• Tidak ada hasil yang ditemukan

Data kajian ini berupa data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif digunakan untuk menjawab soalan kajian tentang keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran KI dengan penerapan nilai Islam dalam IPA Biologi. Data kuantitatif juga digunakan untuk menjawab faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan KI dengan penerapan nilai Islam daripada aspek sikap pelajar. Manakala, data kualitatif digunakan untuk menjawab soalan kajian tentang pelaksanaan, faktor-faktor yang mempengaruhi, aktiviti dan interaksi pelajar berdasarkan pembelajaran KI dengan penerapan nilai Islam dapat dilihat pada jadual 3.9.

Jadual 3.9

Analisis Jawapan soalan satu sehingga soalan lima dari kajian ini.

Soalan kajian Analisis

Bagaimanakah pelaksanaan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi di sekolah menengah Aceh?

Deskripsi jawapan pakar /analisis kandungan Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi di sekolah menengah Aceh?

Deskripsi jawapan pengetua dan guru analisis kandungan/ soal selidik pelajar frekuensi peratus Adakah pendekatan KI dengan penerapan nilai

Islam memberi kesan terhadap pencapaian pelajar pada pembelajaran IPA Biologi di sekolah

menengah pertama Aceh?

Infrensi MANCOVA

Apakah ciri aktiviti pelajar berdasarkan

pembelajaran IPA Biologi dengan pendekatan KI dan penerapan nilai Islam di sekolah menengah Aceh?

Kekerapan peratus

Apakah pola interaksi pelajar berdasarkan

pembelajaran IPA Biologi dengan pendekatan KI yang menerapkan nilai Islam di sekolah menengah Aceh?

Kekerapan peratus

Analisis jawapan pakar, pengetua dan guru dihuraikan melalui rakaman yang dirakam seterusnya disemak kembali supaya keputusan sahih dan telus dapat diperolehi. Begitu pula aktiviti dan interaksi pelajar hasil pemerhatian dilihat frekuensi peratus serta digeneralisasikan untuk mudah difahami. Sedangkan keberkesanan pencapaian pelajar diketahui melalui uji infrensi MANCOVA.

3.10.1 Data Kualitatif

Data yang diperoleh daripada temu bual separa berstruktur dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Penyelidik merakam temu bual yang dijalankan terhadap

menulis semula, dan kemudian diserahkan kepada pakar, pengetua sekolah dan guru berkenaan untuk disemak dan dilakukan pembetulan. Tindakan ini dibuat dengan tujuan untuk memastikan data yang diperolehil lebih telus (Lincoln & Guba, 1985). Selepas disemak dan dilakukan pembetulan, pakar, pengetua sekolah dan guru memulangkan semula semua transkrip berkenaan.

Selepas penyelidik memberikan nama (label) kepada setiap pakar, jawapan setiap pakar terhadap soalan yang ditanyakan semasa temu bual disemak semula. Penyelidik merumuskan inisiatif daripada jawapan pakar untuk setiap soalan. Seterusnya jawapan pakar digubal sehingga diperoleh jawapan berdasarkan sesi soalan temu bual. Langkah berikutnya yang dilakukan oleh penyelidik ialah dengan menulis semula dapatan temu bual pakar sehingga ia dapat menjawab soalan kajian satu. Perkara yang sama dilakukan terhadap hasil daripada temu bual pengetua sekolah dan guru sehingga dapat menjawab soalan kajian dua daripada aspek pengetua sekolah dan guru. Walaupun pengetua sekolah hanya seorang sahaja, nama samaran turut digunakan.

Data aktiviti pelajar dianalisis dengan menggunakan jadual frekuensi. Berdasarkan jadual frekuensi yang dibuat, dilihat kekerapan berlakunya pada setiap aktiviti yang dilakukan pemerhatian.

Data interaksi pelajar dianalisis dengan melihat pola interaksi yang berlaku semasa pembelajaran. Pola interaksi diperoleh daripada rajah yang dibuat pada senarai pemerhatian interaksi yang digunakan (Rajah 4.2). Berdasarkan rajah berkenaan, dirumuskan pola interaksi yang berlaku semasa pembelajaran.

3.10.2 Data Kuantitatif

Jawapan pelajar dalam soal selidik sikap pelajar dilabel dengan 1 untuk jawapan ya dan 2 untuk tidak. Data sikap pelajar ditulis semula dalam jadual sehingga data berkenaan lebih mudah difahami (Lampiran H). Selepas pengiraan bilangan pelajar yang memilih jawapan 1 dan 2 untuk setiap soalan, data tersebut ditukarkan kepada peratus

(Jadual 4.1). Berdasarkan peratus yang diperoleh dilakukan interpretasi iaitu jika lebih daripada 80% pelajar memilih jawapan ya (1) untuk satu soalan, bererti pelajar menunjukkan sikap positif terhadap soalan berkenaan. Seterusnya, jika lebih daripada 80% soalan mendapat sikap positif daripada pelajar, bererti pelajar memiliki sikap positif terhadap pembelajaran KI dengan penerapan nilai Islam yang dilaksanakan.

Keberkesanan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi dilihat melalui pencapaian pelajar pada ujian pra dan pos pada kumpulan rawatan dan kawalan. Berdasarkan pencapaian pelajar pada pada ujian pra dan pos seterusnya digunakan ujian MANCOVA yang menghasilkan keputusan tentang kesan interaksi, utama, antara-subjek dan pencapaian IPA Biologi.

3.11 Rumusan

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan soal selidik. Manakala, pengumpulan data kuantitatif dilakukan melalui ujian IPA Biologi. Data kualitatif dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, jadual frekuensi, bentuk rajah dan kekerapan peratus. Manakala, data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA.

BAB EMPAT

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membentangkan analisis data tentang pelaksanaan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi di Sekolah Menengah Pertama. Analisis data dilakukan terhadap pelaksanaan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi, faktor-faktor yang mempengaruhi, keberkesanan pelaksanaan, ciri aktiviti dan pola interaksi pelajar yang berlaku.

Pembentangan hasil kajian dalam bab ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama membincangkan hasil temu bual separa berstruktur dengan pakar pendidikan Aceh tentang pelaksanaan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam di sekolah menengah pertama Aceh. Bahagian kedua membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan KI dengan penerapan nilai Islam. Bahagian ketiga melaporkan keberkesanan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi. Bahagian keempat melaporkan ciri aktiviti dan bahagian kelima membincangkan pola interaksi pelajar berdasarkan pembelajaran dengan pendekatan KI yang menerapkan nilai Islam selaras dengan soalan kajian.