teens

Obesity in children causes. (2005). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada http://www.emedicinehealth.com/obesity_in_children/page2_em.htm

Salbe,A.D. & Ravussin,E. The determinants of obesity. (2003). Dalam C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 69-102). USA :

Human Kinetics

Sizer, F. & Whitney, E. (2006). Nutrition concepts and controversies. United Stated : Thomson Wadworth

Thain,M. & Hickman, M. (2004). Dictionary of biology,elevent edition. England : Penguin Group.

Torgan,C. (2002) Childhood obesity on the rise. Diperoleh September 28, 2007 daripada

http://www.nih.gov/news/WordonHealth/jun2002/childhoodobesity.htm

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items .815 .808 24 Statistics Mark category I Valid 40 N Missing 0 Mean 1.200 Median 1.000 Mode .0 Std. Deviation 1.3436 Variance 1.805 Kurtosis -.284 Std. Error of Kurtosis .733 Minimum .0 Maximum 4.0 Statistics Mark category II Valid 40 N Missing 0 Mean 1.625 Median 1.500 Mode 1.0 Std. Deviation 1.0546 Variance 1.112 Kurtosis -.284 Std. Error of Kurtosis .733 Minimum .0 Maximum 4.0 25 1.000 50 1.500 Percentiles 75 2.000

Mark category III Valid 40 N Missing 0 Mean 2.025 Median 2.000 Mode 2.0 Std. Deviation 1.2504 Variance 1.563 Kurtosis .087 Std. Error of Kurtosis .733 Minimum .0 Maximum 5.0 25 1.000 50 2.000 Percentiles 75 3.000 Statistics Mark category IV Valid 40 N Missing 0 Mean 1.550 Median 1.000 Mode 1.0 Std. Deviation 1.1972 Variance 1.433 Kurtosis -.904 Std. Error of Kurtosis .733 Minimum .0 Maximum 4.0 25 1.000 50 1.000 Percentiles 75 2.750

Statistics Mark category V Valid 40 N Missing 0 Mean 2.150 Median 2.000 Mode 1.0 Std. Deviation 1.2100 Variance 1.464 Kurtosis -.185 Std. Error of Kurtosis .733 Minimum 1.0 Maximum 5.0 25 1.000 50 2.000 Percentiles 75 3.000

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJUNG MALIM, PERAK

_______________________________________________________________________ Soal Selidik Tentang Faktor Utama Obesiti dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Luar Bandar.

Saol selidik ini hanya bertujuan untuk mengetahui apakah faktor utama obesiti pelajar. Segala maklumat adalah rahsia dan hanya untuk tujuan kajian sahaja.

Arahan:

1. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan mengenai faktor obesiti

2. Tiada jawapan betul atau salah untuk setiap soalan. Semua bergantung kepada apa yang sesuai bagi anda.

3. Jawab semua soalan dengan jujur. 4. Terima kasih atas kerjasama anda.

Bahagian A

Lengkapkan maklumat di bawah:

Jantina: ………

Umur: ………..

Berat: ………

Tinggi: ………..

Kategori I

1. Bapa anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

2. Ibu anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

Jika anda tidak tinggal bersama ibu dan bapa, sila jawab soalan 3 3. Penjaga anda mempunyai masalah obesiti

Ya Tidak

4. Sekiranya anda mempunyai adik-beradik adakah mereka juga obesiti

Ya Tidak

5. Adakah anda rasa faktor obesiti anda dari keluarga

Ya Tidak

6. Selain dari keluarga anda, anda juga mempunyai saudara yang obesiti. Nyatakan siapa

1) __________________ 2) __________________ 3) __________________

Kategori II

1. Saya makan setiap kali lapar

Ya Tidak

2. Makanan ringan adalah suatu kemestian bagi saya

Ya Tidak

3. Makan sebelum tidur menjadi amalan saya

Ya Tidak

4. Saya tidak suka makan makanan ringan kerana ia tidak berkhasiat

Ya Tidak

5. Berapa kali anda makan makanan segera yang dijual digerai atau kedai dalam seminggu.

3) ____________________________

Kategori III.

1. Saya selalu melakukan senaman atau bersukan

Ya Tidak

2. Saya bersenam atau bersukan hanya sebagai hobi bukan untuk menjaga kesihatan

Ya Tidak

3. Pergerakan yang banyak akan membuatkan saya cepat letih, jadi saya memilih untuk tidak selalu bergerak.

Ya Tidak

4. Saya gemar berjalan kaki atau berbasikal berbanding menaiki kenderaan untuk perjalanan yang dekat

Ya Tidak

5. Saya tidak suka menggunakan kemudahan tangga bergerak (escalator) ketika di pasar raya.

Ya Tidak

6. Antara aktiviti senaman atau bersukan yang sering saya lakukan 1) ______________________

2) ______________________ 3) ______________________

Kategori IV

1. Keluarga saya mengalami obesiti, jadi saya tidak kisah jika saya juga obesiti

Ya Tidak

2. Ibu bapa melarang saya untuk makan makanan dengan banyak dan terlalu kerap.

Ya Tidak

3. Kawan-kawan sering mempengaruhi saya untuk makan makanan segera.

Ya Tidak

4. Makanan di kantin sekolah tidak menarik minat saya untuk menikmatinya

6. Berapakah kekerapan anda membeli makanan ringan dalam seminggu (nyatakan bilangan)

__________________

Kategori V

1. Paparan makanan di dalam televisyen mempengaruhi saya untuk makan

Ya Tidak

2. Menjadi kebiasaan saya makan sambil menonton televisyen

Ya Tidak

3 Iklan makanan segera memberi kesan negatif kepada pemakanan remaja sekarang

Ya Tidak.

4. Saya menghabiskan lebih dari 2 jam menonton televisyen sambil makan.

Ya Tidak

5. Saya gemar mencuba makanan ringan dan makanan segera yang disiarkan di televisyen

Ya Tidak

6. 3 jenis makanan/minuman yang sering saya ambil ketika menonton televisyen adalah 1) _______________________

2) _______________________ 3) _______________________

Dalam dokumen FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELA (Halaman 40-59)

Dokumen terkait